Orang selalu kata, air tangan seorang isterui adalah pengikat kasih sayang dalam sesebuah rumah tangga. Kerana itu nak jaga suami terlebih dahulu kena jaga perutnya.
Namun bukan semua orang pandai memasak. Namun itu bukan alasan untuk berusaha. Tambah-tambah lagi sekarang ini segalanya dihujung jari. segala info dan ilmu dapat diperoleh, janji kena rajin. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan di situ ada jalannya.
Ads
Demikia juga dengan pelakon kecil molek ini. Biarpun sudah mendirikan rumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata, namun bab memasak memang dia tak pandai. Tetapi bagusnya isteri kesayangan Dr Mohd Izzar Anwari mahu belajar.
1 of 3
Ummi Nazeera dalam satu perkongsian semalam jujur mengakui dia tidak pandai memasak. Malah, video yang dimuat naik memasak Salmon mendapat perhatian netizen.
Ads
‘Perlahan Lahan belajar memasak. walaupun tak Pandai?. Pan Fry Salmon with Spinach + Cream Cheese . Lol,” tulis Ummi Nazeera yang turut menerima beberapa tip dan nasihat dari pengikutnya.
Ads
Rata-rata netizen memuji akan kesungguhan Ummi biarpun tidak pandai memasak namun tetap mahu menyediakan hidangan buat suami tersayang.
miracletouch_ofwawa Tak kk @umminazeera ..yg penting ada usaha utk sediakn mkn utk suami kk??..itu pentingnya air tgn isteri..ert kasih syg tu?
annazulkarnain Tergolek ikan tu hahaha! Ala selalu suami bukan kisah pun rupa ikan lol tapi if kisah, yang penting ada bahan nak gelak sama2 ??? Great job Ummi! ?
aidaaizam Xpandai xpe asal rajin mcuba.. lama2 pandailah.. Kipidap?
sarahmumtaz U reminds me of myself 10 years ago.. and skrg ni still learning jugak.. but i love cooking now ? sampai buat highlight kat instagram.. #kononpandaiHahhaa
nrlashikin98_ Tak ape kak umi. Ilmu ni perlahan lahan. ??
Bertugas di barisan hadapan ketika wabak Covid-19 adalah amat mencabar. Sejak dua tahun lepas dunia di landa wabak, barisan hadapan tetap teguh memberi khidmat bakti untuk memberikan rawatan kepada pesakit yang dijangkiti.
Mereka yang tidak pernah kenal erti penat dan lelah, terus memerah keringat sejak wabak pandemik mula melanda negara ini.
Begitu juga dengan doktor ini, Ahmad Zakimi Abdullah atau dikenali sebagai Dr Zek tetap teguh memberi khidmat. Pada masa yang sama hati tetap gundah memikirkan keselamatan ahli keluarga. Mana taknya, setiap hari dirinya merupakan berhadapan dengan pesakit Covid-19. Risiko keluarga dijangkiti agak tinggi.
Namun siapa sangka, dalam berhati-hati itu, setelah dua tahun serangan Covid-19, ahli keuarganya dijangkiti wabak ini. Hati mana yang tidak sebak. Bagaimanapun semua ini harus dialui dengan tabah.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dan mendoakan dia dan keluarganya diberi kesembuhan.
Aku tidur memang tak lena sejak dari awal mula pandemik COVID19. Tidur malam asyik mimpi ngeri. Apa taknya sebab aku sendiri bekerja menguruskan pesakit-pesakit COVID19 dilapangan. Maka terbawa-bawa ke dalam mimpi. Ada pelbagai mimpi ngeri aku alami.
Ada satu mimpi tu aku pergi perang tanpa apa-apa senjata mahupun kelengkapan perang lain. Apatah lagi ‘bullet proof jacket’. Aku ditembak oleh ‘sniper’ terus kena di jantung. Aku terus bangkit dari tidur. Masa terjaga aku terus fikir yang Allah masih lagi beri aku peluang untuk hidup. Allahu.
