Ads

Tengku Zafrul Bangga Anak Raih First Class, Kini Sambung Pengajian Di Oxford

Tengku Zafrul meluahkan rasa syukur dan bangga apabila anak sulungnya, Tengku Zahra Jasmina, berjaya menamatkan pengajian di University of Warwick, United Kingdom dengan pencapaian akademik yang membanggakan.

Kejayaan tersebut pastinya menjadi detik istimewa buat seorang bapa yang menyaksikan sendiri hasil usaha dan pengorbanan anaknya sepanjang menuntut ilmu di luar negara.

Tengku Zafrul Kongsi Kegembiraan Anak Raih Ijazah Kelas Pertama

Bapa mana yang tidak gembira apabila melihat anak melakar kejayaan dalam setiap fasa kehidupan, terutama dalam bidang akademik.

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkongsi detik penuh bermakna apabila anak sulungnya, Tengku Zahra Jasmina, selamat bergraduasi di University of Warwick, United Kingdom.

Tengku Zafrul Bangga Anak Raih First Class, Kini Sambung Pengajian Di Oxford

Lebih membanggakan, Tengku Zahra berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama dalam bidang Kesusasteraan Inggeris.

Ads

“Tahniah, Zahra! First Class Honours in English Literature di University of Warwick. We are so proud of you,” titipnya menerusi satu perkongsian di media sosial.

Ucapan tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada orang ramai yang turut sama meraikan pencapaian cemerlang Tengku Zahra.

Tengku Zafrul Dedah Anak Bakal Sambung Pengajian Di Oxford

Perjalanan akademik Tengku Zahra bagaimanapun tidak terhenti setakat memperoleh ijazah sarjana muda apabila beliau bakal menyambung pengajian di peringkat sarjana di University of Oxford.

Tengku Zafrul turut berkongsi berita gembira itu sambil berseloroh mengenai kebetulan beliau sendiri mempunyai program fellowship di universiti berprestij tersebut.

Ads

“Lepas ini sambung Master’s di Oxford pula. Kebetulan papa pun ada fellowship di sana. Senanglah nak check Zahra buat apa,” katanya.

Tengku Zafrul Bangga Anak Raih First Class, Kini Sambung Pengajian Di Oxford

Pesanan Seorang Bapa Buat Anak Tercinta

Turut berkongsi gambar bersama keluarga, Tengku Zafrul sempat menitipkan pesanan ringkas tetapi penuh makna kepada puteri kesayangannya.

Beliau berharap Tengku Zahra akan kembali ke tanah air selepas menamatkan pengajian bagi menyumbang ilmu dan kepakaran kepada Malaysia.

Ads

“P/s: Lepas habis Master’s nanti… jangan lupa balik Malaysia,” coretnya.

Pesanan tersebut mendapat perhatian ramai kerana mencerminkan harapan seorang bapa yang mahu melihat anak berjaya tanpa melupakan asal usul dan tanggungjawab kepada negara.

Keluarga Tengku Zafrul

Untuk rekod, hasil perkongsian hidup Tengku Zafrul bersama isteri, Raja Datin Seri Utama Johanna Adrina Raja Arshad, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Tengku Zahra Jasmina, Tengku Zahira Eusnie, Tengku Zaeem Khalif dan Tengku Zayn Aqeel.

Kejayaan Tengku Zahra bukan sahaja membanggakan keluarga, malah menjadi inspirasi kepada ramai anak muda bahawa kesungguhan, disiplin dan sokongan keluarga mampu membawa seseorang mencapai kecemerlangan di pentas antarabangsa. Dengan pengajian peringkat sarjana di University of Oxford yang bakal bermula, ramai pastinya mendoakan agar beliau terus mencipta lebih banyak kejayaan pada masa hadapan serta kembali menyumbang kepakaran kepada negara.

BACA LAGI : “Di Belakang Setiap Lelaki Yang Berjaya Pasti Ada Seorang Wanita Yang Gigih Dan Tabah.”- Tengku Zafrul Rai Ulang Perkahwinan Ke 10, Luah Rasa Bertuah Miliki Isteri Yang Memahami.

Sumber : IG Tengku Zafrul

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Keluarga Lain

“Saya Tak Nak Terlepas Perkembangan Anak”, Siti Saleha Rehat Berlakon Demi...

Siti Saleha memilih memperlahankan kerjaya lakonan demi memberi sepenuh perhatian kepada anak sulungnya, Indra Mateen, sambil tidak menolak peluang kembali berlakon pada masa hadapan.