Peniaga Terkejut Rupanya Tun Dr Siti Hasmah Yang Order 10 Skirt, Siap Gayakan Bagi Review!
Dunia perniagaan ini ada suka dukanya. Itulah yang sentiasa dilalui oleh para peniaga. Kini peniagaan bukan dilakukan secara bersemuka tetapi juga dilakukan ‘online’.
Bagi peniaga yang melakukan perniagaan secara online pastinya akan rasa dihargai apabila mendapat respon atau review yang positif daripada pelanggan.
Namun siapa sangka, dalam perniagaan secara ‘online’ ini kita tidak dapat mengetahui dengan jelas identiti pelanggan.
Begitulah yang dilalui oleh seoranga peniaga yang meluahkan rasa terkejut apabila rupanya pelanggannya adalah isteri kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Ini dipaparkan menerusi perkongsian di TikTok miliknya, shophany.my yang juga dikenali sebagai Hany berkongsi gambar Dr Siti Hasmah sedang mengayakan skirt yang dibeli serta baju ‘free gift .
Menurutnya lagi, bagaikan mimpi bahawa pelanggannya adalah Dr Siti Hasmah yang membeli 10 helai skirt di kedainya secara atas talian.
Malah dia memuji sikap merendah diri Dr Siti Hasmah terserlah apabila membuat review mengenai pakaian yang dibelinya itu.
Bertuahnya peniaga ni ye! Siapa sangka dalam ribuan pilihan yang ada, kedainya menjadi pilihan. Rezeki sentiasa tidak salah alamat!
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ads
BAGAIKAN MIMPI , KEDAI JADI PILIHAN
“Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar.. It’s Tun Dr Siti Hasmah gaiss.. Tun shopping 10 pcs pleated skirt terusss dengan kita and she like it very much! sampai sekarang rasa mcm tak percaya, rasa mcm mimpi She’s very a humble person, siap suruh staff dia bagi review lagi.. Sis nak nangesss.”
Sebagai ibu ayah kita memainkan peranan dalam mendidik anak untuk menjadi manusia yang baik dan terpuji akhlaknya. Kita juga menghantar anak-anak ke sekolah agar mereka dapat menimba ilmu untuk dijadikan bekalan hidup.
Pun begitu, menyentuh tentang bila anak-anak telah kembali ke sekolah ketika ini kita sebagai ibu ayah ada juga perasaan bimbang andai anak kita dibuli oleh rakan sekolah. Apatah lagi bila kita sendiri ketahui masalah buli semakin meruncing sepertimana kes tular yang menyayat hati sebelum ini terjadi.
Namun dalam bimbangnya kita terhadap anak dibuli bagaimana pula andai yang terjadi sebaliknya, rupanya anak sendiri menjadi pembuli?
Tahukah anda anak bersikap atau bertindak sedemikian sebenarnya ada sebabnya dan mana tahu ianya berpunca daripada tingkah laku kita sebagai ibu ayah yang kita sendiri tidak sedar telah lakukannya sekian lama.
Jangan didik anak jadi pembuli
Saya cukup takut nak cakap pasal ni. Sama sekali tak nak diuji anak dibuli atau jadi pembuli. Saya sedar. Anak-anak saya idaklah soleh mana. Sekali-sekala, terlepas juga kata-kata ejek. Ada juga tangannya terlepas hayun ke kawan.
Tapi untuk membenarkan buli, dan sengaja ajar anak jadi pembuli, tidak patut dijadikan pilihan!
Tak kiralah ianya dilakukan secara FIZIKAL, VERBAL, SOSIAL mahupun secara SIBER.
Saya sendiri pernah jadi mangsa buli waktu sekolah.
Disalat tahi hidung di tudung. Ditolak cawan waktu minum. Digantung basikal kat pagar sekolah. Disorok beg dalam tong.
Tak taulah kenapa budak skema ni selalu seronok dijadi bahan buli. Haih. Nasib baiklah saya naif. Kadang-kadang buat tak faham je orang buli saya. Agak-agak teruk sangat, saya nangis jelah.
Kisah saya ni kelakar juga bila dikenang. Tapi sepanjang melaluinya, mental saya koyak tau!
Jangan biar anak sesukati koyakkan mental dan emosi orang. Kerana itu penting untuk kita ajar anak :
1) Menegur dan menyapa kawan dengan cara dan bahasa yang baik.
2) Terima rupa fizikal kawan-kawan yang berlainan dari orang lain.
Walau unik mana pun rupa mereka. Walau ada tangan sebelah, bertongkat, tahi lalat besar di wajah, gigi tak rata, juling dan besar.
Mereka layak dihormati dan mahu didampingi macam kita juga. Buatkan mereka rasa yang mereka sempurna dan cantik.
3) Biasakan meminta maaf. Dan bertanggungjawab bila terbuat silap. Paling penting, ingatkan. Ingatkan. Dan ingatkan.
Memang akan ada drama ‘tak nak kawan’. Berbalas pukul. Dan mengata-ngata.
Peranan kita untuk terus mengingat.
At the end of the day, kids will always be kids. Kita yang parents ni lah berperanan untuk sentiasa ingatkan ‘It’s NOT OK to be bully.
Jangan normalisaskkan buli. Jangan mula dari dalam rumah lagi! Kesan pada mangsa meninggalkan parut pada mangsa secara emosi. Paling kita taknak, si pembuli membawa karektor membuli sampai ke besar. Masuk ke dalam organisasi. Dan sebarkan ia sebagai amalan yang cool untuk dicontohi.
Kadang-kadang kan, kita sendiri tak sedar pun yang kita mendidik anak jadi pembuli.
Jom kita cek, apa contoh perlakuan kebiasaan kita yang secara tak langsung, membina karektor Pembuli dalam diri anak.
Sayur-sayuran antara makanan yang paling cepat bertindak balas dan tidak tahan lama. Biarpun disimpan di dalam peti ais, ada kalanya sayur-sayuran cepat
layu dan tidak tahan lama.
Sama seperti sayur, buah-buahan juga tidak mampu kekal lama apabila disimpan. Sebenarnya ada cara penjagaan agar memastikan kedua makanan ini mampu disimpan lebih lama. Bagaimana? Ikuti tip dan petua yang diberikan ini.
Ketika menyimpan buah-buahan, pastikan ia tidak bertindih di antara satu sama lain. Baik menyimpan di dalam peti ais ataupun di luar, pastinya kesemuanya
tidak bertindih.
Mungkin meletakkannya di dalam bekas besar dan leper adalah pilihan paling sesuai. Elakkan sama sekali bakul kecil dan hanya membuatkan buah cepat lembik.
Limau
Pastikan limau disimpan di dalam tempat menyimpan telur, di dalam peti ais.
Tomato dan Timun
Simpanlah tomato dan timun di dalam suhu bilik sahaja. Namun untuk mengelakkan tomato cepat masak dan lembik, sorokkanlah dari cahaya matahari atau lebihan cahaya kepadanya.
Jambu, Epal dan Pear
Bungkus buah-buahan jenis ini, iaitu yang masih belum masak di dalam kertas bersama buah-buahan yang agak masak. Kemudian simpanlah ia di tempat gelap. Dalam tempoh sehari, buah-buahan ini akan masak.
Kentang
Kentang memang sangat cepat bertindak balas dengan suhu. Elakkan daripada mencampurkan kentang dengan buah atau sayuran jenis lain. Jika kentang sudah
dikupas, rendamkan di dalam air dan simpanlah di dalam peti ais.
Sayuran Herba
Seperti herba seperti daun saderi, daun bawang, daun kesum dan sebagainya, letakkan di dalam bekas berisi air kemudian simpanlah dalam peti sejuk. Pastikan akarnya terkena air. Cara ini buat ia tahan lebih lama daripada tempoh biasa.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Rumahtangga yang bahagia pastinya idaman semua pasangan suami isteri.
Namun pastinya ada cabaran yang ditempuhi. Saling berbincang dengan pasangan antara cara untuk kekalkan keharmonian rumahtangga.
Begitulah perkongsian yang dipaparkan ini. Apabila pasangan yang tiada komunikasi dan berbincang secara telus boleh menjejaskan hubungan suami isteri. Malah ada yang membawa kepada penceraian!
Kisah sepasang suami isteri ini harus dijadikan iktibar apabila suami terpaksa berhutang demi kepuasan isteri.
Akhirnya, keluarga berkenaan telah hadapi masalah kewangan hingga isteri menuntut cerai!
_____________________
ISTERI TUNTUT CERAI
Seorang lelaki hadir untuk mendapatkan khidmat nasihat. Di tangannya kemas menggenggam segulung kertas. Mungkin itu surat saman. Tak tahulah apa kesnya.
Setelah selesai prosedur di kaunter, beliau dibawa masuk ke bilik khidmat nasihat. Di sana suasana tenteram. Ditemani sebuah meja, kerusi dan sekotak tisu.
Saya rangkul buku catatan dan beberapa akta dan enakmen berkaitan. Biar ada rujukan. Mana tahu tengah sesi nanti saya perlukan.
Bilik khidmat nasihat saya masuk dan memberi salam. Lelaki ini menjawab salam saya. Kepalanya sedang tunduk. Matanya berkaca. Melihat saya beliau bangun dan menghulurkan salam.
“Waalaikumsalam. Eh takpa encik. Duduklah”
Mata yang berkaca tadi dilap semahu mahunya. Mungkin malu seorang lelaki menangis. Ya. Memang ramai lelaki yang hadir. Jarang yang menangis. Rata rata memang pandai cover.
“Ustaz, tolong saya..”
Suara lelaki ini lemah. Mukanya keruh. Rambutnya kusut. Tangannya kuning. Pelik juga saya. Dia buat apa sampai kuning begitu.
“InsyAllah, saya akan tolong. Sekejap ya”
Saya salin semua maklumatnya dalam buku catatan. Catatan ini amat penting bagi orang yang pelupa seperti saya. Nanti kalau dia datang lagi tak perlu saya soal lagi. Pengalaman mengajar saya begitu.
Setelah selesai. Saya meneliti borang khidmat nasihat yang lelaki ini isi. Didalamnya, beliau tanda permohonan khidmat nasihat bagi kes “Permohonan Cerai”. Seksyen 47. Ohh.
“Ustaz, isteri saya tuntut cerai. Saya masih sayangkan dia dan anak anak. Anak kami lima orang. Yang paling bongsu baru setahun. Saya tak dapat bayangkan hidup saya tanpa isteri dan anak anak. Ustaz, tolong saya..”
Saya dah agak. Tepat sangkaan saya. Segulung kertas yang digenggam tadi sememangnya saman dan permohonan cerai. Turut disertakan iqrar dari si isteri.
Lalu dokumen itu saya minta darinya dan saya teliti. Sebaris demi sebaris borang Jawi 6 dan ikrar sang isteri.
MASALAH KEWANGAN KERAP BUAT PINJAMAN
Lalu fahamlah saya, isterinya menuntut perceraian atas faktor tidak sefahaman. Di dalam ikrar dijelaskan panjang lebar. Semuanya berpunca dari nafkah yang tidak mencukupi. Untuk mendapat kepastian, saya bertanya adakah benar dakwaan isteri tersebut.
“Betul ustaz. Saya memang akui. Sejak setahun yang lalu saya tak dapat sempurnakan nafkah kepada isteri. Tapi bukan saya sengaja. Setiap bulan gaji saya negatif”
Lalu saya teliti slip gaji lelaki ini. Ya Rabbi. Baki gajinya tak sampai empat angka. Anak 5 orang tu. Tinggal pula di bandar. Memang bukan setakat sangkut lagi. Tenggelam dah.
“Encik, kenapa sikit sangat baki gaji ni?kenapa banyak tolak? Loan apa yang encik buat ni?”
“Ustaz, semua anak saya bersalin di hospital swasta. Itu memang kehendak isteri. Saya tak cukup duit, tapi saya ikutkan sahaja kehendak dia. Sebab itu saya buat loan peribadi kat bank setiap kali isteri mengandung. Puas dah overlap.
