Perkahwinan adalah institusi yang menemukan pasangan dan rakan kongsi hidup yang sehati dan sejiwa untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka erti kehidupan. Dalam hal ini, pasangan dilihat sebagai melengkapi antara satu sama lain.
Namun ada juga yang sebaliknya. Jika ia berlaku, tentu akan memberi kesan kepada perkahwinan itu. Biarpun hal remeh temeh, ia sebenarnya penting dalam sebuah perkahwinan.
Ikuti hal ini sebagaimana yang dikongsi oleh wanita ini.
Pernah dengar ayat "Lelaki tidak suka benda remeh-temeh" ??
Nur pernah. Tapi dah tak ingat dari mana dari siapa dan bila.
Pernah dengar ceramah Ustaz Elyas Ismail. Pernyataan ini betul tetapi ia perlu guideline.
Ads
Wanita perlu berdikari.
Tapi jangan sampai terlebih.
"B, sewa rumah belum bayar"
Itu bukan remeh, itu tanggungjawab.
"B, beras habis"
Itu bukan remeh, itu tanggungjawab.
"B, pampers anak habis"
Itu bukan remeh, itu tanggungjawab.
Ads
Ada isteri, sampai masa, terus bayar, terus buat. Diam saja.
Jangan hairan. Ada suami, mereka memang langsung tidak tahu dan takda idea apa yang mereka patut lakukan. Betul, ada. Lagi-lagi bila isteri pun bekerja.
Dulu, Aidil pon macamni. Dia macam tak terfikir apa yang patut dia buat.
Walaupon benda tu nampak kecil / remeh di mata Nur.
Jadi nak buat apa??
Ads
Bagitahu. Cakap.
Bukan nak peningkan kepala suami. Apabila kahwin, secara automatik akan ada banyak benda remeh-temeh akan kena fikir.
Kalau rasa nak hidup aman, tenang, fikir tentang diri sendiri… Perlu fikir banyak kali dulu sebelum kahwin.
ISTERI INGATKAN SUAMI
Isteri, tolong ingatkan.
Dan Alhamdulillah..
Sekarang, Aidil automatik dah program dalam kepala dia hal² yang kita rasa 'remeh' ni.
Sampai kadang Nur terlupa bagitahu beras / barang² lain dah habis pon dia yang beli dulu. Sebab dah terbiasa terperhati.
Dalam perkahwinan, tak ada yang remeh-temeh. Semua perkara adalah penting. Cuma ada yang perlu dibincang, ada yang boleh dan patut diselesaikan sendiri tanpa suami. Ada yang perlu dibiarkan saja.
Benar, kita tidak tahu bagaimana ujian yang bakal kita tempuhi di hadapan kelak. Menyedari keadaan itu, pempengaruh dan usahawan, Hafiz Mahamad sentiasa bersikap terbuka dengan isterinya.
Malah kata Hafiz lagi, dia juga meminta isterinya, Syafiqah Aina untuk tidak terlalu mempercayai dirinya dan meminta telefon bimbitnya sentiasa diperiksa isterinya.
Semua ini dilakukan bagi mengelakkan isu kecurangan dalam rumah tangga mereka.
“Saya selalu beritahu Aina, ‘sayang, lelaki ini dekat mana-mana ujian dia adalah itu. Mungkin hati dia dan sebagainya. Tapi selagi abang bernafas, InsyaAllah akan jaga’.
“Saya cakap juga dekat isteri, kalau saya diuji macam itu, tolong tarik saya.
“Tapi saya usaha, kita tak tahu takdir Allah macam mana, ujian itu kita tak tahu dan sekuat mana orang lelaki itu boleh tempuh ujian itu,” katanya berkongsi.
Bahkan kata Hafiz lagi, dia sendiri sering berpesan kepada isterinya untuk tidak meletakkan kepercayaan yang terlalu tinggi buat dirinya.
“Walaupun saya hanya ada Aina, tapi saya selalu cakap dekat dia ‘jangan percaya sangat abang, kena check juga… phone kena check’. Yela, pekerja dan usahawan saya pun ramai wanita.
“Walaupun saya tak buat pun, tapi saya nak dia check telefon supaya sekurang- kurangnya ada perasaan takut,” ujarnya lagi.
Terdahulu, Hafiz dan Aina yang mendirikan rumah tangga pada November 2017. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.
Kehidupan rumahtangga perlu saling lengkap melengkapi. Tidak perlu menjadi terlalu sempurna terima seadanya pasangan.
Salah satu sikap isteri yang biasa adalah suka membebel atau berleter. Namun semua kerja rumah dibuatnya dengan sempurna.
Sebagaimana perkongsia lelaki ini, melahirkan rasa syukur mempunyai isteri yang saling melengkapi. Biarpun isterinya begitu, tapi segala urusan kerja rumah tetap dilakukan.
Beliau berharap, suami diluar sana menghargai isteri sebegini. Katanya kehidupan selesa kini adalah berkat saling melengkapi antara satu sama lain.
Ikuti lanjut perkongsian beliau.
