Bila dah datang musim durian ni, hantu durian takkan lepaskan peluang makan raja buah itu bersungguh-sungguh. Maklumlah, buah-buahan bermusim kan? Bila dah datang kenalah manfaat sebaiknya. Hehe.
Dalam dok menikmati durian, pasti anda akan jumpa beberapa buah yang tak berapa elok isinya kan? Mungkin rasanya tawar, atau terlajak lembik. Haaa isi durian begini jangan dibuang pula, sayang tau! Apa kata buat jadi tempoyak. Bila nak makan tinggal masak je ikut menu yang kita suka. Paling tidak, gaul dengan sambal belacan pun sodap!
Yang mana first time nak buat tempoyak tu, boleh cuba cara ni!
RESIPI TEMPOYAK
Bahan-bahan:
Durian
Garam
Cara-cara:
1. Asingkan durian dengan bijinya. Yang ini tempoyak masam tau. Kalau tak nak masam, selepas asingkan biji dengan isi terus simpan dalam bekas dan letak dalam peti sejuk.
2. Masukkan di dalam penapis.
3. Toskan dan biarkan 2 malam. Letak di luar peti ais.
4. Masukkan garam secukupnya jangan terlalu masin. Gaul rata.
5. Akhir sekali simpan dalam balang. Boleh letak penuh sebab gas dia dah keluar. Sebelum tutup bekas, tabur sedikit gula.
Boleh simpan dalam peti ais atau kat luar. Selamat mencuba!
Sumber: Mayang Suri
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Buat Sendiri Je Tepung Pelita, Lima Cara Wajib Patuhi, Barulah Terlajak Sedap!
Jika berkunjung ke bazaar Ramadan, gerai kuih yang satu inilah sentiasa jadi perhatian. Cukup istimewa sekali ketika bulan puasa. Namun bagi anda yang punya waktu lebih atau hujung minggu, boleh juga cuba membuatnya sendiri di rumah.
Nak tahu apa petua menyedapkan kuih ini? Cuba petua ini.
Daun Pandan Asli
Pastikan pewarna hijaunya menggunakan daun pandan asli. Elakkan sama sekali hanya menggunakan pewarna hijau sahaja kerana rasanya cukup berbeza. Mungkin mencampurkan sedikit perasa pandan mampu membantu namun gunalah daun pandan yang asli. Ia pasti lebih sedap.
Guna Tepung Sesuai
Ada sesetengah yang mencampurkan tepung beras dengan tepung lain seperti tepung jagung namun tepung beras dikatakan lebih sesuai. Malah ia juga meninggalkan rasa yang berbeza dan struktur juga berbeza.
Senduk Kayu
Mengikut petua orang-orang lama, adunan kuih hendaklah dikacau menggunakan senduk kayu. Ia petua yang harus diperturunkan. Menggunakan senduk kayu buat adunan jadi lebih sebati dan mesra. Malah rasanya lebih enak.
Masih Panas
Selepas adunan daun pandan selesai dikukus, pastikan adunan santan yang dituangkan ke atasnya masih lagi panas. Ini bagi memastikan kedua adunan ini sebati dan mesra rasanya ketika melalui proses penyejukan. Langkah ini wajib dilakukan dan jangan tunggu adunan hingga sejuk barulah di tuangkan ke atasnya.
Gula Pasir
Gula pasir yang diletakkan di atas adunan daun pandan ketika proses mengukus juga perlu menjadi langkah wajib. Barulah adunan jadi cair seperti yang dijual di kedai.
Ketika proses mengukus, gula ini akan menjadi cair dan lebih enak rasanya. Jika tidak sukakan gula pasir, anda boleh juga menggantikannya dengan gula perang. Rasanya lebih lemak dan enak.
Daging Prosperity Ala McD Dari Air Tangan Sendiri, Memang Boleh Buat. Ni Cara Buatnya!
Puas hati kalau kita boleh buat sendiri burger yang sedap seperti ala-ala burger terkenal untuk dinikmati bersama seisi keluarga. Bukan sahaja kita boleh pastikan daging dan bahan-bahan yang digunakan segar dan bersih, malah lebih jimat berbanding jika dibeli.
Oleh itu,buat penggemar burger jom kita buat burger ala-ala prosperity burger McD seperti mana resipi yang dikongsikan oleh Makcik Meira ini.
Daging prosperity ala McD by Makcik Miera.
Yang mana teringin nak makan buger prosperitybuger buger ala2 McD dari air tangan sendiri atau suri rumah yang nak test bakat untuk jualan, silalah cuba resepi ni…saya halalkan.. Ikut je step by step insyallah custemer akan repeat…petua saya nak masak
“JANGAN KEDEKUT BAHAN”
Untuk resepi boleh rujuk pada gambar..rajin2 laa membaca…huraian je lebar..cara masak sambil tiktok je dah siap. SELAMAT MENCUBA
Bahan untuk perapan daging…makcik guna daging kisar ya…makcik x sukat..makcik agak-agak je..so pandai-pandai laa ya…
✔️Daging kisar 2kg
✔️Telur 2biji (dalam pic 4 biji tu sebab daging 4kg)
Kan x pasal kena kecam tipu resepi😂
✔️lada hitam segenggam (kisar halus)
✔️Garam & Pak Aji (tak suka Pak Aji jangan letak & jangan komen marah2) senyum je .
✔️Serbuk lada putih
✔️Tepung gandum
Cara buat :
- Campurkan semua bahan uli sebati..yang ada mixer besar gajah tu bole guna..makcik uli guna tangan je..pakai sarung tangan k..jaga kebersihan.