Lepas tak boleh pusing, saya pinjam lagi kat koperasi. Duit kawan kawan pun banyak yang saya pinjam untuk beli barang dapur, susu, pampers semua. Masuk anak kelima ni pun saya pinjam lagi. Last last saya tak dapat pusing, saya pinjam ahlong. Saya memang tak dapat bayar. Hari hari diorang cari saya. Isteri saya tak tahan dan salahkan saya. Sebab itu dia tuntut cerai ni.. Ustaz tolong saya. Saya tak nak bercerai”
Kali ini lelaki ini tidak malu lagi. Air mata yang ditahan tahan dari tadi melimpah akhirnya membasahi pipi. Di saat ini kotak tisu yang bisu tadi amatlah membantu.
Allahu.
Saya tak tahu samada ceritanya itu benar atau tidak. Tetapi sebagai manusia biasa saya tetap simpati kepadanya.
“Beginilah encik. Kes ini baru peringkat sebutan pertama. Mahkamah akan tanya encik dahulu. Sekiranya encik tak setuju cerai, kes ini akan diteruskan dengan Jawatankuasa Pendamai di jabatan agama, kemudian jika tak selesai juga kes ini akan dibawa kepada Hakam keluarga. Tak selesai juga, Hakam kuasa penuh.”
Saya terangkan step by step Seksyen 47 dan 48 Akta Undang Undang Keluarga kepadanya. Bermula dari jawatankuasa pendamai hinggalah kepada lantikan hakam berkuasa penuh. Semuanya ikut prosedur.
MASIH SAYANG RUMAHTANGGA
Air mata mula dikesat. Lelaki ini mencatat step step prosedur yang saya terangkan. Dari jawatannya saya tahu. Lelaki ini bukan calang calang orang. Bijak. Tetapi bila tiba masalah rumahtangga begini, tak katalah. Siapapun akan buntu.
“Encik, masalah apapun yang kita hadapi pasti ada jalan penyelesaian. Sabar ya. Cubalah bincang elok elok dengan isteri. Mana tahu dia tertekan. Tak kata kat dialah, siapa yang tak tertekan kalau ahlong asyik datang rumah” saya memujuknya.
Lelaki ini terus lap air matanya. Tisu yang basah dipegangnya tadi mula menguning. Pelik saya.
“Encik, maaflah saya nak tanya, kenapa dengan tangan tu? Pasaipa kuning”
“Ohh, begini ustaz. Isteri saya dah keluar rumah dengan anak anak semua. Dia balik rumak mak ayah dia. Saya dok sensoranglah kat rumah tu. Jadi saya kononnya nak masaklah sebab jimat sikit. Dah gaul ikan dengan kunyit.
Tiba tiba ada orang ketuk pintu rumah. Saya basuh tangan lebih kurang sajalah. Bukak pintu ada sorang hantar surat ni ha. Minta saya sign.
Lepas baca surat ni saya terus hilang lapar. Sedih saya. Terus tak jadi makan. Call member dia suruh datang khidmat nasihat kat sini”
Allahu. Begitu kisahnya.
Selesai sesi khidmat nasihat. Lalu lelaki ini meninggalkan saya dengan sekuntum senyuman kelat. Sempat menitipkan ucapan terima kasih.
Saya tak tahu apa kesudahannya di Mahkamah. Saya juga tak tahu cerita sebenar apa yang berlaku antara mereka. Namun saya dapat belajar dua perkara.
KENA TAHU PENGURUSAN KEWANGAN KELUARGA
Pengurusan kewangan dan komunikasi suami isteri.
Ya. Itu key pointnya. Jika kita tak mampu, buatlah cara tak mampu. Jangan ikut trend orang.
Berbincanglah dengan pasangan terutama berkaitan pengurusan kewangan. Percayalah, ramai kini yang terjerat dengan hutang. Menyebabkan gaji mereka negatif setiap bulan.
Buat anda yang mempunyai sebarang masalah perundangan yang memerlukan nasihat, sila berhubung dengan kami di JBG. Untuk melayakkan anda mendapat bantuan guaman, anda mestilah:
●Warganegara Malaysia ; dan
●Bagi bantuan guaman dalam kes mahkamah anda mestilah :
✔️ Memenuhi kriteria yang ditetapkan
✔️ Lulus ujian kemampuan (sumber kewangan tidak melebihi RM50, 000.00 setahun); dan
✔️Mempunyai kes yang bermerit
Semoga tulisan ini memberi pengajaran buat kita semua.
Sekian wassalam.
Sumber: Anas Jamaluddin,
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di