Bestnya dapat masak bubur jagung hari ini. Rasa bubur lemak manis ini sesuai untuk minum petang nanti. Anak-anak pasti suka dan siap makan bertambah.
Biasanya nak buat bubur jagung ini kena kupas jagung. Nampak simple tapi nak membuatnya mengambil masa agak lama. Ada yang menggunakan pisau dan juga pemotong khas yang dibeli secara online.
Pernah tak terfikir, bahawa jagung boleh dikupas dengan menggunakan gunting sahaja.
Video yang diunggah oleh pengguna TikTok @jackwongfree4913 ini menunjukan petua cara kupas jagung dengan mudah hanya 10 saat sahaja!
Video ini mendapat 6.7 juta tontonan dan 768.1 ribu sukaan setakat ini.
Jom tengok langkah demi langkah di bawah ni bagaimana kupas jagung dengan cepat.
Bidara atau ada juga yang mengenali buah hijau yang comel saiznya ini sebagai buah epal siam dan beberapa nama lainnya, sememang enak rasanya. Apatah lagi bila digigit terasa rangup, memang layan menikmatinya.
Selain rasanya, dikatakan bahawa buah bidara yang direbus dan airnya diminum dapat merawat penyakit paru-paru dan juga mencuci darah serta membaiki sistem penghadaman dalam perut.
Daunnya pula bila di rebus akan dapat digunakan sebagai losen serta air mandian bagi merawat mereka yang kena demam panas.
Ada juga dakwaan mengatakan yang air rebusan kulit dan daun bidara sesuai untuk merawat masalah perut dan juga usus.
Ternyata banyak manfaatnya dan tidak hairanlah harganya juga boleh tahan dipasaran.
Oleh itu, apa kata kita cuba tanam pokok ini dilaman rumah untuk dimakan sendiri bersama keluarga.
Cara menanamnya dikongsikan di sini, jom semak.
Tips menanam pokok bidara jumbo
a-pasu:
Untuk tanaman dalam pasu, guna pasu berdimeter 18inchi ke atas.
b-medium:
Guna medium yang tidak menakung air (poros) seperti tanah campuran 4in1 hingga 10in1
c-anak pokok:
Size standard bagi anak pokok adalah sekitar 1.5-2.5kaki
Pastikan tiada pucuk baru timbul dari permukaan tanah. Jika ada potong dan buang.
Potong dahan halus pada batang bahagian bawah pokok.Tinggalkan dahan pada bahagian atas (2-3 dahan)
Jika anak pokok menghasilkan bunga, jangan teragak-agak untuk mencabut dahulu bunga. Buah yang terhasil ketika pokok masih kecil akan membantutkan tumbesaran pokok.
Dahan juga berisiko patah kerana terlalu halus untuk menampung berat buah.
d-baja
Elakkan menabur baja sekurang-kurangnya sebulan selepas anak pokok dipindah ke pasu baru.
Mulakan pembajaan pada bulan kedua, dengan baja pembesaran.
Pada bulan ke 5 (atau ketika size anak pokok dirasakan sudah cukup matang untuk berbuah) dan keatas teruskan rutin pembajaan dengan baja buah/bunga.
Sumber : Mohd Shukri Adam via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memang betul pun, bila ada anak, ibu ayah kena jadi serba boleh. Jika nak harapkan isteri seorang uruskan anak memang stress isteri dibuatnya.
Sebab itu pentingnya kerjasama dalam rumahtangga. Bila anak ajak lakukan aktiviti bersama, ayah boleh lah layan anak-anak, sementara isteri uruskan hal lain.
Begitulah yang ingin disampaikan oleh perkongsian saudara Mohd Fhais tentang ibu bapa haru jadi serba boleh atau versatile.
Mak Ayah Kena Versatile.
Serba serbi kena boleh buat. Tak boleh cakap tak pandai nanti anak ikut!
Baru ni ada sebelum pergi interview pa&ma ada person incharge ecah namanya, dia tanya saya,
“Fhais boleh ke datang berdua je dengan anak?”, Ecah
Saya kata boleh je. Dah biasa pun travel berdua dengan anak. Bahkan pergi tengok wayang berdua pun pernah.
Tak ada benda yang orang lelaki tak boleh buat kalau isteri kita boleh buat. Mudah je!
Bagi saya baik mak baik ayah ni kena jadi versatile. Serba boleh kata orang melayu.
Ada masa anak perempuan nak tocang rambut, ayah boleh tocangkan, siap buat lipan lagi. Nak main masak masak pun boleh.
Ada masa anak lelaki pula nak main lasak lasak, mak boleh tumpang sekaki. Tak dapat jadi kuda, jadi nenek kebayan pun boleh. Begitulah.
TAK ADA ISTILAH TAK BOLEH BUAT
Mana ada istilah lelaki tak boleh buat apa yang wanita buat, cuma satu je lelaki tak boleh buat. Iaitu beranak!
Mana yang dah sejak azali kita mahir tu kalau boleh kembangkan la, mana yang tak mahir tu jangan takut. Cuba buat dulu. Kadang-kadang ia tak sesusah mana pun.
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais
Be a parent that kids want, and
They will be a kids that we want.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
“Sini Tempat Orang Nak Mati”. Doktor Cakap Kasar Kepada Pesakit, Lelaki Ini Luah Kecewa
Hospital adalah tempat untuk mendapatkan rawatan kesihatan dan kecederaan yang memerlukan nasihat dan rawatan daripada pakar atau doktor yang bertugas. Di sini adalah tempat pertama akan kita bawa untuk mendapatkan bantuan segera untuk mengelak sebarang perkara yang tidak dingini jika dibiarkan tanpa rawatan.
Namun, siapa yang tidak kecewa apabila kehadiran ke hospital tidak dialu-alukan sebaliknya di lontar kata-kata yang tidak sedap didengar.
DOKTOR BERCAKAP KASAR KEPADA PESAKIT, LELAKI INI LUAH KECEWA
Begitulah yang diluahkan oleh seorang pengguna, Muhamad Azmi Yusof menerusi group Warga Kuantan OFFICIAL yang kecewa dengan layanan diberikan oleh seorang pegawai perubatan di sana. Difahamkan kejadian itu berlaku di sebuah hospital kerajaan di Pahang dan dia yang tidak mempunyai pertalian darah telah membantu mangsa kemalangan untuk di bawa ke hospital.
Menurutnya lagi, dia bersedia untuk dipanggil pihak pengurusan agar kejadian berkenaan tidak lagi berulang.
Sehingga perkongsian ini ditulis kira-kira 2 jam lalu, pelbagai komen diluahkan oleh wargamaya yang turut bersimpati dengan kejadian yang menimpa ahli keluarga berkenaan.
Ikuti perkongsiannya. Moga jadi iktibar supaya menjaga etika dalam apa jua perkerjaan yang kita lakukan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Semalam 02 jan 2023 lebih kurang antara jam 17.40 pm-18.00pm,saya telah membantu menghantar dua orang(1 org dewasa lelaki umur lingkungan 20an dan anak saudara beliau perempuan umur dlm 9 ke 10 tahun) ke unit kecemasan Htaa akibat kemalangan.
Sampainya disana saya di minta merujuk ke bhg rekod dan penerimaan pesakit. Kemudian sambil mendukung kanak2 tersebut saya di bawa masuk ke dlm bilik kecemasan dan di dalam nya ada beberapa kakitangan hospital lelaki dan wanita.
Bersama saya waktu itu ada sorang staff lelaki baju hijau dan sorang staf perempuan(nama tak ingat). staf tsb minta saya duduk kan budak tsb atas katil. datang seorang doktor berkacamata dan berbaju T hitam terus bercakap kasar…
Luka je pun…ingat nak mati dah. kemudian dia suruh budak tu buka mulut.(mulut budak tu luka berdarah dan bibir bengkak). Budak tu nenangis cakap sakit .
Doktor tersebut berkasar cakap ” kalau menangis pergi balik. knp dtg sini, sini tempat org nak mati ..budak tu pun menangis ketakutan.
Di sebabkan bnyk kali dia suruh budak tu balik,saya mula bersuara kepada doktor tsb kerana mengapa beliau bercakap kasar sedangkan dia budak. doktor tsb persoalkan sape saya.
Saya bgtahu saya hanya membantu bawa budak ni ke htaa. Dia terus cakap dan tunjuk kepada saya dgn kasar …ini semua tempat org2 nak mati je…Terus saya jawab saya akan buat lapuran atas sikap dia. kemudian doktor tsb keluar dan memarahai bapa saudara budak tadi( bapa saudara budak ni pun luka2).
Saya terus bertanya kpd jururawat perempuan tu siapa nama doktor tersebut…serbasalah dia nak bgtahu.. tapi bila saya terus bertanya akhir beliau memberitahu nama doktor tersebut ialah Dr Abdullah.(betul atau tidak itu nama sebenar saya x pasti tetapi itu lah nama yg di sebut oleh jururawat).
KECEWA TIADA ETIKA KETIKA BERTUGA
Kepada KP Htaa,saya rasa doktor ini tiada etiqa dan beradap.dia sebenarnya mmg tidak berminat menjadi doktor. Usia nampak muda lagi tapi sombong tiada akhlak. agaknya disebab kan stres bekerja hari cuti sampai tiada akhlak.tiada budi bahasa.
Berkasar kepada budak2 yang masih bawah umur. Peristiwa tsb mmg di saksikan oleh jururawat yg ada bersama ketika itu. saya sedia di panggil pihak pengurusan htaa mahupun KP sendiri utk memberi keterangan yg jelas.
Moga ada tindakan oleh pihak pengurusan ke atas Dr. tsb agar selepas ini beliau belajar beradab semasa menjalan kan tugas. Ramai juga kakitangan kjaan mahupun swasta yg berkerja berat atau ringan pada hari2 kelepasan.bukan dia sorang sahaja. mohon tindakan susulan dari pihak HTAA. sekian.