Biasanya bab kita ingin membeli kereta ini ada macam-macam alasannya, antaranya dengan adanya kerata yang ingin kita beli akan dapat digunakan untuk memenuhi keperluan dasar sebagai pengangkutan untuk kita bawa keluarga ke destinasi tertentu dengan selesa dan mudah. Keduanya ada orang beli kerata disebabkan ingin menunjukkan status diri pada orang lain dan tidak kurang juga sebagai suatu kepuasan diri.
Berkongsi tentang pembelian kereta ini, Dr Azizul Azli Ahmad ada berkongsi pandangannya dan bolehlah dijadikan panduan agar pilihan yang dibuat tidak membebankan kewangan sendiri. Ini kerana kenderaan itu ada yang menyamakan sebagai ‘monter’ yang telan banyak duit.
Kenapa begitu? Ini kupasannya.
BOLEHKAH GAJI BESAR, KERETA KECIL BANG?
“Bang, gaji saya RM7000, tapi nak pakai Bezza saja boleh bang?”
“Boleh sangat dik, lebih bagus berjimat dari membazir”
“Bang gaji saya layak pakai City dan Vios bang”
“Pakai sahaja dik jika mampu tak salah”
“Orang kata bodo bang, gaji besar pakai kereta kecil bang?”
“Sesungguhnya dia tak membantu waktu kita susah nanti”
“Malu bang, belajar susah susah kereta murah macam nie pakai?”
“Lagi malu pakai kereta mewah, tapi masih duduk rumah sewa”
“Kita ambil hak orang lain nie bang?”
“Stok kereta dah habis ka?”
Kawan kawan,
Saya jumpa ramai orang yang ‘mampu’, tapi rendahkan kemampuan kewangan mereka untuk hidup dengan baik.
Kereta mereka biasa biasa sahaja.
Tetapi ada hartanah yang baik, buat simpanan emas, ada simpanan persaraan yang baik, Sediakan dana pendidikan anak yang baik.
Tidak salah, walau kita mampu beli kereta yang bagus. Hiduplah secara sederhana sahaja waktu begini.
Sekarang bukan masanya buat hutang yang ada susut nilainya.
Kenderaan lokal, ada susut nilai RM10,000 setahun. Kenderaan import ada susut nilai RM20,000 setahun.
Tanya diri kita, kita ada simpanan 2 kali ganda dari susut nilai ini atau tidak?
Ads
Saya dulu pernah terjebak juga dengan dunia kereta kayangan ini. Maklumlah waktu itu gred jadi 52. Bila kita semakin bijak, kita tahu mana yang perlu kita dahulukan.
Saya jual kereta MPV besar dan 3 tahun saya hanya sewakan kenderaan besar bila nak balik kampung bercuti. Ia selesa dan tetap menjimatkan.
Kenderaan adalah monster yang telan banyak duit kita bak kata sahabat saya Ahyat Khalissabri Bin Ishak.
Saya jumpa ramai kawan hebat yang gaji RM7000 tetapi masih naik Myvi dan ada hartanah yang baik buat dirinya.
Jika mampu beli dan nikmati, jika tidak lebih baik hindari .
Rezeki itu tidak pernah salah alamat. Jadi jangan putus asa untuk mencuba apa juga perkerjaan. Bagi yang belum atau telah diberhentikan kerja, boleh cuba memohon kerja sebagai kakitangan awam.
Malah, ada ibu bapa meletakkan pengharapan agar salah seorang anak dapat bekerja sebagai kakitangan kerajaan di samping mempunyai pelbagai manfaat terhadap keluarga. Tak salah kan mencuba, mana tahu, rezeki.
Untuk bekerja sebagai kakitangan awam pemohon perlu mengisi maklumat melalui laman SPA9 iaitu satu sistem yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Nampak mudah, tapi jika belum mengetahui bagaimana untuk mendaftar boleh ikuti panduan yang disediakan oleh guru ini.
Menerusi TikTok, guru Zeti Norani ini menunjukkan video untuk memohon sebarang jawatan SPA.
Sejak sesi persekolahan bermula secara giliran, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani sesi persekolahan secara bersemukan.
Sistem giliran menyediakan beberapa orang pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B.
Murid-murid yang berada dalam kumpulan tertentu sahaja yang dibenarkan pada hari yang telah ditetapkan.
Rentetan berkisar dengan waktu giliran persekolahan ini, sebuah perkongsian meruntun jiwa daripada seorang pendidik, Cikgu Lynn Ismail dari group Kami Guru Malaysia mengenai seorang murid yang hadir sekolah setiap hari tanpa mengikut waktu giliran.
Setelah ditegur beberapa kali, rupanya baru guru berkenaan sedar bahawa kedatangan murid berkenaan kesekolah adalah untuk menikmati bantuan makanan percuma kepada murid yang kurang berkemampuan.
