Bergelar seorang isteri dan ibu kepada anak-anak yang masih kecil bukan suatu yang mudah. Lebih lagi menjadi suri rumah sepenuh masa. Tentu akan rasa cabarannya!
Begitulah yang dilalui oleh ibu ini, Wawa Shauqi menerusi facebook miliknya berkongsi pengalaman dan ketabahan dirinya dalam membesarkan anak-anak. Lebih mengejutkan dirinya pernah menerima rawatan psikiatri akibat tekanan yang dilaluinya.
Kisah inspirasi ini menjadi iktibar buat kita semua untuk menjalani kehidupan dengan sempurna.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Sebab ada yang tanya, jadi saya kongsi di sini.
Ya. Hampir 10 tahun saya jadi surirumah. Saya tak ada maid. Saya tak pernah hantar anak ke rumah pengasuh.
Selebet. Ketiak masam. Tak bergaya. Bau muak anak. Itulah realiti saya yang orang tak nampak dulu.
Bila anak dah mula sekolah, itu kali pertama saya belajar ‘berjauhan’ dengan anak. Bila anak dah besar ni, baru merasa banyak senang. Baru sempat nak melawa.
Fasa paling jerih sekali, waktu anak-anak masih kecil. Dapat pula anak high needs. Nak memasak, menyapu, sidai kain, berwuduk dan solat pun, anak dikendong di lengan.
Yang saya cerita dalam WHI haritu memang realiti. Nak berak pun, terpaksa tunggu husband balik dari kerja.
Sebab apa?
Sebab kalau saya tinggalkan anak di luar bilik air, dia akan meraung. Bila mula meraung, susah nak tenangkan. Dah la jenis tidur sekejap-sekejap.
Tak tipu. Memang penat.
Tapi sayang dan rasa komited melebihi segalanya. Bila difikirkan balik, buat kerja rumah tu tak adalah penat sangat.
Yang penat adalah :
– Bila takde teman untuk diajak bersembang. Sebab saya ni asalnya manusia extrovert.
– Bila mengulang rutin yang sama setiap hari
– Bila duduk terperuk dalam rumah tak keluar-keluar
– Bila anak meragam dan kita tak tau macam mana nak tenteramkan anak.
Ya. Penat banyak kat emosi sebenarnya.
Bila penat emosi ni, kita ni banyak bersandar keperluan emosi kat orang tersayang. Terutamanya suami.
Dapat suami tu pandang mata kita, senyum, dengar kita meluah, peluk tak semena-mena, cium dan sikatkan rambut, dah cukup buat tangki emosi ni penuh balik.
Bila tangki penuh tu, naaahhh dia punya mood berbunga datang. Tetiba muncul rajin nak melawa. Nak melayan anak dan laki.
Mungkin ramai yang masih tak tau, saya sendiri sebenarnya menerima rawatan psikatri dan psikologi di hospital.
AMAL PERKARA INI UNTUK BERJUANG UNTUK TENANG
Saya nak kongsi satu pesanan dari psikologis saya kat kalian semua.
“Walau komited macam mana pun kita pikul tanggungjawab, cari masa untuk buat 3 benda ni
1) Seek pleasure : buat benda yang kita enjoy.
2) Challenge ourselves : buat sesuatu yang bagi peluang kita grow.
3) Having positive relationship : jumpa orang-orang yang kita selesa dan buat kita rasa diri bernilai.
Lepas tu jangan lupa untuk
SELF LOVE, SELF CARE dan SELF RESPECT.”
SELF LOVE :
Be nice to yourself.
Punyalah banyak pengorbanan kita dah buat untuk jaga makhluk lain. Tapi kita selalu lupa nak puji dan berterima kasih diri sendiri.
Cakap ‘tahniah kat diri bila berjaya kawal emosi’.
Cakap ‘terima kasih sebab banyak usahakan kehendak diri’.
Cakap ‘it’s ok harini tak berjaya, sebab esok kita cuba lagi.’
Bila saya belajar buat macam ni, alhamdulillah mudah sangat berdamai dengan diri dan anak-anak.
Have a moment to pat your shoulder and say ‘im so proud of you’.
.
SELF CARE
Jadikan Allah tempat untuk kita mengadu segala. Kalau mengadu dengan manusia, ada masa, manusia pun penat nak dengar.
Tapi dengan Allah, makin kita mengadu, makin kita jumpa kekuatan.
Plus, jaga makan. Kontrol gula. Kontrol makanan terproses.
Banyakkan ambil sayur, buah dan minum air putih.
Ambil masa untuk bersenam.
Jaga kesihatan fizikal termasuk gigi, rambut, kulit dan keseluruhannya.
Jaga ruang privasi kita dengan kekalkan kekemasan dan kebersihan. Do spring cleaning kalau perlu. Buang mana barang yang dah setahun tak pakai. Dan takkan pakai lagi setahun akan datang.
Rehat kalau perlu. Jangan paksa diri.
Minta bantuan kalau tak larat. Sebab kita bukan robot. Kita manusia yang reti penat.
.
SELF RESPECT
Distance yourself from toxic people. Orang-orang yang mempergunakan kita. Dan orang-orang yang tak menghargai usaha yang kita lakukan.
Spend time dengan orang-orang yang membina diri kita, dan buat kita rasa berguna dan dihargai.
Cari circle yang buat kita rasa kuat. Yang buat kita rasa terinspirasi. Circle yang akan bantu kita cari nilai berharga dalam diri.
.
Buat wanita bergelar surirumah. Jangan sesekali rasa diri tak ada harga. Tanpa kalian, tak tertegaknya rumah tangga.
Kita tukang sapu, tukang cuci, tukang dobi di rumah. Dan kita juga pendidik, jururawat dan pakar motivasi buat anak-anak.
Kita mungkin tak maju kalau diukur guna kekayaan dunia. Tapi kita ada saham yang besar yang Allah sediakan untuk berpeluang berjaya di akhirat.
Sumber: Wawa Shauqi
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club