Musim open house raya belum habis lagi. Makin hari menu makan yang dimakan semakin kencang dan gempak. Alamak tiba-tiba terlupa sebenarnya tengah diet, habis la plan nak kurus. Hari tu masa puasa dah kurus sikit. Oit, perut pon dah main buncit.
Jangan risau, ini antara salah satu petua untuk kempiskan perut dengan cara buat sendiri. Bahan-bahan hanya gunakan yang ada di rumah dan di depan mata saja. Tak susah pun nak buat. Yang penting rajin, jimat dan berkesan.
Jom kita tengok cara-cara untuk buat petua ini di bawah, dikongsikan oleh Kartika Juliana Abdul Karim di Facebook.
PETUA KEMPIS PERUT DAN BUANG ANGIN
Gaul 4 Bahan Ini Sahaja
Ads
BAHAN-BAHAN:
-3 sudu halba yang direndam selama 2 minit
-3 cm halia. Disarankan guna halia muda
-4 ulas bawang putih
-15 biji lada hitam
Ads
CARA-CARA:
Ads
Toskan halba yang direndam tadi. Kemudian masukkan kesemua bahan dalam lesung dan tumbuk sehingga lumat. Nak senang kisar je.
Kemudian gentel bulat bulat kecil sebesar guli. Simpan dalam peti dalam satu bekas.
CARA MAKAN:
-2 biji pagi dan 2 biji malam selepas makan.
Bila anak-anak kita diuji dengan kesakitan pastinya hati kita sebagai ibu ayah terasa begitu sedih dan tidak sanggup melihat anak-anak menanggung derita. Hinggakan terdetik di hati kalau boleh biarlah kesakitan itu kita sendiri menanggungnya.
Pun begitu, menerusi perkongsian Ustaz Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz ada cara yang lebih baik untuk ibu ayah doakan kesejahteraan dan kesihatan anak-anak agar segera sembuh. Ini perkongsiannya;
AMALKAN DOA INI UNTUK SEMBUHKAN ANAK SAKIT TERUK :
Anda pernah hadapi ujian anak disayangi sakit teruk?
Saya ada pengalaman tersebut. Sakit anak tidaklah teruk sangat tapi kita selaku ibu-bapa, risaunya lain macam. Kasihan tengok anak kecil menangis cakap ‘sakit, sakit’… Ada waktu tu saya sampai berdoa, ‘Ya Allah, saya tak sampai hati tengok anak saya yg sakit ni. Engkau pindahlah kesakitan tu padaku…’
Tok guru ada tegur, tak wajar berdoa begitu. Eloknya berdoa kesembuhan. Tapi begitulah kasih-sayang kita mak-abah kpd anak. Dan waktu tu kita rasa lemah sangat. Ada duit, medical card, hospital terbaik, doktor pakar & pamantauan rapi pun belum tentu kesembuhan terjamin.
Sebabnya, sehebat manapun kemampuan manusia, kita tidak mampu mengawal kuman. Cukuplah virus Covid menunjukkan keterbatasan kita. Ketika ini, kita perlukan sangat bantuan Tuhan.
Tok guru sampaikan pesan, selain berusaha, jangan lupa berdoa sebab kuman, virus dan lain-lain ni hakikatnya makhluk Allah juga. Mereka belum tentu taatkan kita, tetapi mereka pasti taatkan Tuhan. Kita boleh berusaha mengubati, ambil antibiotik, ubat & sebagainya tetapi asasnya tetap sama :
Pergantungan kita terhadap Tuhan As-Syafi (Maha Penyembuh) wajib diperkuatkan.
Dia yang mencipta kuman. Pasti Dia juga berkuasa mutlak datangkan penyembuhan. Dalam rangka kita berusaha mengubati penyakit berlandaskan ‘sunnatullah’ (makan ubat, pergi hospital, jumpa doktor dll), jangan lupa untuk gandingkannya dengan ‘qudratullah’ : kuasa mutlak Allah Ta’ala.
Bahasa mudahnya, dalam usaha makan ubat, usaha juga berdoa. Kita kuatkan ikhtiar & dalam masa sama, keyakinan tetap dibulatkan kepada Allah Ta’ala. Keyakinan yang kita pelajari dari Nabi Ibrahim a.s :Dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku. (Surah AS-Syu’ara, ayat 80)
Maka dalam posting ini, saya kongsikan doa yang saya amalkan. Doa ini saya anggap ‘gred A’ kerana ia datang dari Mahaguru terulung, Rasulullah s.a.w. Hadithnya sahih, riwayat muslim. Caranya ialah :
1. Baca Al-Fatihah
2. Baca 3 Qul
3. Pegang bagian tubuh yang sakit lalu membaca :
بِاسْمِ اللَّهِ (3 kali)
أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِن شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحاذِرُ (7 kali)
Maksud : Dengan menyebut nama Allah, aku berlindung kepada Allah dan kuasa-Nya dari keburukan yang tertimpa padaku & yang aku khuatirkan.
Cubalah amalkannya. InsyaAllah mujarabnya cepat. Cuma dalam teknik di atas, saya menambah bacaan Fatihah dan 3 Qul. Surah Fatihah bagus sebagai pembuka kepada kesembuhan. 3 Qul pula bermanfaat sebagai ihktiar akidah kita untuk meletakkan anak dalam naungan & penjagaan Tuhan.
Sering melakukan tugas-tugas harian hingga terpaksa berdiri lama boleh menyebabkan kaki cepat terasa lenguh-lenguh.
Jika dibiarkan bimbang juga akan menyebabkan pergerakan terbatas dan terpaksa pula menanggung kesakitan jika masalah menjadi serius.
Demikian itu, mendapatkan rawatan daripada doktor tentunya itu akan menjadi pilihan utama.
