Meskipun terlihat wanita itu cukup lembut sifatnya, namun seorang wanita juga diberikan kekuatan dalam menanggung beban dan ujian hidup. Tidak dinafikan juga wanita itu dikatakan punya kesabaran yang tinggi.
Apatah lagi bila adanya anak disisi, tiada apa lagi yang mustahil untuk dilakukan agar terus bangkit meneruskan perjuangan dalam membesarkan anak-anak.
Begitulah situasinya kini jika ingin digambarkan kehidupan yang pernah dilalui oleh Siti Norhidayah Mohd Ali, balu Allahyarham Abam Bocey.
Tahun 2020 menjadi detik sukar buat dirinya apabila suami yang menjadi tempat bergantung pergi mengadap Ilahi. Tinggallah dirinya seorang diri untuk membesarkan permata hati, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey sebagai sumber kekuatan buat dirinya meneruskan kehidupan.
Apa yang nyata, bukan senang untuk senang. Pelbagai usaha serta penat lelah dilalui dalam meneruskan kehidupan, mencari rezeki untuk membesarkan anaknya Hamzah. Dan kini terlihat semua terbalas sudah.
Hidayah kini mampu tersenyum apabila berjaya memiliki sebuah kenderaan yang cukup besar dan selesa untuk kegunaan mereka anak beranak.
Ads
Ini sebagaimana gambar yang dikongsikan oleh Hidayah di akaun Instagram miliknya pada Hari Raya Aildiladha yang lalu. Dilihat Hidayah berdiri di hadapan kereta Vellfire berwarna hitam sambil ditemani anak kesayangannya.
Difahamkan Hidayah membeli kereta tersebut berkat kerja keras hasil bisnes jual sabun daun sukun dan serum Dieya Beauty.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen tumpang bangga dan gembira dengan kehidupan yang dilalui oleh Hidayah dan Hamzah ketika ini.
Dapat Tunai Kembali Hasrat Arwah Aba
Alhamdulillah… Akhirnya dpt jgk dayah tunaikan kembali hasrat arwah beli kereta besar untuk keselesaan hamzah dan keluarga dayah… Semoga dayah berjaya dunia dan akhirat… 🥰💞
Alhamdulillah.. kereta hasil usaha sendiri.. cantik ❤️
Ads
Akhirnye Dayah dpat beli dgn hasil usaha sndiri..berkat doa orng teraniaya
Dulu dikata xmampu byar.. Skrg bukti yg usaha xkn mngecewakn.. Hasil dpt bli sbji.. Taniah kak.. Membanggakn.. ❤️❤️❤️❤️
Ads
Jom saksikan selebriti berkongsi resipi dan momen memasak bersama keluarga tercinta pada 11-17 Julai ini setiap jam 2.30 petang hanya di FB keluargamagazine.
Melihat gelagatnya yang cukup menghiburkan memang tak kering gusi dibuatnya. Namun, bukan itu sahaja, anak kepada pelakon Syatilla dan Samheizy ini dikatakan cukup petah bercakap. Malah Syeriv Samheizy yang kini berusia dua tahun sudah petah boleh bertutut dalam dwi bahasa.
Syatilla menerusi akaun Instagram anaknya, Syeriv berkongsi tips bagaimana dia mengajar anaknya boleh bercakap dalam dua bahasa iaitu Melayu dan Inggeris. “Sungguhpun Syeriv baru dua tahun setengah, tapi dia petah becakap dua-dua bahasa alhamdulilah.. tips? “1- Jangan biasa cakap dengan anak-anak bahasa budak-budak. Contoh macam ‘nak mamam? Nak nenen?’; ‘alolo omey-omey nyeee (comelnyaa)’, elakkan kalau boleh, nanti anak hampa (kamu) akan bercakap dengan kurang jelas “2- Berbual je dengan anak-anak macam kita sembang dengan laki kita,kawan kita. Walaupun depa tak faham lagi tapi cara kita communicate tu yang penting!!! “3-Selitkan lawak-lawak bodoh sikit. Supaya tak serious sangat “4-Bawa anak-anak bergaul dengan budak-budak lain. Jangan tengok muka mak hang jaa..” tulisnya.
Perkongsian isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu menarik perhatian pengikutnya yang rata-rata terinspirasi dengan tips yang diberikan.
Syatillla dan Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samheizy, 2, dan Sarima Samheizy, 1.
Sayang kiranya ada nasi tidak habis dibiarkan begitu sahaja dan akhirnya basi.
Ini tentunya akan membazir.
Jadi apa kata selain boleh dimasak nasi goreng, anda mencuba menu yang menarik ini iaitu Cucur Nasi Pedas untuk dijadikan menu sarapan atau minum petang seisi keluarga.
Ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Air Tangan Tok Ma yang nampak cukup menyelerakan.
Ini perkongsiannya.
Cucur Nasi Pedas
Bahan :
1 – Nasi sejuk + air panas (agak-agak je ) + garam (secukup rasa). Diblend hingga lumat.
2 – Campurkn hirisan bawang merah + hirisan cili api + bilis yang di gunting-gunting.
3 – Gaul kesemuanya hingga rata.
4 – Masukkan tepung secukupnya. Kacau dan gaul hingga rata. Adunan perlu pekat sikit macam dalam pic itu. Kalau tak cukup tepung adunan akann berderai bila di goreng nanti.
#Cucur ini garing di luar dan lembut di dalam . Tetap akan rasa lembut walau dah lama goreng. Kalau nk tmbh sayur-sayur lain pun boleh untuk tambah lebih sedap lagi. Nak bubuh kiub pati ikan bilis tau kiub pati ayam pun lagi sedap. Boleh di pelbagaikan rasanya.
#Utk mengoreng pula. Kerap basahkan tangan & jemput adunan dengan jari dan plan² masukkan dalam kuali. Cara ini akan dapat cucur yang cumel² & bulat². Tp kena hati² yer jangan sampai tercelup jari pula dalam minyak panas tu..
Jika orang dulu, bila nampak gegata macam ni, akan dikatakan kena ‘ludah jin’. Macam-macam lah ubat herba dan ‘air tawar’ untuk menyembuhkanya.
Namun, dari segi perubatan ia sebaliknya. Menurut Doktor Zubaidi Hj Ahmad, gegata atau urtikaria adalah keadaan di mana sebahagian kulit menjadi bengkak, menebal merah dan gatal akibat dari alahan, atau faktor lain seperti haba atau senaman.
Dalam kebanyakan kes gegata ini akan hilang selepas 24-48 jam dan tidak serius. Anda mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan, tetapi ubat antihistamin boleh meringankan gejala sehingga ruam hilang.
. JENIS URTIKARIA
.
Urtikaria dapat dikelaskan sebagai akut dan kronik.
.
1. Urtikaria akut – jika ia terjadi secara tiba-tiba dan berterusan kurang daripada enam minggu. Kebanyakan gegata akan hilang selepas 24-48 jam. Urtikaria akut boleh berulang di sebahagian orang.
.
2. Urtikaria kronik – jika ia berterusan lebih lama daripada enam minggu. (Kronik bermakna berterusan dan berpanjangan)
. APAKAH RUPA RUAM URTIKARIA AKUT?
.
Gegata boleh melibatkan sebahagian dari kulit atau keseluruhan kulit. Gegata biasanya muncul secara tiba-tiba dan boleh melibatkan mana-mana kawasan kulit. Kawasan kecil yang timbul dipanggil ‘wheal’. ’Wheal’ ini biasanya berukuran 1-2 cm tetapi boleh berbeza dari segi saiz. Bilangannya mungkin hanya beberapa tetapi kadang-kadang banyak.
.
Kadang-kadang wheal bersebelahan boleh bercantum untuk membentuk saiz yang lebih besar. ‘Wheal’ boleh terdapat dalam pelbagai bentuk tetapi kebanyakan masanya dalam bentuk bulatan. Kemerahan akan beransur-ansur pudar dan kulit kembali menjadit normal. normal. Setelah ruam lama telah hilang, ruam baru boleh timbul.
. ADAKAH TERDAPAT SEBARANG TANDA-TANDA YANG LAIN?
.
Kebanyakan orang dengan urtikaria akut tidak berasa sakit, tetapi kemunculan ruam dan gatal boleh menyusahkan. Dalam keadaan yang dipanggil ‘angioedema’, terdapat kebocoran cecair ke dalam tisu lebih dalam di bawah kulit yang menyebabkan tisu membengkak. ‘Angioedema’ biasanya melibatkanthe eyelids, lips and genitals. kelopak mata, bibir dan muka. Kadang-kadang tekak boleh terjejas dan menjadi bengkak dan menyebabkan kesukaran bernafas. Gejala ‘angioedema’ biasanya berterusan lebih lama daripada ‘wheal’. Ia mungkin mengambil masa sehingga tiga hari untuk kawasan bengkak reda dan hilang.
. APAKAH YANG MENYEBABKAN GEGATA AKUT?
.
Pencetus (trigger) menyebabkan sel-sel pada kulit melepaskan bahan kimia seperti histamin. Bahan kimia ini menyebabkan cecair keluar dari saluran darah kecil di bawah permukaan kulit. Kolam cecair ini membentuk ‘wheal’. Bahan kimia ini juga menyebabkan saluran darah mengembang dan menyebabkan kemerahan sekitar ‘wheal’. Tiada pencetus atau punca dapat diketahui dalam separuh daripada kes.
