Melihat posting puan Emi Erdayu Jasmi ini berkenaan salah satu ruang bilik yang dijadikan bilik pakaian di kediamannya memang mampu membuatkan ibu-ibu berasa cemburu dengan tahap kerajinannya. Maklumlah Puan Emi bukanlah suri rumah sepenuh masa, bahkan mempunyai 4 orang anak yang masih kecil namun mampu mengurus pakaian keluarganyanya begitu rapi dan tersusun kemas tanpa terjadinya lambakan dek kerana tidak dilipat.
Mengetahui lanjut bagaimana dia boleh lakukan itu semua, jom kita cungkil rahsia dan tip daripadanya.
Pengurusan baju sebenarnya saya lakukan secara berjadual. Setiap Rabu dan Jumaat adalah hari membasuh dan menjemur. Manakala pada hari Ahad memang saya khususkan untuk melipat dan menyusun baju dan juga major cleaning, lap habuk, vacuum dan mengemop lantai.
Setiap anak saya limitkan berapa saja tshirt, seluar dan pakaian tidur supaya tiada lambakan pakaian tak diuruskan dan tak digunakan. Bila anak ramai ni kalau kumpul lagi banyak, jadi setiap anak saya hadkan sehari 5 pasang lebih kurang sebab hantar taska dan pengasuh.
Jadi saya dan suami decide 2hari / 3hari sekali kena basuh. Manakala melipat menyusun dihujung minggu sambil terus iron baju kerja dan sekolah.
Saya mempunyai 4 orang anak yang masih kecil, iaitu dari usia 7 tahun, 5 tahun, 3 tahun dan 5 bulan. Sebab saya susun ikut susunan menegak memang takkan bersepah, selalu anak yang besar saya minta ambikan baju di bilik baju. anak anak kadang ada citarasa sendiri, ibu ambik tak kena… memilih..hehehe.. sudahnya saya minta ambil sendiri.. setakat ni memang dia tau ambik mana baju tshirt seluar atau baju tidor sebab dah ajar mana rak sendiri.
“Bismillah. Memanjat kesyukuran kehadrat Illahi, kerana di atas keizinan dan kurniaan-Nya. Alhamdulillahi Rabbil Al Aamiin.”
Begitulah perkongsian posting terkini oleh Yusry di Instagramnya yang kini tekah pun bergear Datuk Yusry Abdul Halim, sekali gus warganet turut tumpang rasa bangga dan bersyukur dengan penganugerahan tersebut.
Memertik laporan di myMetro, Pengarah, pelakon, dan penyanyi Datuk Yusry Abdul Halim, 48, berbesar hati akhirnya dapat menghadiri penyampaian rasmi Darjah Kebesaran, Pingat dan Bintang Wilayah Persekutuan di Istana Negara, jam 10 pagi, hari ini. (19 Nov)
Yusry menerima kurniaan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang membawa gelaran Datuk.
“Penganugerahan ini bersempena Hari Wilayah 2021 tempoh hari. Ia kerana majlis tertunda selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan ketika itu.
“Ini anugerah yang sama untuk penerimaan gelaran Datuk itu. Cumanya majlis baharu dapat diadakan pada hari ini,” katanya dan turut hadir menemani beliau adalah isterinya Datin Lisa Surihani.
Tahniah & Syukur
Terdahulu, Yusry berkongsi hantaran menyatakan rasa syukurnya terhadap pencapaian itu di Instagram dan mendapat respon positif daripada warganet.
Rata-rata peminat tumpang rasa seronok dan mengucapkan tahniah dengan penganugerahan yang diberikan kepada artis kesayangan mereka.
Pada Hari Wilayah 1 Februari lalu, pengarah terbabit antara 335 penerima dipilih untuk penganugerahan itu. Tidak ketinggalan, Datuk Nora Ariffin serta Datuk Habsah Hassan.
Ketika itu, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkata, pengurniaan itu adalah sebagai menghargai sumbangan besar penggiat seni dan budaya terhadap lapangan mereka.
Menurutnya, bagaimanapun tarikh penyempurnaan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan bagi tahun ini sedang ditentukan mengambil kira situasi semasa penularan pandemik Covid-19.
Menderita kanser usus tahap empat sejak setahun yang lalu, penderitaan pemuda ini berakhir selepas dia dijemput kembali ke pangkuan ilahi.
