Blender atau mesin pengisar merupakan peralatan dapur yang penting untuk memudahkan persiapan mengisar bahan mentah sebelum proses memasak dilakukan.

Sama ada hendak kisar bawang, cili kering, kekacang, rempah ratus dan sebagainya semuanya menggunakan mesin pengisar. Tanpa pengisar, pastinya tugas memasak menjadi lebih rumit dan proses penyediaan makanan juga akan menjadi lebih panjang.

Penyediaan Bahan Masakan Jadi Super Ekspres Bila Guna Blender. Sekelip Mata, Siap!

Jadi sebab itulah Pengisar Panasonic MX-V310KSL dijamin boleh memudahkan kerja-kerja mengisar bahan masakan.

6 SEBAB BLENDER NI PALING TERBAIK!

  1. Ada 6 Kekunci Auto

Anda boleh memilih kekunci yang sedia ada mengikut kesesuaian menu dengan pengisar ini. Sama ada untuk menyediakan jus, smoothies, sup, makanan bayi, puding, kekacang malah mengisar ais batu sekali pun boleh.

  1. Kuasa Maksimum Putaran Motor 600W Dengan Teknologi V&M

Rekaan dinding balang bahagian bawah lebih sempit berbanding bahagian tengah akan membentuk putaran yang dinamik agar memastikan bahan-bahan yang dikisar berputar sempurna.

  1. Bilah Pisau Bergerigi

Keunikan lain pengisar ini apabila ianya boleh digunakan untuk mengisar pelbagai jenis bahan, maka bilah pisau yang digunakan adalah yang hebat dan terbaik. Direka dengan bentuk melengkung dan bergerigi bagi menjamin kisaran yang lebih halus.

  1. Mudah Dibersihkan

Hanya dengan mengisi air dan bahan pencuci pinggan ke dalam pengisar, kemudian tekan kekunci P2, pengisar sudah dibersihkan sepenuhnya. Begitu mudah, cepat dan pantas.

  1. Tersedia Bekas Kaca Untuk Kisaran Kering

Bila menggisar bahan-bahan kering seperti kekacang, rempah dan sebagainya dengan menggunakan bekas kaca akan menjadikan bahan kisaran tersebut tidak melekat pada dinding bekas dan mudah untuk dicuci, sekali gus lebih bersih.

  1. Saiz Praktikal

Ukuran balang pengisar praktikal dan berupaya memuatkan bahan kisaran hingga 1.5 L. Oleh itu, tidaklah perlu mengisar berkali-kali untuk menyediakan bahan dalam kuantiti yang banyak.

Nyata, bila anda menggunakan pengisar Panasonic MX-V310KSL ini memang terbaik bukan? Ia hanya berharga RM282.10. Jadi semestinya proses menyediakan bahan masakan menjadi lebih pantas dan cepat.

Kata mudahnya, sebut sahaja keluarga teringin nak makan apa, semuanya boleh. Untuk itu, apa kata anda cuba sediakan 3 menu ini. Selamat Mencuba!

Penyediaan Bahan Masakan Jadi Super Ekspres Bila Guna Blender. Sekelip Mata, Siap!

GULAI DAGING TETEL BERSERTA NANGKA MUDA
BAHAN-BAHAN:

1kg daging tetel | potong kecil dan rebus hingga empuk

300gm nangka muda | potong dadu dan rebus empuk

1liter santan kelapa

3 sudu makan rempah gulai daging

2 sudu makan pes cili

1 sudu teh serbuk cili

2 keping asam gelugor

Garam dan gula secukup rasa

3 sudu makan minyak masak

2 batang serai | titik

3sm lengkuas | titik

BAHAN REMPAH PENUMIS:

IKLAN

1 batang kulit kayu manis

2 kuntum bunga lawang

4 biji buah pelaga

BAHAN KISAR:

8 ulas bawang merah

5 ulas bawang putih

3sm halia

2sm lengkuas

CARA MEMASAK:  

  1. Masukkan semua bahan kisar ke dalam blender dan kisar hingga halus. Ketepikan.
  2. Kemudian panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
  3. Kemudian masukkan bahan yang telah dikisa, kacau lagi.
  4. Setelah pecah minyak, masukkan campuran rempah gulai dengan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
  5. Setelah garing masukkan daging yang telah direbus tadi, gaul rata dan masukkan santan.
  6. Tambahkan serai, lengkuas dan asam gelugor.
  7. Biarkan gulai terus mereneh di atas dapur.
  8. Apabila daging empuk, masukkan nangka.
  9. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  10. Setelah cukup masak, tutup api dan gulai sedia dihidangkan.

 

Penyediaan Bahan Masakan Jadi Super Ekspres Bila Guna Blender. Sekelip Mata, Siap!

KUZI AYAM

BAHAN-BAHAN:

BAHAN PERAPAN AYAM:

1kg ayam | potong sederhana, bersih dan tos

2 ulas bawang putih | kisar

2sm halia | kisar

IKLAN

Sedikit saffron

Garam secukup rasa

Minyak untuk menggoreng

BAHAN GORENG DAN KISAR:

3 biji bawang besar | hiris

50gm badam

50gm kismis

BAHAN-BAHAN LAIN:

3 sudu makan rempah kuzi

3sm lengkuas | hiris memanjang

2sm halia | hiris memanjang

1 batang serai | hiris halus

3 ulas bawang putih | hiris

1 biji limau nipis | ambil jus

Sedikit saffron

1/2 cawan tomato puri

200ml susu cair

IKLAN

500ml air

Garam dan gula secukup rasa

1 sudu makan minyak sapi

3 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ayam dengan bahan perapan, kemudian perap 15 minit.
  2. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak, kemudian toskan.
  3. Ambil bahan yang perlu dikisar dan masukkan ke dalam blender. Kisar halus dan ketepikan.
  4. Kemudian panaskan minyak sapi bersama minyak masak, tumiskan bawang putih, halia, lengkuas dan serai hingga wangi.
  5. Masukkan rempah kuzi yang telah dibancuh dengan sedikit air, kacau rata hingga pecah minyak.
  6. Seterusnya, masukkan puri tomato dan bahan goreng yang telah dikisar tadi, kacau rata dan tambahkan air.
  7. Masukkan ayam goreng tadi, kacau rata dan tambahkan susu cair.
  8. Perahkan jus limau nipis dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  9. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas atau roti jala.

Penyediaan Bahan Masakan Jadi Super Ekspres Bila Guna Blender. Sekelip Mata, Siap!

KETAM KARI CILI

BAHAN-BAHAN:

3 ekor ketam | bersih dan potong dua

1 sudu makan rempah kari

1 sudu makan serbuk cili

1 biji bawang besar hiris

1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai

1 sudu makan air asam

Garam dan gula secukup rasa

Minyak masak secukupnya| menumis dan menggoreng

 BAHAN KISAR:

4 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

2sm halia muda

2 biji buah keras

1 batang serai

CARA MEMASAK:

  1. Gaulkan ketam dengan garam dan serbuk kunyit, ketepikan.
  2. Panaskan minyak, goreng ketam hingga kemerahan kulitnya. Angkat dan ketepikan.
  3. Kemudian masukkan bahan yang perlu dikisar ke dalam blender dan kisar hingga halus. Ketepikan.
  4. Keluarkan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan air asam, kacau rata.
  5. Setelah pecah minyak, masukkan ketam yang telah digoreng, gaul ratadan kemudian perasakan dengan garam serta gula secukup rasa.
  6. Tutup api, ketam sedia dihidang panas-panas.

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI