
Pernah tular enam ahli keluarga terkorban kemalangan jalan raya, Abdur Rahman kini sambung pengajian. Abdur Rahman Amir Ruddin, 20 dan adik lelakinya Abdullah Amir Ruddin,16, kisah dua beradik ini pernah tular apabila dilaporkan kehilangan enam ahli keluarga dalam satu kemalangan yang berlaku Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.
Pernah Tular Enam Ahli Keluarga Terkorban Kemalangan Jalan Raya, Abdur Rahman Kini Sambung Pengajian
Sudah setahun berlalu kisah duka itu namun namun masyarakat masih mengikuti perjalanan hidup remaja lelaki, Abdur Rahman.
Terbaharu, Abdur Rahman dilaporkan melanjutkan pengajian di Universiti Islam Selangor.

Menerusi perkongsian ibu saudaranya di akaun TikTok tinienie4, Abdur Rahman melaporkan diri ke sebuah institusi pengajian terletak di Bandar Seri Putra, Kajang.
@tinienie4 Bismillahirahmanirahim.. Semoga apa yg dicitakn tercapai nnt. Semua pn mendoakn yg terbaik buat kamu. Jaga diri baik2 @amannnnnnnnnnnn__ #ankibuabi #sayangsemua #sayangank2mamasemua #foryoupage ♬ original sound – wanie
“BISMILLAHIRAHMANIRAHIM.. SEMOGA APA YANG DICITAKN TERCAPAI NANTI. SEMUA PUN MENDOAKAN YANG TERBAIK BUAT KAMU. JAGA DIRI BAIK-BAIK, AMAN (ABDUR RAHMAN),”TULISNYA.
Difahamkan, Abdur Rahman mengambil jurusan pengajian bahasa Al-Quran.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa syukur serta memberikan ucapan tahniah kepada Abdur Rahman yang mesra disapa Aman.
Berikut antara komen-komen warga maya:

Untuk info, 1 September tahun lalu, Abdul Rahman kehilangan ibu bapa, Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhammad, 43, selain empat adik-beradik iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.
View this post on Instagram



Seorang lagi adiknya, Abdullah Amir Ruddin (kini 16 tahun) terselamat selepas dilaporkan mengalami cedera parah pada tahun lalu.
Sumber: TikTok tinienie4 Instagram rahmanlah__
Baca artikel lain juga: “Kematian Yang Dicemburui.” Terkorban Dalam Kemalangan Jalan Raya Ketika Mahu Ke Masjid, Disolatkan Ribuan Jemaah, Kisah Wanita Ini Sungguh Menyentuh Hati!
Gadis Dihempap Kayu Balak, Kembali Jalani Hidup Seperti Biasa, Saya Rasa Bagaikan Mati, Hidup Semula
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di








Indeks kes kluster itu merupakan seorang pemilik kedai makan, 4 pekerja kedai makan tersebut dan 1 ahli keluarga dikesan positif. 2 orang pelanggan dari restoran turut dijangkiti dan menyebabkan jangkitan kepada ahli keluarga yang lain. Pihak polis telah menggesa orang ramai yang makan di kedai nasi kandar di Napoh di antara 13 hingga 24 Julai lalu, untuk menjalani pemeriksaan saringan COVID-19 di mana-mana klinik kesihatan dengan segera.
Kisah suami wanita ini yang dikatakan positif kerana singgah makan di restoran berkenaan mencetuskan pelbagai spekulasi di laman whattsApp. Terbaru, isterinya,
Kami dan covid..
29/7/2020 (rabu)
Pg hari yg sma sy dan kwn2 dh d arahkan utk tutup premis Tabika..sebabnya..LANGKAH AWAL BERJAGA-JAGA, memandangkan kes berada di dalam kawasan dan ada kakitangan yg trlibat (sy dan beberapa rkn yg ada dlm kaw Napoh)..betulla tu..kami brurusan dgn knk2 kecil..sdh tntulah kebajikan mereka mnjadi keutamaan kami..
30/7/2020 (khamis)
Lewat ptg raya dia tel..ckp result ngetif, klu nk blk raya kna ambil surat utk pelepasan kuarantin..tp d sebabkan dlm surat pjbt kshatan tarikh kuarantin brakhir 2/8..kami ikutkan ja..hari ni last la tarikh tu..bila dh dpt bukti result sy pon wsp Pn PPAK..maklum..alhamdulillah..
Trkesan jgk la dgn apa yg jadi..jd dah clear na..kes viral suami ckgu Tabika kg Bemban positif x wujud dh na..