Kejayaan seorang anak ada kaitnya dengan keberkatan daripada seorang ibu yang melahirkan. Apabila ibu redha dan mendoakan yang terbaik buat anaknya, insyaAllah segala urusan anak itu dipermudahkan.
Seperti yang dikongsikan oleh seorang penyanyi dan pelakon, Afieq Shazwan yang meluahkan rasa syukur kerana usaha kerasnya selama ini akhirnya berbaloi apabila berjaya memiliki sebuah kereta jenama Honda Civic RS.
Menurut Afieq atau nama sebenarnya Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, dia mengakui kejayaan itu tidak sehebat mana tetapi cukup bersyukur dengan kurniaan diberikan Allah SWT.
Menerusi satu posting di laman Instagram, Afieq berkata dia pernah hampir berputus asa namun mujur ibu tersayang bertindak menjadi pemangkin semangat agar terus kuat mencapai impiannya.
Ads
“Syukur alhamdulillah ya Allah atas rezekiMu yang tak terhingga, tak pernah termimpi walaupun tidak lah sehebat mana tapi cukup memadai untuk afieq bersama mama.
“Usaha, sabar, dan tawaqqal alhamdulillah Allah makbulkan jugak. Walaupun berbagai ujian tempuh sama2 akhirnya bahagia pun kecapi bersama.
“Terima kasih mama sentiasa ada di sisi dalam susah dan senang walaupun pernah putus asa tapi mama lah penaik semangat Afieq,” kata penyanyi berusia 25 tahun itu.
Ads
Afieq berkata, dia berharap lebih banyak kejayaan akan dikecapi selain mengucapkan terima kasih kepada individu yang mendoakan dirinya serta ibu tercinta.
“InsyaAllah more to come! Thank you semua yang sentiasa mendoakan Afieq dengan mama. Semoga mama sentiasa sihat dapat tengok Apit (nama panggilan) kahwin pulak,” ujarnya lagi.
Semua ibu bapa, inginkan anaknya menjadi seorang yang hebat. Malah ada sanggup mendapatkan kelas tambahan agar anak cemerlang dalam pelajaran.
Bagaimana pun, menurut Pendidik Keibubapaan, Dr Taufiq Razif, anak-anak boleh menjadi hebat dengan segelas air.
Tadi saya nampak mood anak saya tengah baik je jadi saya sengaja nak ajar dia satu benda yang boleh buat dia jadi hebat dibandingkan kawan-kawannya yang lain.
Yep, Maryam Soolihah ni baru je 3 tahun tapi apa yang saya ajar ni boleh ubah hidup dia untuk 50 tahun ke hadapan.
Saya ajar dia 5 benda simple je.
PERTAMA : Saya ajar dia untuk guna tangan KANAN bila pegang gelas untuk minum
KEDUA : Saya ajar dia baca Bismillah bila nak teguk air. Tak perlu doa panjang-panjang pun, cukup Bismillah je
KETIGA : Saya ajar anak saya supaya jangan tiup air tu walaupun air tu panas. Biarkan je air tu sejuk sendiri
KEEMPAT : Saya ajar anak saya minum 3 kali dalam setiap gelas yang diminumnya. Kiranya habiskan segelas air tu dalam 3 kali tegukan. Bukan teguk skali harung je sampai habis.
KELIMA : Saya ajar anak saya ucap Alhamdulillah bila dah habis minum. Tu je. Simple kan?
Kenapa saya nak sangat anak saya buat 5 benda simple ni?
#1 – Selain manfaat kesihatan, saya sebenarnya nak anak saya kontrol emosi dia. Bayangkan bila tengah haus ni kita main taram je teguk air. Bila ada step yang dia perlu buat sebenarnya saya dah ajar dia secara halus supaya dia boleh kawal emosi dia sendiri lagi-lagi bila tengah lapar dan haus.
Ni la sebenarnya antara teknik saya ajar anak saya untuk manage emosi mikro dia supaya Emotional Intelligence ( EQ ) anak saya jadi makin hebat! Bila emosi yang mikro pun dia boleh handle, emosi lain yang lebih besar nanti jadi lebih senang la untuk dia kawal.
p/s : Lebih dasyat lagi, ni la sebenarnya apa yang Nabi kita buat bila minum air! Sebijik dengan apa yang Nabi kita sendiri buat taw. Jadi dah baca ni terus amal kat anak masing-masing ye.
** Saya akan share lebih banyak ilmu parenting di Channel Telegram saya ⏩ t.me/NotaTaufiqRazif
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibadah haji merupakan rukun islam yang ke lima yang sifatnya wajib bagi umat muslim yang berkemampuan secara harta, fizikal dan masa. Menunaikan haji berbeza dengan umrah kerana ia melibatkan beberapa rukun yang perlu dipatuhi.
Salah satunya berwukuf. Ketika ini jemaah haji dari seluruh dunia yang mula bergerak ke Mina dan Padang Arafah untuk berwukuf. Jemaah haji akan bermalam di Mina. Ketika ini pastinya ia memberi pengalaman baru buat jemaah.
Begitulah yang dikongsi oleh pengguna twitter yang muat naik gambar ruang tidur di Mina. Perkongsiannya itu meraih perhatian ramai apabila melihat saiz tilam yang kecil.
