
Nampak mudah nak buat cucur atau jemput-jemput tetapi jika salah cara buat rasanya tentu hilang kesedapan.
Biasanya nak buat cucur bahan asas adalah tepung, garam dan air. Tambah pula dengan udang hidup, udang kering, ikan bilis, bawang, jagung, cili merah atau sayur kucai.
Bagi yang rancang membuat cucur jagung ini resipinya, siap ada petua untuk memastikan ia jadi lebih rangup dan lembut. Ikuti resipi ini.
Rupanya guna air panas
Petua cucur rangup di luar lembut di dalam, bancuh dengan air panas. Sedap sekali cicah dengan sos cili, sos blackpaper dan mayonis. Sulam pula dengan teh o panas.
Jom tengok resepi cucur jagung cara saya.
CUCUR JAGUNG
Resipi
½ kilo tepung gandum
Sebiji telur (pecah telur rupanya twin)
Secekak kucai – potong 1cm
2 tongkol jagung segar
Segenggam ikan bilis
Segenggam udang kertas- cincang kasar
2 labu bawang besar – belah 4, hiris nipis
4 sdm cili kisar
1 sdm serbuk kunyit
Maggie cukup rasa
Garam halus
Air panas secukupnya
Caranya:
1. Hiris isi jagung dari tongkolnya. Satukan semua bahan dalam besen. Bancuh adunan dengan air panas.
2. Jemput dan goreng dalam minyak panas hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
3. Sedia untuk dihidangkan.
Tips
1. Ikan bilis lebih sedap jika ditumbuk kasar-kasar.
2. Bancuh mesti guna air panas utk dapatkan cucur yg rangup di luar lembut di dalam. Panas tera mana? Saya guna terus air panas coway tu.
Sumber: Faizah Binti Abdul Hamid
Hanya Guna Sukatan Cawan, Kek Carrot Ini Memang Mudah Nak Buat. Patutlah Ramai Share!

Biasanya untuk buat kek, ramai ibu-ibu akan cari cara penyediaan yang mudah, kos yang murah dan tidak mengambil masa yang lama. Salah satu kek yang boleh dicuba oleh para ibu adalah kek carrot yang enak dan sedap buat kanak-kanak.
Ikuti perkongsian oleh Norhidayu Abdul Majid yang menyediakan bahan-bahan dan cara membuatnya dengan cara yang mudah.
Buat kek carrot untuk jamuan si abang long esok kat sek Kafa. Tapi apa yang jadi, habis dimakan keknya sebelun diletakkan topping tadi. Huhu.. Nasib la buat loyang besar.
Makanya ibu terpaksa asingkan 6 ketui yang da letak krim tu untuk depa, dan depan tu kena la buat sesuatu tak mau bagi kosong. Haha.. Nak baking semula memang dak la. Nak deko pun sambil dukung si kecik ni ha. Kuikui.. Lepas baik demam nak tumbuh gigi, nak berkepit je.
Siap juga kek carrot jamuan raya esok. Ibu kena buat awal, esok pagi appointment mata ibu. Lega settle…
Carrot Cake
Bahan bahan :
1 1/2 cawan Carrot diparut (carrot ayu guna td montok so sebiji)
2 1/2 cawan Tepung gandum (Ayak)
1 sudu teh Baking powder(Ayak)
1/2 sudu teh Bikarbonat(Ayak)
1 1/4 cawan Gula kastor (Ayu campur gula perang 1/4 cawan)
4 biji Telur gred A
1/2 cawan Minyak
*1 cawan kacang walnut (Ayu guna almond nibs je tu yang hado stok. So ikut la korang nak main campak apa dalam kek ni. Hihihi.. Kalau nk campak coklat rice pn boleh je.
Cara cara
– Masukkan telur dan gula dalam blender dan blendkan dalam 3-4 minit.
– Tambahkan minyak dan blendkan lagi dlm 1-2 minit.
– Campurkn tepung dengan bahan blend tadi. Gunakan whisk gaul rata.
– Kemudian masukkan carrot dan kacang kalau nak.
– Masuk dalam loyang yang dialas baking paper.
– Bakar pada suhu 170© selama 40minit (Ikut oven memasing)
* Oven panaskan dulu 180© selama 10minit sebelum masukkan kek.
Psstt Ayu guna loyang size 11 inci bagi leper sebab nak potong2 nanti senang budak2 masa jamuan nak makan.
