Tidak dapat dibayangkan betapa remuknya hati ibu dan bapa bila mana anak meninggal dunia dipangkuan sendiri. Kegembiraan tiga beranak ini dalam perjalanan untuk ke majlis konvokesyen akhirnya bertukar duka apabila si anak meninggal dunia selepas mereka terbabit dalam satu kemalangan.
Lebih memilukan apabila melihat ibu dan ayah memangku arwah yang sudah tidak bernyawa lagi. Inilah yang dilalui oleh Abdul rahem, 65 dan isterinya, Homaidah Abdul Manaf, 60.
Arwah Muhammad Firdaus Abdul Rahem, 20, bersama bapa dan ibunya dalam perjalanan menghadiri konvokesyen GiatMARA di kompleks Belia dan Sukan Paroi di Seremban,sebelum terbabit kemalangan dengan sebuah motosikal.
Dalam kejadian 7.10 pagi itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan pada rusuk kiri.
Ads
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta dipandu Abdul Rahem dari arah Seremban menghala ke Paroi membelok ke kanan untuk masuk ke Kompleks Belia dan Sukan.
Pada masa sama, sebuah motosikal Kawasaki ZR800 ditunggang Kamaruzaman Ismail, 36, yang datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu merempuh pintu hadapan bahagian penumpang.
Ads
Akibat kemalangan itu, arwah yang duduk di bahagian penumpang hadapan maut, manakala penunggang motosikal parah di kepala dan badan.
Mengimbas perubahan pada adiknya, menurut Rozi Abdul Rahem arwah sebelum itu ada meminta memakai baju putih ketika membuat persiapan untuk menghadiri majlis konvokesyen tersebut.
“Adik mahu pakai baju putih dan tak sangka itulah permintaan terakhirnya. Saya dapat tahu kejadian tersebut daripada bapa yang menghubungi saya kira-kira jam 7.30 pagi. Ketika itu, saya tidak tahu keadaan adik dan segera bergegas ke lokasi kejadian.
Ads
“Sebaik tiba, hanya emak dan bapa yang masih di lokasi manakala adik sudah dibawa ke hospital dengan ambulans. Ketika itu, baru saya tahu adik sudah tiada,” jelas Rozi lagi.
Menuri Rozzi lagi, adiknya itu seorang yang rajin dan tidak suka menyusahkan keluarga. Dia melakukan pelbagai kerja sampingan untuk menampung yuran pengajian kerana tahu keluarganya bukan orang senang.
“Kami sekeluarga sangat terasa kehilangan arwah tetapi kami reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya jenazah Muhammad Firdaus dibawa pulang ke Ampang untuk dikebumikan selepas solat Zohor
Mengapa menjerit? Alasannya, jeritan akan membuat anak berasa takut dan ikut arahan yang diminta. Ada juga menjadikan jeritan sebagai salah satu cara untuk memastikan anak mengikut suruhan dengan cepat terutama ketika keadaan menjadi kelam kabut di awal pagi.
Amalkan tips dan teknik ini dan anda tidak perlu menjerit dan dijerit. Teknik ini perlu dilakukan secara konsisten dan jadikan ia sebagai amalan seumur hidup. In sha Allah akan berhasil jika anda benar-benar mahukan perubahan ini.
Terima kasih dan maafkan saya.
1. Rutinkan ucapan terima kasih dan maafkan saya sebagai ucapan harian yang wajib ada di rumah atau di sekolah. Ucapan ini melatih anak untuk rasa dihargai dan menghargai.
Tenang dan kawal
2. Bertenang, bertenang dan bertenang walaupun keadaan kelam-kabut. Kanak-kanak adalah pemerhati terbaik dan mereka akan lihat dan ikut bagaimana anda urus diri anda ketika waktu tenang atau waktu kelam-kabut. Ketika anda mulai rasa kelam-kabut, ambil masa 10 saat untuk bernafas dengan baik dan bertenang. Kawal emosi anda dan anda akan lihat keadaan menjadi tenang dan terkawal. Katakan “Semuanya terkawal dan saya amat tenang sekali”.
