Penggemar Nasi Kandar Wajib Tahu Resipi Kuah Hitam Ni. Ini Caranya!

Share
Baru hari ketiga berpuasa tapi dah buntu nak masak apa untuk berbuka. Apa kata cuba Kuah Hitam Nasi Kandar ni, kak Has dapat resipi ni pun dalam Facebook dari owner kedai nasi kandar sendiri.
Memang sedap dan padu rasa dia. Terpulang nak gunakan ayam atau daging, makan dengan nasi putih saja pun dah cukup. Gerenti bertambah.
Kuah Hitam Nasi Kandar
Bahan-bahannya :
7 batang serai – diketuk
2 batang daun kari
3 sudu teh jintan manis – kisar kering
1 sudu teh jintan putih – kisar kering
3 sudu makan serbuk cili – boleh diganti dengan cili kisar mengikut anggarannya
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan rempah kurma
20 biji buah kurma dibuang biji dan direbus dulu
3 labu bawang besar – dihiris
Kicap manis secukupnya
3 inci halia – dihiris dan kisar
Air asam jawa secukupnya
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Kemudian masukkan serai. Goreng sehingga naik baunya.
3. Masukkan bawang besar, tumis sehingga nampak layu dan masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih. Kacau sebati.
4. Selepas itu, masukkan serbuk cili, rempah kurma, rempah kari daging dan daun kari. Kacau dan tuang air panas tiga cawan supaya rempah dapat masak elok. Tumis lagi sehingga naik minyak.
5. Masukkan kicap manis, buah kurma, halia kisar dan air asam jawa. Kacau dan perasakan dengan garam secukup rasa. Tambahlah sikit apa yang kurang. Misalnya kalau
6. Akhir sekali masukkan daging atau lauk apa yang dipilih. Masak sehingga empuk. Sedap dan cukup enak.
-Dah panaskan minyak, tumis serai yang diketuk dan goreng hingga naik bau.
Masukkan bawang besar dan tumis hingga layu.
Masukkan serbuk jintan manis dan jintan putih.
Gaul rata.
Masukkan serbuk cili, rempah kurma, rempah kari daging dan daun kari.
Kacau rata.
Tuang 3 cawan air panas supaya rempah dapat masak elok.
Tumis hingga naik minyak.
Masukkan halia kisar.
Masukkan buah kurma yang dah dibuang biji dan direbus.
Masukkan air asam.jawa dan kicap manis.
Perasakan dengan garam. Kak Has suka guna Garam Kristal Himalaya Qaseh ni.
Masukkan daging dan masak hingga empuk
Nak cepat empuk tutup kuali.
Kuah hitam nasi kandar. Sedap ni makan dengan nasi panas-panas.
Nak lagi sedap guna nasi putih beras basmathi.
Selamat mencuba!
IKLAN