Gambaran ini seakan mengingatkan kita tentang pengakhiran kehidupan kita di alam barzakh tiada yang luas melainkan amalan yang baik sahaja meluaskan sisi -Nya di sana.
Seterusnya ikuti perkongsian oleh @acaiijawe.
Inilah tempat tidur selama 4-5 hari di Mina. Tilam slim kata diaorang. Setiap orang dapat kawasan sebesar tu je untuk tidur dan letak beg. Kalau jiran ‘besar-besar’ kena tidur mengiring .
Inilah juga kawasan tidur, solat dan makan. Salah satu motivasi untuk kurus juga. Belah malam, kena banyak bersabar. Sebab suasana kadangkala panas, kadangkala sejuk sangat.
Banyak bunyi dengkuran sana sini. Tangan kena letak macam solat atau mengiring. Kalau tak, tangan kita boleh ada atas perut jiran sebelah.
Tapi Alhamdulillah. Ajar kita lebih sabar.
Sumber: Twitter @acaiijawe
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Mempunyai adik-beradik muka kembar sememangnya unik. Kembarr dua atau tiga tentunya akan mencuri perhatian ramai.
Begitu juga dengan kembar tiga, Siti Aminah, Siti Khadijah dan Siti Aishah Hisamudin atau dikenali Triplet Hisham menarik perhatian pengikut TikTok setiap kali mereka bersiaran langsung di platform berkenaan.
Mana tidaknya, sambil berinteraksi dengan pengikut, mereka yang menetap di Taman Sri Jaya, di sini, sempat menyiapkan burger pesanan pelanggan.
Nyata, keunikkan mereka itu tidak hairan jika kembar tiga berusia 22 tahun itu mampu mengumpul lebih 138,000 pengikut di TikTok
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Memetik Harian Metro, Siti Aminah mewakili Triplet Hisham berkata, mereka bertiga adalah anak keenam, ketujuh dan kelapan dalam keluarga daripada lapan beradik.
“Kami hanya ‘budak’ lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) saja dan tak sanggup berpisah, disebabkan itu ambil keputusan bekerja selepas tamat sekolah.
“Ikutkan, kami bertiga ada pekerjaan lain pada sebelah pagi, namun jadi pembantu gerai selepas Aidilfitri lalu.
“Gerai diberi nama ‘Sofia Burger’ itu adalah milik abang ipar dan kami menawarkan diri untuk membantu selepas gerai abang ipar kembali stabil selepas dua tahun terkesan akibat Covid-19,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Menurut Siti Aminah, mereka bertiga pada awalnya menjual burger seperti peniaga lain dengan menunggu pelanggan datang ke gerai atau mengambil pesanan menerusi WhatsApp atau aplikasi Grab.
Memandangkan gerai burger abang ipar mereka itu sudah dibuka sejak 2015 maka ada pelanggan tetap yang masih datang membeli.
“Itu cara berniaga pada awalnya sehingga satu hari apabila salah seorang daripada kami cadangkan supaya siaran langsung di TikTok kerana mahu cari kelainan.
“Selain muat naik video, kami turut aktif bersiaran langsung di TikTok dan percubaan itu berhasil kerana dapat pelanggan baru sejak ketengahkan diri di situ.
Siti Aminah berkata, kebanyakan pelanggan yang datang ke gerai pasti terkejut dan keliru apabila melihat mereka bertiga.
Katanya, ia reaksi biasa yang mereka dapat lihat daripada pelanggan sejak bekerja sambilan di gerai burger berkenaan.
“Kami sudah bahagikan tugas masing-masing, saya letak sayur dan sos, Dija (Siti Khadijah) ambil pesanan manakala Isha (Siti Aishah) pula akan masak burger.
“Jadi, setiap kali ada pelanggan datang, mereka akan nampak Isha dulu yang sedang masak dan terkejut apabila nampak dua lagi iaitu saya serta Dija.
“Ketika siaran langsung pula, ada yang suka dan sebaliknya. Segelintir kecam kerana tidak suka dengar suara kami nyaring namun kami tidak ambil hati malah moderator iaitu adik-beradik lain akan bantu balas di ruangan komen,” katanya.
Siti Aminah berkata, selagi belum berkeluarga, mereka akan terus bersama kerana tidak dapat bayangkan malah berasa sunyi hidup tanpa satu sama lain.
“Hubungan kami sangat rapat dan jika gaduh pun tidak lama malah lebih suka bercerita dengan satu sama lain berbanding orang luar termasuk ahli keluarga lain.
“Keluarga pernah berpesan supaya kami bertiga belajar untuk bergerak sendiri tetapi lebih selesa bersama, pernah berpisah pun ketika berlainan kelas ketika di sekolah kecuali tingkatan lima.
“Walaupun sudah dewasa, kami kini masih tidur di satu bilik yang sama dan akan kekal begini selagi belum berumah tangga,” katanya.
“Kami juga bersyukur kerana ada dalam kalangan pelanggan membeli burger untuk diinfaq,” katanya.
GM Klang melangkah ke era baharu dengan pelanjutan waktu operasi 10 pagi hingga 10 malam, menjadikannya lebih daripada pusat borong – kini sebagai hab komuniti dan gaya hidup moden yang hidup siang dan malam di Klang.