“Pernah Rasa Give Up Tapi Mama Lah Penaik Semangat..” – Afieq Syazwan Syukur Dapat Beli Kereta Baru

Share

Kejayaan seorang anak ada kaitnya dengan keberkatan daripada seorang ibu yang melahirkan. Apabila ibu redha dan mendoakan yang terbaik buat anaknya, insyaAllah segala urusan anak itu dipermudahkan.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan yang meluahkan rasa syukur kerana usaha kerasnya selama ini akhirnya berbaloi apabila berjaya memiliki sebuah kereta jenama Honda Civic RS.

Menurut Afieq atau nama sebenarnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, dia mengakui kejayaan itu tidak sehebat mana tetapi cukup bersyukur dengan kurniaan diberikan Allah SWT.

Menerusi satu posting di laman Instagram, Afieq berkata dia pernah hampir berputus asa namun mujur ibu tersayang bertindak menjadi pemangkin semangat agar terus kuat mencapai impiannya.

“Syukur alhamdulillah ya Allah atas rezekiMu yang tak terhingga, tak pernah termimpi walaupun tidak lah sehebat mana tapi cukup memadai untuk afieq bersama mama.

“Usaha, sabar, dan tawaqqal alhamdulillah Allah makbulkan jugak. Walaupun berbagai ujian tempuh sama2 akhirnya bahagia pun kecapi bersama.

“Terima kasih mama sentiasa ada di sisi dalam susah dan senang walaupun pernah putus asa tapi mama lah penaik semangat Afieq,” kata penyanyi berusia 25 tahun itu.

Afieq berkata, dia berharap lebih banyak kejayaan akan dikecapi selain mengucapkan terima kasih kepada individu yang mendoakan dirinya serta ibu tercinta.

“InsyaAllah more to come! Thank you semua yang sentiasa mendoakan Afieq dengan mama. Semoga mama sentiasa sihat dapat tengok Apit (nama panggilan) kahwin pulak,” ujarnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut Afieq ucap tahniah atas kejayaan tersebut selain mendoakan  terus dimurahkan rezeki.

Sumber: Instagram Afieq Shazwan

IKLAN