Aku ada juga bermimpi berperang dalam episod mimpi lain tapi jadi ‘sniper’ pula. Kali ini aku sudahpun memakai ‘bullet proof jacket’. Aku dihujani beribu peluru sebab aku telah dikepung.
Satu peluru telah mengena dibahagian lengan kiri. Terus aku terjaga dan aku beristighfar. Ada lagi mimpi-mimpi lain. Nanti aku cerita lain kali. Mimpi aku dikejar zombie. Haha. Setelah 2 tahun COVID19 melanda negara kita, aku berkhidmat sebagai barisan hadapan di Jabatan Kecemasan tentunya sangat berisiko.
Beribu pesakit COVID19 aku tengok dan rawat. Ada juga pesakit COVID19 yang serius yang dapat diselamatkan dan ada juga yang gagal tak dapat diselamatkan. Innalillah. Aku sering berdepan dengan tangisan dari ahli keluarga yang kehilangan orang yang tersayang. Bukan sekali tapi berpuluh-puluh di depan aku sendiri. Allahu.
Sedih, hiba, tak payah nak cakap. Ketika itu negara kita baru mulakan program vaksinasi. Aku sendiri rasa takut jika dijangkiti ketika itu lebih-lebih lagi aku dan puan isteri tentunya barisan hadapan yang berisiko.
Kini aku, puan isteri dan 5 anak; Alya, Amar, Amir, dan 2 anak istimewa kami Affan dan Afnan sedang dikuarantin. Kami sekeluarga dijangkiti COVID19. “Abang, Ita dan semua anak-anak positive PCR setelah 2 tahun lebih kita bertahan,” ujarku kepada puan isteri, wajah murung.
“Takpe bang. Kita semua dah vaksin. Should be orite,” balas puan isteri. Aku bertahan dalam erti kata sangat berhati-hati supaya kami tak kena. Tak payah aku nyatakan dari mana punca kami dijangkiti.
Alhamdulillah, kami telah divaksin maka kami semua mengalami gejala ringan (CAT 2a) dengan izin Allah. Kalau tak memang teruk aku kena sebab aku dan anak aku, Alya pesakit asthma. Adalah sekali dua serangan asthma ringan-ringan macam biasa.
Itulah keberkesanan vaksin sangat teruji baik dengan izin Allah. Alhamdulillah anak-anak pun semua ok.
Aku terus teringat akan mimpi-mimpi ngeri sebelum ini. Itulah, jika divaksin maka ada pelindung. Jika kena sekalipun taklah dapat COVID19 yang serius. Alhamdulillah, syukur kepadaMu Ya Allah. Kawan-kawan semua, pergi ambik booster ya. InsyaAllah.
Daun Kesum (Polygonum odoratum) adalah tanaman yang yang merupakan sebagai salah satu bumbu wajib masakan laksa. Aroma harum dan cita rasa pedas daun kesum sangat khas dan dapat mengurangi aroma amis pada olahan ikan, ayam atau daging. Selain itu, ia juga digunakan untuk bahan ulaman nasi kerabu, asam pedas dan pelbagai masakan lain.
Oleh kerana sering digunakan untuk masakan, ia menjadi salah satu tanaman popular yang ditanam di halaman rumah. Namun, masalah yang sering terjadi, tanaman ini cepat layu dan tidak subur. Ia membuatkan ramai yang kecewa untuk meneruskan niat untuk tanam tanaman ini.
Terdapat pelbagai petua untuk memastikan tanaman ini subur . Begitu juga dengan perkongsian lelaki ini yang menjelaskan dengan huraian yang terperinci. Nak ketahui lebih lanjut ikuti perkongsian ini.
Pada asasnya, daripada apa yang saya sendiri tanam. Perkara asas untuk pokok kesum adalah tahap kelembapan medium tanaman kita. Dengan kata mudah, perlu sentiasa ada lembab ( air ).
1. Proses saya tanam.
Saya akan kerat batang pokok kesum pada bahagian bawah sikit daripada buku setiap part2 dia. Saya ada tunjukkan pada gambar ke-2 & ke-3. Buku yang saya maksudkan adalah. Kalau dalam gambar di tapak tangan tu. Ada tak daun kecik2 yang tumbuh.
2 Kenapa kat bahagian tu?
Pokok kesum ni, dia sama macam sireh & kaduk. Pada setiap buku akan keluarkan akar yang keras. Dalam gambar ni. Akar keras dia. Berwrna merah gelap. Klau sekali tengok tajam. Nak kerat nanti, PASTIKAN bawah sikit daripada bahagian buku tu.
3. Perlu buang tak daun2 besar kat batang selepas kita ptong?
Jangan la buang. Ambil la daun2 tu. Boleh terus guna untuk masak. Kalau banyak, offer kt jiran2. Klau lagi ok. Boleh jual. . Tapi saya klau bnyak. Saya simpan mcm simpan daun sup, kucai dll. Bekukan. Pada saya, daun2 tu memang saya akan cabut mcm dalam gambar. Tinggalkn daun2 kecik tu ja. Sebab daripada daun2 tu nnti kita dapat pastikan batang kesum yang kita rendam sihat.
4. Cara rendaman untuk proses pengakaran.
PASTIKAN klau nak rendam. Kuantiti air. Cukup sekadar untuk bahagian buku yang pertama tadi. Saya guna air hujan. Sebb air paip jarang ada. Saya ada tunjukkan dlm gmbr. Sebab saya ada buat 2 bekas seblum ni. Satu air paras buku & separuh bekas. Hasil : Pras buku : Batang pokok kesum OK dgn akar. Separuh : Batang yang terendam membusuk.
5. Berapa hari akan ambil masa?
Saya buat catatan sendiri. Suka2 nak imbau balik zaman skolh buat eksperimen. Dalam tempoh 2 – 3 hari dah mula keluar akar. TETAPI akan ada masalah. Apabila akar dah keluar kita masih biarkan. Kesan dia : Keratan batang kesum tu akan membusuk dan mati. Akar die akar bertukar warna coklat.
6. Pindah ke medium tanaman.
Saya duduk di kwasan pulau. Kebanyakan di sini akan ambil ” SPO ” (saya belum jumpa istilah Bahasa ). Ada dalam gambar. Saya campur 50% SPO + 50 Tanah biasa. Pindahkan macam biasa. Selesai pindahkan, siram terus dengn air untuk pastikan klembapan. SPO ni : Nelayan akan ambil daripada pesisir pantai. Pada mula2 ambil. Dia mcm habuk2 kayu yang kasar. Dan memang akan bercampur dgn kayu + batu kecik. Sebelum gunakan. Perlu dibiarkan dalam hujan. Sebab dari laut masin. Nnti jnis2 tnaman yang tak boleh kena air laut akan mati.
7.Rawatan & serangan
Setakat ni. Alhamdulillah. Sya siram stiap pagi & petang. Dan bonus apabila hujan turun. Dan setakat ni jugak. Masalah yang ada hanya daripada semut. Diorg akn bina rumah pada btang pokok. Tapi pokok & daun ok ja.
8.Kawasan sesuai letakkan pokok?
Saya ada kebun kecik tepi rumah. Berbumbung jaring yang hitam selalu orang guna untuk panas tak direct kepada tanaman. Dan saya pernah letakkan di depan rumah. Tapi siram macam biasa. Cuma pkok layu & lama2 mati. Mungkin panas trlampau & medium tnaman cepat kering. Gambar 2 pokok kesum dalam polybag tu bersaiz 8X10. Itu saya jual untuk yang nak beli anak pokok. Dalam polybag tu dah masuk 43 hari. InshaaALLAH. Cara2 ni saya kongsikan brdasarkn apa yg saya buat. Klau ada ilmu2 baru. Saya lagi suka. Ada sebarang cadangan lain. Sila2. Terima kasih.
