Kalau diperhatikan, kebelakangan ini banyak kes yang melibatkan anak-anak terjatuh bangunan rumah yang tinggi.

Tidak ketinggalan, baru-baru ini kita dikejutkan berita seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemui meninggal dunia oleh bapanya sendiri selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah flat.

Bagi mengelakkan bertambah lagi jumlah kes seperti ini, jom ibu bapa ambil penting beberapa aspek keselamatan ini terutamanya yang ada anak masih kecil supaya tidak berulang lagi kemalangan seperti ini.

Keselamatan balkoni

Ini adalah tip untuk memastikan keselamatan di rumah pada bahagian balkoni:

 #1. Jauhkan bangku, meja dan kerusi daripada pagar balkoni
Ia adalah satu naluri biasa pada kanak-kanak yang ingin memanjat pagar atau perabot untuk melihat pemandangan yang lebih baik. Namun dalam masa yang sama, ia meningkatkan risiko untuk anak terjatuh.

Jika kawasan balkoni anda terhad, sebaiknya biar ia berada dalam keadaan tanpa perabot. Cuma bawa keluar beberapa kerusi jika ingin melayan tetamu di sana.

#2. Waspada jarak antara palang pagar balkoni
Jarak antara palang bar di balkoni seharusnya tidak boleh melebihi 4 inci. Ia bertujuan untuk menghalang kanak-kanak walaupun bersaiz kecil untuk melepasi pagar tersebut.

Sekiranya ketinggian balkoni adalah lebih daripada 1 meter di atas paras tanah, ia mesti lah mempunyai pagar atau penghadang.

Ini bermakna jika anda tidak tinggal di kondo atau pangsapuri, tetapi mempunyai teres bertingkat, ia harus mempunyai pagar.

American Academy of Pediatrics (AAP) mencadangkan agar ketinggian pagar balkoni haruslah sekurang-kurangnya 3 kaki atau 1 meter.

IKLAN

3. Pintu ke balkoni sentiasa berkunci, penting untuk penjagaan kanak-kanak
Anak-anak pada masa ini bijak-bijak belaka, malah yang masih kecil sekali pun ada kalanya sudah pandai untuk membuka pintu yang berkunci. Jadi penyelesaian terbaik adalah untuk memasang 2 jenis kunci yang berbeza.

Jika pintu ke balkoni jenis pintu gelangsar atau sliding door, anda boleh meletakkan papan penyelak pada landasan pintu untuk mengelakkan daripada terbuka.

Nampak Remeh, Tapi Boleh Undang Bahaya! Ibu Ayah Duduk Rumah Tinggi Semak Aspek Keselamatan

Keselamatan di bahagian dapur

Kebanyakan jenis rumah yang diubah suai atau unit kondo menggunakan susun atur terbuka, menjadikan kawasan seperti dapur mudah diakses untuk semua individu termasuk kanak-kanak.

#1 Jadi pastikan pisau dan peralatan dapur lain diletakkan jauh daripada capaian anak.

#2 Sekiranya perlu, pasang kunci dan selak kalis kanak-kanak (kid-proof lock & latches) pada kabinet dan rak – terutamanya yang menyimpan peralatan berbahaya atau bekalan pembersih seperti peluntur atau semburan beracun.

IKLAN

#3 Gunakan stove guard untuk menutup atau mengunci tombol dapur masakan, pastikan setiap pemegang periuk atau kuali dialihkan ke belakang untuk mengelakkan ia mudah dicapai anak semasa sedang memasak.

#4 Anda juga boleh memasang pengadang sudut pada meja dan kaunter dapur.

Nampak Remeh, Tapi Boleh Undang Bahaya! Ibu Ayah Duduk Rumah Tinggi Semak Aspek Keselamatan

Keselamatan di rumah #Bahagian tingkap

Berikut antara aspek keselamatan pada tingkap di rumah, sentiasa pastikan semua tingkap agar:

  • Tidak dibuka lebih daripada 12.5 cm
  • Mempunyai selak, kunci atau pengadang tingkap untuk menghentikan pembukaan tingkap lebih daripada 12.5 cm
  • Hanya boleh dibuka daripada atas
  • Jauhkan perabot, katil daripada tingkap untuk mengelakkan anak menggunakannya untuk memanjat tingkap
  • Ajar anak untuk bermain jauh daripada tingkap
  • Sentiasa awasi anak yang bermain berhampiran tingkap

Keselamatan Lain

#1 Anda boleh letakkan tikar getah pada lantai bilik air terutamanya di bahagian pancuran mandian atau tab mandi untuk mengurangkan lantai daripada licin.

IKLAN

#2 Pilih pemanas air yang mempunyai peranti anti-panas atau pasangkan peranti tersebut pada kepala pancuran mandian untuk memastikan kulit anak tidak melecur atau terkena air yang terlalu panas.

#3 Paling penting, jangan pernah meninggalkan anak di dalam bilik mandi tanpa pengawasan.

#4 Lindungi palam elektrik, aspek keselamatan di rumah yang penting. Pastikan setiap palam atau soket elektrik dilindungi menggunakan pelindung keselamatan untuk mengelakkan anak daripada memasukkan jari.

#5 Wayar juga perlu dipastikan sentiasa kemas dan tidak berselirat di lantai – jauh daripada jangkauan anak-anak.

Tip terakhir dalam memastikan keselamatan anak semasa di rumah adalah dengan mengajar mereka mengenai aspek keselamatan dan mematuhi peraturan apabila berada di kawasan dengan pagar balkoni.

Tetapkan beberapa peraturan asas seperti:

Balkoni adalah kawasan terlarang untuk bermain melainkan bersama individu dewasa
Dilarang memanjat pagar balkoni atau perabot yang terletak di sana.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Sumber : Hello Doktor

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI