Anak kecil yang belum akil baligh, tentu belum mengerti tentang kepentingan dan suruhan agama dalam menjaga auratnya. Pun begitu kita sebagai ibu dan ayah, perlu beri perhatian dalam bab ini sedari mereka masih kecil lagi agar bila dewasa akan menjadi anak yang baik dan tahu menjaga maruah diri.

Atas alasan ini juga, seorang ayah bernama Taufik Razif begitu acap kali memberi peringatan kepada anak perempuannya bernama Maryam agar jangan mandi bersama sepupu lekakinya setiap kali pulang ke kampung.

Kenapa dan mengapa pesanan ini diberikan pada anak kecilnya itu, jom ketahuinya.


Maryam jangan mandi dengan sepupu lelaki tau!

Ni lah pesanan saya tiap kali anak saya, si Maryam Soolihah ni nak balik kampung atuk dan neneknya.

Bukan sebab saya tak percayakan anak buah dan sepupu sepapat sendiri tetapi sebagai langkah pencegahan ( precautions ) dan untuk tanamkan RASA MALU dalam diri anak perempuan saya tu.

Anak perempuan ni tak macam anak laki sikit. Jiwanya lembut. Dipuji, dirayu sikit je dia boleh tewas. Jadi kita sebagai mak ayah ni la kena ajar anak kita bina PENDINDING DIRI!

IKLAN

“Pesan Dekat Anak Jangan Mandi Bersama Sepupu Lelaki!” Ayah Ni Kongsikan Sebabnya, Sila Ambil Tahu.

Selain doa, pendinding diri paling ampuh pada anak perempuan adalah :

+ Rasa malu

Anak yang tebal rasa malunya akan menjauhkan diri bila ada yang ajak buat benda benda pelik dan tak senonoh. Fitrah malu tu sendiri dah ada dalam diri anak kita cuma kita la kena berjaga jaga jangan sampai rasa malu & harga diri tu hilang daripada anak anak kita

IKLAN

Biar pun Maryam masih kecil dan auratnya pun tak wajib ditutup tapi kalau dia tergedik gedik keluar bilik air tanpa pakai tuala dekat kampung memang saya jerit lah ” Maryam! Malulah kalau sepupu laki nampak!!! ”

+ Tolak Permintaan dan “say NO”

Anak perempuan biasanya paling mudah makan pujuk rayu orang. Jadi saya kena ajar kalau ada orang lain nak pegang tempat sulit anak perempuan saya ataupun buat benda benda yang dia tak suka cakap je” NO! TAK BOLEH! ”

Saya ajar je anak saya beradab dan hormat orang tapi kalau melibatkan maruah, nak tendang ke nak gigit ke dipersilakan! Ajar juga anak kecil kita menjerit ye. Jangan main main, jeritan anak kecil boleh menyelamatkan nyawa dan maruahnya tau!

IKLAN

+ Jangan Berhenti Mengadu

Ni la kenapa, walau apa pun terjadi saya akan jaga TRUST si Maryam tu pada saya. Dengan TRUST la anak akan jadi tak kekok nak mengadu kat saya.

Bila si Maryam Soolih ni mengadu, saya kena fokus mendengar dan bagi respon yang cepat dengan aduannya walau sesibuk apa pun saya. Saya kena jadi BEST LISTENER pada anak saya walau sesibuk apa pun saya!

Kenapa? Sebab saya tak nak anak saya berhenti mengadu kat saya. Memang la agak annoying bila semua benda dia nak mengadu kat kita tapi tanpa sedar tu la sebenarnya tanda anak kita masih PERCAYAKAN kita!

InsyaAllah bila semua pendinding diri ni ada pada anak kita, anak kita akan selamat. Ajar la pasangan kita tentang benda ni juga ye untuk keselamatan anak anak kita semua.

sumber : Taufik Razif 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI