Pelawak dan pelakon, Achey atau nama sebenarnya Nor Nasir Hamzah berkongsi perkembangan terkini mengenai proses rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) yang sedang dijalani oleh isterinya, Nor Hasanah Yahaya.
Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Achey di laman Instagramnya, dia mendedahkan isterinya telah menjalani proses memasukkan embrio matang ke dalam sistem peranakannya.
“Bismillah bermula dari Ogos dan kini, proses penting telah tiba… memasukkan embrio matang ke tubuh ibunya.
“Mudah-mudahan berjaya, doakan proses ini berjalan dengan baik. Tak mudah proses ini, positif kita jalani, positif la kita dapat. Usaha sebaik yang boleh, Allah juga yang menentukan berjaya atau tidak, doakan kami terus kuat.
Ads
“Allahuakhbar, bismillah, tiada daya dan usaha hambaMu ini tanpa keizinanMu Ya Allah. Doakan Anne kuat dan hari ini bermula fasa penting,” ujarnya di ruangan kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa keterujaan mereka untuk menantikan berita gembira hasil daripada keputusan IVF tersebut. Malah, mereka juga turut mendoakan agar urusan Achey dan isteri sentiasa dipermudahkan selepas 11 tahun menanti kehadiran zuriat dan berharap pasangan itu akan kuat dalam menempuh segala dugaan.
Ads
Terdahulu, Nor Hasanah Yahaya telah menjalani pembedahan untuk membuang tiub fallopian yang tersekat bagi membolehkan dia hamil di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru.
Tidak pernah berputus asa, pelakon Farid Kamil difahamkan membuat pelbagai tawaran untuk berdamai dengan isterinya, Diana Danielle semasa hadir di mahkamah bagi prosiding sulh.
Memetik laporan Berita Harian, terdapat senarai tawaran diberkan kepada wartawan yang ingin dihadiahkan kepada Diana.
Antara tawaran yang diberikan termasuk aset, barang kemas, wang pendahuluan nafkah dan bayaran balik tiket umrah.
“Sebuah kereta Toyota Vellfire bernilai RM225,000, barangan kemas bernilai RM10,700, wang pendahuluan nafkah dari Mac sehingga Jun 2023 bernilai RM40,000 dan bayaran balik tiket umrah yang sepatutnya adalah hadiah sudah bertukar menjadi hutang yang bernilai RM44,000,” kata Farid.
Bagaimanapun, proses sulh tersebut tidak dapat dijalankan kerana ketidak hadiran pihak Diana.
“Sulh hari ini tidak dapat diselesaikan kerana Diana tidak hadir. Saya difahamkan alasannya adalah disebabkan, ketika ini, dia masih tidak boleh berjumpa saya.
“Bagaimanapun, saya harap doa orang ramai dan saya sendiri dapat dimakbulkan agar Diana berlembut hati kerana dia masih isteri saya,” tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama, Farid turut menganggap bahawa ketidak hadiran Diana seolah-olah seperti menghina mahkamah.
“Apabila seseorang sudah failkan untuk perdamaian, tetapi tidak datang, dalam undang-undang, saya diberitahu ia adalah suatu perkara yang melanggar perintah,” katanya.
Dalam pada itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof telah menetapkan 30 Mei depan bagi kedua-keduanya memaklumkan kepada mahkamah mengenai laporannya serta memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Sumber: Berita Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perkahwinan merupakan satu perjalanan yang indah jika kedua suami dan isteri saling berusaha dan memberikan komitmen yang tinggi dalam rumah tangga yang dibina. Malah kelahiran anak-anak adalah cahayamata yang menyinari rumahtangga. Pastinya kita berdoa untuk kebahagiaan buat keluarga.
Ustaz Datuk Kazim Elias ada share 4 punca kenapa satu-satu perkahwinan tu tak bahagia. Dengan ini, nak bahagia mudah aje, elak empat punca ni.
Sebab duit ke? Sebab rupa? Atau sebab agama semata?
1. Punca pertama ialah sebab semua benda isteri buat. Basuh baju isteri, kemas isteri, masak isteri. Sedangkan isteri ni cuma dituntut untuk layan suami je. Jadi, tak perlu ke isteri buat semua tu? Isteri solehah dia TOLONG buat kerja. Bantu sama membantu. Masing-masing kena faham erti tanggungjawab.
Ustaz siap cakap, semakin suami rasa senang rileks tak buat apa-apa, lagi senang dia lupa tanggungjawab dia. Bukanlah balik ni hang pi kabo kat laki hang “Awak, start harini saya taknak basuh baju masak apa semua.”
Tak tak.
Benda susah akan senang bila buat sama-sama. Jangan senang je bersama. Bila susah pas kat pasangan pulak. No no
2. Punca kedua sebab kita tak faham PERANGAI pasangan masing-masing.
Nak jaga laki ni senang je bak kata Ustaz Kazim.
1- Bagi makan kenyang-kenyang. Zahir dan batin. Semoga segalanya dikira ibadah. Aamiin ya Rabb. 2- Mana suami tu pergi, ikut ! Hahaha Selagi hang boleh ikut, ikut.
3. Punca ketiga sebab kita TAK REDHA itu pasangan kita. Ramai orang hanya menghargai seseorang lepas seseorang tu meninggal. So tak best la nak tunggu laki ke bini hang mati pastu baru nak cakap, “takde yang sama macam laki/bini aku dulu.”
Kita memang takkan kenal pasangan kita selagi kita tak share serumah, sekatil, sebantal dengan dia. Hat mak pak dia pun takkan kenal dia sedalam kita kenal dia. Sebab tu kabo, bini lagi kenal laki dia dari mak dia kenal dia.
Tapi orang bijak, lelaki soleh, wanita solehah akan selalu menganggap bahawa pasangan itu adalah ANUGERAH.
Ada pasangan tu, bersyukur. Sebab ada ramai lagi yang masih Allah tak kabulkan doanya untuk berpasangan. Jadi, bersyukurlah.
Bukan senang zaman sekarang, nak dapat pasangan yang solat, yang mengaji, yang nafkah tak culas apa semua. Jadi kalau kita dapat pasangan hat gitu, belajar menghargai walaupun dia tak cantik ke boroi ke apa.
Hat boroi, tak lawa, tak comey ke apa, kat situ Allah nak uji kita, siapa antara kita yang paling BERTAQWA. Memilih yang beragama, mengatasi segalanya.
4. Yang last sekali, punca dia ialah bila seseorang tu tak jadi yang saling menyenangkan. Ye, belajar jadi seorang yang menyenangkan pasangan masing-masing.
Kalau pasangan kita suka sekian-sekian, so kita usahalah untuk memberi sekian ataupun lebih. Yang penting usaha ye, yang lain tu biar Allah yang tentukan. Insyaa Allah.
Ustaz tu share lagi, musibah ni dia mai dalam 3 bentuk :
•UJIAN •TEGURAN •BALA
Kalau kita rasa dalam kahwin ni asyik musibah je, meh kita tengok hat tiga ni. Mana satu sebenarnya yang Allah nak tunjuk.
Yang ujian tu adalah untuk orang-orang beriman. Dia bagi contoh, Asiah yang solehah bersuamikan Firaun yang zalim. Tu ujian untuk dia.
Hat yang Allah uji seseorang tu soleh solehah, solat tak tinggal, mengaji tak miss, puasa penuh tapi bertahun-tahun tak dapat anak. Itu ujian namanya. Dan ujian ini tak lain adalah untuk angkat darjat taqwa dan iman kita lebih tinggi. Bersabarlah dan bergembiralah dengan ujian Allah bagi.
Yang kedua, musibah yang mai dalam bentuk teguran. Yang ni Allah hantar sebab Allah nak tegur suruh kita balik semula kepada kebaikan.
Contoh, kita dok leka kejar duit sana sini, kaya sana sini, papppp Allah bagi accident. Takleh dah carik punca rezeki. Tu teguran namanya. Mungkin kita solat tak khusyuk. Kita buat ibadah tapi banyak culasnya. Jadi, Allah nak jentik sikit nak bagi teguran. Nak bagi kita kembali balik pada Dia. Jadi, jangan melatah dok mengata Allah. Allah tak buat benda sia-sia.
Yang last pulak musibah ni mai dalam bentuk bala atau azab.
Dalam kahwin ni, kalau kita nak ketenangan, kita kena belajar untuk REDHA. Redha apa yang Allah bagi. Redha itu pasangan kita. Redha atas segala ujian Allah.
Kalau satu detik nanti Allah uji takde rezeki jodoh panjang, takde rezeki nak bersama.
“Kalau masih mampu, pegang elok-elok, kalau tak mampu, lepaskan elok-elok.”
Selalulah belajar untuk curi hati suami/isteri. Belajar rebut segala pahala yang Allah nak beri dalam perkahwinan. Belajar jadi orang yang tamak pahala.
Menjadi impian setiap ibu bapa untuk mempunyai anak yang rajin dan bijak. Namun, usaha mendidik anak perlu dilakukan sejak mereka kecil lagi sebelum remaja. Dalam pada itu, untuk mendidik anak lelaki berbeza dengan anak perempuan.
Menarik perkongsian ini mengenai didikan kepada anak lelaki.
IKUTI LANJUT PERKONGSIAN INI.
Siapkan emosi dan adab anak lelaki sebelum mereka menjadi remaja.
1. Ajar mereka kawal emosi marah
– supaya marah mereka tidak keterlaluan
– supaya marah mereka tidak merosakkan
– supaya marah mereka sampai tidak meninggalkan dendam
2. Ajar mereka untuk luah perasaan marah dengan cara yang selamat
– supaya mereka tahu ianya okay untuk meluahkan
– tetapi pastikan ianya dengan cara yang betul
– jangan sampai merosakkan barang barang
– jangan sampai membahayakan diri sendiri
3. Ajarkan mereka empati dan memahami perasaan mak ayah dan adik beradiknya
– supaya anak kita belajar memahami
– supaya anak kita tahu perasaan orang di sekelilingnya nanti
– supaya anak kita boleh memandang daripada perspektif orang lain
4. Ajarkan anak lelaki kita tentang belas kasihan
– supaya mereka belas kasihan kepada kita
– supaya mereka belas kasihan kepada adik beradik dan orang di sekeliling
– supaya mereka dicintai ramai orang kerana sifat belas kasihannya itu
5. Ajarkan anak lelaki kita sifat ringan tulang
– supaya anak lelaki kita tidak menjadi remaja yang berat tangan untuk menolong
– supaya anak lelaki kita tidak menjadi beban ibubapa dan pasangannya kelak
– supaya mereka belajar tentang amanah dan tanggungjawab
Tolong kongsikan ilmu ni pada pasangan kita dan ibubapa lain yang belum tahu sebab saya percaya ramai lagi ibubapa di luar sana yang belum tahu tentang ilmu ini
Sumber: Taufiq Razif
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.