Kisah pemuda ini cukup menyentuh hati apatah lagi Allahyarham cukup dikenali sebagai seorang yang ceria, ramah, soleh dan suka membantu.
Menerusi satu perkongsian seorang rakannua meluahkan rasa hiba atas kehilangan tersebut.
Menurut seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Wanis, arwah Mohd Khairul Ridwan seorang rakan baiknya sejak 5 tahun yang lalu yang sama-sama belajar di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS)
Kisah pemuda ini dikongsikan oleh saudari NurWanis menerusi laman facebooknya.
Kematian yang menyedarkan jiwa yang terlena]
Suasana masih lagi terasa hiba dan terasa sangat kehilangan saudara Akhi Khairul.😢
Penuh ucapan takziah di wall fb beliau, sebak rasanya bila membaca satu persatu perkongsian orang yang mengenalinya.
Bukan seorang yang memuji dan menyebut kebaikan arwah, bahkan beratus sahabat handai dan guru-guru mengakui hal yang sama.(Saya hanya screenshoot sebahagian darinya👇🏻)
Seorang yang ramah, mesra, lembut, suka bergurau dan baik dengan semua orang. Baik yang bukan dibuat-buat. Sesuai dengan namanya Khairul Ridwan (Baik; Keredhaan Tuhan)
Solat jenazah perlu dilakukan sehingga 2x kerana ramai sungguh orang yang hadir di rumahnya semalam.
Sebagai seorang penulis, dan sebagai seorang teman yang turut mengenalinya sejak dari zaman kampus lebih kurang 5 tahun kami berhubung. Tetap sahaja dia baik seperti itulah.
Saya mengambil ruang ini untuk kita sama-sama merenung dan mengambil sisi kebaikan arwah.
Apa yang istimewa sangat dengan sosok tubuh yang bernama Khairul Ridwan ini?
1) Orang yang biasa-biasa, tapi bila dia jatuh sakit, “luar biasa” tak putus orang datang jenguk ziarah dan hulurkan bantuan sehinggalah saat dia meninggal, begitu ramai yang datang untuk solat jenazah.
2) Orang yang biasa-biasa, suka bergurau, suka tersenyum, ramah mesra dengan semua orang tapi “luar biasa” hatinya yang tulus ikhlas bersahabat berukhuwah dengan sesiapapun. Tak kira tua atau muda, dia tegur belaka. Bukan jenis sombong. Bukan jenis baran. Jenis lembut hatinya.
Begitulah istimewanya sehingga selepas dikafankan, dikatakan wajah dia bersih, tidur nyenyak seperti budak kecil sedang tidur.
3) Orang yang biasa-biasa, sangat aktif ke situ sini, tapi sangat “luar biasa” dalam perjuangannya membantu agama Allah, masuk Unit Amal untuk bantu ummah, ahli Pemuda Pas, Pengerusi persatuan, Naqib Usrah dan macam-macam lagi dia join.
Umur 27 tahun tapi berkat, penuh amal soleh dan kebajikan yang diisi. Kita pula bagaimana?
4) Orang yang biasa-biasa, tapi sangat “luar biasa” hubungannya dengan ibubapanya. Pernah saya tanya dia, tak penat ke berulang alik ke kampung dari Kuala Ketil ke Kelantan dengan motor?
Katanya takpe, asalkan selalu dapat lihat wajah ibu dan ayahnya. Beliau anak sulong, begitu jelas komitmen dan tanggjawab yang tinggi pada famili.
5) Orang yang biasa-biasa tapi “luar biasa” kecintaannya kepada Rasulullah SAW. Dia buktikan dengan istiqamah dalam perjuangan islam dan dakwah.
Sharing dari sahabat yang mengenalinya;
“Kak wanis, antaranya sebab Allah angkat darjatnya juga adalah kerana kasihnya Allahyarham kepada Rasulullah saw.
Seingat saya tahun 2014 dalam program pimpinan Kudsy bersama pensyarah kulliyyah usuluddin. Allahyarham masa tu menceritakan kisah pengorbanan Rasulullah saw, bagaimana cabaran dan halangan yang terpaksa ditempuhi oleh baginda rasulullah saw untuk menyebarkan syiar islam, saat itu juga air mata Allahyarham tumpah mengenangkan kesusahan baginda untuk menyebarkan islam.” 😭-Qamarul Bahjan-
6) Orang yang biasa-biasa, tapi “luar biasa” reaksinya bila diuji dengan sakit kanser usus tahap 4.
