Inspirasi

Pemuda Kerja Kutip Sampah Demi Sara Keluarga, Sanggup Berhenti Sekolah Bantu Tiga Adik

Share
Seorang pemuda dikenali sebagai Wan meraih perhatian netizen apabila berkongsi kisah kegigihannya mencari rezeki demi menyara keluarga sejak usia 15 tahun. 
Menerusi perkongsian di TikTok, Wan memaklumkan dia kini berusia 23 tahun dan sudah empat tahun bekerja sebagai pengutip sampah di Kuantan. Dalam usia muda, dia sudah memikul tanggungjawab besar yang tidak semua orang sanggup lalui.

Sara Keluarga Sejak Usia 15 Tahun

Menurut Wan, dia mula bekerja sejak berusia 15 tahun selepas keluarganya berdepan sedikit masalah. Keadaan itu membuatkan dia mengambil keputusan yang cukup besar dalam hidupnya, iaitu berhenti sekolah demi membantu keluarga.

“Umur saya sekarang 23 tahun. Saya bekerja sebagai pengutip sampah dah empat tahun.

Saya ada dua kerja. Satu lagi sebagai part time di kedai makan.

Umur 15 tahun saya dah mula bekerja. Keluarga ada masalah sedikit. Jadi, saya ambil keputusan untuk berhenti sekolah dan bantu keluarga.”

Dua Kerja Sehari Demi Kelangsungan Hidup

Lebih menyentuh hati, Wan turut melakukan dua kerja dalam sehari bagi membantu keluarga. Selain bekerja sebagai pengutip sampah, dia juga bekerja sambilan di sebuah kedai makan.

Rutin hariannya bukan mudah. Dari awal pagi hingga ke malam, Wan mengorbankan tenaga dan masa demi memastikan keluarganya dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.

Walaupun penat, dia tidak pernah merungut. Baginya, setiap usaha yang dilakukan adalah demi meringankan beban ibu bapa serta memastikan adik-adiknya tidak melalui kesusahan yang sama.

Mahu Tiga Adik Terus Bersekolah

Wan berkata, dia memilih untuk berdepan semua cabaran itu demi keluarganya, terutama tiga orang adiknya yang masih bersekolah.

“Saya memilih untuk hadapi semua ini demi keluarga saya. Saya ada tiga orang adik yang masih bersekolah.

Saya nak mereka habiskan pelajaran. Saya tak habis tidak mengapa.”

Baginya, masa depan adik-adiknya jauh lebih penting daripada impiannya sendiri yang terpaksa dikorbankan demi keluarga.
@storie.my Behind the Hustle #10 – A day in the life of a garbage collector Big respect @WAN 🫡 #storiemy #malaysia #behindthehustle ♬ original sound – Storie

 

Janji Kerja Halal Jadi Pegangan Hidup

Menurut Wan lagi, dia sanggup melakukan apa sahaja pekerjaan asalkan halal dan tidak mengganggu orang lain. Prinsip hidup ini menjadi kekuatan utama dirinya untuk terus bertahan dalam dunia yang penuh cabaran.

“Saya buat apa saja kerja. Yang penting halal dan tak ganggu orang. Yang penting, dekatkan diri dengan Allah.

Ibu bapa adalah satu semangat dan motivasi untuk saya teruskan kehidupan. Janji boleh ringankan beban mereka.”

Kata-kata ini cukup memberi inspirasi kepada ramai, terutama golongan muda yang mungkin sedang mencari arah dalam kehidupan.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan tersentuh dengan ketabahan Wan. Tidak sedikit yang menjadikan kisahnya sebagai inspirasi untuk terus berusaha walaupun berdepan kesukaran hidup.

BACA LAGI : Sanggup Kutip Sampah Untuk Cari Rezeki Sekolahkan 3 Anak Hingga Berjaya. Tabahnya Ibu Ni!

Sumber : TikTok @storie