Kisah kegigihan lelaki yang berasal dari kampung Raja Besut, Terengganu ini sememangnya harus dijadikan contoh dan inspirasi buat bakal graduan di luar sana untuk menempa kecemerlangan biarpun dibebani dengan masalah kesihatan diri.
Menghidap penyakit buah pinggang tahap empat bagaimana pun tidak menghalang Muhammad Khairuzzaman Abdul Manan @ Abdul Munin, 24, menggenggam segulung ijazah dengan keputusan cemerlang pada Majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Ke-16 yang lalu.
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Kewangan) ini mula dikesan menghidap penyakit buah pinggang tahap empat pada 2013 iaitu setahun sebelum dia mendaftar diri di UMT.
“Peringkat awal disahkan menghidap penyakit tersebut ia bagaikan satu tamparan buat saya dan keluarga. Seolah-olah dunia ini sudah gelap dan tiada ertinya lagi.Namun, berkat kekuatan yang diberikan ibu bapa serta keluarga menyebabkan saya terus bangkit dan berazam untuk belajar dengan tekun dan menghabiskan pembelajarannya di UMT dengan cemerlang.
Ads
Pengobanan tidak terbalas
Ditanya mengenai pengorbanan kakaknya, Nor Fadhila yang sanggup mendermakan buah pinggang, jelas Khairul itu adalah pengorbanan yang tidak terbalas.
“Kalau diikutkan semuanya ok, sebab saya dan kakak memang serasi, mungkin bukan rezeki saya. Sebab workout transplant kami buat hampir 2 tahun semuanya ok. Namun, rezeki tidak berpihak kepada kami apabila pemindahan tersebut gagal selepas tiga hari,” imbasnya.
Ads
Berbekalkan semangat dan dorongan keluarga serta bantuan pensyarah dan rakan-rakan, dia kembali menyambung pengajian dalam keadaan yang sangat mencabar. Memandangkan kesihatannya sentiasa berubah-ubah serta terpaksa menjalani dialisis 10 jam setiap malam dengan mesin yang disewa khas di rumah sewanya bersama rakan di sekitar UMT. Kos sewaan peralatan dialisis mencecah RM3,200 sebulan itu ditanggung oleh ibu, ayah dan dibantu adik beradiknya.
“Saya terpaksa menangguhkan pengajian pada semester empat kerana perlu menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang. Selama hampir 3 tahun (2013-2016) saya bertahan tanpa dialisis, tapi banyak jaga makan dan ubat yang doktor bagi. Apabila dekat dengan operation tranplant tahun 2016 saya baru on dialisis.
“Sebelum dialisis saya memang sangat penat, rasa tak boleh fokus pun ada. Memang tak dinafikan memang awal-awal tahun selalu rasa give up. Tapi sokongan keluarga buatkan saya kuat balik. Bila tranplant saya gagal, saya on dialisis APD, iaitu cucian air melalui perut. Saya kena sewa mesin APD RM3200 sebulan. Bila dah start dialisis pelajaran saya sangat terganggu, masa saya terhad sebab kena dialisis 10 jam pada setiap malam,” jelas Khairul lagi.
Anugerah Dekan
Ads
Dengan keadaan kewangan dan kesihatan yang terhad beliau telah berjaya menamatkan pengajian dengan keputusan yang cemerlang. Amat membanggakan keputusan pada semester akhir pengajiannya di UMT adalah dengan memperoleh Anugerah Dekan.
Dia yang mengakui tiada cara tertentu dalam belajar, sebaliknya masa yang ada digunakan sebaik-baiknya untuk belajar, banyakkan tanya pensyarah, kawan-kawan kalau tak faham.
“Yang penting selalu dekatkan diri dengan Allah, banyak lakukan solat sunat dan buat kebajikan. Bagi saya peluang untuk melanjutkan pelajaran di UMT sudah menjadi nikmat besar, sebab mungkin ramai lagi yang mahu belajar di sini tapi tak dapat. Ini juga menjadi penguat saya untuk sentiasa bersyukur walaupun sakit ketika di universiti,”ujarnya sebelum menutup perbualan bersama penulis.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak dinafikan sekarang ini ramai tercari-cari untuk mendapatkan set Happy Meal hanya kerana mahu memiliki permainan set masak-masak terutamanya yang mencuri tumpuan adalah berupa topi seperti pekerja McDonald’s yang boleh dipakai.
Namun, tidak semua bertuah untuk mendapatkannya kerana jumlahnya yang terhad. Maka ramailah yang kecewa kerana tidak berjaya memiliki permainan istimewa daripada pembelian set Happy Meal tersebut.
Pun begitu mungkin sekarang anda sudah boleh tersenyum.
Menerusi akaun TikTok @ggatoart, telah berkongsi satu filter yang menyerupai permainan Happy Meal yang dibuat sendiri olehnya atas permintaan pengikutnya dek kerana gagal mendapatkan permainan tersebut kerana telah kehabisan stok.
Dengan ilmu dan kemahiran menghasilkan 3D, wanita tersebut telah berjaya menghasilkan filter topi McDonald’s yang begitu kemas hasil kerjanya bahkan interaktif apabila digunakan.
Dapat dilihat di dalam perkongsian video tersebut, wanita ini menggunakan beberapa perisian berkaitan 3D dengan langkah bermula dari rendering sehinggalah ia boleh digunakan dengan lancar apabila filter ini diaktifkan.
Apa yang pasti, hasil filter yang dibuat olehnya telah membuatkan ramai gembira kerana berjaya merialisasikan permintaan warganet dan sekali gus ramai memuji dan kagum dengan skil dan kemahiran yang dimiliki olehnya.
Malah, mereka juga berterima kasih kerana telah memberi peluang untuk menggunakan topi maya itu tanpa perlu membeli set Happy Meal lagi. Hal ini kerana topi McDonald’s ini dilihat mendapat permintaan ramai hingga kehabisan stok.
Bagi anda yang ingin mencuba filter Topi McDonalads bolehlah ikut apa yang dijelaskan olehnya.
“Kalau xjumpa; tekan share/more, use this effect. Kalau takde jgk sila tgk dkt tab filter profile sy. Kalau xde jgk, blh start nangis”
Pelakon Julia Farhana telah mendirikan rumahtangga dengan Dr. Che Hafiz pada 14 Disember 2022 lalu dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh keluarga dan kenalan rapat sahaja.
Sedikit kontroversi mengenai namanya apabila terpalit dengan kontroversi melibatkan bekas isteri kepada Dr Che Hafiz iaitu Lufya Omar namun Julia Farhana dilihat bijak dalam mengendalikan situasi itu.
Menurut Julia, urusan jodoh adalah rezeki dan telah ditentukan oleh Allah SWT malah menegaskan bahawa dia tidak mengambil hak orang.
“Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang. Lagipun kita bukan rampas hak orang. Kebahagiaan itu perlu dicari,” katanya dalam sebuah hantaran TikTok.