Pun demikian, tidak salah kiranya mencuba rawatan alternatif ini sebagaimana yang dilakukan oleh Puan Farah Afendy dengan hanya menggunakan bahan-bahan sedia ada di dapur.
Menariknya, kaedah rawatan itu serasi dengannya dan bolehlah anda pula mencubanya.
Ini perkongsiannya.
Harini tak masak cuma nak kongsi kebaikan dari bahan yang ada didapur kita..
CAMPURAN GARAM KASAR DAN LADA HITAM
Try benda ni dah 2 hari, alhamdulillah sakit kat kaki dah makin kurang..dekat 2 bulan kaki sakit yang teramat sangat sampai nak pijak lntai pun tak boleh.. Nak berjalan apatah lagi..memang jalan bertengkak-tengkak.. Pergi klinik makan ubat pun tak baik-baik.. Doktor kata sakit sendi..
Masa rendam dalam garam ni rasa berdenyut-berdenyut kat tapak kaki.. Betis sampai ke peha rasa kebas, berdenyut, mencucuk-mencucuk.. Tapi tahan jugak sebab mungkin effect garam tu menarik toksin dekat tapak kaki..
Tapi alhamdulillah harini boleh turun tangga elok. Kalau sebelum ni turun tangga macam budak kecik baru belajar berjalan..satu anak tangga demi satu anak tngga.. Harini dah boleh turun naik tangga dengan laju.. Ajaibkan.. Tapi tu la kenyataan nya.. Syukur ya Allah.. Semoga hilang terus penyakit ni.. tak tahan rasanya bila sakit tu datang.. Menangis tahan sakit. Tersentuh sikit pun sakit nya memang tak tertahan..
Cara-caranya
*campurkan garam kasar dan lada hitam kasar… tak perlu air.. Hanya campuran kering
*selawat 3x
*mintak supaya Allah sembuh kan segala penyakit dalam badan kita.. In syaa allah..
Mencari solusi untuk menghalau lipas daripada berlegar-legar di ruangan dapur selain menggunakan racun serangga ada baiknya jika digunakan kaedah lebih selamat dengan menggunakan bahan-bahan tersedia di rumah. Apa yang pasti terdapat pelbagai pilihan kaedah dan cara boleh dipraktikkan dan semuanya mudah untuk dilakukan.
Anda juga boleh mengambil beberapa helai daun pandan, hiris nipis-nipis dan taburkan di dalam laci atau kabinet. Atau pun lebih mudah simpulkan daun pandan tersebut dan letakkan di sudut dalam kabinet. Dikatakan, lipas tidak suka pada bau daun pandan yang harum.
Dikatakan juga lipas tidak suka pada bauan rempah seperti buah pelaga dan kulit kayu manis. Jadi caranya cukup mudah, letakkan sahaja rempah ini di dalam laci kabinet dan ia tidak akan membiak di situ.
Bahan-bahan:
1 sudu besar baking soda
1 sudu besar gula
Caranya:
Satukan dua bahan tersebut dan kemudian letakkan di dalam bekas. Sebaiknya letakkan bekas tersebut di dalam kabinet dapur yang menjadi laluan lipas.
Dikatakan bau kemanisan gula akan menarik minat lipas untuk makan ramuan tersebut manakala baking soda pula akan berfungsi membunuh lipas.
Ambil sebiji lemon dan dihiris nipis. Letakkan di tempat yang dirasakan menjadi sarang lipas terutamanya di ruangan gelap seperti di dalam kabinet dapur. Cara ini bukan sahaja dapat menghalau lipas tetapi dalam masa yang sama menjadikan ruang kabinet berbau lemon yang menyegarkan.
Setiap kali anda memotong timun, biasanya akan buang bahagian pangkal dan hujung timun tersebut bukan? Sebenarnya kedua-dua bahagian tersebut boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk menghalau lipas.
Gunakan sabun mandi juga tidak menghampakan untuk membuatkan lipas tidak suka di kawasan tersebut. Caranya, ambil sebuku sabun dan kemudian potong kepada saiz yang agak kecil. Taburkan di dalam almari anda terutamanya di dalam laci dan boleh lihat kesannya selepas itu.
Sediakan air sabun di dalam botol spray dan apabila ternampak lipas terus sembur ke arahnya. Biasanya lipas akan cepat mati setelah disembur dengan air sabun kerana lipas tersebut tidak dapat bernafas. Ini memandangkan air sabun telah menutup lubang pernafasan lipas yang terletak pada seluruh bahagian kulit kepala hingga ke kulit badan.
Semburan cecair penyegar mulut juga boleh digunakan sebagai agen menghalau lipas. Sebaiknya pilihlah yang beraroma pudina untuk kesan yang lebih efektif.
Selain usaha ini boleh dilakukan untuk pastikan lipas yang ada di dalam rumah dapat dihapuskan, disamping itu adalah lebih wajar sekiranya usaha untuk menghalang lipas dari masuk ke rumah dilakukan terlebih dahulu.
Ini pula antara tip mudah yang boleh dipraktikan.
Jadikan kebiasaan setiap kali selepas makan, basuh semua pinggan yang ada dan jangan sekali-kali dilambakkan di dalam singki. Sisa-sisa makanan yang ada di situ sebenarnya yang akan mengundang kehadiran lipas.
Pastikan juga tong sampah yang ada di ruang dapur tertutup rapat. Ini penting untuk elakkan bukan sahaja lipas malah menghindarkan kehadiran lalat, semut dan sebagainya.
Ini juga penting untuk pastikan makanan yang dimakan tidak tercemar. Ini kerana ketika kita terlihat lipas sedang makan hakikatnya lipas tersebut sedang meninggalkan bakteria-bakteria yang berbahaya dan pelbagai jenis kuman.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.