Dapur adalah ruang untuk kita memasak hidangan buat keluarga menjamu selera. Ketika melakukan penyediaan, sudah pasti kita amat mementingkan kebersihan.
Namun tahukah kita bahawa, biarpun pada pandangan kasar, dapur kita nampak bersih tetapi hakikatnya ia menjadi tempat kegemaran bakteria.
Selanjutnya ikuti perkongsian ini dengan mendedahkan 14 barang yang mudah terdedah kepada bakteria.
IKUTI PERKONGSIAN INI.
Statement ’Joan Stiller’ dalam majalah Kings Of Maid, “Even the cleanest kitchen has germs”, terus tarik minat nak baca sampai habis.
Terdapat 14 benda paling kotor di dapur dan disinggahi bakteria yang sentiasa menemani.
1. Span pencuci pinggan mangkuk
Span pencuci pinggan mendapat undian nombor satu sebagai benda paling kotor. Keadaan span yang memerangkap lembapan menjadi tempat paling baik untuk pembiakan bakteria.
Cara terbaik adalah dengan menggantikan span setiap 2 minggu sekali menurut satu kajian yang telah dilaporkan oleh The New York Time.
2. Papan pemotong
Span pencuci pinggan dikategorikan sebagai benda paling kotor di dapur, namun papan pemotong dinobatkan sebagai alat nombor satu punca keracunan makanan.
Ini kerana, tempat yang tercalar akibat kesan memotong meninggalkan serpihan makanan dicelah-celahnya.
Kaedah yang disarankan untuk membersihkan adalah menggunakan air suam terutama selepas memotong ayam. Menurut Ben Chapman, ‘food safety resercher’ di NC State University.
Katanya lagi, papan pemotong kayu lebih bagus digunakan untuk memotong sayuran dan buah. Manakala papan pemotong plastik untuk daging dan ayam.
3. Sinki dapur
Menurut Web MD, mangkuk tandas lebih bersih daripada sinki dapur jika kita meninggalkan pinggan atau periuk kotor di dalam sinki semalaman.
Cara terbaik pembersihan sink adalah menggunakan produk disinfectant sehari sekali dan dibiarkan kering dengan sendiri.
4. Kain lap tangan
Kain tuala yang paling kotor di dalam rumah. Dicadangkan ganti penggunaan setiap hari. Kumpulkan semua dan basuh semua sekali dengan merendam di dalam air panas dan bleach.
5. Pembuka tin
Antara peralatan yang kotor kerana sering salah cara pembersihan selepas digunakan. Ramai hanya melalukan air pada pembuka tin tanpa memberus pada bahagian tajam pembuka tin.
Sebulan sekali, perlu direndam didalam air larutan cuka untuk membunuh kuman. Kemudian dibiarkan kering tanpa perlu membilas
6. ‘Knife block’ atau tempat letak pisau.
Habuk atau serpihan makanan yang kecil mungkin tersumbat di bahagian ruang memasukkan pisau. Cuba jujur, bila kali terakhir kita mencuci atau membersihkan tempat letak pisau?
Sebulan sekali, rendam ‘knife block’ di dalam air panas dan campurkan sedikit sabun pencuci pinggan. Ambil berus kecil seperti berus pencuci straw atau berus puting botol susu untuk membersihkan ruang kecil tempat memasukkan pisau itu.
7. Kaunter-top
Kaunter-top merupakan tempat untuk meletakkan makanan. Dan kebiasaanya, hanya akan dilap atau dibersihkan sekiranya terdapat tumpahan atau sisa makanan.
Menurut Lily Cameron seorang pakar dalam bahagian cleaning & organizing di Fantastic Service berkata, cara paling baik membersihkan kaunter top adalah setiap hari dengan menggunakan span, air panas yang dicampur dengan pencuci pinggan mangkuk.
