Kalau dikumpulkan seluruh kasih sayang kita untuk membalas kasih sayang ibu bapa kita, nescaya kita tidak akan mampu melakukannya.
Kedua ibu bapa kita telah menumpahkan kasih sayang mereka kepada kita semenjak kita dalam rahim ibu kita lagi, di saat itu kita masih segumpal daging, belum lagi digelar manusia. Namun, kasih sayang mereka sudah ada terhadap kita.
Begitulah dengan perkongsian lelaki ini yang sebak melihat sikap anak sulungnya yang memahami susah senang keluarganya.
Ekoran dek belanja melebihi yang dirancang, anaknya berasa serba salah hingga meminta belanja sekolahnya sebagai ganti.
Ikuti lanjut perkongsian oleh Edi Arjuna Pencerita ini. Kisah yang menyentuh hati.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ads
Anak sulung bersama ibunya
Anak aku yang sulong ni dah 2 hari ada di Bukit Jalil, jadi wakil sekolah dia untuk pertandingan Techlympic peringkat kebangsaan. Dia mintak ibu dia pi tengok pertandingan tu, nak ada semangat ibu. Aku pula kena jadi wakil dia di anugerah kecemerlangan kat sekolah dia kelmarin.
Semalam, masa tengah bina model, banyak barang yang tak cukup. Penganjur sediakan yang asas ja, yang lain-lain peserta kena usahakan sendiri. Pihak sekolah cuma sponsor transport, makan dan penginapan. Mujoq jugak ibu dia ada sana boleh tolong belikan barang.
Dah habis beli, dia terkejut tengok kos dah melebihi budget yang aku bagi kat dia. Memang terpaksa guna duit ibu dia la. Duit yang ibu dia guna tu aku bagi untuk ibu dia buat belanja.
Jadi, dia wasap aku dengan penuh rasa bersalah. Suruh aku ganti duit ibu dengan duit sekolah dia selama 2 bulan . Adoi laa..
Macam lawak pun ada budak ni, tapi terasa sebak juga dada seorang ayah.
Bila anak cakap macam ni, ertinya anak tu faham susah payah ibu dan ayah dia. Anak tu tahu ayahnya bukan orang senang, anak tu mengerti betapa susahnya nak cari duit demi kejayaan anak anak.
Ads
Ayah-ayah kita dulu pun macam ni. Pernah kita nampak ayah melengung sebab tak ada duit? Pernah kita nampak ayah pening fikirkan duit sekolah anak? Pernah kita nampak ayah tak tidur memikirkan esok nak bagi anak makan apa? Pernah kita nampak keringat ayah jatuh ke tanah? Pernah kita sedar ayah menangis atas sejadah memohon rezeki dari Allah?
Jarang jarang kita nampak semua tu. Ayah pandai sorok kesusahan dia. Yang kita tahu, mintak ja ayah bagi, sebut ja ayah hulur. Ketat macam mana pun ayah usahakan juga. Ayah letak keperluan dia pada carta paling belakang, keperluan dan kejayaan anak mesti letak di depan.
Anak…
Ayah dan ibu tak minta ganti dengan wang ringgit. Ayah dan ibu cuma nak kamu ganti dengan berusaha bersungguh sungguh. Berjaya atau tidak, itu perkara nombor dua. Kesungguhan kamu yang perlu dibuktikan dulu. Kerana pengorbanan ayah dan ibu bukan untuk diri kami sendiri, tapi untuk masa depan kamu.
Jangan risaukan rezeki ayah ibu. Kerana Tuhan dah janjikan rezeki kami, begitu juga Tuhan dah janjikan rezeki kamu. Moga beroleh kejayaan buat anak anak kita semua
Akan terkesan dijiwa merasai alangkah indah dan bermaknanya apa yang diucapkan setiap kali kita menunaikan solat lima waktu, andai kita fahami makna apa yang dibaca.
Umpamanya cuba kita renungkan makna satu persatu bacaan saat kita sedang duduk antara dua sujud.
Malah menurut perkongsian Ustazah Asma’ Harun, beliau suka ulang-ulang bacaan tersebut walau di luar solat.
Apa sebabnya ya?
Baca perkongsian penuh daripadanya untuk lebih faham.
Ini antara doa yang saya suka ulang-ulang walaupun di luar solat. Bila tiba pada perkataan wajburni, sebak sangat rasanya, kerana Maha Baik Allah ya Barr yang sentiasa menutupi aib diri.
“Ya Tuhanku, ampunilah aku, kasihanilah aku, dan tutuplah aibku, angkatlah darjatku, berilah rezeki kepadaku, berilah aku petunjuk, berikan kesihatan padaku, serta berilah kemaafan kepadaku (atas dosa-dosa).”
Terima kasih ya Allah, kerana menetapkan kami untuk membaca doa ini setiap kali solat. Doa yang memenuhi segala yang kita perlukan dalam hidup.
Rugi sangat bila kita tak faham apa yang kita minta selama ini dalam duduk antara dua sujud ini.
Hafal dan fahamilah maksud semua bacaan solat, kita akan rasa nikmat dan manisnya solat, seolah satu ruang waktu untuk kita berdua-duaan dan mengadu pada Allah, berpisah sekejap dengan Dunia dan bertemu dengan Pemilik Dunia. Allahu Akbar.
Jika sudah berkahwin lama, bahasa rindu tentu semakin kurang, kasih sayang pula semakin sunyi. Namun, hakikatnya semua pasangan yang berkahwin ingin kebahagian sehingga ke hujung nyawa.