_______________________________
Orang perempuan memang bukan dari planet bumi. Semua orang pun tahu, orang wanita memang special dan dalam kelas tersendiri. Bila mulut dia bergerak sebab berleter, tangan dan kaki dia jugak bergerak sebab buat kerja. Tanyalah mana-mana perempuan yang bagus kat luar sana. Mereka memang cepat dan cekap. Mereka boleh buat banyak benda dalam satu-satu masa.
Sambil-sambil masak untuk seisi keluarga, sempat lagi mengemas rumah. Sambil-sambil lalu nak ke dapur, sempat lagi capai kain baju letak dalam mesin basuh. Sambil-sambil menyapu sampah dan mengemop lantai, sempat lagi tengok dan ajar anak-anak buat homework dan kerja sekolah. Sambil-sambil tengok TV cerita kegemaran, sempat lagi lipat kain baju yang bertimbun-timbun.
Itu semua keistimewaan orang perempuan yang takde pada orang lelaki. Mulut dan kaki tangan sama pantas sama laju. Sebab tu saya kagum dengan isteri saya. Orang lain saya tak tahu. Pengalaman masing-masing mungkin berbeza.
Cuma nak bagitahunya saya syukur sangat dapat isteri macam isteri saya sekarang ni. Biarlah orang lain cakap saya mengada-ngada ke, apa ke.. tapi saya nak sebut dan cerita jugak benda ni.
Isteri saya memang rajin. Dia juga pengemas. Dia takleh tengok rumah bersepah. Letih macamana pun dia akan kemaskan jugak. Sambil berleter, sambil mengemas. Sambil marah anak-anak dan suami yang malas, akhir sekali dia akan kemaskan jugak.
Dengan kerja sekolah yang bertimbun, dengan macam-macam tanggungjawab yang sekolah bagi lagi.. kerja kat rumah dia akan bereskan jugak. Allah…
Malam tadi saya sampai rumah dari Perak dah jam 11 malam. Bila saya sampai, isteri saya masih di meja mengadap komputer. Nampak macam tengah buat kerja sekolah. Saya tengok beg-beg pakaian dah tersusun elok kat pintu. Kami sekeluarga memang plan nak balik kampung hari ni. Maklumlah… dah 3 bulan lebih tak balik kampung Maknanya masa saya di Perak, semua pakaian untuk seisi keluarga, dia dah kemaskan. Habis mengemas, sambung pulak buat kerja sekolah.
Saya lepas mandi, saya tidur dulu. Rancangannya nak bertolak balik awal pagi. Masa saya masuk tidur, isteri saya masih di meja buat kerja. Sedar-sedar, isteri saya kejut saya suruh bangun. Tengok jam pukul 5 pagi. Pukul berapa dia tidur? Pukul berapa dia bangun? Mesin basuh tengah operasi. Saya tengok wife saya tengah bersihkan peti sejuk. Dia minta tolong saya jemurkan kain dalam baldi sambil-sambil dia kejut dan siapkan anak-anak. Allah… itu yang saya makin kagum dengan orang perempuan ni. Semua benda diuruskan dengan begitu superb.
Memang Allah cipta orang perempuan ni istimewa. Serba boleh dan penuh dengan sifat kasih sayang dan tanggungjawab. Kalau takde isteri yang baik ni, memang porak peranda keluarga. Boleh jadi huru-hara orang lelaki dibuatnya.
SUAMI KENA HARGAI ISTERI
Kita orang lelaki dah rasa macam sibuk bebenor dan banyak benda kita nak kena fikir kan? Tapi, bila tengok orang perempuan sebelah kita, kita ni takde apa yang kita buat sebenarnya. Isteri sekarang ni bukan macam dulu. Diorang ada kerjaya sendiri yang nak kena hadap. Diaorang ada suami yang nak kena belai. Diorang ada anak-anak yang nak kena bimbing. Diorang ada rumah tangga yang nak kena urus. Pendek kata, kata takde orang perempuan, mati terkangkang la golongan suami dan ayah-ayah ni.
Kita ingat kita bagi duit kita dah terer. Tapi kalau tak isteri yang pandai simpan duit yang kita bagi, mungkin time terdesak kita akan sengsara. Kita ingat kita dah daftarkan anak-anak masuk sekolah kita dah hebat. Tapi kalau tak isteri yang monitor anak-anak sekolah, jaga A to Z tentang pelajaran mereka, anak-anak kita entah habis sekolah entah tidak.
Kita ingat kita bertanggungjawab kat rumah kita dan rumah mak ayah kita saja. Tapi kalau tak isteri kita yang ambil berat semua sekali; rumah kita, rumah mak ayah dia dan rumah mak ayah kita, dah tentu kita berhadapan dengan situasi sukar.
ISTERI HEBAT
Pendek kata.. isteri yang hebat ni, dia belasah semua. Dia memang hebat. Isteri saya kalau balik rumah mak ayah saya, dia akan sapu rumah macam rumah mak ayah dia. Dia punya naik rajin tu mengalahkan anak-anak tuan rumah. Semua dia buat. Sampai mak ayah saya pun harapkan dia lebih dari adik beradik perempuan saya yang lain.
