Periuk Dah 22 Tahun Tapi Masih Berkilat Macam Baru. Wanita Ni Kongsi Petua Sental Guna Dua Bahan Mudah Ni!

Share

Biasanya ibu-ibu pasti ada koleksi pinggan mangkuk atau periuk belanga yang menjadi kegemaran sejak dahulu lagi. Itulah yang akan dijaga rapi supaya tidak rosak kan.

Bagi memastikan ia nampak berkilat macam baru, pelbagai petua dicuba.
Sepertimana yang dikongsikan oleh puan Zainun Mamat ini. Dia menggunakan periuk sejak 22 tahun lalu. tapi tetap nampak berkilat macam baru.

Petuanya hanya dengan menggunakan keluli besi dan juga sabun mandi. Jom cuba petua yang dikongsikan ini. Nampak mudah, jimat dan confirm menjadi.

Salam Semua. Hari Ni bukan nak post pasal masakan. Tapi nak share pasal Petua.

Tiap2 Hari Kita Masak. Lepas masak mesti kena basuh peralatan Memasak terutamanya periuk dan kuali. Selalunya periuk Kita akan jadi hitam di bawahnya. Sukar Juga nak cuci Dan sental.

Saya gunakan keluli besi cuci periuk dan lebihan sabun Mandi. Sabun Kita guna tu lebihannya jangan dibuang.

Caranya mudah jer.

Rendam besi keluli dengan sabun Mandi Dan sedikit air. Tekan2 sikit. Biar jadi berbuih. Pastu boleh ler sental periuk Kita. Bilas Dan cuci Bersih. Berkilat jadinya. Sedap mata memandang.

Besi keluli Juga tahan lama sampai 3 ke 4 hari. Tak mudah berkarat. Cubalah.Periuk Saya ni dah berusia 22 tahun. Masih cun melecun lagi.


Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

IKLAN