Krim Kek
250g Krim Cheese
100g Gula kastor
* kalau nak tambah susu pekat pun boleh. Lps siap putar, korang rasa le nak manis lg ke tak nak. Ha pastu pepandai la tambah susu pekat klu korg nak.
– Campurkan semua bahan putar kembang.
Ambil sikit asingkan untuk letak pewarna oren dan satu lagi pewarna hijau.
Lepakan kek krim putih tadi or macam Ayu buat ni tak perlu lepa. Masuk plastik pastu tenyehkan atas kek. Kemudian hias la buat bentuk carrot gunakan piping bag atau plastik.
Ini Ayu sertakan video sebelum2 ni yang penah Ayu buat kek carrot ni ye.
Posted by Norhidayu Abdul Majid on Tuesday, 18 June 2019
Simpan dalam peti .
Selamat mencuba.
Tak Main Cermin Mini, Ni Cermin Another Level! – Adik NI Buat Cikgu Terhibur Cermin Another Level!

Di zaman persekolahan adalah zaman yang paling ingin di ulang tayang sekiranya hidup ini ada pilihan sebegitu, sebab zaman persekolahanlah zaman tempat kita mengenal dunia, tempat jatuh lagi dikenang suka duka!
korang mesti biasa kan bawak cermin mini dekat dalam beg? macam min juga rajin melawa dulu-dulu walaupun rupa macam penyapu buruk hahaha
Baru-baru ini tular satu video di tiktok milik Farez Farrer yang merupakan seorang guru. Beliau telah membuat posting di mana kapsyennya bertulis,
“Tak rampas eh saje curious, samalah sy sekolah dulu pun mesti bawa cermin tapi jangan kerap tgk tak elok 😛”
Beliau sempat merakamkan satu video yang anak muridnya cukup jaga pencil boxnya, membuatkan cikgu farez itu tertanya apa isi kandungan dalam pencil box itu, sekali cikgu Farez menggesa anak muridnya untuk tunjukkan isi dalam tu, fuhh sekali cermin motor terus di keluarkan! dasyat adik ni, mungkin dia bawa cermin motor tu sebab ada batang untuk pegang senang kalau apa-apa terjadi keluarkan terus dari poket!
@farezferrer Tak rampas eh saje curious🥹 samalah sy sekolah dulu pun mesti bawa cermin tapi jangan kerap tgk tak elok 😛 #beranda #fyp #foryoupage #berandatiktok #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – Zirashafa
Membuka pada ruangan komen, ramai turut terhibur dengan gelagat adik yang bernama Zirafasha ni, ramai rupanya rakyat Malaysia yang kelakar rupanya! min berminat untuk kongsikan.
kebiasaannya kalau cikgu buat video anak murid mesti ada yang mempertikaikan tentang privacy murid tersebut, kerana ada yang takut mengaibkan murid tersebut dan muridnya terasa insecure. Namnun cikgu Farez telahpun membuat siclaiterlebih dahulu bahawa muridnya okey je malah menjadi orang pertama like video cikgunya. nasib baik sporting!
sumber : tiktok @FarezFerrer
Anak Remaja Mengadu Senggugut, Perlukan Kita Berbuat Sesuatu? Ini Penjelasan Dr Hamid Arshat!

Sekiranya anak perempuan kita yang sedang meningkat remaja sering mengadu setiap kali datang haid terpaksa menanggung sakitnya senggugut, apa yang perlu kita buat? Adakah senggugut itu perkara normal dan tidak perlu diambil serius untuk merawatnya?
Mengetahui lanjut hal senggugut ini ikuti perkongsian daripada Dr. Hamid Arshat.
Perlukah kita berbuat sesuatu bila anak remaja mengalami senggugut diperingkat umur remaja. Senggugut dikalangan remaja boleh disebabkan oleh 2 perkara.
- Penyakit Endometriosis
- Senggugut disebabkan kuncupan yang amat sangat pada rahim ketika berlakunya haid. (jenis ini akan pulih dengan sendirinya selepas beberapa tahun, selepas mendirikan rumah tangga atau selepas hamil.
Jenis penyakit yang sering didapati dikalangan wanita di mana tanda utamanya adalah senggugut, adalah penyakit Endometriosis. Dan sering juga dikaitkan dengan kedudukan rahim yang tidak normal. Biasa yang normal mengadap ke depan perut tapi ini ke belakang.
Langkah terbaik ibu lakukan
- Jumpa doktor pakar wanita untuk scan perutnya.
- Makan makanan yang sihat.
- Tenangkan fikiran.
Rahim ke belakang perlukan dibetulkan?
Boleh dirawat masalah ini dengan cara membuat pembedahan untuk betulkan rahim. Dan selepas itu tiada lagi masalah senggugut, tiada lagi masalah-masalah kesuburan atau sebagainya.
Perlukah dirawat senggugut dikalangan anak2 remaja? Sila ikuti perbincangan saya tentang hal ini.
Posted by Dr Hamid Arshat on Tuesday, 4 September 2018
Penyakit senggugut ini kadang kala ada kaitan dengan penyakit iaitu Endometriosis. Dan sering kali senggugut ini bermula ketika wanita itu masih berumur muda lagi iaitu ketika bermulanya haid.
Bila haid bermula, biasanya rahim akan menguncup dan mengeluarkan campuran darah dan tisu pada dinding rahim yang dipanggil entdrometrio serta juga kuman-kuman dan juga toksin yang bercampur menjadikan ia darah kotor atau darah haid.
Biasanya senggugut dikalangan remaja ini tidak menimbulkan masalah. Oleh sebab, punca kesakitan adalah punca pada rahim tadi. Tetapi ada di kalangan mereka ini yang akan ditimpa penyakit khususnya kalau rahim terbelakang, ada kemungkinan besar darah kotor tidak keluar semua dan tertumpah ke belakang. Tidak semua pula orang rahim kebelakang bermasalah malah 70% daripada mereka tidak mengalami masalah segi kehamilan dan kesuburan, cuma sebilangan kecil sahaja.
Bila pintu rahim terlalu sempit sangat. Pintu rahim tidak megembang ketika haid, biasanya pintu rahim akan membuka laluan untuk darah haid keluar jadi tidak akan berlaku tumpahan darah haid ke belakang. Ada setengah wanita ketika kelahiran, pintu rahimnya sempit maka boleh jadi juga tumpah darah haid ke belakang rahim tidak menimbulkan masalah kepada semua wanita namun ada sebilangan kecil sahaja dan jika dilihat puncanya adalah kerana imuniti menurut.
Biasanya dalam keadaan biasa darah akan dibersihkan oleh sistem imuniti dalam badan kita atau sistem kekebalan yang mana ada sel-sel ‘penyapu’ yang akan membersihkan darah kotor daripada persekitaran belakang rahim dan persekitaran overi.
Bila imuniti menurun jadi fungsi untuk pembersihan ini tidak dapat dilakukan. Jadi akhirnya tisu-tisu endometrium yang terkandung dalam darah haid tadi akan tumbuh di kawasan belakang rahim, iaitu ruang antara rahim dengan usus dan persekitaran overi dan menimbulkan radangan dan kesan radangan ini merosotkan saluran, pembengkakkannya dan akhirnya tumbuh pula cycs di dalamnya kerana bila tisu endometrium ini masuk ke dalam ovari, setiap bulan berdarah-berdarah dan berkumpul akan menjadi endometriosis.
KENALI PUNCA IMUNITI MENURUN
- Stress yang boleh menyebabkan ketumbuhan tisu kotor di belakang rahim. Stress memang semua alami stress, sama ada boleh tangani atau mengadakan cara mengurangkan stress tersebut.
2. Pemakanan yang tidak seimbang. Malah makanan tersebut ada yang toksid.
3. Tidak mengawal berat badan, kegemukkan itu sendiri melemahkan imuniti. Timbunan lemak dan timbunan gula menurunkan imuniti seseorang.
4. Kekurangan tidur, tak cukup rehat juga menurunkan imuniti.
5. Ada tumpahan darah kotor yang berkumpul dibelakang rahim.
EKSTRA TIP
Kalau nak jauhkan daripada penyakit jadi perlu tekadkan untuk meningkatkan imuniti. Oleh itu juga perlu amal makanan dengan ambil supliment yang multivitamin seperti B complek, Vitaman C, Vitamin E, Vitamin D dan seterusnya. Vitamin-vitamin ini selalu terkandung banyak terkandung makan buah-buahan dan sayuran. Sangat penting bagi remaja dan kanak-kanak untuk memakan cukup buah-buahn dan sayur-sayuran untuk meningkatkan imuniti mereka.
DARI SENGGUGUT AKHIRNYA JADI PENYAKIT ENDOMETRIOSIS YANG BANYAK MENIMBULKAN KEROSAKKAN DALAM ORGAN PERANAKKAN
Posted by Dr Hamid Arshat on Sunday, 19 August 2018
Sumber : Dr Hamid Arshat