Luar biasa bila dia benar-benar pasrah, redha, sabar dan ikhlas menerima ketentuan takdir yang telah Allah tuliskan. Mungkin munajatnya pada Tuhan di saat-saat akhir dalam pergelutan kesakitan itulah paling “special” yang Allah pandang.
Sepanjang saya bermesej dengannya, dia selalu memberikan kata-kata positif, dan time sakit pun tak pernah dengar dia mengeluh, masih tersenyum positif.
Takde merungut, takde marah-marah, takde menjauhkan diri pada orang, mesej tetap dia balas macam selalu, seolah dia tak sakit apapun. Allahu…
Saya merasakan, inilah “luar biasa” hebat sangka baiknya dengan takdir Allah sehingga Allah juga telah memuliakan dan mengangkat darjatnya saat kematiannya.
Rasulullah SAW bersabda:
“Tidaklah seorang Muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan menggugurkan bersama dosanya seperti pohon menggugurkan daun-daunnya.”
(HR Bukhari dan Muslim)
Sayang dan cintanya Allah kepada hamba yang beriman.
Allah “kirimkan” sebuah penyakit yang berat itu, tanda Allah nak hapuskan semua saki baki dosa yang ada, cuci bersih sehingga bertemu Allah semula tanpa cela.
Temanku.
Pujian manusia saat hidup, tidaklah pelik. Tapi sangatlah luar biasa “pelik” jika ramai manusia yang memuji-muji selepas kematian.
Kerana pujian itu bukan boleh dibuat-buat, bukan berpura-pura, tapi betapa Allah jualah yang mengangkat darjatnya di langit sehingga seluruh penduduk langit dan bumi memujinya.
Bahkan semua turut terasa sedih kehilangan seseorang yang baik dan soleh.
Insha Allah, tanda-tanda husnu khatimah ada pada kematiannya dan kita semua yakin Allah tidak mensia-siakan penderitaan arwah Khairul. Pasti ganjaran syurga menantinya.
Darinya kita belajar, jangan pernah lelah buat kebaikan demi kebaikan untuk semua orang. Walau tak semua akan menghargai kebaikan kita buat, tapi Allah pasti menghargai dan membalas di waktu yang tepat.
Temanku, kita sering “terlupa” dengan tujuan hidup di dunia ini adalah untuk buat Allah suka dan redha dengan kita.
Teruslah bersangka baik dengan Allah, jangan hanyut dengan kesedihan dunia. Walau seberat apapun ujian yang Allah sedang kirimkan pada kita saat ini kerana kita tidak tahu, boleh jadi musibah itulah pelamar kepada redha Allah.
Wahai orang muda! Hargailah waktu muda dan bujangmu, isilah dengan amal kebajikan dan mengenal Allah, tegakkan Islam, amal dan dakwah kerana belum tentu usia tua akan menjadi milikmu. Kerana belum tentu akan sempat bernikah dan beranak pinak, boleh jadi Allah sudah siapkan pasangan bidadari yang jauh lebih baik dari dunia.
Hargailah waktu nafas yang Allah pinjamkan kerana tiada siapa dapat menjamin hari esok masih ada kerana ajal maut sangat misteri.
Sungguhlah dunia ini sekejap dan paling mahal di sisi Allah adalah iman dan takwa.
“Maka pada hari itu, tidak ada seseorang yang akan dianiaya sedikitpun, dan kamu pula tidak akan dibalas melainkan menurut amal yang kamu telah kerjakan.”
“Sesungguhnya penduduk Syurga pada hari itu, berada dalam keadaan sibuk leka menikmati kesenangan.”
“Mereka dengan pasangan-pasangan mereka bersukaria di tempat yang teduh, sambil duduk berbaring di atas pelamin.” (Yassin: 54-56)
Bukankah itulah “kemenangan” yang agung?
Hikmatul Islam, “Awak” special di hati saya, selamanya akan berada dalam doa saya. Saya akan pegang semua pesanan terakhir awak.
Awak kata awak suka baca penulisan saya, awak suka tengok saya pergi talk situ sini, awak pesan suruh teruskan dakwah ini, jaga diri baik-baik. Ya Allah, banyak sangat yang awak pesan😢 Kita jumpa semula di syurga.♥️ Damailah awak di sana.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون. اللهم اجعل قبره روضة من رياض الجنة..ولا تجعل قبره حفرة ممن حفر النيران…
“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.” Amin.
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.