Bila cerita pasal kecantikan ni memang semua orang teruja nak cuba. Kalau ikut nenek moyang kita memang bahan semulajadi lah yang terbaik untuk jaga dalaman dan naik seri muka. Lepas tu buat pulak sendiri di dapur lagi dijamin terbaik!
Guna 3 bahan dari dapur je dah dapat pekej tubuh sihat bertenaga dan makin hari makin cantik berseri. Haa tapi kena amalkan lah petua ni.
Bahan diperlukan :
3 inci kunyit hidup
3 inci halia
3 batang serai
Gula batu (optional)
Air 3 gelas
Cara membuat :
Potong atau hiris semua bahan. Kemudian masukkan 3 gelas air putih. Didihkan sehingga air rebusan menjadi 1 gelas. Pastu minum ler panas-panas. Amalkan seminggu sekali.
Ads
Senang je kan nak dapat manfaat dari bahan dapur ni. Kunyit, serai dan halia ni memang banyak sangat manfaat untuk badan tau.
KHASIAT:
Kunyit :
Ads
Bantu sembuhkan luka dengan cepat.
Melambatkan proses penuaan.
Membuang lebihan racun berbahaya dan bahan kimia dari badan.
Meningkatkan antibodi badan.
Mengawal paras gula dalam badan.
Kandungan kurkumin dalam kunyit dapat bantu kurangkan lemak badan.
Halia :
Menurunkan paras kolestrol
Buang angin dalam badan
Bantu penghadaman
Kurangkan berat badan
Menguatkan imuniti badan
Ads
Serai :
Bantu sistem penghadaman
Cantikkan kulit
Buang toksin dalam badan
Kurangkan bau badan
Cairkan lemak dan sebagainya
Tidak semua antara kita berpeluang memanjakan diri di Spa untuk mendapatkan perawatan wajah dan kecantikan tubuh badan. Apatah lagi bila sepanjang masa asyik sibuk mengurus anak-anak dan keluarga hinggakan terlepas pandang untuk mengambil berat tentang penjagaan wajah hingga menyebabkan terlihat kusam dan kulit berjerawat.
Jadi apa kata lakukan perawatan dan penjagaan kecantikan di rumah dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada sahaja. Ianya jauh lebih mudah dan selamat bahkan kesannya juga tidak menghampakan.
Umpamanya, mungkin sebelum ini asam jawa hanya digunakan di dalam masakan namun hakikatnya sejak zaman berzaman lagi ia telah digunakan dengan pelbagai cara dan tidak dinafikan bagus untuk perawatan kecantikan.
Nak tahu bagaimana kaedah dan caranya, di sini dikongsikan untuk sama-sama amalkan. Jom semak.
Menggunakan Asam Jawa Untuk Kecantikan, Boleh Cuba Untuk Selulit Juga.
Asam Jawa juga terkenal dalam petua dan perubatan tradisional.
1. Tanggalkan sel kulit mati
Asam Jawa mampu untuk menanggalkan sel kulit muka yang telah mati. Caranya ialah sapukan Asam Aawa pada wajah dan biarkan selama lebih kurang 20 – 30 minit. Sambil menunggu ianya kering, anda boleh mengurut kulit wajah supaya sel-sel kulit yang mati tersebut turut tertanggal. Kemudian, bilas dengan air bersih.
2. Hilangkan Jerawat
Bancuh 3 biji atau 3 sudu besar Asam Jawa dengan air panas. Tunggu sehingga bancuhan sejuk sebelum menapisnya untuk menagsingkan bahan-bahan yang tak diperlukan. Air bancuhan yang telah ditapis itu dijadikan air pencuci muka pada setiap pagi.
3. Cerahkan kulit
Bancuh Asam Jawa dengan air panas. Kemudian ambil serbuk kunyit dan gaulkan bersama air bancuhan Asam Jawa tadi. Sapukan keseluruhan wajah dan badan. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih.
4. Hilangkan selulit
Untuk masalah ini 4 bahan utama diperlukan iaitu Asam Jawa, lemon, bakin soda, dan gula. Campurkan bahan-bahan ini dan gaulkan sehingga sebati. Kemudian sapukan di bahagian kulit yang bermasalah tersebut. Urut ikut arah jam. Biarkan selama 10 minit. Akhir sekali bilas denan menggunakan air suam.
Selain untuk tujuan kecantikan, asam jawa juga bagus digunakan sebagai alternatif untuk meredakan eczema mahu pun mengurangkan rasa mual.
5. Rawat Eczema
Ambil segenggam daun asam jawa (daun ya , bukan buah..!) dan kunyit hidup sebesar ibu jari. Tumbuk dan kisar 2 bahan ini sehingga lumat. Kemudian sapukan ke bahagian kulit yang bermasalah.
6. Pening rasa nak muntah
Ambik segenggam asam jawa, bawang kecik 3 biji ditumbuk (jangan hancur) dan air bersih 1/2 cawan. Campurkan kesemua bahan diramas hingga sebati. Dah boleh sapu dikepala.
Tidak dengan itu, penggunaan asam jawa juga bagus untuk diamalkan bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, meningkatkan tenaga dan awet muda, nak tahu detail petuanya ada dikongsikan DI SINI
Ini memandangkan rahsia keintiman rumah tangga bukan sekadar memiliki wajah yang cantik dan bentuk badan yang langsing, tetapi bagaimana cara menjaga dalaman diri juga sesuatu yang perlu diambil berat oleh wanita bergelar isteri. Jadi tidak salah kiranya amalkan petua-petua ini untuk kebaikan diri.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kunyit yang menjadi bahan utama ketika menggoreng memang besar manfaatnya buat tubuh kita. Tak hairanlah orang-orang dahulu sering menggunakan kunyit ini dalam sebahagian besar makanan.
Tapi tahu tak kunyit juga mempunyai tugas lebih daripada peranannya di dapur? Anda pasti akan suka dengan kunyit kerana ternyata banyak manfaatnya untuk kecantikan.
Kunyit menerusi beberapa kajian, telah terbukti mempunyai bermacam-macam khasiat perubatan. Kandungan antiseptik yang terdapat pada kunyit mampu mempercepatkan proses penyembuhan luka kecil, kecederaan dan melecet.
Disebabkan kesannya yang menakjubkan pada kulit, pakar kecantikan dari seluruh dunia kini mula menyedari dan menggunakannya ke dalam produk kecantikan masing-masing.
Tidak hairanlah jika kita dapat lihat krim-krim pengecut jerawat berasaskan kunyit. Dan secara tradisionalnya, memang ramai dah gunakan kaedah menumbuk kunyit untuk ‘ditepekkan’ ke muka bagi mengecutkan jerawat.
Kunyit juga dipercayai ada khasiat berguna dalam membantu rawatan penyakit seperti kanser dan Alzheimer. Siapa sangka begitu banyak kegunaannya kan?
Sejak zaman purba lagi, masyarakat India dikatakan sudah menyedari kebaikan kunyit ini kepada kulit. Ia adalah sumber vitamin C dan magnesium yang baik, kandungan serat yang tinggi, vitamin B6, zat besi, potasium dan mangan serta kandungan sodium yang sangat rendah.
Macam Mana Nak Cantik Dengan Kunyit?
Anda tidak perlu bimbang terpaksa berbelanja besar untuk mencuba kaedah rawatan kunyit. Ia boleh dilakukan dengan sangat mudah dan murah dengan keselesaan di rumah sendiri.
Sapu Pada Wajah
Serbuk kunyit boleh digunakan dan dicampur sedikit air atau jus limau nipis. Sapukan pada wajah bagi membantu kulit lebih berseri, selain mengurangkan masalah tompokan pigmen dan seterusnya meratakan warna kulit.
Dalaman Tubuh
Jus kunyit juga boleh dibuat dengan hanya kisar kunyit hidup dengan air kosong, tapis dan hidangkan dengan sedikit asam keping dan gula melaka. Jika diamalkan, ia dikatakan mampu memperbaiki sistem dalaman tubuh badan.
Skrub Kunyit
Anda juga boleh mencuba skrub kunyit dengan mencampurkannya bersama tepung dan air. Sesudah itu mulakan tugas menyental ke seluruh badan sebelum mandi. Ia dikatakan dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit menjadi mulus dan sekata warnanya.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Meliha tanaman yang lebat bunganya tentu mendatangkan kepuasan hati untuk kita orang perempuan yang suka bunga-bungaan. Apatah lagi sering dikaitkan dengan memandang bunga juga sebagai suatu kaedah terapi untuk jiwa dan perasaan jadi lebih tenang. Oleh itu alangkah beruntungnya bila laman rumah kita dipenuhi tanaman yang ‘meriah’ bunganya.
Namun sering juga terjadi, pokok bunga yang ditanam ‘liat’ pula mengeluarkan bunga. Jika ada hanya sekuntum dua sahaja bunganya. Jadi apa perlu buat?
Ya, kita ‘bantu’ pokok bunga kita itu dengan lakukan petua untuk melebatkan bunga yang diamalkan orang-orang terdahulu. Banyak cara rupanya, dan jangan pelik jika salah satunya adalah dengan menggunakan MSG.
Jom semak satu persatu.
Air Beras
Air basuhan beras memang banyak kegunaannya dalam petua harian. Selain petua-petua lain, air basuhan beras juga dikatakan sangat berfungsi untuk menyuburkan bunga dan tanaman anda. Selepas membasuh beras, simpan airnya dan siramlah pokok bunga anda setiap hari.
Guna Kopi
Lebihan kopi yang diminum janganlah terus dibuang sebaliknya taburkan serbuk kopi yang telah digunakan ini di sekeliling pokok bunga anda. Hasilnya pokok bunga lebih subur dan cantik. Cuba jangan tak cuba.
Uncang Teh
Lebihan uncang teh yang telah digunakan jangan pula terus dibuang, sebaliknya campakkan sahaja ke tanaman anda di rumah. Biarkan lebihan airnya menjadi
baja orgnanik buat tanaman anda. Air dan dedaun herba teh ini dikatakan baik untuk merawat dan menyuburkan tanaman.
Serbuk Kayu
Kayu-kayuan lama akan meninggalkan serpihannya apabila semakin lama. Ambil serbuk kayu ini dan masukkanlah sekali ketika anda menanam pokok bunga. Jika perlu, dapatkan serbuk kayu ini dikedai dan campurkan bersama tanah ketika menanam bunga. Ia sangat berhasil untuk tanaman serta bunga anda.
Selain itu, menurut netizen semburan MSG pada pokok yang ‘liat’ nak berbunga jika disemburkan dengan bancuhan MSG bersama air dengan sukatan tertentu boleh memberi kesan yang positif.
Ini sebagaimana perkongsian di Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri menurutnya dengan penggunaan semburan MSG pada tanaman akan menghasilkan kesan yang bagus. Ayat mudahnya, MSG (Monosodium glutamate) bertindak sebagai agen ‘booster’ pada tanaman.
Bagaimana cara menghasilkan booster MSG?
CARA PERTAMA:
Sediakan satu sudu teh (5g) MSG untuk kegunaan satu pasu tanaman. Tabur terus bahan ini sebagai penggalak tanaman disebelah pokok. Kemudian siram dengan air.
KAEDAH KEDUA
Bagi pokok besar ( tanaman setahun ke atas) sediakan 5 sudu makan (75g) + 1 liter air (seperti pokok mempelam, pokok rambutan,manggis dan lain-lain)
Guna air tanpa klorin seperti air tadahan penghawa dingin, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.
Waktu siraman :
Waktu redup petang jam 6 petang ke atas.
Kekerapan :
Seminggu sekali. Siram di pangkal pokok dan sembur pada dedaunan pokok.
Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat. Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tidak pernah berbunga akan mula berbunga.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Cuti Tambahan Aidilfitri 2026 diumumkan oleh KPM menerusi Kalendar Akademik 2026 melibatkan sekolah Kumpulan A dan B. Semak tarikh cuti sekolah dan tempoh cuti penggal Aidilfitri.