Kalau hendak diikutkan menu ikan goreng jika dimakan bersama sambal belacan dan ulam-ulaman, ianya sudah cukup untuk membangkitkan selera. Rasanya sungguh padu!
Pun begitu untuk mendapatkan hasil gorengan ikan yang sedap, ada teknik yang betul dipatuhi supaya ikan yang digoreng tidak melekat pada kuali dan seterusnya isi ikan terasa juicy.
Seorang pensyarah kimia, Fatimah Salim berkongsi tip gorengan ikan yang betul dan juga penerangannya daripada sudut sains.
“Ramai pasti tahu yang rasa ikan goreng dipengaruhi oleh jenis ikan, kesegarannya dan bahan perapannya. Tahukah anda rasa ikan goreng juga disumbangkan oleh cara memasak serta kawalan suhu semasa memasak?
“Masalah yang sering timbul ialah untuk mendapatkan hasil gorengan yang cantik (tidak melekat pada kuali) dan ‘juicy’ (rangup di luar dan lembap di dalam). Mari kita selamai sains disebalik menggoreng ikan,” ujarnya.
Menurut pensyarah ini ada sebab kenapa ikan melekat pada kuali apabila digoreng.
Ads
“Ikan melekat pada kuali kerana permukaan ikan basah yang bersentuhan dengan permukaan kuali. Semasa mengoreng, api akan memanaskan kuali dan minyak.
“Ikan yang bersentuhan dengan permukaan kuali lalu menyebabkan ikan terus mengering pada kuali dan menyebabkannya melekat. Keadaan ini akan menyukarkan proses menterbalikkan ikan dan sebahagian daripada isinya akan melekat pada kuali,” terangnya panjang lebar.
Turut dikongsikan tips untuk mengelakkan ikan melekat pada kuali.
-Untuk mengelakkan perlekatan ikan dengan permukaan kuali, panaskan minyak secukupnya (agak2 sehingga SEDIKIT berasap) kemudian masukkan ikan.
-Disebabkan tidak larut bersama, perlanggaran antara molekul-molekul minyak dengan molekul-molekul air pada ikan akan menghasilkan bunyi gorengan yang kuat.
Ads
-Minyak yang cukup panas ini akan menyebabkan air pada permukaan ikan meruap dengan cepat dan menjadikannya kering dan rangup. Maka, permukaan ikan yang bersentuhan dengan kuali tidak akan melekat.
Tidak dengan itu turut dikongsikan rahsia untuk mendapatkan isi ikan yang juicy.
-Permukaan ikan yang rangup tadi akan menjadi selaput penghalang untuk air di dalam ikan daripada meruap seterusnya mengekalkan kelembapan (juiciness) dalam isi ikan.
Ads
-Ikan haruslah dimasak SEKEJAP sahaja kerana struktur kimia ikatan protein isi ikan adalah longgar jika dibandingkan dengan daging ayam dan lembu. Maka ianya tidak memerlukan masa yang lama untuk dimasak.
-Memasak ikan terlalu lama akan menyebabkan lembapan dalam isi ikan meruap, seterusnya menjadikan isinya keras. Ini sesuai untuk mereka yang sukakan ikan yang rangup dan garing.
Nota: Mereka yang menggunakan kuali kali lekat tidak akan mengalami masalah perlekatan semasa menggoreng kerana teknologi selaput pelinciran telah membantu.
Berita tentang enam jenama sardin yang ditarik balik daripada pasaran kerana disahkan mengandungi cacing, tentunya menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna.
Dan kita sebagai ibu yang pada asalnya membeli ikan sardin dalam tin sebab nak mudah masak untuk keluarga, bila ini yang berlaku apa tindakan kita?
Tentunya kita tidak mahu memberikan makanan yang tidak elok kepada keluarga. Jadi jalan terbaik, elok pelajari cara bagaimana nak buat ikan sardin ni. Bukan sahaja dijamin bersih malah tentunya lebih sihat kerana tidak menggunakan bahan pengawet.
Ini cara dan resipi membuat Sardin
Ikan selayang, ada orang panggil ikan sardin. Cuci bersih, potong kepala, ekor dan sirip dia.
2. Bawang besar patutnya. Tapi hakak cuma ada bawang kecik, bantai je lah. Asal namanya bawang. Bawang putih bubuh sikit bagi naik bau.
3. Tomato merah dan cili merah. Sukatan semua benda ko jangan tanya banyak mana. Sikit ke banyak takder sapa nak marah. Klu ada anak kecik nak makan takpayah bubuh cabei.
4. Cuci bersih.
5.Blend kesemuanya bahan tadi, bawang, cabei, dan tomato.
6.Masukkan sedikit minyak masak. Sukati ko nak minyak berlenang ka minyak sikit no problem. Bukan masalah hakak.
7.Masukkan ikan, minyak dan garam.
8. Tekan High Pressure 60 minit, nnt dah masak tambah lagi 30-60 minit. Hakak suka tambah 60 minit lagi bagi ikan tu lembut gila2 takdak rasa tulang, mudah nak makan dan sedap.
Dah masak pun. Baunya walahhhhh.. Buh dalam bekas, frozenkan untuk kegunaan hari-hari mendatang. Nak panaskan balik makan begitu sj pun dah cukup sedap, kalau nak olah semula letak suun la kunyit hidup ka cabei melaka ka lagi sodappp. Nak buat sandwich pun boleh. 100% real food gittuw. SELAMAT MENCUBA!
sumber : Haf Mansor Via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Walaupun banyak tepung segera dipasaran, namun ramai yang masih suka bancuh tepung sendiri untuk menggoreng. Tetapi ada yang mengalami masalah terutama untuk mendapatkan bancuhan tepung yang tidak serap minyak dan gorengan pun rangup dan tahan lama.
Kali ini admin kongsikan cara mudah untuk buat sendiri bancuhan tepung yang mana hasilnya memang terbaik. Menurut saudara Zaky Mat Ali, tak semua tepung boleh digunakan untuk buat bancuhan untuk menggoreng.
Siapa suka Cempedak Goreng? Memang nikmat makan panas- panas lepas digoreng. Kalau guna tepung segera, biasanya cempedak yang digoreng akan serap minyak. Saya kongsi resepi mudah bancuhan tepung untuk menggoreng.
Bahan-bahan
300 gram Tepung Beras
2 biji Telur
2 sudu kecil Serbuk Kunyit
1 sudu kecil Garam
1 sudu kecil Kapur Makan
Air- tidak terlalu cair, tidak terlalu pekat
Caranya:
Campurkan semua bahan di atas, pastikan adunan tidak terlalu cair. kemudian, masukkan pisang, ubi, keledek atau cempedak. Goreng dalam minyak yang panas.
Siap!Biji cempedak jangan dibuang. Boleh rebus letak sedikit garam
Malah, dia juga turut berkongsi tip tentang fungsi setiap jenis tepung beras yang ada di jual di pasaran.
Jenis tepung
Tepung Beras Gajah Seekor
– Sesuai digunakan untuk salutan goreng-goreng seperti pisang goreng, ubi goreng, cempedak goreng.
Tepung Beras Gajah Tiga Ekor
– Lebih lembut dan licin. Sesuai untuk buat kuih tradisional seperti tepung pelita,kuih talam, putu, kuih lapis dan sebagainya.
Tepung Beras Gajah Lima Ekor
– Sesuai untuk buat laksa