Suara lembut dan sopan
3. Ajari anak menggunakan suara lembut dan sopan. Tunjukkan melalui teladan. Anak-anak perlu diajar cara bercakap dalam keadaan suara yang lembut dan sopan. Guru terbaik adalah anda. Jika anda mahu anak bercakap dengan suara yang lembut dan sopan, anda juga perlu berbuat demikian. Hasilnya anda tidak perlu menjerit dan dijerit oleh anak-anak.
Teknik bisikan
4. Anda boleh menggunakan teknik bisikan apabila ingin meminta anak anda lakukan sesuatu. Dengan bisikan, anak anda akan lebih peka dan teruja untuk melakukan aktiviti yang anda inginkan. Lakukan ia seperti permainan. Contohnya: Dalam nada berbisik “Aiman… tolong mama simpan baju dan seluar biru dalam almari”/ “Siapa boleh tolong mama simpan semua mainan paling pantas dalam kotak? Satu… dua… tiga…”
Pandangan mata
5. Pandang mata dan tunduk ketika bercakap dengan anak. Apabila bercakap atau memberi arahan kepada anak-anak. Pastikan anda memandang mata mereka dengan pandangan kasih dan sayang dan tundukkan sedikit badan atau duduk sedikit supaya anak tidak perlu mendongak ketika bercakap dengan anda.
Cara ini membantu anak menerima arahan anda dengan jelas dan sepenuh perhatian. Cara ini juga perlu digunakan ketika anak anda berbual dengan anda. Memberi sepenuh perhatian ketika anda atau anak sedang bercakap mendidik anak secara tidak langsung untuk memberi perhatian tanpa perlu menjerit.
Kaedah beri arahan anak lelaki dan perempuan
6. Kaedah beri arahan kepada anak lelaki dan perempuan tidak sama. Otak anak lelaki adalah monotrek bermaksud otak anak lelaki fokus pada satu perkara dalam satu masa. Ini bermakna, anak lelaki perlu diberi satu arahan dalam satu masa. Selepas anak menyelesaikan tugasan tersebut, barulah ditambah dengan arahan seterusnya. Cara ini membantu anak untuk faham arahan dengan mudah.
Otak anak perempuan bersifat multitasking. Anda boleh memberi 2 hingga 3 arahan kepada anak perempuan untuk diselesaikan dalam satu masa. Contohnya: “Sofea, tolong ibu angkat pingan, cawan dan sudu dan letakkan di dalam sinki.”
Pasang ayat-ayat Al Quran
7. Pasang ayat-ayat Al Quran, zikir munajat atau lagu- lagu bertemakan alam contohnya ‘Nature soothing music‘ untuk meredakan keadaan yang tidak terkawal. Keadaan rumah atau sekolah yang tidak terkawal menyebabkan tekanan. Tekanan inilah yang menyebabkan kita akan menjerit dan dijerit. Adakan satu sesi dalam masa 30 minit – 1 jam setiap hari secara konsisten untuk bertenang.
Berikan Pujian
8. Berikan pujian, sokongan, kata-kata semangat, pelukan, tepukan atau hadiah berupa makanan berkhasiat, peralatan tulis atau stickers kepada anak sebagai hadiah galakan dan motivasi ketika mereka mendengar kata, berjaya melakukan tugasan yang diminta dan bertutur dengan sopan.
Minta anak ulang arahan
9. Anak-anak perlukan masa untuk memahami arahan yang diberi. Jadikan ayat suruhan anda ringkas dan sesuai untuk anak selesaikan. Antara cara terbaik untuk memastikan anak faham atau tahu apa yang anda inginkan. Minta anak ulang semula kata-kata anda. Contoh: “Haikal, tolong mama angkat tuala putih dan biru atas lantai. Haikal, tadi mama minta tolong apa?”
Tunjukkan caranya
10. Arahan seperti: kemas bilik, cuci pingan, sapu sampah adalah suruhan yang tidak semua anak faham apa yang dimaksudkan dengan kemas bilik. Tunjukkan caranya apa itu kemas bilik, cuci pingan dan sapu sampah. Walaupun bagi anda perkara-perkara di atas adalah remeh dan anak telah biasa lihat bagaimana anda mengemas. Tunjukkanlah caranya agar anak lebih faham tugasan-tugasan yang dibeikan.
Anda adalah contoh utama dan pertama yang akan diikuti oleh anak-anak. Perbuatan dan perbualan anda perlu seiring dan sejalan dengan apa yang anda mahukan dari anak-anak. Jika mahu anak mendengar kata tanpa menjerit dan dijerit, berbuallah dan bertindaklah dengan tenang dan konsisten.
“What you give, you get back”. Selamat mencuba dan semoga tips dan teknik ini membantu anda dan anak anda.
Sumber: awal.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan bahawa permohonan pembetulan maklumat di sijil kelahiran pelakon, Myra Natasha adalah mengikut prosedur.
Pegawai Perhubungan Awam JPN, Siti Mariani Ayob menjelaskan, permohonan itu telah dikemukakan oleh personaliti radio, Halim Othman dan ibu Myra Natasha, Yusnita Omar dua tahun yang lepas.
“Untuk makluman, bagi permohonan pembetulan maklumat sijil kelahiran beliau, prosedur permohonan telah dipatuhi.
“Orang Yang Mengaku Bapa (OYMB) dan ibu kandung telah membuat permohonan bersama pada tahun 2022,” katanya ringkas ketika ditemu bual oleh Sinar Harian pada Selasa.
Myra Natasha, 29, atau nama sebenarnya Myra Natasya Abdullah mendedahkan Halim telah menukar maklumat sebagai bapa di sijil kelahirannya tanpa pengetahuannya.
Ruangan tersebut dikosongkan kerana wanita itu memaklumkan sebenarnya Halim, 60, tidak pernah bernikah dengan ibunya, Yusnita sepertimana dihebohkan sebelum ini.
Ini menyebabkan status kelahirannya adalah tidak sah taraf.
Inilah kereta yang saya gunakan ke tempat kerja setiap hari. Dari Nilai ke Putrajaya. Hampir 60km ulang alik setiap hari. Sebuah kereta kecil yang sangat jimat serba serbi. Minyak,komitmen bulanan, kos penyelanggaraan, roadtax dll. . Perodua Axia E 1.0 (M). Komitmen bulanan hanya RM250 sebulan. Macam bayar motor sahaja 🤭 Alhamdulillah tak struggle bulan-bulan nak bayar sampai 700-800 tu. .
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Jumlah tu boleh guna kot tempat lain yang lebih bermanfaat kan. Kita boleh buat saving ASB ke TH ke kan. Ataupun kita ada plan takaful untuk medical. . Orang nak kutuk tu biasalah. Dulu saya ingat lagi masa mula2 saya bawa kereta ini di UUM kawan saya kata, ‘eh kereta kecik, tapi bila tuan badan keluar kereta badan besar, tak sesuai’ Tapi rajin pula dia dok tumpang kereta saya lepastu 😅 . Ada juga kawan-kawan dok kata kosongnya kereta hang. Apa pun tak ada. Yelah masa saya saya beli Axia E ni mula-mula dulu radio dia tak bagi, central lock dia tak bagi, alarm dia tak bagi, assist grip tak bagi. Kemudian saya buat semua tu kat luar kos tak sampai pun 1k. Benda boleh jimat, kenapa nak membazir? . Orang nak kutuk biarlah. Kita bukan guna duit dia beli kereta kita ni. Eheh. Bagi saya kereta ini tak lebih sebagai sebuah kenderaan untuk bergerak dari point A ke point B. Tak lebih dari itu. . Buat kawan-kawan saya fresh graduate yang baru nak mulakan hidup, nasihat saya jangan habiskan gaji kita pada kereta hanya untuk kepuasan diri dan impresskan orang sekeliling. Ada kereta mahal bukan petanda hidup anda berjaya. . Jangan terikut-ikut dengan sekeliling. Selalu amalkan formula setahun gaji untuk tahu harga kereta yang sesuai untuk kita. Usah malu untuk guna kereta second hand pun atau cuma ada motor sahaja. Biar kereta tak lawa, janji kita tahu apa tujuan hidup kita. Fokus kumpulkan aset, bukan liability. . Sekarang zamannya untuk kita banyakkan simpanan. Kita tak tahu apa pula yang akan terjadi nanti. Pandemik ini dah cukup sangat nak sedarkan kita dari tidur yang panjang. Jelaskan matlamat hidup kita teman. . Sumber: Ahmad Nizar Azham
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.