“Penuh Dengan Sentimental Value Katil Yang Ayah Buat Ni.’ Bapa Ini Berjaya DIY Katil Berkembar Muat Untuk 6 Beranak. Sangat Kreatif !

Share

Memiliki anak yang ramai dan masih kecil adakalanya membuatkan ibu bapa lebih suka anak-anak tidur bersama.

Namun, jika lebih dari sorang mungkin menimbulkan ketidakselesaan kerana terpaksa berhimpit.

Tetapi seorang bapa ini yang sangat kreatif apabila DIY katil berkembar bagi membolehkan ruang katyil tersebut mampu memuatkan mereka enam beranak tidur.

Bapa ini membuat katil berkembar supaya mereka enam beranak boleh tidur bersama kerana kanak-kanak yang tidur bersama dapat membantu tumbesaran mereka menjadi lebih baik. Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang tidur bersama ibu bapa kurang mengalami stres dan akan mempunyai ikatan yang kuat bersama ahli keluarga.

Isterinya, Irene Nadia telah berkongsi hasil pembuatan katil berkembar tersebut di laman Instagramnya. Menurutnya, katil berkembar tersebut dihasilkan dengan menggabungkan dua unit katil bersaiz king dan ia mengambil masa selama sebulan untuk menyiapkannya.

Irene Nadia memanggil katil berkembar tersebut sebagai ‘ Pada mulanya dia seperti tidak percaya apabila suaminya memberitahu untuk membuat katil berkembar tersebut. Jadi, dia ingin menunggu dan melihat apa hasilnya.

Sebelum memasangnya, suaminya keluar mendapatkan kayu, mesin pemotong kayu dan mesin lain yang diperlukan untuk membuat katil berkembar tersebut.

 

Apabila sudah siap memasang kerangka katil tersebut, Irene sangat teruja melihat hasilnya. Irene mengatakan bahawa katil tersebut penuh dengan nilai sentimental kerana suaminya sanggup untuk membuatnya dengan usaha sendiri. Anak-anak mereka juga teruja melihat katil tersebut dan tidak sabar untuk tidur bersama.

Besar dan luas, anak-anak pasti selesa tidur bersama dan tidak perlu berhimpit-himpit. Idea kreatif ini dapat memberi inspirasi kepada ibu bapa diluar sana.

Sumber: IG Irene Nadia

IKLAN