Menggunakan produk disinfeksi atau bleach tidak sesuai pada kaunter-tops kerana kaunter-top adalah tempat meletak makanan. Akibat menggunakan bleach atau produk disinfeksi akan mengakibatkan keracunan.
8. Ruangan sayur di dalam peti ais
Salmonella, Listeria, yis dan kulat sentiasa menemani sayur-sayur yang disimpan di dalam ruang ini andai ia tidak dibersihkan.
Menurut National Science Foundation, ruang ini perlu dibersihkan setiap bulan. Keluarkan laci penyimpanan sayur ini dan cuci dengan air suam dan sabun pencuci pinggan.
Kemudian, disarankan untuk sanitasi laci ini dengan campuran air dan cuka atau soda bikarbonat. Biarkan air campuran cuka atau soda bikarbonat selama 10 minit di dalam laci sayur. Setelah itu, buang air campuran tanpa perlu dibilas dan dilap. Biarkan kering.
9. Kawalan panel peralatan elektrik
Kita sering membersihkan ruang dalam peralatan eletrik seperti oven, microwave, air fryer atau cooker. Namun adakah kita membersihkan butang kawalan pada bahagian luar.
Kadangkala, ketika menekan butang kawalan panel dengan tangan yang berminyak tanpa kita sedar.
Cara yang terbaik untuk membersihkan butang kawalan panel adalah mengelap dengan kain bersih dan sedikit cecair pencuci pinggan . Setelah bersih, butang kawalan boleh disanitasi menggunakan cuka dan dibiarkan cuka kering dengan sendiri tanpa perlu membilas semula.
10. Bekas garam dan lada sulah
Antara barang yang kerap kita guna sebagai penyedap makanan. Namun ia antara bekas yang jarang dicuci.
Sebelum memasukkan garam atau lada baru, pastikan cuci dahulu bekas. Rendam dengan air panas seketika untuk membunuh segala kuman.
11. Pemegang pintu peti ais dan almari
Segala pemegang seperti pemegang pintu peti ais, knobs pintu almari, pemegang pintu microwave atau oven. Atau apa sahaja pemegang di dapur adalah antara bahagian yang kotor di dapur.
Rajinkan diri untuk membersih dan lap semua pemegang di dapur.
12. Blender gasket
Rujuk manual cara yang betul untuk membrsihkan blender gasket. Namun blender yang baik adalah yang boleh dibuka bahagian bawah blade dan gasket untuk dibersihkan.
Setelah guna, perlu dibasuh dengan bersih. Sekiranya menggunakan blender yang boleh dibuka pada bahagian bawah, pastikan gasket dan blender betul-betul kering barulah dipasangkan semula dan disimpan. Jika tidak, bahagian alur blender dan gasket akan berlumut dan wujud serpihan hitam yang mengelilingi gasket. Yuks.
13. Tong sampah
Memang tugas tong sampah untuk mengumpul segala bahan buangan. Namun tidak semestinya ia tidak perlu dibersihkan.
Gunakan bleach untuk mensanitasi tong sampah. Namun cuci bersih dahulu sebelum krja-kerja sanitasi.
14. ‘Coffee Maker‘
Ramai penggemar kopi yang memiliki coffee maker di rumah ataupun di pejabat.
Disarankan untuk mengosong dan membersihkan tangki menyimpan air seminggu sekali. Masukkan 1 nisbah 10, cuka dan air ke dalam tangki simpanan dan biarkan didih sehingga air tinggal separuh. rehatkan selama 30 minit.
Kemudian buang air campuran cuka dan didihkan semula air bersih. Ulang proses didihkan air kosong sebanyak 2 kali.
Sempena PKP ni, marilah sama-sama kita mencuci dengan cara yang betul 14 item yang disenaraikan sebagai benda yang paling kotor di dapur.
Kredit: Huda Zainal
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di