Sudah lama penyanyi cantik manis ini memasang impian untuk memilik kediaman sendiri. Bahkan itulah azamnya untuk tahun 2019 namun rezekinya belum ada.
Begitu pun, berkat usaha keras dan tidak putus asa,akhirnya tahun ini Wany Hasrita mampu tersenyum lebar kerana berjaya menggapai impian tersebut meskipun terlewat setahun. Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah for everything. Betullah, kata-kata itu satu doa. Setiap hari sebut nak beli rumah, pegi haji & umrah doa permudahkan utk beli rumah. Ini azam saya tahun 2019, 1 tahun delay.
Tapi Allah tahu bila waktu yg terbaik utk dia beri pada hamba-Nya. Ibu, ini rumah kita. Terima kasih pd semua yg mendoakan. Itu antara perkongsian Wany menerusi akaun Instagram miliknya baru-baru ini. Dalam perkongsian tersebut, Wany turut memuat naik satu video yang menunjukkan momen-momen saat melawat rumah tersebut. Ditemani ibunya yang tersayang, dua beranak ini tampak sangat gembira sambil berjalan-jalan di dalam rumah berkenaan yang difahamkan terletak di Semenyih.
Seorang remaja perempuan maut selepas dihempap sebatang pokok sebesar tiga pemeluk setinggi bangunan tiga tingkat ketika bermain di Taman Permainan Balok Baru Beserah, Kuantan, Pahang, semalam.
Menurut laporan, mangsa dikenali Aliya Zahra Mohamad Hasnizam, 14, terkorban sewaktu menyelamatkan adiknya yang berusia sembilan tahun sebelum pokok berkenaan menimpa dirinya.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, dalam kejadian antara pukul 5 hingga 6 petang itu berlaku ketika mangsa bermain dengan adiknya di taman permainan itu ketika mengikut bapanya yang menjual burger di kawasan berhampiran.
“Berdasarkan temubual dengan adik mangsa, ketika sedang bermain tiba-tiba terdengar bunyi pokok hendak patah dan mangsa menarik adiknya keluar dari lokasi kejadian.
“Mangsa tidak sempat menyelamatkan diri dan terkena dahan pokok yang tumbang,” katanya.
Mangsa telah dibawa ke hospital oleh keluarganya dan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan. Kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
Bapa mangsa, Mohamad Hasnizam Manan, 45, ketika ditemui berkata dia sedih tetapi reda dengan pemergian anaknya yang pergi dalam kejadian malang tersebut.
Dalam pada itu, Mohamad Hasnizam sempat meluahkan kesyukuran kerana sempat menunaikan permintaan anaknya.
“Tiada tanda pelik yang ditunjukkan tetapi sebelum kejadian arwah ada minta membawanya ke kedai kerana ingin membeli barang keperluan diri dan meminta saya bawanya makan pizza… kebetulan saya sempat tunaikan semua permintaannya,”ceritanya.
Mengulas lanjut, ketika kejadian dia bersama isterinya, Maznah Abdul Ghani, 36, sedang melayan pelanggan di gerai burger milik mereka sebelum bergegas ke lokasi kejadian apabila orang ramai datang memanggilnya.
Jelasnya, mangsa terkena pada bahagian hujung pokok dan keadaannya ketika itu tidak menunjukkan terdapat kecederaan serius tetapi hanya mengalami pendarahan di hidung.
Sementara itu, Mohamad Hasnizam menyifatkan anaknya seorang anak yang baik dan pandai menjadi adik-adiknya yang lain selain menjadi harapan mereka sekeluarga.
“Dia memang pandai jaga adik-adiknya dan menjadi harapan kami sekeluarga. Arwah juga seorang yang rajin mengaji.
“Setiap hujung minggu, arwah tidak pernah tinggal untuk pergi belajar mengaji dan saya harap adik-adiknya juga mengikuti jejak langkah kakaknya,” harapan bapa kepada tujuh anak itu.
Bagi yang minat berkebun di rumah, tak payah nak beli baja untuk suburkan tanaman,. Guna bahan dari dalam rumah je. Ibu-ibu lepas ni, sila simpan kulit telur tu setiap kali lepas memasak.
Sebabnya kulit telur ni kaya dengan kalsium yang boleh menyuburkan tanaman. nak tahu caranya, jom cuba tip yang dikongsikan oleh Zureena Nor Hakim. Telur semua orang suka kan.
Nak-nak musim PKP ni. Sayangnya kalau kulit telur tu dibuang saja.
Apa kata kita buat baja untuk tanaman.
Apa kelebihan baja kulit telur ini?
Actually kulit telur kaya dengan kalsium yang boleh menyuburkan tanah.
Kajian menunjukkan kalsium dari kulit telur boleh mengurangkan keasidan tanah.
Selain itu, baja dari kulit telur juga merupakan bahan mesra alam yang tidak mengandungi kesan bahaya kepada alam sekitar.
Jom kita buat baja organik! Cara membuat:
1. Kumpulkan kulit telur yang telah digunakan. Bilas sedikit dengan air bagi menghilangkan lendir telur putih
2. Hancurkan sedikit. Ramas kulit telur dengan tangan.
3. Disangai sehingga kekuningan.
4. Dikisar dengan pengisar kering.
5. Taburkan disekeliling tanaman.
Seronok juga ye kalau kita dapat realisasikan cita-cita anak kita. Mungkin dah besar nanti ada yang nak jadi polis, askar, nurse, peguam dan macam-macam lagi lah. Semua boleh!
Untuk itu, jom sertai Virtual Himpunan Cita-cita 2020 dengan daftarkan diri di http://www.wasap.my/60169647520
Mempelbagaikan menu berasaskan roti untuk dihidang sebagai menu istimewa buat keluarga, apa kata mencuba menu ini.
Menariknya juga menu ini terletak pada cara memasaknya. Roti perlu digoreng kemudian dibakar dengan bahan-bahan yang lainnya sekali gus memberi rasa yang sedap dan menyelerakan.
Roti goreng bakar bersama ayam dan cheese!
Sedap untuk sarapan pagi dan minum petang! Mudah sangat ni, tunggu apa lgi? Buat ler..
Bahan-bahan
3 biji kentang di potong dadu (saya guna sebiji)
Saya tambah mix vage secawan
500gm daging slice
2 biji bawang besar saya cincang
5 ulas bawang putih saya cincang
1 sudu besar serbuk kari
4 biji tomato dicincang (saya tambah)
sedikit tomato ceri
1 sudu besar sos tomato (saya tak letak)
2 sudu besar sos cili
3 sudu makan minyak untuk menumis
12-15 keping roti
500ml susu segar
3 biji telur
Garam secukup rasa
Parutan cheese (banyak ikut suka)
Cara-cara
Goreng roti yang disalut telor dahulu, kemudian letak roti yang telah siap digoreng ke dalam bekas satu persatu hingga penuh.
Kemudian letakkan separuh daging atas lapisan roti. Taburkan parutan cheese dan bawang yang telah dipotong dadu tadi.
Ulangi proses ni dengan meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging + kentang dan taburan cheese.
Lapisan akhir susun dengan 1/3 lebihan roti. Saya tuang baki susu ke atas lapisan akhir.Bakar dengan api sederhana selama 30 minit atau sampai lidi tak lekat.
Keluarkan dari oven dan taburkan baki parutan cheese.
Bakar dengan api sederhana selama 5 – 10 minit atau sampai cheese cair.
Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.
Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.
-Kalau nak potongan yang cantik, biarkan sejuk seketika sebelum diangkat dari loyang.
Sumber : Viral oh viral
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.