Sungguh, melalui Ramadan tahun ini setiap antara kita rasainya cukup berbeza. Bahkan ada perkara baru dan dianggap pelik berlaku namun akhirnya kita membiasakan sahaja demi memastikan rantaian Covid-19 dapat dihentikan.
Antara yang ketara, tidak dapat balik ke kampung sambut Ramadan, tiada solat tarawih di masjid dan tiada bazar Ramadan.
Pun begitu, disebalik itu terkandung hikmah yang cukup besar. Ini dikongsikan oleh saudara Muhammad Hassan. Semoga sama-sama kita ambil pengajarannya.
Hikmah paling besar tahun ini kita berpuasa ialah tiada lagi pelbagai juadah dibeli dibazar. Sehingga berlakunya pembaziran penuh dalam peti ais kononnya disimpan untuk sahur. Akhirnya dibuang ditengahhari.
Ads
Mengikut kajian SWcorp tahun lepas.
Pembaziran makanan yang elok mencecah 4000 tan sehari,itu tidak termasuk sisa makanan lain yang mencecah 15ribu tan sehari seluruh malaysia.
Makanya inilah hikmah Covid-19 di bulan ramadan. Kita tidak lagi memikirkan juadah yang pelik pelik dan banyak. Tiada lagi pembaziran duit berlaku. Tiada lagi isu gerai mana yang berkat dan tidak,tiada lagi isu makanan semalam panaskan balik dan jual.
Dan tahun ini juga tiada lagi buffet yang penuh dengan menu pelik dengan harga tidak masuk akal, akhirnya penuh perut nak makan menu lain tak boleh sumbat dah. Nak solat isyak dan tarawih pun tak larat disebabkan terlalu kenyang. Makanan elok terpaksa dibuang. Banyaknya kita membazir makanan sedangkan jelas Allah melarang.
Ads
Tahun ini,belajarlah untuk hanya 1-2 menu yang benar benar sihat dan berkualiti. Kita bolehlah buat kuih kegemaran sendiri dengan mengurangkan gula putih dan elakkan pewarna yang banyak.
Tahun ini diharapkan,kita akan benar benar menghayati puasa yang sebenar. Tingkatkan amalan kita,biarlah kita rasa penat baca Al Quran,biarkan kita rasa letih kaki berdiri lama solat malam.
Ads
Pejam jelik sudah 6 jumaat berlalu,maka 6 solat jumaat terpaksa kita tinggalkan,moga ia tidak menjadi ‘new normal’ buat kita. Jadikan ‘new normal’ kita dengan perbanyakkan zikir,istighfar,AlQuran,sedekah,percakapan baik dan perbanyakkan doa hidayah kepada seluruh manusia.
Uruskan jadual amalan kita dengan baik. Buatlah jadual dan tugasan kepada keluarga supaya setiap orang dapat mempelajari sesuatu yang baru. Laungkan azan 5 waktu di dalam rumah kita. Hidupkan bacaan hadith dan tazkirah setiap hari.
Sahabatku semua. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ini Allah ingin kita berfikir dan bermuhasabah diri. Betapa kita terlalu banyak melakukan kesilapan kepada Allah.
Selepas membanggakan negara dengan kemenangan dalam pertandingan Ultimate VFX Challenge bulan lalu, Sofynak sekali lagi membanggakan rakyat Malaysia apabila memuatnaik video kolaborasi bersama idolanya Zach King.
Video ini ternyata sangat menerujakan semua apabila content yang dihidangkan betul-betul ‘next level’.
Kata Sofyank dalam laman Instagramnya,
Selepas 8 tahun saya post video di social media untuk hiburan semua, kali ini saya hadiahkan korang satu video special collaboration antara saya dan idola saya, @zachking . Collaboration ini khas untuk semua yang sentiasa bagi sokongan terhadap video kami.
Bagi yang mengikuti perkembangan Sofyank, semenangnya pemuda ini sangat mengidolakan Zach King. Malah setiap video yang dihasilkan sejak dahulu lagi kelihatan seperti idolanya. Malah ramai yang mendoakan agar kerjaya Sofyank ini berkembang seperti idolanya juga.
