“Percaya Kata-Kata Itu Doa, Ibu Ini Rumah Kita.” Impian Wany Hasrita Miliki Rumah Sendiri Tercapai!

Share

Sudah lama penyanyi cantik manis ini memasang impian untuk memilik kediaman sendiri. Bahkan itulah azamnya untuk tahun 2019 namun rezekinya belum ada.

Begitu pun, berkat usaha keras dan tidak putus asa,akhirnya tahun ini Wany Hasrita mampu tersenyum lebar kerana berjaya menggapai impian tersebut meskipun terlewat setahun.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah for everything. Betullah, kata-kata itu satu doa. Setiap hari sebut nak beli rumah, pegi haji & umrah doa permudahkan utk beli rumah. Ini azam saya tahun 2019, 1 tahun delay.

Tapi Allah tahu bila waktu yg terbaik utk dia beri pada hamba-Nya. Ibu, ini rumah kita. Terima kasih pd semua yg mendoakan.
Itu antara perkongsian Wany menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini. Dalam perkongsian tersebut, Wany turut memuat naik satu video yang menunjukkan momen-momen saat melawat rumah tersebut.
Ditemani ibunya yang tersayang, dua beranak ini tampak sangat gembira sambil berjalan-jalan di dalam rumah berkenaan yang difahamkan terletak di Semenyih.

 

 

IKLAN