Selanjutnya ikuti perkongsian guru ini.
Minggu ini ada seorang murid dari kumpulan A hadir. Saya menyangka mungkin murid itu tidak tahu tentang penggiliran .
Lalu saya terangkan kepada dia. “Minggu lepas awak dah hadir, minggu ini tak payah hadir. Belajar di rumah. Minggu depan baru hadir ke sekolah.” Dia mengangguk tanda faham.
Keesokan harinya dia hadir lagi. “Kenapa awak datang ke sekolah hari ini? Kan cikgu kata jangan datang minggu ini.
Minggu depan baru datang.” Dia hanya tunduk dan diam. Hari seterusnya, dia datang sekolah lagi. Saya berasa pelik. Tak kanlah dia tak faham-faham.
Saya dah jelaskan berkali-kali, malah kawan-kawan diapun suruh jangan datang ke sekolah minggu ini.
Hari Selasa, giliran saya menjaga kelas waktu rehat. Budak itu penerima RMT. Saya tengok dia makan nasi lauk kari ayam dengan lahapnya seolah-olah terlalu lapar. Mungkin dia datang ke sekolah setiap hari untuk makan.
Hari ini hari keempat dia hadir ke sekolah minggu ini. Dan saya tak mahu lagi bertanya. Biarlah dia datang ke sekolah untuk makan.
Beberapa minggu ini ramai orang memperkatakan mengenai isu kahwin muda. Semuanya gara-gara seorang lelaki yang mengahwini seorang kanak-kanak berusia 11 tahun untuk dijadikan isteri ketiganya baru-baru ini.
Itu kisahnya kahwin dengan kanak-kanak. Bagaimana pula isunya mengenai kahwin muda yang menjadi trend wanita masa kini. Tak salah kahwin muda tetapi perlu cukupkan ilmu asas rumah tangga terlebih dahulu. Begitu kata, Dr Fatin
Liyana.
Sememangnya perkongsian Doktor cantik ini banyak benarnya. Ilmu rumah tangga bukan untuk siapa-siapa, tetapi untuk diri sendiri. Di kemudian hari nanti baru kita nampak kesannya pada diri kita. Jadikan ia satu motivasi diri sendiri untuk berkeluarga kelak.
Bagi yang sudah berkahwin tetapi masih belum menguasai ilmu memasak terutamanya, bolehlah mulakan langkah untuk menambah ilmu di dada. Penting ni!
“Ummi nak share something. Hal perempuan. Ummi tengok lately macam banyak anak gadis yang berbangga yang dorang tak tau masak atau buat kerja rumah.
Kiranya macam proses urbanisasi kalau seorang wanita itu tak pandai masak atau berkemas. Kenapa begitu ye?
” Takpelah nanti I carilah future husband yang pandai masak so he can cook for me”.
“Future husband I jenis tak kisah…kitaorang boleh belajar sama-sama after kahwin nanti”
” I have so many positive points, kenapa pandai masak dan pandai kemas rumah jugak yang you nak emphasize (ayat biasaummi dengar)”
Take it from me…pengalaman sebenar wanita berjiwa gonjeng yang sudah berkahwin 3 tahun (still a long way to go hihi)
Skill-skill basic rumah tangga ini sebenarnya perlu ada dalam diri setiap wanita yang nak berkahwin. Bukan untuk suami sangat sebenarnya, tapi untuk diri sendiri. Ya untuk diri sendiri!
Supaya diri sendiri
tak stress, tak hilang konfiden, tak rasa dipinggirkan, tak rasa terkecuali, tak rasa menyesal di kemudian hari.
Meh ummi kasik contoh:
Takde pun orang dilahirkan terus pandai serba serbi. Semua kena try buat dan belajar. Janji ada niat untuk improve diri sendiri demi kebaikan keluarga. Keyword dia: RAJIN!
Jadi kepada memana gadis single di luar sana, pergi balik rumah mak dan tolong mak masak dan kemas rumah. Serap semua ilmu rumah tangga dari mak sementara mak masih ada.
Nanti dah takde, takde siapa akan ajar dan tegur kita seikhlas mak kita sendiri.
Kata-kata indah ini bagi yang bujang atau yang dah kahwin boleh ambil pakai. Berguna untuk kita semua dan jadikan ianya satu motivasi untuk diri sendiri dan keluarga. Suami apatah lagi. Tak gitu?
Mak..adalah madrasah pertama untuk seorang anak. Pendidikan formal boleh belajar di sekolah tetapi pendidikan informal inilah yang datangnya dari asuhan dan didikan seorang insan bernama MAK.
Jom kita jadikan pemangkin semangat buat diri kita dan anak-anak.
Kredit: @dr.afl
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.