Penjelasan doktor ini diharapkan dapat memberi pencerahan untuk kita sekeluarga lebih menjaga kesihatan.
PENYAKIT GENETIK TIDAK SAHAJA DIWARISI TETAPI JUGA KITA CIPTA.
Dulu, sewaktu pengkajian genetik masih lagi kabur..Kita sering disogok dengan idea bahawa penyakit genetik ini sudah fixed dalam genetik dan tidak boleh berubah.
Maka ahli keluarga yang tidak berpenyakit jadi senang lenang dan merasakan “penyakit genetik” itu tak mungkin kena pada mereka.
Bila dah terkena penyakit, mula cari salasilah keluarga atuk nenek untuk cari orang dipersalahkan.
Selesainya human genome project pada tahun 2003 yang memetakan 20,000 – 25,000 gen manusia dari segi fungsi dan fizikal mengubah pemahaman saintis secara drastik.
Ads
Kita sekarang tahu rahsia genetik. Rupa paras DNA tu memang tak berubah, tetapi EKSPRESI GENETIK itu boleh kita pengaruhi.
Apa maknanya?
Maksudnya, bagaimana kita dilahirkan, dibesarkan, gaya hidup dan pemakanan amat mempengaruhi ekspresi genetik.
KELAHIRAN
– Jenis kelahiran dikaitkan dengan risiko perubahan genom hidupan usus. Contohnya penyakit alahan dan asma dikaitkan dengan kelahiran caesarian berbanding kelahiran normal kerana perubahan gen kuman usus ini.
Ads
TOKSIN PERSEKITARAN
– Bahan kimia dan toksik xenoestrogen mampu menembusi sel sehingga ke DNA dan mengubah struktur genetik menyebabkan mutasi.Toksin inu dikaitkan dengan masalah kardiovaskular, kesuburan dan juga kanser.
PEMAKANAN.
– Pemakanan tertentu mampu mempengaruhi gene penyebab kanser. Begitu juga pemakanan toyyib mampu mengaktifkan gene penekan kanser.
Contohnya..Genetik keluarga ekzema.
Keluarga A yang berpenyakit ekzema ini lebih berwaspada kerana sedar risiko yang tinggi. Mereka jaga makan, amalkan gaya hidup sihat untuk.mencegah penyakit. Hasilnya, penyakit ekzema tidak muncul.
Ads
Sama ada gene kita mengekspresikan diri sebagai penyakit ditentukan oleh faktor-faktor yang disebut tadi.
Mereka yang tiada sejarah alahan masih berisiko mendapat alahan. Pakar mengatakan 15-30% risiko mendapat ekzema untuk mereka yang tiada ibu bapa ekzema.
Di zaman moden yang mencabar dan dipenuhi dengan bahan toksik ini..kita haruslah mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat bagi mencegah penyakit kronik yang semakin berleluasa ini.
Pada pandangan saya, adalah tidak releven lagi merasakan penyakit genetik seperti alahan ini hanya akan kena pada mereka yang ada sejarah keluarga alahan.
Jangan sampai sudah kena baru nak menyesal. Ramai sangat macam ni! Beringatlah kesihatan tu tidak ternilai harganya.
Sumber : Hafiz Sulaiman
-Pejuang Kesihatan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menaiktaraf perabot lama untuk nampak baharu dengan sedikit kos mampu menghasilkan gaya yang memukau.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Suhaiza Saari, siapa sangka set sofa yang dimiliki kini adalah hasil daripada Diy perabot lama.
Nak lihat transformasi yang dilakukan olehnya, jom baca perkongsian ini.
Ada perabut lama jangan di buang, saya diy ja tukar balik perabut lama buat nampak baru untuk rumah flat saya.
Ni gambar kerusi asal, kusyen pun dah kemek.
Part ukur ni kena hati-hati jangan dah siap cantik tetiba nak pasang tak boleh masuk, korang tengok tukang ukur akak pun korang dah boleh agak kesungguhan dia.
Ni papan bahagian belakang nampak akak
letak span kat tepi supaya kain tak luka
nanti, ini papan bahagian yg akak nak letak butang 12 biji.
Ini la rupa asal kusyen lama tu akak selit dengan span kat celah bedah tu supaya nanti tak nampak belubang time ni la kalau nak
pekemas kasi padat.
Ni dah siap akak guna pakai stepler gun ..
Ini part nak masuk butang dalam lubang yang
akak tebuk tadi tu, part ni akak guna 2 orang
satu untuk tekan dan tarik benang butang
sorang lagi nak kena gun benang tu ke
papan ketat ketat! Ketat supaya kejadian nya cantik.