Ramai yang berpandangan bahawa kehadiran Sofyank sebagai salah seorang pempengaruh di Malaysia dilihat sebagai inspirasi buat semua terutama golongan muda.
Kandungan yang dipaparkan juga tidak membangkitkan kontroversi seperti yang dilakukan oleh pempengaruh yang lain untuk meraih perhatian netizen.
Sebut sahaja emas, pasti orang perempuan paling teruja. Pantang ada promosi atau potongan harga,penuhlah kedai emas dengan pembeli.
Selain dijadikan perhiasan, emas juga boleh bantu waktu kecemasan. Lebih-lebih lagi jika dapat dijual dengan harga yang sangat tinggi.
Tidak hairanlah jika ramai kaum wanita yang gigih menabung untuk membeli emas kerana bila tiba masanya nanti mereka akan mendapat pulangan yang lumayan.
Seperti video yang dikongsikan oleh diyah_hasyim, seorang pengguna TikTok berasal dari Indonesia, menceritakan keuntungan yang diperoleh oleh seorang gadis yang bertindak menjual gelang emas yang dibeli oleh bapanya.
Bapanya beli emas pada tahun 1980 masa ini emas per gram Rp 70 ribu (anggaran RM20.60). Cuba kira berapa keuntungan dia guys!
Difahamkan, gelang emas itu bernilai Rp 70 ribu (RM20.60) per gram dan dibeli dengan harga Rp 2,250 (RM662). Kini, apabila dijual semula di kedai, harganya melonjak tinggi iaitu sebanyak Rp 20 juta (RM5,884)
Video itu telah ditonton lebih dari 2.2 juta kali dan mendapat pelbagai respon dari netizen.
Ada yang mengatakan bahawa harga emas itu sebenarnya bergantung kepada harga pasaran pada saat itu dan jika ingin membeli emas, beli di kedai yang memang sudah terkenal.
Tidak kurang juga ada yang menasihatkan untuk tidak menjual emas terlalu awal. Tunggu sehingga ia mencapai tempoh selama lebih kurang 10 tahun untuk mendapatkan pulangan yang tinggi.
Siapa tak kenal dengan pelakon, pengacara dan ahli perniagaan popular, Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali Neelofa.
Sejak dari awal pembabitan dalam industri seni, Neelofa memang tidak pernah menyembunyikan keakrabannya Bersama keluarga malah setiap event yang dihadiri kadang kala pasti ibu atau keluarganya akan turut sama.
Mesra dengan panggilkan Love dikalangan ahli keluarganya, Datin Noor Kartini mengatakan bahawa Neelofa ini seorang yang manja, penyayang dan ambil berat.
“Dia manja sangat. Selalu telefon mama. Selalu nak masakkan mama walau dia boleh saja beli apa-apa yang dia nak. Tapi dia tetap nak air tangan mama.”
“Selalu akan cakap dengan mama, apa dia nak buat. Dia mesti akan kongsikan dengan mama dulu. Semua kena cari restu mama,” ujarnya.
Dalam pada itu, Kartini percaya kejayaan yang diraih Neelofa sehingga kini berkat daripada sikapnya yang memuliakan ibu bapa dalam setiap apa yang dilakukannya.
”Kalau boleh saya gambarkan, dia sangat istimewa. Tiga sikap yang buat dia berjaya, dia sangat jaga ibu bapa, khidmat dia pada mama, dia percaya dengan reda ibu bapa. Allah SWT bersabda, reda Aku datang selepas reda ibu.
“Bagi saya, anak yang bernama Lofa ini sangat luar biasa. Kekuatan dia, kegigihan dia, pengorbanannya. Air matanya jarang orang nampak. Kita semua boleh tengok jihad dia melawan dirinya sendiri ketika di puncak.”
Dia mula pakai purdah. Dia berhijrah dan mengaji agama dari mula. Panggil ustaz, tak pernah berhenti untuk perbaiki diri,” kongsinya.
Seperti yang kita ketahui, Neelofa telah berkahwin dengan PU Haris pada 27 Mac 2021. Kini pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang sangat comel iaitu Bilal.
Semoga amalan yang dilakukan oleh Neelofa ini dapat kita contohi untuk berjaya di dunia dan akhirat.