Suri Hati Mr Arkitek ini cukup manis orangnya. Akui Mejar Suraida Mazlan, 35 dia cukup bertuah kerana selain keluarga, tulang belakang kejayaannya selama ini adalah suami tersayang. Tambahnya, tugas juruterbang pesawat Beechcraft 200T adalah melakukan pengawasan dan pemantauan dengan mengendali operasi maritim udara.
Frekuansi Channel Berbeza
“Alhamdulillah, saya punya suami yang sangat bertanggung jawab dan prihatin serta penyokong yang kuat pada kerjaya saya. Walaupun kami punya ‘frekuansi channel’ yang berbeza dalam kerjaya, tetapi apabila di rumah kami berborak hal yang lebih kepada urusan keluarga terutama anak-anak, aktiviti yang kami mahu lakukan hujung minggu dan sebagainya. Jarang sekali hal kerja dibangkitkan.
“Kami berdua sangat sibuk tetapi sejak anak pertama lagi, kami tidak punya pembantu rumah. Segala urusan anak-anak dilakukan sendiri oleh kami berdua.
“Dengan kerja saya yang tidak tentu masa, ada kalanya dipanggil untuk terbang saya harus bersedia, begitu juga suami namun sejak awal lagi suami sudah putuskan segala hal berkaitan rumah tangga dilakukan bersama tanpa ada bantuan pembantu rumah.
“Sekarang saya ditukarkan ke pangkalan Kolej Tentera Udara (KTU) di Alor Setar untuk tugas baru. Bohonglah andai kata saya tidak sedih, anak yang sulung bila tahu saya bakal berpindah merengek tak kasi. Tetapi tugas dan tanggung jawab perlu saya laksanakan.
“Hujung minggu sahaja masa saya bersama mereka tetapi suami sokong dan setakat ini saya lihat dia boleh menguruskan anak-anak dengan baik tanpa kehadiran saya,”ujar Mejar Suraida sambil mengakui agak kekok pada tiga bulan pertama dalam latihan dari orang awam kepada tentera namun lama-kelamaan okey.
Pandangan skeptikal
Menerbangkan pesawat membelah angkasa bukanlah termasuk di dalam senarai cita-cita wanita besi ini pada awalnya. Cuma waktu itu, terselit angan-angan untuk bekerja sebagai pramugari dek kerana sering mengikut ayahnya menaiki kapal terbang.
Bangga, gembira dan bersyukur. Itu yang dirasai oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata ini. Sementelah, tiada seorang pun keluarganya yang bekerja dalam bidang tersebut memandangkan ayahnya seorang cikgu, manakala ibu pula suri rumah,
“Sebelum ini keluarga tidak sangka saya boleh berjaya menjadi juruterbang kerana saya dulu tak berani, tetapi saya sudah buktikan kemampuan diri. Awal-awal pembabitan saya dalam bidang ini, ayah macam ragu-ragu dan selalu tanya, betulkah ini yang saya nak?
“Tetapi melihat kesungguhan saya, akhirnya mereka memberi sokongan. Tidak sukar sebenarnya untuk menyertai bidang ini, mungkin pandangan orang lain yang skeptikal kononnya bidang ini lebih sesuai dimonopoli kaum lelaki, tetapi saya sudah buktikan wanita juga mampu berbuat demikian.
Ambil aura positif
“Waktu di dalam kursus, saya tetap buat apa yang kaum lelaki lakukan tiada pengecualian jauh sekali keistimewaan. Di dalam TUDM, jantina dipandang sama rata asalkan ada usaha dan boleh berjaya. Wanita tetap lemah, tetapi kena praktis dan buang segala benda negatif. Ambil aura positif barulah boleh berjaya. Dan itulah yang saya lakukan.
“Walaupun di dalam skuad, hanya saya seorang ‘bunga’ dan dikelilingi kumbang yang ramai, namun mereka sangat sporting dan memberi kerjasama dengan baik,” ujar Seloroh Mejar Suraida tatkala mengimbas detik awal bergelar juruterbang.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Salah satu resipi kuih kukus yang popular yang digemari ramai adalah kuih kaswi. Ia merupakan kuih yang sering menjadi hidangan minum petang atau sarapan pagi. Rasanya memang enak di makan dengan kepala parut.
Walaupun nampak simple je nak buat, jika salah sukatan dan cara, kuih ni boleh jadi berketul dan tidak cantik bentuknya. Malah boleh jadi keras.
Nak tahu cara buat kaswi yang mudah. Ikuti resipi ini tular ini sehingga 35K share. Menarikkan. Ayuh cuba buat!
Kuih yg senang dibuat dan sedap dimakan. Kuih kaswi @ kosui
Bahan
*2 cwn tpg gndm
*1/2 cawan tepung ubi
*1 sudu air kapur
(secubit kapur/sesudu air kapur yg siap dibancuh)
1 cawan gula merah
3/4 cawan gula
5 cawan air
Cara penyediaan:
Kelapa parut yg putih saja +garam (kukus kejap utk tahan lama)
Larutkan gula pasir dan gula merah dgn 2cwn air (masak atas api kejap utk hancurkan gula, letak sehelai daun pandan utk aroma) tggu sejuk kejap.
Campurkan bahan yg bertanda * bersama 3cawan air..kemudian masukkan air gula tadi dan tapis. Guna loyang 8×8..kukus selama 30 – 40 minit..
**tunggu sejuk baru potong, bolehla di gaul dgn kelapa parut…
**tips utk potongan kuih yang cantik, tggu kuih betul2 sejuk, potong dgn pisau plastik yg disapu sedikit minyak..