Dah tebalik pulak gambar akak ni, ni
bahagian belakang kusyen nampak
lubang yang akak dah tebuk tu … situ la nanti
akak nak masuk kan jarum.
Drill buat lubang untuk butang..akak pakai
butang untuk kusyen sandar je…
Bahagian kemasan dah akak beli kain yang
semiter 2.50 semiter untuk tutup bahagian belakang yang tak cantik tu.
Ni dah siap nak bawak jumpa rangka kusyen.
Akak pakai jarum ni ye beli kat kedai bunga, benang akak pakai benang ni, kuat sikit pasai kita nak tarik nanti tak putus,…belum akak lupa jangan tarik ja tekan sama span tu supaya butang tu lekat dengan cantik.
Pendakwah bebas, Da’i Hamidah baru-baru ini selamat melahirkan bayi keduanya. Berita tersebut dikongsi menerusi laman instagramnya.
Alhamdulillah🤍 Syukur yang teramat sangat😭. Alhamdulillah dipermudahkan melahirkan anak kedua jam 4.53am, 23.2.2021. Semoga Allah Taala merahmati & memberkati permata ini✨
Da’i Hamidah atau nama sebenarnya Hamidah Abdul Razak berkongsi rasa gembira dan terharu dengan keprihatinan ahli keluarga termasuk suami yang banyak membantu melancarkan urusannya sehingga selamat melahirkan bayi keduanya.
Dalam perkongsian terbarunya, Da’i Hamidah memuat naik sekeping gambar bersama suami dan berterima kasih atas bantuan semua.
Fasa mengandung, melahirkan dan mendidik bukanlah satu perkara yang mudah. Sebab itu disebut kepada ibu yang mengandung “wahnan ala wahnin “. Benar- benar sakit dan benar- benar mendebarkan.
Maka suamilah tempat isteri menumpang kekuatan. Terima kasih suamiku yang menemani dari awal sehingga melahirkan. Walaupun dalam labour room tersengguk2 sangat mengantuk almaklumlah anak lahir waktu tahajjud😄.
Terima kasih juga insan terpenting dalam hidup kami berdua iaitu mak,ummi & ayah yang banyak membantu. Berkat adanya mereka terlalu banyak urusan kami menjadi mudah. Ya Allah mana nikmatmu yang ingin kami dustakan.
Semoga kehadiran permata kedua ini menambah seri kebahgiaan dalam rumahtangga kami In Sya Allah
Sebelum itu, dalam laman instagramnya Da’i Hamidah turut berkongsi tip untuk ibu bapa tentang apa yang perlu dilakukan apabila bayi baru lahir.
Bayi yang baru dilahirkan 8 perkara perlu dilakukan :👶🏻
– 3 perkara yang perlu dilakukan sebaik sahaja dia dilahirkan iaitu ( azan , iqomat, dan tahnik )
– 4 perkara yang perlu dilakukan pada hari ketujuh kelahirannya : ( akikah, diberi nama, bercukur, dan bersedekah )
– 1 perkara yang perlu dilakukan pada hari kelapan : ( khitan )
* Tak wajib ikut hari senarai atas ni sebijik2 tapi kita usaha buat semua perkara di atas* ______________ Alhamdulillah hari kesembilan dah permata kami👶🏻. Syukur selesai apa yang penting✅. Tapi masih tak boleh lupa pengalaman bersalin anak kedua ni begitu mudah Alhamdulillah
Banyajk kaedah nak menyimpan sebenarnya, tak semestinya kena simpan di bank sahaja. Suri rumah misalnya, boleh praktikkan tip yang dikongsikan oleh puan Huda Bahari ini.
Berbekalkan bekas yang dibeli dari eco, wanita ini berjaya mengumpul lebih RM300 hasil kutipan dari pakaian suaminya ketika dibasuh. Menarik kan idea ini.
‘Tabung Mesin Basuh’ Saya tak pasti pulak sumber dari mana idea ni, maybe dari grup ni jugak kot. Hasil ‘mengumpul’ selama 6 bulan, banyak jugak lah. Boleh cover duit sabun hehehe… Sebelum ni tak pernah pikir nk kumpul. Tiap kali jumpa dalam mesin basuh, terus masuk poket/purse. Pastu buat belanja & habis macam tu jer.
Bermula Jan 2020, saya start buat tabung ni. Jan-Jun2020, tak banyak dalam RM300 lebih. July-Dec2020, Kali ni baru nampak ‘hasil’ dia hahaha. Untung sabut dapat note besar, untung batu dapat syiling 5 sen je. En hubby tak komplen, saya kata upah saya cuci baju hehehe.