Permohonan program matrikulasi sesi 2025/2026 mula dibuka 1 Dis. Permohonan fasa satu untuk mengikuti pengajian Program Matrikulasi sesi 2025/2026 kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, dibuka bermula 1 Disember ini hingga 28 Februari 2025.
Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2025/2026 Mula Dibuka 1 Disember
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan fasa dua dan proses pengemaskinian maklumat pelajar akan dibuka selama lima hari selepas keputusan SPM diumumkan.
Menurut kenyataan itu, permohonan ke Program Matrikulasi KPM adalah percuma dan pelajar boleh memohon melalui laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my Keputusan permohonan akan dikeluarkan Bahagian Matrikulasi KPM menerusi laman sesawang dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM 2024 diumumkan.
“Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM perlu memuat turun dan mencetak sendiri surat tawaran dan dokumen pendaftaran melalui laman sesawang semakan keputusan tawaran Program Matrikulasi KPM,” menurut kenyataan itu.
Bukan niat untuk menunjuk itu adalah penjelasan usahawan Anes Ayunie apabila membeli emas seberat 15 kilogram yang dianggarkan bernilai RM2.5 juta di TikTok baru-baru ini.
Ayunie atau nama sebenar Anes Ayunie Osman, 23, berkata, perkongsian itu untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai pelaburan emas.
Memetik laporan Mstar, tujuan perkongsian itu sebagai kesedaran bahawa pentingnya melabur dengan emas sebab harga makin mendadak naik.
Katanya dulu waktu mula-mula ada duit lebih suka belanja beg mewah atau barang mewah yang merugikan.
“Terpulang kepada orang nak fikir apa tapi riak ni hanya ditentukan oleh Allah SWT saja sebab hanya tuhan dapat baca hati kita… apa yang saya tunjuk ni untuk kesedaran, pemasaran dan pemberian kepada pengikut jadi Allah tahu niat saya.
“Daripada segi keselamatan saya memang berjaga-jaga dan sekarang ini saya upah pengawal peribadi untuk menjaga keselamatan saya dan keluarga”
Sumber:Mstar
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sampai hati sebak anak yatin piatu! Kejadian yang melibatkan seorang murid lelaki berusia 10 tahun didakwa ditampar dan ditumbuk seorang guru hingga lebam di muka mengundang kemarahan ramai.
Pengurus operasi pusat jagaan itu, berkata dia dimaklum seorang kanak-kanak lelaki penghuni pusat itu ditampar dan ditumbuk seorang guru.
Beliau berkata, kejadian itu didakwa berlaku di sebuah sekolah kebangsaan di Johor Bahru.
Katanya, mangsa ditampar dan ditumbuk di pipi sebelah kanan oleh seorang guru lelaki disebabkan berlaku perselisihan faham dengan murid lain di makmal komputer.
“Boleh ke cikgu lelaki sekolah sepak muka budak 10 tahun? Selepas tu bila budak jatuh menangis dia tumbuk pula.
“Lepas tu rentap rambut dan seret budak punya rambut sampai ke ofis. Sebab dia tak ada mak bapa, cikgu berani buat begitu kepada anak TBQ Amal?
“Sebab dia duduk di rumah kebajikan maka boleh perlakukan budak ini lebih teruk dari binatang?” tulisnya di Facebook.
Dakwanya lagi, kejadian ini berlaku disebabkan murid tersebut dikatakan berkelakuan nakal namun tindakan guru terbabit dianggap keterlaluan.
“Ini bukan nak mendidik tetapi mencederakan budak. Walau nakal macam mana sekali pun, ikutlah SOP.
“Nak rotan dipersilakan, tapi ikut SOP KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia) bukan belasah budak ikut nafsu sampai blue black (lebam) muka budak,” katanya lagi.
Menurut pelayar itu, pusat kebajikan tersebut akan membuat laporan polis dan menyerahkan kes ini kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya diambil.
Sementara itu, memetik laporan BHarian, pengurus operasi pusat jagaan itu mengesahkan telah membuat laporan di Balai Polis Larkin, Johor Bahru, pada Khamis.
Tragedi bot karam di Pulau Perhentian, lama tunggu kehadirannya, anak tunggal ‘hilang’ sekelip mata. “Saya hampir pengsan bila dapat tahu cucu saya sudah tiada, berita itu saya terima sekitar jam 1 pagi semalam daripada salah seorang mangsa yang terselamat,” luah T Panjawarnam, 68, dengan nada penuh pilu.
Tragedi Bot Karam Di Pulau Perhentian, Lama Tunggu Kehadirannya, Anak Tunggal ‘Hilang’ Sekelip Mata
“Saya kehilangan seorang cucu yang baik, mendengar kata serta periang selain disayangi semua kerana dia adalah anak tunggal dalam keluarga,” kata T Panjawarnam, 68.
Panjawarnam adalah nenek kepada V Vennpani, 10, antara tiga mangsa yang lemas selepas bot yang membawa 15 penumpang berusia antara tiga hingga 40 tahun karam selepas dipukul ombak besar ketika dalam perjalanan dari Pulau Perhentian Kecil ke Perhentian Besar di Besut, Terengganu, Sabtu lalu.
Dalam kejadian malang yang berlaku sekitar jam 10.30 malam, bot yang membawa 15 penumpang termasuk kanak-kanak berusia antara tiga hingga 40 tahun karam selepas dipukul ombak besar ketika dalam perjalanan dari Pulau Perhentian Kecil ke Pulau Perhentian Besar.
Insiden itu turut mengorbankan dua lagi mangsa iaitu S Arumugam, 40, serta anak perempuannya A Sarrvihka, 3, manakala seorang lagi penumpang dilaporkan kritikal.
Berkongsi kisah cucunya, Panjawarnam berkata, dia lebih terkilan kerana ibu kepada Vennpani, iaitu K Nalini, 39, menunggu lama untuk mendapatkan cahaya mata namun kehilangan itu berlaku sekelip mata.
“Cucu saya anak tunggal kepada Nalini dan suaminya, M Vijeya Raj, 40. Mereka sangat sayangkan dia. Bapanya seorang guru Pendidikan Jasmani di SJKT Palanisamy Kumaran, Sungai Division, Petani, manakala Nalini bekerja di sebuah kilang di Batu Kawan, Pulau Pinang,” katanya ketika ditemui di rumah anaknya di SP Height.
Tambah Panjawarnam, cucunya itu juga belajar di sekolah yang sama dengan tempat bapanya mengajar dan dia sendiri yang menjaga Vennpani sejak kecil.
“Dia memang seronok sangat nak ikut ibu bapanya bercuti ke Pulau Perhentian, mereka bertolak Jumaat lepas bersama tiga keluarga lain dan sepatutnya balik semalam,” katanya sebak.
Sementara itu, rakan kepada keluarga mangsa, M Sangeeta, 40, turut meluahkan rasa sedih atas kehilangan tersebut.
Katanya, anaknya adalah rakan sekelas kepada Vennpani dan kali terakhir dia bertemu mendiang adalah ketika mengambil anak pulang dari sekolah pada Khamis lalu.
“Pagi tadi kami sekeluarga ke rumah untuk beri penghormatan terakhir. Wajahnya nampak bersih, dia memang budak baik… semua kawan-kawan dan keluarga sedih dengan pemergian dia,” katanya.
Lebih 300 orang termasuk ahli keluarga, jiran tetangga serta kenalan turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang di kediaman keluarganya di Taman SP Height.