Anak anugerah yang terindah dan dinantikan oleh setiap pasangan suami isteri. Namun ada antara pasangan yang terpaksa menanti lama untuk memperoleh si kecil ini dalam rumah tangga mereka. Hadirnya si kecil dalam hidup mereka di tatang bagai minyak yang penuh.
Namun, masih ada si ibu yang bersikap kejam yang sanggup membuang anak sendiri. Terbaru dilaporkan seorang bayi lelaki ditinggalkan dengan satu nota di hadapan sebuah rumah di Kota Belud, Sabah.
“Saya sebagai ibu gagal menjaga Yusuf. Sejak lahir, Yusuf belum minum setitik susu. Biarlah Yusuf tinggal dengan puan.”
Demikian antara kandungan nota didakwa ditinggalkan bersama seorang bayi lelaki di hadapan sebuah rumah di Kampung Pompod, dekat sini, semalam.
Kehadiran bayi dipercayai baru dilahirkan itu dikatakan disedari pemilik rumah terbabit, seorang wanita berusia 33 tahun, selepas terdengar tangisannya kira-kira jam 5.30 pagi.
Difahamkan, bayi yang hanya berbalut kain itu ditinggalkan di atas kerusi berhampiran tangga rumah wanita terbabit.
Ads
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Mohd Zaidi Abdullah, berkata pemilik rumah yang bekerja sebagai kerani itu kemudian tampil membuat laporan polis pada jam 8.57 pagi.
Beliau berkata, wanita itu datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud dengan membawa bayi terbabit bersama nota dipercayai ditinggalkan oleh ibu kandungnya.
“Pengadu mendakwa beliau dan ibunya terdengar tangisan bayi sebelum keluar untuk memeriksa keadaan di luar rumah. Mereka kemudian mendakwa menemui bayi terbabit dengan sekeping nota yang ditujukan kepadanya.
Ads
“Nota itu meminta wanita terbabit menjaga bayi berkenaan dan menyatakan tarikh lahirnya ialah 29 Jun 2019, namun tiada nama ibu kandung bayi disertakan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Zaidi berkata, setakat ini, bayi itu berada dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kesan kecederaan ditemui pada tubuh badannya.
“Pengadu mendakwa tidak mengetahui mana-mana saudara terdekat atau penduduk kampung yang baru melahirkan bayi.
“Susulan itu, polis akan menghantar pengadu dan bayi berkenaan ke Hospital Kota Belud bagi menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengenal pasti hubungan mereka,” katanya.
Ads
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuang bayi yang boleh dikenakan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
“Orang ramai yang ada maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya.
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rambut adalah mahkota setiap wanita. Kerana itu ramai yang cukup menitikberatkan soal penjagaan yang satu ini. Selain ke salun, anda boleh melakukkannya sendiri di rumah tanpa mengeluarkan belanja yang mahal.
Wanita bernama Najwa Qadah berkongsi cara menjaga rambut dengan menggunakan bahan di dapur sahaja. Cukup mudah dan katanya kaedah yang dipraktikkan orang Arab ini dapat membantu bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur. Jom, cuba!
Hanya ambik bunga cengkih berapa biji masukkan dalam shampoo .. dan selamat guna.. najwa dah kali kedua guna petua ni.. mmg puas hati❤alhamdulilahhh
bunga cengkih banyak kegunaan dia selain di guna untuk masak.. salah satu najwa guna dia untuk hilang masalah najwa alami lama dah..
kelumumur rambut berminyak rambut gugur
mana2 shampoo pun boleh.. tp najwa beli untuk bby sbb ank2 boleh guna sama, bg rambut lebat sikit.. sebenarnya petua ni utk lebat kan rambut tp kesan dia banyak lagi.. najwa takdak gatal2 lagi2 time pakai tudung panas2 mcm skrg ni.. rambut kering takdak berminyak rasa kembang fresh gitu? alhamdulilah rambut tak gugur berkilo?..
*najwa ambik petua ni dari org arab* bagi tahu siap2 satgi ada org bising plk?
dan jangan lupa.. pekej umrah rm4990 masih bukak lagi.. ambik upah badal haji untuk tahun 2019.. air zamzam botol kecil dan botol besar masih bukakkk untuk tempahan?
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Jika nak rezeki melimpah, salah satu caranya kenalah berikan kasih sayang kepada isteri dan anak-anak. Jangan asyik nak berkira atau marah seborono je.
Ikuti perkongsian suami ini Mohd Fhais tentang bagaimana dia menjemput rezeki datang mencurah-curah. Ini adalah pengalamannya sendiri. Sungguh inspirasi.
Kita berkira dengan anak, rezeki akan berkira dengan kita
Pernah tak kita terfikir? orang tua-tua cakap bila ada anak ni rezeki murah. Tapi lain jadi kat kita, anak dah ramai tapi rezeki masih sama macam masa belum ada anak.
Pengalaman sendiri.
Alhamdulillah selepas annur rania dilahirkan rezeki saya mudah je masuk. Kadang-kadang rezeki tak di sangka-sangka dapat. Dapat tawaran kerja di kampung halaman. Padahal tak pernah terfikir pun saya boleh dapat sebab ramai sangat calon yang temuduga.
Masa berhenti kerja lama gaji pada bulan tu di tahan sebab berhenti tak cukup notis. Susah jugak nak survive bulan tu dengan komitmen yang ada tapi alhamdulillah semua berjaya di harungi. Rezeki ada je untuk bayar semua.
Semua berubah bila saya leka.
Di tempat baru kerja bertambah banyak, kadang-kadang balik ke rumah jam 9-10 malam. Kurang luangkan masa dengan keluarga dan anak-anak. Sedikit demi sedikit wang gaji tak cukup.
Bila wang tak cukup mulalah berkira-kira dengan anak. Mainan rm5 pun tak belikan. Sanggup biarkan anak menangis berlinangan air mata. keluar beriadah jauh sekali.
Pada mulanya salahkan gaji yang sedikit jika banding dengan gaji dulu. Tapi sebenarnya semakin jauh kita mengabaikan anak semakin jauh rezeki akan bai bai kita.
Anak-anak adalah anugerah setiap insan bergelar ibu bapa. Mereka adalah amanah Allah kepada kita. Mereka adalah masa depan generasi kita.
Besar tanggungjawab kita untuk membesarkan mereka jadi seorang anak yang setia kepada negara dan agama.
Saya tidak manjakan anak cuma saya tidak pernah berkira dengan anak.
Ini 8 amalan saya menjemput rezeki melalui anak :
1. Kanak-kanak pantang nampak mainan. Sebulan sekali beri mereka reward mainan yang mereka nak. Selagi termampu berilah barang kesukaan mereka. Apalah sangat mainan rm5-rm10 asalkan mereka happy. Ingat jika mereka happy kita sebagai ibu bapa turut happy, sama jugak jika sebaliknya. Bila keluarga happy baru rezeki mudah nak datang.
2. Berikan mereka pelajaran yang terbaik. Jangan pilih taska sebab sehala laluan ke tempat kerja sahaja. Fikirkan jugak keperluan anak-anak untuk belajar. Banyak taska hanya buka televisyen sahaja masa belajar. Taska yang bagus ialah yang penuh dengan aktiviti yang membantu perkembangan otak anak-anak.
3. Luangkan masa bersama anak-anak at least seminggu sekali. 6 hari masing-masing sibuk dengan urusan berbeza, apa kata sehari seminggu buat something bersama. Contoh jalan di zoo atau bawak anak-anak ke learning center. Banyak pusat learning center di malaysia yang bagus untuk perkembangan mereka.
4. Sediakan keperluan yang terbaik untuk mereka. Jangan recycle sahaja. Apa perasaan si adik yang hanya recycle barangan abang dan kakak. Contoh belikan baju baru kesukaan mereka. Mesti perasaan sayang tu bertambah-tambah.
5. Banyak kaedah pembelajaran awal kanak-kanak yang membantu perkembangan otak kanak-kanak sudah ada. Laburlah sedikit untuk masa depan mereka. Tahu tak 90% otak kanak-kanak berkembang sewaktu umur 0-6 tahun? Semua bahagian kritikal otak berkembang masa ini.
6. Sentiasa prihatin dengan perubahan sikap anak-anak. Jangan sentiasa fikir mereka akan cari jalan sendiri sebaliknya bantu selagi mereka boleh di bantu. Percaya tak yang kanak-kanak 1-6 tahun pun boleh kena STRESS? Sekali mereka stress dan kita tidak bantu emosi mereka akan terbantut dan boleh jadi serius.
7. Jangan marah anak tanpa berfikir panjang. Bila nak marah tu paksa diri diam atau minum air dan wuduk. Lebih baik berdiam diri dari marah dan terkeluar kata-kata kesat. Masa ini anak-anak masih belajar dan mereka akan ikut cara anda walaupun masa marah. Jika baik yang mereka nampak maka baiklah mereka buat.
8. Setiap kanak-kanak ada perkembangan berbeza. Fahami dan cuba bantu mereka. Berikan keperluan yang diperlukan bukan yang kita mahukan. Berhenti dari membanding dengan kanak-kanak lain.
–
Alhamdulillah selepas saya praktis 8 amalan di atas rezeki mencurah-curah masuk. Satu persatu hutang dapat habis. Bisnes pun semakin berkembang sehingga mampu upah 5 orang staf.
Rezeki adalah ketetapan dan tidak wajar kita merasa ragu dengan rezeki yang diperlukan bagi membesarkan zuriat kita.
“Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan. Kami-lah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar.” (Surah al-Isra’, ayat 31)
Nak rezeki mencurah-curah cuba curah dulu kasih sayang kat anak isteri. Barulah rezeki datang mencurah-curah.
Tak percaya? cuba mewahkan anak isteri, hari ini suprise mereka dengan hadiah yang mereka idam selama ni. Tengok apa hasilnya.
Jangan salahkan saya bila rezeki melimpah tak henti-henti.
P/s : Sebarkan jika beri manfaat pada anda supaya lebih ramai ibu bapa di luar sana dapat manfaat yang sama.
Follow dan Set See First Mohd Fhais supaya tak terlepas posting terbaru saya
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Lain orang lain caranya nak ajar anak-anak ni, malah ia juga bergantung bagaimana caranya anak itu untuk menerima setiap ajaran dari ibu ayah mereka.
Anak bila kecil lagi, selalunya otak mereka seperti span, serap semua yang diajar. Jadi rugi la kalau dari kecil ni kita tak manfaatkan ajar apa-apa yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Kan?
Paling mudah, kita buat sesuatu yang boleh mereka tiru, seperti yang dikongsikan oleh Wawa Shauqi ni. Tak susah pun, malah amat berguna untuk mereka!
Tau tak, mengajar anak MENIRU pun adalah salah satu langkah yang sangat baik untuk membesarkan ANAK YANG BIJAK
Bukan meniru kertas jawapan kawan dalam exam tu! Perangai kita yang buruk dulu tu, tak payah la wariskan kat anak. 😂
Meniru yang saya maksudkan kat sini adalah, mengajar anak mengajuk perbuatan kita.
Kalau nak tau, kanak-kanak sekarang, kurang kemahiran meniru manusia. Lebih ramai yang meniru watak kartun di TV.
Ala.. anak saya pun sama. Suka sangat tiru Spiderman. Kadang-kadang tu, bila saya intai dia di dalam bilik, bukan main meligat depan cermin tiru aksi Spiderman. Tapi, nasib baiklah kerajinan mak bapak dia di dalam hal mengemas rumah pun dia sudi tiru.
Kemahiran meniru ini sangat bagus untuk : 🧒 Tajamkan FOKUS kanak-kanak yang sukar memberi tumpuan 🧒 Menambahkan kosa kata anak-anak yang speech delay 🧒 Mengawal pergerakan anak-anak yang terlampau aktif 🧒 Stimulasi deria badan untuk anak yang kurang bergerak
Contoh aktiviti meniru yang kita boleh lakukan adalah : 🤼♂️ Meniru mimik muka kita 🤼♂️ Meniru pergerakan anggota badan kita 🤼♂️ Meminta anak meniru bunyi yang kita buat hasil dari ketukan sesuatu objek
(contoh Kayu Tik Tok atau Tin yang diisi takat air yang berbeza) 🤼♂️ Meniru lukisan/ garisan asas yang kita lukis 🤼♂️ Meniru blok lego yang kita buat (ikut susunan warna atau bentuk) 🤼♂️ Meniru tarian (contohnya Hockey Pockey atau Head-Shoulder-Knees-Toes) 🤼♂️ Meniru bunyi 🤼♂️ Meniru perkataan yang kita sebut 🤼♂️ Meniru aksi yang kita buat (lompat/ merangkak/ lompat bintang dsb)
mom and baby playing
Yang penting, ajarkan pergerakan/ aksi yang asas dulu. Bermula dengan yang mudah. Bila anak dah mahir, baru tambahkan level susah.
Kalau terus nak ajar anak tiru tarian zapin level advance, menangis keras anak tu!
Aktiviti meniru ini juga tak melibatkan peralatan yang banyak pun. Buat 10 minit sehari, dah cukup. Anak happy, kita pun enjoy, kan!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Saat sibuk membeli-belah baju raya, pasti ada juga yang sibuk menyediakan biskut raya. Ada yang memilih untuk membeli, tetapi tak kurang juga yang teruja...