Memiliki anak yang ramai dan masih kecil adakalanya membuatkan ibu bapa lebih suka anak-anak tidur bersama.
Namun, jika lebih dari sorang mungkin menimbulkan ketidakselesaan kerana terpaksa berhimpit.
Tetapi seorang bapa ini yang sangat kreatif apabila DIY katil berkembar bagi membolehkan ruang katyil tersebut mampu memuatkan mereka enam beranak tidur.
Bapa ini membuat katil berkembar supaya mereka enam beranak boleh tidur bersama kerana kanak-kanak yang tidur bersama dapat membantu tumbesaran mereka menjadi lebih baik. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang tidur bersama ibu bapa kurang mengalami stres dan akan mempunyai ikatan yang kuat bersama ahli keluarga.
Isterinya, Irene Nadia telah berkongsi hasil pembuatan katil berkembar tersebut di laman Instagramnya. Menurutnya, katil berkembar tersebut dihasilkan dengan menggabungkan dua unit katil bersaiz king dan ia mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkannya.
Irene Nadia memanggil katil berkembar tersebut sebagai ‘Pada mulanya dia seperti tidak percaya apabila suaminya memberitahu untuk membuat katil berkembar tersebut. Jadi, dia ingin menunggu dan melihat apa hasilnya.
Ads
Sebelum memasangnya, suaminya keluar mendapatkan kayu, mesin pemotong kayu dan mesin lain yang diperlukan untuk membuat katil berkembar tersebut.
Ads
Apabila sudah siap memasang kerangka katil tersebut, Irene sangat teruja melihat hasilnya. Irene mengatakan bahawa katil tersebut penuh dengan nilai sentimental kerana suaminya sanggup untuk membuatnya dengan usaha sendiri. Anak-anak mereka juga teruja melihat katil tersebut dan tidak sabar untuk tidur bersama.
Besar dan luas, anak-anak pasti selesa tidur bersama dan tidak perlu berhimpit-himpit. Idea kreatif ini dapat memberi inspirasi kepada ibu bapa diluar sana.
Ibu kepada adik Ainul Mardhiah, Nurul Erwani menafikan bahawa pihaknya membuka tabung kilat untuk anaknya yang kini sedang dirawat di sebuah hospital akibat jangkitan kuman.
Menurut perkongsiaan ibunya di entri terbaru laman Instagramnya sebentar tadi, dia menyatakan bahawa dia tidak pernah menulis dalam mana-mana hantaran berkaitan meminta apa-apa sumbangan untuk anaknya itu.
“Tolong jangan percaya! Tolong jangan percaya! Wahai scammer tolong lah jangan gunakan kesempatan ini untuk kaut duit orang. Saya sebagai mak dia tak ada tulis dalam posting saya untuk minta sumbangan. Saya cuma minta doa orang ramai sahaja,” jelasnya di ruangan kapsyen.
Tegasnya lagi, jika sesiapa ada terjumpa dengan hantaran berkaitan meminta sumbangan untuk Ainul untuk tidak mempercayai hal tersebut.
“Minta semua alert dengan perkara ni. Kalau ada dan saya jumpa, saya akan ambil tindakan lanjut. Terima kasih,” tambahnya.
Sementara itu, menerusi perkongsian terkini sebentar tadi, Nurul Erwani memaklumkan bahawa keadaan Ainul pagi ini semakin baik.
“Pagi ni Ainul dah mula minum susu. Dua hari dah Ainul puasa tak dapat minum susu. Mama yakin keadaan ainul semakin baik,” tulisnya di ruangan Story.
Bagaimanapun buat masa ini, Ainul masih belum sedarkan diri selepas dimasukkan ubat tidur ketika ‘dihubungkan’ dengan ventilator agar kanak-kanak itu tidak penat.
“Ainul belum sedar lagi. Ubat tidur masih run lagi. Sebab Ainul tengah ‘on ventilator‘ . Ainul tak boleh sedar sebab taknak bagi Ainul penat bila ‘on ventilator‘ ni,” maklum Erwani lagi.
Terdahulu, menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Erwani di Instagram pada semalam, ia menunjukkan keadaan terkini kanak-kanak berkenaan.
Difahamkan, Ainul sedang berada di Pediatric Intensive Care Unit (PICU) dan doktor menjelaskan bahawa keadaan yang dihadapi oleh kanak-kanak itu agak kritikal dan tenat (semalam).
Lebih menyayat hati lagi, satu badan Ainul dipenuhi dengan wayar seperti dalam gambar yang dikongsikan oleh Erwani di Instagram semalam.
“Ainul berada di PICU sekarang. Doktor ICU beritahu keadaan Ainul kali ni agak kritikal dan tenat. Satu badan penuh dengan wayar dah anak mama ni,” kata Erwani dalam hantaran itu.
Tambah Erwani, dia memohon agar anaknya itu kuat menghadapi penyakit yang sedang dialami.
“Mohon doakan anak kesayangan mama, Ainul Mardhiah ni jadi lagi kuat untuk lawan penyakit ni,” jelasnya lagi.
Perubahan hormon, berat badan meningkat antara yang sering dialami oleh wanita yang sedang berbadan dua. Demikian yang dialami oleh isteri kesayangan selebriti pujaan ramai, Alif Satar.
Ibu kepada dua cahaya mata baru-baru ini berkongsi cerita dengan memuat naik gambar di laman Instagram bersama suaminya.
