Sungguh, melalui Ramadan tahun ini setiap antara kita rasainya cukup berbeza. Bahkan ada perkara baru dan dianggap pelik berlaku namun akhirnya kita membiasakan sahaja demi memastikan rantaian Covid-19 dapat dihentikan.

Antara yang ketara, tidak dapat balik ke kampung sambut Ramadan, tiada solat tarawih di masjid dan tiada bazar Ramadan.

Perkara ‘New Normal’ Kita Buat Bulan Ramadan, Jadikan Diri Lebih Baik!

Pun begitu, disebalik itu terkandung hikmah yang cukup besar. Ini dikongsikan oleh saudara Muhammad Hassan. Semoga sama-sama kita ambil pengajarannya.


Hikmah paling besar tahun ini kita berpuasa ialah tiada lagi pelbagai juadah dibeli dibazar. Sehingga berlakunya pembaziran penuh dalam peti ais kononnya disimpan untuk sahur. Akhirnya dibuang ditengahhari.

IKLAN

Mengikut kajian SWcorp tahun lepas.
Pembaziran makanan yang elok mencecah 4000 tan sehari,itu tidak termasuk sisa makanan lain yang mencecah 15ribu tan sehari seluruh malaysia.

Makanya inilah hikmah Covid-19 di bulan ramadan. Kita tidak lagi memikirkan juadah yang pelik pelik dan banyak. Tiada lagi pembaziran duit berlaku. Tiada lagi isu gerai mana yang berkat dan tidak,tiada lagi isu makanan semalam panaskan balik dan jual.

Dan tahun ini juga tiada lagi buffet yang penuh dengan menu pelik dengan harga tidak masuk akal, akhirnya penuh perut nak makan menu lain tak boleh sumbat dah. Nak solat isyak dan tarawih pun tak larat disebabkan terlalu kenyang. Makanan elok terpaksa dibuang. Banyaknya kita membazir makanan sedangkan jelas Allah melarang.

IKLAN

Tahun ini,belajarlah untuk hanya 1-2 menu yang benar benar sihat dan berkualiti. Kita bolehlah buat kuih kegemaran sendiri dengan mengurangkan gula putih dan elakkan pewarna yang banyak.

Tahun ini diharapkan,kita akan benar benar menghayati puasa yang sebenar. Tingkatkan amalan kita,biarlah kita rasa penat baca Al Quran,biarkan kita rasa letih kaki berdiri lama solat malam.

IKLAN

Pejam jelik sudah 6 jumaat berlalu,maka 6 solat jumaat terpaksa kita tinggalkan,moga ia tidak menjadi ‘new normal’ buat kita. Jadikan ‘new normal’ kita dengan perbanyakkan zikir,istighfar,AlQuran,sedekah,percakapan baik dan perbanyakkan doa hidayah kepada seluruh manusia.

Uruskan jadual amalan kita dengan baik. Buatlah jadual dan tugasan kepada keluarga supaya setiap orang dapat mempelajari sesuatu yang baru. Laungkan azan 5 waktu di dalam rumah kita. Hidupkan bacaan hadith dan tazkirah setiap hari.

Sahabatku semua. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ini Allah ingin kita berfikir dan bermuhasabah diri. Betapa kita terlalu banyak melakukan kesilapan kepada Allah.

TAUBAT.
-EncikMatt-
sumber : Muhammad Hassan 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI