Cameron Highlands adalah salah satu tempat percutian keluarga yang sering menjadi tumpuan dek kerana tempat ini berada di kawasan tanah tinggi, suhu yang sejuk dan udara yang nyaman.
Jadi tidak hairan lah tempat percutian ini selalu dikunjungi tidak kira waktu, sama ada pada hujung minggu dan lebih-lebih lagi ketika musim cuti sekolah. Boleh dikatakan memang padat dengan pengunjung!
Baru-baru ini Memey dan Norman Hakim telah meluangkan masa untuk membawa keluarga kecil mereka bercuti di Cameron Highlands. Difahamkan menurut Memey, kunjungannya pada hari tersebut adalah kali pertama selepas hampir 11 tahun tidak berkunjung ke Cameron Hinghlands.
Apa yang pasti,ia satu jangka masa yang lama. Tentu sahaja keterujaan Memey dan anak-anaknya untuk menikmati keindahan percutian tanah tinggi tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.
Bonding time
Meskipun difahamkan kunjungan Memey kali ini disebabkan ada urusan kerja, namun tetap digunakan sebaik mungkin untuk lakukan aktiviti bonding bersama keluarga tercinta.
Lantaran itu, Memey di entry tersebut turut bertanyakan kepada peminatnya dimanakah tempat makan yang menarik untuk dikunjunginya. Apatah lagi menurutnya, bab makan memang menjadi sesuatu yang menyeronikkan buat dirinya.
Maka ramailah yang memberi respon, menyenaraikan lokasi tempat makan yang menarik di Camaeron Highlands. Tidak dengan itu, netizen yang lainnya juga seakan teruja untuk menikmati indahnya bercuti di tanah tinggi bersama keluarga di sana.
Antara lokasi tempat makan yang dicadangkan adalah seperti Bamboo Briyani di Tanah Rata, ada juga yang mencadangkan jika ingin makan scone tersedap kena pergi di Opah Strawberi, jika ingin makan nasi lemak strawberi di Aidilbadri, manakala jika ingin menikmati keenakan Kek, boleh singgal di Kek Viral Pak Tam. Bahkan jika ingin makan malam yang enak bolehlah mencuba Steamboat Grill and Cheese dan banyak lagi yang disenaraikan.
Ads
Di dalam posting berikutnya Memey turut berkongsi momen bahagia memetik strawberi. Menurutnya, aktiviti memetik strawberi adalah menjadi senarai pertama yang ingin dilakukan oleh anak-anaknya bila berkunjung ke sini.
Lantaran itu, Memey tidak menghampakan permintaan anak-anaknya.
Ternyata sepanjang berada di ladang strawberi, terpancar keterujaan dan keseronokkan di wajah Muhammad Darwisz , Muhammad Dikhriz dan Mikayla Delisha. Ketiga-tiga mereka begitu gembira memilih dan memetik buah strawberi yang segar dengan begitu banyak sekali.
Jika ada banyak nyamuk di bilik anda, bolehlah cuba tip ini . Cepat, mudah dan murah. Tak perlu guna penyembur atau pun lemas dalam asap ubat nyamuk dan anda akan nampak kesannya.
Tip ini telah dikongsi dalam satu forum di laman sosial caranya hanya menggunakan air dan juga cecair pencuci pinggan.
Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan.
1. Letak sedikit air dalam pinggan putih dan tuang beberapa titisan cecair pencuci pinggan (Lemon Fresh Joy / Harimau Kuat).
2. Kemudian, letakkan pinggan berisi cecair ini di luar rumah untuk elak nyamuk masuk. Nyamuk akan berkerumun di situ dan akan mati selepas terkena cecair ini dalam lingkungan tiga meter dari pinggan itu. Letakkan juga di dalam rumah di bahagian dapur atau ruang tamu untuk tujuan yang sama.
3. Berkesan dan jimat kerana hanya menggunakan bahan yang sedia ada dalam rumah. Mungkin agak ‘trivial’, tetapi ia boleh bantu mengawal nyamuk-nyamuk pembawa virus di sekitar rumah anda terutamanya tempat-tempat yang ada wabak denggi.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Memang tidak dinafikan ramai wanita suka jika suaminya seorang yang romantik. Bukan kata-kata aje tau, tetapi dengan melakukan perkara yang romantik. Boleh dikatakan ramai wanita suka jika suami membuat perkara romantik. Jom ketahui cara supayaa suami lebih romantik.
Melalui zaman belajar di universiti atau kolej berbeza-beza bagi setiap orang. Ada yang mengatakan zaman itulah paling seronok dalam hidup dan tidak kurang juga merasakan betapa sukarnya melalui detik bergelar mahasiswa. Penuh dengan ujian apatah lagi hingga ada yang perlu mencari duit sendiri untuk menampung perbelanjaan di universiti.
Apa yang pasti hidup ini penuh dengan cabarannya, dan begitulah juga yang dilalui oleh Shah Zakaria, 26, yang berkongsi mengenai usahanya mencari wang untuk menyara diri ketika menyambung pengajian di Universiti Selangor (Unisel), Shah Alam, Selangor.
Difahamkan pemuda yang menetap di Kajang, Selangor ini, dia pernah melakukan 10 jenis kerja sambilan seperti berniaga air di bulan puasa, sales promoter, buggy driver, mengajar kelas tambahan dan banyak lagi semata-mata untuk mencari wang demi meneruskan kehidupannya sebagai mahasiswa.
Melalui perkongsian di akaun TikTok yang tular baru-baru ini, dia berjaya memperoleh anugerah dekan kelas pertama dan mendapat pengecualian bayaran balik PTPTN.
“Alhamdulillah rezeki saya tak payah bayar balik pinjaman. Walaupun perjalanan zaman belajar saya perit tapi Allah dah atur cantik dan adil untuk saya sebab Dia nampak usaha saya.
“Salah satu sebab saya tekun belajar sampai boleh dapat dekan ni saya fikir mak saya juga. Saya tetapkan dalam kepala saya, jangan putus asa dalam apa juga saya buat. Saya belajar untuk berjaya, saya kerja sambilan pun saya fikir nak buat betul betul. Bagi saya, kalau bukan diri sendiri, siapa lagi nak tolong saya.”
Berkongsi kisah lanjut mengenai pemuda ini di mStar, begitu banyak cabaran dan ujian yang dilalui olehnya semenjak kecil hinggalah akhirnya berjaya dalam hidup.
“Masa saya belajar dulu saya buat pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) sebab keluarga saya orang susah. Ayah saya dah meninggal masa saya umur enam tahun lagi. Adik beradik semua tak nak susahkan mak masa tu sebab dia pun tak kerja. Cuma ambil upah jahit baju dan mengasuh anak jiran-jiran je.
“Walaupun saya buat pinjaman PTPTN, tapi tak cukup. Setiap semester saya dapat RM4,000 jumlah pinjaman, tolak yuran setiap semester RM3,600 ada baki RM400 sahaja untuk saya survive.
Rela Cari Duit Sendiri Daripada Menyusahkan Keluarga
“Macam orang lain boleh minta dekat mak ayah kalau tak ada duit, tapi saya tak sanggup pula nak bebankan mak, jadi saya ambil keputusan untuk kerja part time,” katanya yang mesra disapa Shah.
Mengimbas tentang kehidupannya di kampus, Shah yang kini bertugas di sebuah syarikat gas dan minyak di Kuala Lumpur pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah pusat beli belah.
Ketika itu jugalah dia berdepan kesukaran apabila telefon pintar miliknya rosak selama lebih dua bulan.
Masalah ini menyebabkan Shah sukar untuk berhubung atau berkomunikasi, sama ada untuk urusan belajar atau bekerja yang mana pada zaman serba moden ini telefon pintar ibarat nyawa bagi setiap individu.
“Kebetulan phone rosak tu cuti semester jadi saya kerja sebagai guard nak cari duit baiki phone saya. Kerja jadi guard dekat mall ni kena berkomunikasi dengan rakan setugas lain… dah tak pakai walkie talkie macam dulu. Sekarang guna aplikasi dalam phone sahaja.
“Disebabkan masalah tu, guard lain terpaksa datang dekat saya kalau nak bagitahu apa-apa info. Masa tu ada kawan saya juga kerja sekali jadi saya banyak pinjam phone dia sampai naik segan jadinya.
“Saya siap bagi nombor telefon kawan saya tu dekat mak. Nasib baik kawan saya tu OK je boleh faham masalah saya.
“Bila tak ada telefon masa tu bosan jugalah. Balik kerja saya termenung je. Laptop abang bagi pinjam untuk buat assignment pun rosak juga,” kata Shah sambil menambah dia bekerja selama dua bulan dengan gaji bulanan RM1,800.
Lebih pilu apabila dia yang dilahirkan di Perak ini mengimbas cuma membawa kentang dan nugget sahaja sebagai bekalan semasa pergi bekerja.
Menurut Shah yang merupakan anak keempat daripada lima beradik, ada kalanya dia terpaksa menolak pelawaan rakan untuk melepak di kedai makan demi berjimat.
“Pernah juga satu pek mi segera yang ada lima bungkus tu, saya jimat makan untuk seminggu. Sehari saya hanya makan satu bungkus sahaja.
“Bila kawan ajak lepak bukan saya tak nak tapi saya nak jimat. Saya segan nak cakap saya tak ada duit. Ada juga kawan cakap mix and match dekat Mc’Donalds tu baru RM6, tak kan tak boleh kot?
“Bagi mereka mungkin tak besar jumlah tu, tapi saya makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan… memang berbeza dengan mereka. Tapi saya OK je bila mereka cakap macam tu sebab tak tahu apa yang saya alami,” ujarnya.
Namun di sebalik kesusahan dan susah payah berusaha untuk berjaya serta mendapatkan sesuatu sejak kecil lagi, apa yang dilaluinya ternyata banyak mengajarnya mengenai erti kehidupan yang sebenar.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.