Di dalam perkongsian tersebut, Shadila Halid mengakui berasa kurang yakin apabila pengacara itu kelihatan lebih kurus berbanding dirinya.
Bagaimanapun, kapsyen posting berkenaan telah mendapat perhatian suaminya yang meninggalkan komen dengan nada lucu. Namun tidak lupa menyelitkan pujian bahawa isterinya itu masih kelihatan cantik walaupun semakin ‘berisi’.
Perkongsian itu nyata mendapat reaksi dari pengikut pengacara dan juga pelakon ini. Ratarata memberikan pandangan yang sama apabila memuji wanita hamil itu yang kelihatan semakin berseri-seri sejak ‘berbadan dua’.
Semua orang inginkan sebuah keluarga bahagia dan hidup sempurna. Namun dalam kehidupan ini pasti ada cabarannya.
Begitulah keperitan hidup yang dilalui oleh seorang bapa tunggal yang menghidap kanser paru-paru tahap empat yang tinggal bersama lima anak dan ibunya yang sudah tua.
Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, bapa ini hidup serba kekurangan sejak tidak berkerja dan memerlukan sejumlah RM7,000 untuk kos pembelian katil khas dan keperluan keluarganya.
Menerusi facebook sukarelawan, Natipah Abu, kongsi kisah duka keluarga ini dan sempena hari Jumaat penghulu segala hari, beliau berharap dapat meringankan beban keluarga ini menerusi sumbangan orang ramai.
Ikuti perkongsian menyentuh hati ini.
Encik Zabidi seorang ayah tunggal. Jodohnya dengan bekas isteri berakhir 7 tahun yang lalu. Kini tinggallah Encik Zabidi dan lima orang anak bersama ibunya yang sudah tua. Takdir Allah sememangnya tidak mampu kita duga sama sekali.
Asal sihat walafiat. Tiba-tiba nikmat yang kadang-kadang lupa disyukuri itu hilang dalam sekelip mata. Namun apa pun, percayalah. Allah tidak akan menguji kita di luar kemampuan.
Sebelum ini, Encik Zabidi selalu saja sakit di bahagian paha. Sangkanya sakit urat saja. Beliau hanya mengambil ubat tahan sakit yang dibeli di farmasi. Redalah sakit untuk dua tiga hari namun kian hari ternyata .. kesakitan itu tidak menunjukkan tanda-tanda semakin berkurang pun.
Akibat sakit yang tidak mampu ditahan lagi 27 April bersamaan 4 Ramadhan yang lalu, Encik Zabidi jatuh di bilik air. Dia terpaksa dikejarkan ke hospital dan pemeriksaan doktor mendapati kaki kanannya patah. Encik Zabidi menjalani pembedahan memasang besi di kakinya. Dua minggu lamanya dia berada di wad.
Bagaimanapun, ketika diminta untuk berlatih berjalan. Encik Zabidi tidak dapat berjalan seperti biasa kerana selalu pening dan pernah pitam secara tiba-tiba.
Di situlah, doktor mula mengesyaki sesuatu dan telah membuat pemeriksaan lanjut. Hasilnya .. telah menemukan jawapan yang sangat menduka-citakan.
KANSER PARU-PARU TAHAP EMPAT YANG MEREBAK KE TULANG.
Encik Zabidi didapati mengidap kanser paru-paru dan sudah pun ditahap empat. Kanser itu juga telah merebak ke tulang.
Sejak itu, keadaan Encik Zabidi kian lemah. Pernafasannya mula terganggu. Pembedahan di kakinya masih belum pulih sepenuhnya ada jangkitan kuman dan Encik Zabidi masih perlu ke hospital utk kakinya.
SEJAK SAKIT TIDAK MAMPU BEKERJA
Encik Zabidi yang dulunya bekerja sebagai tukang rumah itu, sememangnya tidak mempunyai pendapatan tetap.
Sejak jatuh sakit .. keadaan kewangannya sangat genting. Anak-anak pula semuanya masih dibangku sekolah. Mujurlah Encik Zabidi dan ibu ada menerima bantuan dari Zakat. Ibunya sudah tua ( 78 tahun ) dan tinggal bersama di rumah pusaka tinggalan arwah ayah itu, sememangnya tidak mampu menguruskan Encik Zabidi setara mana lagi.
Tetapi ibu itulah salah satu semangat dan sumber kekuatannya selain anak-anak yang lima orang yang berusia 20 tahun ( IKBN ) 15 tahun, 14 tahun, 12 tahun dan 7 tahun.
Kebelakangan ini, Encik Zabidi sudah hilang selera makan. Bergenang air matanya menahan sebak mengkisahkan riwayat hidupnya kepada kita.
Dia tidak dapat lari dari memikirkan masa depan anak-anak seandainya sesuatu terjadi kepada dia kelak.
Kita sangat faham tentang itu. Sedekah Jumaat kita mensasarkan RM7K untuk Encik Zabidi. RM2K utk membeli katil khas buat beliau manakala baki akan diserahkan kepada Encik Zabidi untuk menguruskan keperluan perubatan, harian dan persekolahan anak-anaknya. Jumaat yang barakah .. kita doakan semoga Allah permudahkan segala urusan Encik Zabidi dan keluarganya.
Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun Maybank Natipah Abu, 552107617521.
Kepada semua penyumbang di luar sana, kita dahului dengan ucapan jazakumullahu khairan katsira … اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.