Petik Jari Siap Homemade Mi Kicap Macam Restoran Cina. Mudah & Cukup Rasa, Wajib Cuba!

Share

Selalunya bila makan di restoran makanan cina atau tengok di televisyen, semestinya mi kicap menjadi perhatian! Walaupun menu tersebut nampak simple sahaja, tetapi rasanya yang enak dan bau minyak bijan menaikkan selera. Tahu tak, sebenarnya nak buatnya bukannya susah, bahan pun mudah didapati. Petik jari pun boleh siap! Jom cuba buat sendiri di rumah.

 

RESEPI MI KICAP SEMUDAH ABC!

Bahan-bahan:

-Yee mee
-Bawang putih tumbuk/cincang
-Lada sulah
-Sos tiram
-Minyak bijan
-Kicap pekat
-Tepung jagung
-Sayur sawi pak choy
-Carrot

Cara-caranya: 

1.Mi sayur sawi & carrot direndam beberapa minit dengan air panas.

2. Untuk sos mee, tumis bawang putih yang dicincang halus.

3. Bila bawang dah naik bau, masukkan sos tiram, kicap, minyak bijan, air, lada sulah dan bancuhan tepung jagung.

4. Masak hingga didih dan mendapat kepekatan seperti dalam gambar, siap untuk digaul bersama mee

5.Untuk ayam pula, perap dengan sos tiram, kicap dan lada sulah. Kemudian goreng atau bakar guna pan.

6. Daun bawang ,chili sebagai hiasan..Siap! Dah boleh makan!

Sumber: Shamsila Abd Rahim

IKLAN