Lama tidak mendengar berita pasangan ini. Semalam, pelakon dan hos, Sazzy Falak berkongsi berita suaminya cedera dalam satu kemalangan ketika mengayuh basikal.
Tanpa menjelaskan secara detail kemalangan tersebut, Sazzy menerusi instagram Stories miliknya hanya memberitahu suaminya terjatuh teruk (bad fall) ketika berbasikal bersama kawan-kawan.
“Akhirnya ada masa untuk update. Terima kasih kepada semua yang mengambil berat, memberikan ucapan serta doa. Suami Nash Idrus berada dalam keadaan stabil, Alhamdulillah.
“Collarbone sebelah kirinya patah empat dan tiga tulang rusuknya retak. Walaupun dia mengalami concussion selepas kemalangan, CT scan menunjukkan semuanya berkeadaan baik,” tulis Sazzy.
Menurut Sazzy lagi, ketika ini mereka sedang menanti berita daripada pasukan orthopaedic sama ada suaminya perlu menjalani pembedahan atau tidak.
Tambah Sazzy lagi, paru-paru Nazril tidak mengalami sebarang kecederaan dan pasukan pembedahan memberitahu tulang rusuknya akan baik sendiri tetapi memerlukan masa.
“Dia akan berada di hospital beberapa hari untuk pemantauan,” tambah Sazzy lagi.
Sazzy atau nama penuhnya Sazlini Shamsul Falak berkahwin dengan Nazril Idrus pada 2006. Pasangan ini dikurniakan bayi kembar perempuan yang bernama Lily Imaan dan Tiara Rose.
Nasi sememangnya adalah makanan ruji kita setiap hari. Boleh jadi gelisah rasanya kalau tak ambil nasi sehari. Cukup sehari sekali sudah memadai untuk kita. Pun begitu ada yang cuba mengehadkan lagi pengambilan nasi untuk berdiet.
Sebenarnya kalau hendak berdiet dengan nasi pun kena ilmu mengenai jenis-jenis beras. Sama seperti roti yang mempunyai Glycemic Index (GI), beras juga harus diperiksa kadar GI nya untuk memastikan kita sentiasa sihat makan nasi setiap hari.
Berikut merupakan perkongsian yang dikongsikan oleh Dr Malinda Health & Beauty Academy di facebooknya. Jom tambah ilmu sama-sama. Bolehlah kawal pemakanan
anak-anak kita, tak kurang juga boleh berdiet.
BERAS YANG MANA BAGUS KALU NAK SIHAT?
Ramai yang bertanya ‘Kenapa banyak roti, mee, beras dan makanan yang tidak dilabel dengan Glycemic Index?’ Memang banyak yang belum lagi dilabel. Kita kena cari mencari inisiatif untuk mencari nilai GI untuk makanan tersebut.
Tapi hari ni saya nak kongsikan tentang beras. Saya faham dengan ‘nature’ kita di Malaysia yang sinonim dengan nasi. Jika anda perhatikan pada label beras yang dijual, memang banyak yang tiada label GI. Kalu semua dilabel, rasanya mungkin sales akan merudum. May be..hihi 🙂
Istimewa untuk anda semua, saya akan kongsikan nilai GI beberapa jenis beras yang biasa kita makan. Ingat untuk sihat, kita perlu pilih beras yang rendah GI.
Ingat skala yang saya kongsikan sebelum ni?
GI Tinggi : 70-100
GI Sederhana : 56 – 69
GI Rendah : 0 – 55
Jika nilai GI = 100, ini bermakna gula dalam darah akan meningkat sama seperti ‘pure glucose’ atau minum air gula. Tetapi jangan terperanjat kerana ada beberapa jenis makanan yang mempunyai nilai GI lebih tinggi dari gula! Tak percaya? Cuba lihat senarai yang saya berikan nanti.
Nak sihat? Mantra mudah yang saya selalu kongsikan : ‘Gula Meningkat, Insulin Meningkat dan Lemak akan Terperangkap!’. So kita kena jadi pengguna yang lebih bijak dalam memilih, mahal sikit tak apa, sebab kalu sakit nanti lagi mahal harganya!
Senarai dibawah adalah antara nilai yang saya perolehi dari data Glycemic Index dari University Of Sydney, Australia.
Beras Pulut : Glutinous rice, white, cooked in rice cooker (Bangkok, Thailand): GI 94
Beras Jasmine: Jasmine rice, white, cooked in rice cooker (Golden World Foods, Bangkok, Thailand): GI 109
Beras Hancur : Broken rice, white : GI 86
Beras Basmati : Basmati, white rice, boiled, (Product of Pakistan): GI 59
Beras Merah : Red Raw rice, Sri Lankan : GI 59
Beras Perang : Low GI Brown Long Grain rice, GI :54
Parboiled rice: GI 46
Cuba tengok apakah beras yang anda gunakan dirumah?
Saya personally bila ada clients yang mengatakan bahawa semua anak-anak mereka bulat (tidak terkecuali ibu dan ayah anak-anak tersebut..hihi), antara soalan yang saya akan tanya ialah ‘Beras apa yang anda sekeluarga makan?’
To my suprise, kebanyakkan keluarga ini mempunyai kegemaran yang sama iaitu memberi beras-beras yang sangat sedap, beras yang mereka import special dari negara jiran! haha.. Binggo!
Cuba lihat GI indeks bagi beras-beras tersebut. Kesannya lebih teruk dari minum air gula! No wonder gula dalam darah meningkat, insulin meningkat dan semuanya bulat!
Jom lakukan sedikit perubahan. Pilih beras dengan nilai yang lebih rendah untuk lebih slim dan lebih sihat. In shaa Allah.
Tanggangjawab sebagai ketua keluarga tentunya bukan tugas yang mudah. Apatah lagi saat melalui waktu getir PKP ini, semahunya ingin diusahakan untuk pastikan seisi keluarga ada makanan untuk diisi ketika perut berasa lapar.
Namun apakan daya, bila tahap kesihatan tidak mengizinkan dan disyaki pula mempunyai covid-19. apa yang dilalui pesakit tersebut turut mengundang rasa sedih di hati doktor ini dan dikongsikan di akaun fbnya.
Ini perkongsiannya.
“Doktor, tolonglah. Saya merayu sangat sangat ni. Benarkan saya balik dulu. Kalau susah nafas lagi saya janji saya datang balik.”
Pesakit depan aku ni datang ke bahagian kecemasan sebab sukar bernafas.
Awal tadi dia maklumkan dadanya terasa sempit, seolah olah dia sedang berada di kawasan aras tinggi yang mana kandungan oksigen dalam udaranya makin menipis.
Selepas dipakaikan ‘face mask oxygen’ menutupi hidung dan mulutnya, barulah pernafasannya terasa lancar.
Detail sejarah pesakit diambil, physical examination, blood investigation dan juga pemeriksaan xray dada dilakukan.
Hasilnya setelah perbincangan dengan pakar perubatan, kami memutuskan lelaki awal 40 an ini kemungkinan besar antara yang dijangkiti penyakit Covid19.
Dia perlu ditahan untuk pemeriksaan lanjut dan mesti dimasukkan ke wad isolasi khas bagi penyakit berjangkit untuk proses rawatan.
Sebaik saja keputusan tu dimaklumkan kepadanya, terus dia merayu-rayu mohon supaya tak dimasukkan ke wad.
“Saya ada isteri dan anak anak di rumah. Paling kecil baru je umur 6 bulan. Dah 2 minggu saya tak kerja doktor. Saya kena usaha lagi carikan makanan untuk family saya.
Saya tak boleh duduk kat sini doktor. Tolonglah faham.”
Matanya dah berkaca. Aku tahu dia sedang berusaha menahan tangisan.
Serius aku pun jadi sebak sama. Mujur pakai face shield. Bolehlah cover sikit.
Aku faham sangat apa yang dia nak sampaikan.
Dia ketua keluarga sama macam aku.
Benda paling utama yang berlegar di fikiran kami ialah bagaimana nak pastikan ahli keluarga terus survive pada saat saat sukar begini.
Bagaimana nak pastikan ada sedikit makanan dapat diletak atas meja makan di rumah sana.
Bagaimana nak pastikan semua ahli keluarga terus kekal selamat di dalam rumah.
Malangnya permintaan tu tak dapat aku tunaikan. Pesakit ni wajib ditahan terlebih dulu demi kebaikan masyarakat yang lebih besar di luar.
Pahit untuk ditelan tapi itulah realiti yang sedang berlaku ketika ini.
Hampir semua pesakit yang datang ke hospital waktu kritikal ni bukan atas kemahuan. Mereka terdesak kerana benar benar perlukan bantuan.
Namun kerapkali ia berakhir dengan sebuah perpisahan.
Antara ketua keluarga dengan ahli keluarga yang lain.
Antara ibu dengan anak.
Antara suami dengan isteri.
Dan jika penyiasatan lanjut menunjukkan keputusan positif, maka perpisahan itu hanya akan berakhir melalui 2 cara sahaja.
Pesakit sembuh sepenuhnya lalu berpeluang untuk kembali memeluk semua kesayangannya.
Atau ianya berakhir dengan sebuah kematian yang menatijahkan perpisahan yang kekal buat selamanya.
Sebab itu suka atau tak, kita sebenarnya kena terima hakikat bahawa dah tak ada jalan lain yang terbentang di depan melainkan kita semua wajib menangi peperangan ini.
Kawan-kawan,
Kalian mesti terus kuat.
Usahalah untuk terus kekal bertahan di balik dinding rumah dan kami akan cuba sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik di baris depan.
Fedtri Yahya tegur sikap anak yang terlalu bergantung kepada ibu bapa untuk menjaga cucu. Pesanan beliau mengenai tanggungjawab membesarkan anak dan hak ibu bapa menikmati usia emas mendapat perhatian ramai.