Namun siapa sangka, kecurangan tetap ada menerjah sehingga berlaku keretakan rumahtangga. Benar, kita tidak mampu menolak ketentuan -Nya, namun Allah melantik kita sebagai khalifah di muka bumi dan sudah tentu kita adalah insan yang terpilih. Jadi tidak salah kita ikhtiar untuk memastikan hubungan rumahtangga harmoni dan bahagia.
Justeru, melalui perkongsian Ted Aziz , beliau berkongsi petua bagaimana untuk menjadikan sebuah perkahwinan yang sudah lama menjadi semakin intim.
Suami Isteri & Bahasa Rindu
Bila dah lama kahwin, sebahagian besar rumahtangga jadi hambar. Bebanan mencari duit, karenah anak2 & urusan kerja membuatkan hubungan suami isteri pudar. Sebahagiannya pula bosan kerana dah lama kahwin. Jemu menghadap muka.
Keluar makan pun hilang romantik kerana perangai anak2. Pergi bercuti pun hal yang sama. Maka bermula episod gelap dalam rumahtangga. Ini dipanggil simptom ” Bersama dalam sunyi”. Sunyi dari kasih sayang.
Tiada lagi kata-kata manis seperti dulu
Tiada lagi kata2 manis seperti dulu.Sedangkan bahasa rindu ini penting. “Smart abg hari ni” Cantiknya awak hari ni” “Apa khabar awak hari nie? “Saya doakan awak dipermudahkan urusan kerja hari ni” “Awak bz ker? Saja call. Rindu” Terima kasih awak. Bawak saya keluar makan” “Tq sebab masakkan utk abg hari nie”
Ini sebahagian contoh bahasa rindu. Kadang2 ia wujud dalam usikan gurauan manja dan nakal suami isteri. Ada banyak lagi. Jangan sarkastik pada kepentingannya. Bila isteri atau suami ucap rasa seperti ‘annoying’ tapi jika ia keluar dari mulut couple terasa romantis pula.
Jangan abaikan bahasa rindu ini pada suami isteri. Ia adalah oksigen yang memugar kembali kasih sayang dalam rumahtangga. Jangan biar awek cendol menunjukkan romantis mereka. Masih banyak “isteri2 cendol’ & “suami2 cendol” di luar sana. Tak perlu ucap dalam FB. Say it to my face bak kata Tun M.
Bimbanglah kita jika bahasa rindu ini datang dari rakan sepejabat. Dari rakan group whatsap apatah lagi ex dulu2. Ini amat merbahaya. Ia ibarat api dalam sekam.
Kenapa berlaku curang atau main kayu tiga? Sebahagiannya bermula dari bahasa rindu yang membuat diri ketagih kasih sayang yang tidak didapati di rumah.
Benar curang itu lebih mudah kerana ia tiada komitmen. Tak perlu bayar bil, tak serabut karenah anak, tak perlu tukar pampers, tak perlu lipat baju, tak perlu pergi kedai beli beras dan tak perlu komitmen. Hanya bermain laras bahasa yang akhirnya membawa pelaku terperosok dalam skandal yang tiada jalan pulang.
Putarkan bahasa rindu dalam rumahtangga
Maka, putarlah bahasa rindu ini dalam rumahtangga. Ia adal h cerminan kasih sayang. Sibuk kerja, pening dengan anak, jerih cari duit itu benda biasa. Ia bukan halangan. Ia hanya tembok2 kecil yang boleh direntas jika suami isteri mempunyai daya lompatan yang baik iaitu kasih sayang.
Kadang2 bahasa rindu boleh datang dari melakukan kerja rumah bersama, saling menghormati minat pasangan dan menjadikan hubungan suami isteri suatu persahabatan di mana banyak perkara boleh dilakukan bersama.
Ada orang tanya saya ” Macam mana nak jadikan rumahtangga saya romantik macam dulu?
Saya katakan ” Buatlah apa yang anda buat ketika dulu2 tu. Jangan buat yang anda buat sekarang! Sebab itulah romantiknya dah hilang
Azizul Asri Ahmad Tajuddin
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cukup menyentuh hati kisah seorang budak lelaki yang dikenali sebagai Akid. Kanak-kanak itu dilaporkan tinggal bersama keluarganya di sebuah rumah usang dan separuh roboh di Kampung Banggol, Jalan PCB, Kota Bharu, Kelantan.
Rupa-rupanya, keluarga ini tinggal di rumah tersebut sejak oktober lalu. Jika yang pertama kali melihat pasti menyangka rumah tersebut musnah akibat kesan banjir. Namunrealitinya itulah keadaan sebenar yang sudah lama dan kian rapuh dimamah usia.
Menerusi satu video yang tular baru-baru ini, Akid memaklumkan bahawa ada juga masyarakat luar yang menuduh dia dan keluarganya sebagai meminta.
“Saya tak faham kenapa ada orang cakap macam tu, kenapa orang benci sangat dengan kami, saya kalau nak makan saya kerja, cuci tandas, cuci surau dapat lah RM6 sehari. Ada orang kata kat kami lapar kedarah (meminta), ambil duit orang. Akid tak ambil pun Orang benci… tak tahu kenapa orang benc,” ujarnya.
Tambah Akid lagi, dia mengambil upah mencuci tandas dan surau, kemudian menggunakan wang tersebut bagi membeli keperluan asas seperti bawang dan tepung untuk mereka sekeluarga.
Video tersebut dimuatnaik oleh Yayasan Kebajikan Muslim, MyFundAction bertujuan mengajak orang ramai menyumbang kepada tabung badan berkenaan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan.
World Quran Convention 2025 mengetengahkan tema ‘Trade With Allah’ berasaskan Surah Al-Saff sebagai panduan utama solusi ekonomi Islam global. Program dua hari ini membuka ruang memahami keseimbangan antara spiritual dan ekonomi moden.