Allah… syukur saya dapat seorang isteri macam ni. Nasihat saya kepada semua lelaki di luar sana, hargai isteri kita sebelum terlambat. Mungkin ada benda yang kita tak suka dekat isteri kita, buat-buat tak tahu aje la. Mungkin ada perangai yang kita tak berkenan dekat isteri kita, pejam aje la sebelah mata. Dah banyak sangat dah pengorbanan yang isteri kita bagi kat kita. Dah banyak sangat dah kebajikan kita yang dijaga oleh isteri kita. Bertolak ansur la. Jangan sesekali marah dan tinggikan suara. Apa lagi kalau tengking atau jerkah. Atau sumpah seranah macam kerasukan syaitan. Apa sangat la sikit-sikit kelemahan isteri kita tu kan?
SALING MELENGKAPI SUAMI ISTERI Kita hidup senang luar dalam hari ini pun sebab isteri kita yang jaga kita elok-elok. Kalau tak kerana isteri kita yang ambil tahu semua benda, entah-entah kita pakai seluar dalam aje la kot… Itu pun kalau cari jumpa. Kalau tak jumpa? Last sekali, selalu amalkan perkara ini pada setiap masa dan ketika : – Selalu sebut di mulut kita, kita redha isteri kita dunia akhirat. -Selalu letak dalam hati kita, kita ampunkan segala dosa isteri kita terhadap kita selama kita hidup bersama. -Selalu doa dalam setiap solat kita, semoga Allah masukkan isteri kita ke dalam syurga yang paling tinggi tanpa hisab. Ingat sifir ni… Isteri happy, keluarga bestari. Suami mithali, lu fikir la sendiri.
Dalam hidup ini ada sahaja membuatkan kita rasa tidak puas hati dengan apa yang kita miliki, malah tidak kurang pula berasa bangga dengan kelebihan yang dikurniakan.
Berkongsi kisah tentang perasaan sedemikian, ustazah Norhafizah berkongsi satu kisah rusa yang boleh dijadikan pengajaran untuk semua.
Ini perkongsiannya.
Ustazah, Semenjak saya berkahwin, Suami saya suruh saya jadi baik. Suami paksa dan suruh saya pakai tudung dan jaga aurat.
Di tempat kerja saya, tiada seorang pun yang memakai tudung. Sebahagian besar Keluarga dan kawan-kawan saya juga tidak bertudung.Saya diejek oleh kawan-kawan kerana katanya saya hipokrit. Sekarang saya di sisihkan kerana pakai tudung. Ekonomi saya pun jatuh.
Sedihlah ustazah.. Saya tahu wajib dan lain-lain.Tapi…Lemah semangat..Boleh beri sedikit nasihat pada saya?
Jawab Ustazah
“Sebenarnya Allah yang beri kekuatan pada puan untuk memakai tudung.Allah sayang puan.. Dulu ketika saya darjah 6, Ada seorang cikgu selalu cerita kisah ni..
“Ada seekor rusa yang sangat cantik, Dia selalu berbangga dengan tanduknya yang bercabang dan sangat cantik.
“Wah… cantiknya tanduk aku..!” bisik rusa itu penuh bangga
Tapi dia cukup malu dengan tapak kakinya yang tidak cantik..
Dia tersenyum seorang diri setiap kali melihat tanduknya dekat air. Tetapi menjadi sangat emosi dan sedih saat melihat tapak kakinya..
Suatu hari, dia di kejar harimau, kakinya itu berlari selajunya..Sehabis kudrat, untuk mempertahankan dirinya…
Kaki dia berlari selaju mungkin dan meredah segala kesakitan juga telah memijak semua benda tajam untuk menyelamatkan nyawanya. Tiba-tiba tanduknya tersangkut di pokok..dia cuba tarik, tetapi gagal.
Dia menangis…
Saat matanya menangis ketika harimau mulai dekat, dia berkata
“Wahai tanduk yang ku banggakan, hari Ini kau telah membinasakan diriku. Kerana kau, aku tersangkut dan akan mati…
Wahai kaki yang selalu aku hina, hari ini kau bertungkus lumus berjuang dan berkorban untuk menyelamatkan diriku. Tapi inilah akhirnya..”
Kaki itu tidak berhenti menyelamatkan dirinya. Berjuang sehingga ketitisan darah terakhir untuk menyelamatkan dirinya… Kaki yang dia anggap beban itu sehabis kudrat menendang harimau, Kaki yang selama ini di cemuh itu terus bergelut dengan harimau..Sehinggalah dia disiat satu persatu..Kaki buruk yang di anggap tidak berguna itu berjasa sampai akhir…
Begitulah dalam dunia kita. Kadang-kadang kita berbangga dengan kemuliaan, pujian, harta,nama tapi di dalamnya ada dosa dan maksiat. Sehingga kadang-kadang kita terlupa itulah sebab kita menderita di akhirat.
Kita malu dengan sunnah Nabi saw kita malu dengan perintah Allah. Kita takut kita dimalukan kerananya.
Tetapi, kerana itulah kebahagiaan sebenar menanti buat selamanya..berbaloi susah untuknya. Teruskanlah istiqamah buat baik sehingga kita mati.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...