Tahniah diucapkan buat pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang telah selamat melahirkan cahaya mata kedua, seorang bayi lelaki semalam.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan oleh Ayda dan Nabil menerusi Instagram mereka.
Malah menerusi entri itu juga, sekeping gambar sambil keduanya memegang bayi lelaki mereka turut dikongsikan oleh Ayda dan Nabil.
“Assalamualaikum semua.
“Alhamdulillah lahirnya putera kami pagi tadi. Syukur segalanya dipermudahkan. Terima kasih atas semua doa kalian.
“12.12.2023.. (Takde sale, dah tanya dah hihu). Sekarang Mommy and Dadaa tengah back to Zombi world,” tulisnya berseloroh.
Menerusi entri itu, ibu kepada dua cahaya mata ini turut meluahkan rasa syukur segalanya dipermudahkan serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakannya.
Ayda dan Nabil sebelum ini memuat naik sekeping gambar ketika berada di hospital dengan mengenakan baju sepadan sambil memohon doa semua agar kelahiran anak kedua mereka dipermudahkan.
“Dah check-in hospital! Doakan Ayda pagi nanti dipermudahkan, selamat melahirkan dan baby sihat insyaallah. Amin.
“Twinning with my soulmate konsepnya gittew. (Padahal Ayda dah takde baju yang dia muat and nak terus tidur,” tulisnya.
Terdahulu, Ayda Jebat dan Nabil mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2021. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ana Nayla kini berusia 2 tahun.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Memberi gajet seperti telefon pintar dan tablet kepada kanak-kanak kini sudah menjadi kelaziman bagi kebanyakan ibu bapa. Jadi tidak hairanlah permintaan seperti “Ibu, nak main handphone”, “Mama, adik nak phone”, “Ayah, nak tab” dan macam-macam lagi kita dengar bila anak berasa bosan di rumah. Pasti telefon atau gajet yang dimintanya terlebih dahulu.
Akibatnya, anak-anak berkenaan menghabiskan masa berjam-jam untuk meneroka segala aplikasi dan permainan dalam gajet berkenaan hingga ada ibu ayah merasakan anak-anak zaman sekarang sudah tidak pandai atau bermasalah untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Ini kerana dunia anak-anak hanya dirinya dan gajet!
Memberi respon terhadap hal tersebut, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi pandangannya di Twitter dan pendapatnya itu menarik perhatian warganet terutamanya bagi mereka yang bergelar ibu dan ayah.
Apa yang pasti, jangan kita sebagai ibu ayah menuding jari mencari salah daripada pihak lain, namun lupa untuk menilai dan melihat sendiri punca semua ini berlaku.
Antara punca yang diutarakan olehnya yang menjadi anak seorang pendiam, pemalu, kuat meragam dan sebagainya yang dikaitkan dengan kesan penggunaan gajet oleh sesetengah ibu bapa, hakikatnya adalah sikap ibu ayah itu sendiri yang awalnya tidak sabar melayan karenah anak atau pun sibuk dengan urusan sendiri.
Jelasnya lagi, ibu ayah cepat berasa bosan bila anak ulang-ulang soalan dan akhirnya kita juga yang minta anak jangan bertanya lagi. Kalau jawab sekali pun soalan tersebut, kita akan jawab ala kadar, sepatah dua sahaja. Itu yang bila hendak senang, kita beri gajet kepada anak-anak biar mereka tidak mengganggu kita.
Maksudnya di sini, kita sendiri yang ajar anak-anak kita tentang cara komunikasi yang salah. Bila anak itu menjadi masalah sosial, kita salahkan pula sepenuhnya pada gajet. Namun hakikatnya, pengawasan dan penggunaan yang betul boleh jadi platform yang baik untuk mendidik anak-anak.
Di dalam perkongsiannya juga, Dr Kamarul memberikan tip untuk ibu ayah agar dapat ‘tinggalkan’ emosi negatif dari tempat kerja di luar pintu dengan langkah-langkah berikut :
Anak perempuan dah ada seorang, mak ayah kini cuba merancang untuk mendapatkan seorang anak lelaki pula. Soalnya bagaimana? Apa pemakanan atau yang perlu dilakukan untuk memperolehi zuriat lelaki?
Menurut perkongsian Dr Maiza Tusimin, Pakar Obstetrik dan Ginekologi dari Prince Court Medical Centre, jantina anak boleh ditentukan oleh sperma suami.
Ini yang dikongsikan oleh beliau.
Jantina bayi ditentukan oleh sperma SUAMI. Setelah ovulasi berlaku, telur wanita mampu hidup dan menunggu di tiub fallopio selama 24 jam. Jadi Super Sperm hanya ada 24 jam untuk masuk ‘ meminang & berkahwin’ dengan Queen Telur!).
Setelah ejakulasi berlaku, sperma mampu bertahan antara 3 ke 5 hari di dalam sistem reproduktif wanita. Sperma yang membawa genetik Y adalah perenang yang laju tapi mempunyai jangka hayat yang pendek (“The Sprinter”).
Jika melakukan hubungan intim pada hari isteri dijangkakan berovulasi, peluang mendapat anak LELAKI adalah lebih tinggi.
Manakala, sperma yang membawa genetik X adalah perenang yang ‘slow & steady’ tapi mempunyai jangka hayat yang lebih panjang (“The Marathon Runner”).
Jika melakukan hubungan intim 1 ke 2 hari awal sebelum ovulasi berlaku, peluang mendapat anak PEREMPUAN adalah lebih tinggi.
Untuk pastikan memang ada satu telur matang i.e Dominan Follicle (DF) yang bersaiz antara 18-28mm, wanita boleh melakukan scan vagina (TVS) sehari sebelum dijangkakan waktu subur berlaku (cth : pada hari ke 12/13 jika kitaran haid 28 hari.
Jika DF mengandungi telur matang yang berpotensi untuk berovulasi, selaput dinding rahim akan turut menebal, mencecah 8-12mm. Ini meningkatkan lagi peluang wanita untuk hamil.
Untuk meningkatkan lagi peluang kehamilan, pasangan boleh bersama 2 hari sebelum, pada dan 2 hari selepas ovulasi. Tapi kalau Hari-Hari-Mau pun okey je.
*p/s: Anak lelaki atau perempuan, anak adalah anugerah & amanah dariNya.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.