. Sesetengah pencetus yang biasa termasuk:
.
1. Alahan
Alahan makanan seperti alahan kepada kacang, strawberi, buah-buahan sitrus, telur, bahan tambahan makanan, rempah, coklat, atau kerang. Kadang-kadang anda boleh mendapat alahan kepada makanan walaupun anda telah makan makanan tersebut tanpa sebarang masalah banyak kali sebelum ini.
a) Alahan kepada gigitan serangga dan penyengat.
b) Alahan kepada ubat-ubatan seperti penisilin, aspirin, ubat penahan sakit,anti-radang, dan lain-lain.
c) Jangkitan Virus
.
2. Jangkitan virus yang ringan seperti selsema boleh mencetuskan ruam urtikaria pada sesetengah orang. (Anda bertindak balas terhadap virus.)
.
3. Sentuhan kulit
Sentuhan kulit dengan sensitiser menyebabkan urtikaria setempat pada sesetengah orang. Contoh sensitiser termasuk bahan kimia, getah, kosmetik, tumbuh-tumbuhan, ‘ointment’, sengat, dan lain-lain.
.
4. Urtikaria fizikal
Urtikaria fizikal adalah keadaan di mana ruam setempat timbul apabila kulit dirangsang secara fizikal. Pembentukan ruam di kawasan kulit yang telah diusap dipanggil ‘Dermographism’.
Kadang-kadang ruam urtikaria boleh disebabkan oleh haba, kesejukan, emosi, senaman, atau cahaya matahari yang kuat.
. APAKAH URTIKARIA AKUT YANG SERIUS?
.
Biasanya ruam gatal pudar dalam masa sehari atau lebih dan tidak membahayakan. Walau bagaimanapun, gegata boleh menjadi lebih serius dalam keadaan tertentu.
.
Orang yang mempunyai alahan teruk kepada kacang, penyengat serangga, dan lain-lain sering mempunyai ruam urtikaria sebagai salah satu daripada gejala. Ini adalah tambahan kepada gejala-gejala lain yang teruk seperti ‘angioedema’, kesukaran bernafas, dan ‘collapse’. Reaksi alahan yang serius ini dipanggil anafilaksis (‘anaphylaxis’).
.
APAKAH RAWATAN UNTUK GEGATA AKUT?
.
Selalunya rawatan tidak diperlukan untuk ruam yang biasa berlaku dalam tempoh 24-48 jam. Tablet antihistamin boleh meringankan tanda gatal. Antihistamin menghalang tindakan histamine yang terlibat dalam menyebabkan urtikaria. Mereka kadang-kadang menyebabkan mengantuk tetapi mungkin berguna untuk mengambil sebelum tidur. Antihistamin moden kurang menyebabkan mengantuk.
.
Sesetengah orang bertindak balas kepada satu antihistamin lebih baik daripada yang lain. Jika salah satu antihistamin tidak membantu banyak, antihistamin yang berbeza mungkin lebih sesuai dan lebih baik. Anda dinasihatkan supaya mencuba antihistamin selama 1-2 minggu sebelum membuat keputusan ia membantu atau tidak.
.
Sesetengah orang mengambil antihistamin ‘seperti yang dikehendaki’ apabila tanda-tanda merah timbul. Walau bagaimanapun, jika seseorang mendapat ruam tiga hari atau lebih setiap minggu, ia adalah lebih baik untuk mengambil antihistamin setiap hari sama ada ruam muncul atau tidak. Ini adalah untuk mengelakkan ruam dan gatal daripada terjadi.
.
Jika anda dapat mengenal pasti sesuatu makanan sebagai pencetus, maka ia adalah wajar untuk mengelakkan makanan pada masa hadapan.
.
Jika anda mempunyai urtikaria yang teruk khususnya ‘anaphylaxis’, anda akan dimasukkan ke hospital dan mungkin dirujuk kepada pakar (pakar immunologi atau pakar dermatologi). Ini adalah untuk mengesahkan diagnosis dan jika boleh, untuk mengenal pasti pencetus atau penyebab. Sebagai contoh, jika alahan kacang disyaki, ini boleh disahkan oleh ujian darah RAST test atau ‘skin prick test’ (jika tiada ‘anaphylaxis’). Anda akan diberikan nasihat tentang bagaimana untuk mengelakkan penyebab, dan apa yang perlu dilakukan jika ia berlaku lagi.
Tragedi Bukit Changkat Asa meruntun hati ramai apabila remaja berusia 19 tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tersesat ketika mendaki bersama keluarganya di Tanjung Malim.