2. Tadaaaaa…dah siap sebati cantik pulak dia beratur tungu turun nak kena gelek😂 haaa bulat-bulatkan je macam ni…
3. Dah siap bulat macam tadi boleh laa gelek atas plastik macam makcik buat ni…nampak, cantik tu kan tersusun…time ni rasa berair mulut dah sikit-sikit..tak sabar, dah siap macam ni freezer semalaman, untuk perapan supaya rasa dia tu sebati. Dan memudahkan sesi membakar nanti .Opss lupa…gelek besar-besar tebal-tebal ya…nanti dah bakar dia akan mengecut sedikit.
4. Haaaa yang ni dah siap bakar ..ingat, masa bakar jangan masukkan apa-apa minyak atau majerin…sebab daging ni dia tak melekat ya…sebaliknya minyak daging lebih banyak keluar nanti…
5. Nyummmm..dah siap bakar kita celup dalam sos blackpepper super kawww pedas-pedas kebas mulut ..alaa2 McD gitewwww..nampak tak persamaan dia kan..cantik, glowing je.
Resepi sos ada kat bawah..sabar‼️ Haaaa yang ni la rahsia kesedapan buger-buger McD …tomato pure with timun jeruk…
✔️Tomato pure 1tin
✔️Sos tomato jenama jalen(sebab warna dia mengancam)rasa dia sedap..
✔️Timun jeruk
Resepi timun jeruk
✔️Timun Jepun potong halus dan jeruk bersama cuka dan sedikit garam…biarkan selama 2 MLM…lagi lama lagi urmmmmm
Bila dah siap,bahan semua dh lengkap,campur kan semua bahan tu…pastikan timun jeruk cincang halus..macam pic kat bawah ni .
Haaa pastikan macam ni…
Dah siap….tahan lama ni…buat buger chese pon sedap ni… Pastikan simpan peti suhu biasa-biasa je kalau tak nak guna.
Ni sos black pepper…yang harga prosperity RM12 sebiji tu😂..tp buat sendiri bole jual rm8 je sebiji…tu pon rasa mahal
✔️Sos black paper(terpulang jenama apa)
✔️Susu pekat manis
✔️Bawang Holland mayam nipis
✔️Black pepper (lagi banyak lagi terangkat sedap)
✔️Butter sikit untuk tumis
✔️Gandum untuk pekatkan kuah
Cara masak
✔️Panaskan butter dan masukkan Holland kacau sebati hingga layu…
✔️Masukkan sos blackpepper dan sedikit air…
Dah Smpai part ni jangan sibuk nak tiktok pulak,kan hangus sos…makcik rotan nanti
✔️Masukkan susu pekat. Kacau sebati.Agak-agak kalau cair boleh msukkan air gandum ya..
Sos prosperity tak nak cair-cair .Nak pekat likat baru kuah melekat pada daging nanti…
✔️Last sekali masukkan black pepper yang sudah dikisar..tak nak kisar jadi debu pastikan kisar kasar sikit, biar ada rasa texture biji lada hitam tu..faham?
Dah siap..jangan lupa masukkan perasa ya..
Makcik Miera tak dapat nak bayangkan kalau siap..bau dia satu rumah.
Makcik guna roti ni je…nak sedap lagi carilah roti yang ada bijan …lagi real prosperity…
Ni boleh dikatakan bahan utama…tak ada benda alah ni jgn panggil prosperity…yang tak makan benda ni jangan berangan nak buat lagi banyak lagi sedap..
Makcik guna salad romance..sepatutnya salad bulat..tapi tak ada pulak…habis sebab gi lambat duk tiktok padam muka..hummm bole laaa, tapi kalau tak ada salad pon tak apa…yang penting Holland tu wajib..
Haaa…nampak tak? Ni dah siap tungu nak bungkus je
Step susun prosperity
✔️Belah dua roti bakar kejap dengan butter baru bau wangi..
✔️Sapu sos timun jeruk kedua belah roti…jangan kedekut sapu sebelah pulak…tak kaya pon kalau kedekut.
✔️Letak bawang Holland…jangan laaa letak 2 urat je..letak banyak-banyak baru sedap..
✔️Celup daging dalam sos terus letak atas Holland..
✔️Letak salad dan last roti bahagian atas..
✔️Sedia untuk dibungkus
Dah siap…ready untuk ngappp
Sumber : Makcik Miera via MAHN
Buat Aiskrim Guna Susu, Rasa Sedapnya Memang Sampai Ke Tekak. Begini Cara Buatnya!
Boleh dikatakan setiap lapisan umur suka menikmati keenakan rasa aiskrim, dari usia kanak-kanak hinggalah orang dewasa. Lagi-lagi jika dimakan pada waktu panas, memang cukup menyegarkan.
Selain aiskrim banyak dijual dipasaran dengan pelbagai pilihan rasa dan jenama, sebenarnya kita juga boleh membuatnya sendiri mengikut citarasa dengan olahan bahan-bahan yang sihat seperti penggunaan susu segar, susu rendah lemak, susu cair dan sebagainya mengikut kesesuain dan citarasa yang kita inginkan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan di sini dan bolehlah anda mencubanya,
Aiskrim Coklat Homemade
1 cawan milo
2 sb susu pekat manis
susu segar farm fresh 200ml 2 kotak
2 sb ovalette
2 sb serbuk koko
2 sb nutella
Cara buat:
1.Mixkan 15 minit sampai naik 2 kali ganda.
2. Simpan dalam peti ais semalaman.
Tak ada mixer boleh guna blender atau boleh beli DI SINI
Sedia untuk dinikmati
Turut berkongsi resipi oleh pemilik akaun facebook Siti Masitah Awang KechikFull, pasti akan mengujakan anak-anak kita untuk menikmatinya. Aiskrim ala-ala magnum yang mewah dengan coklat dan kaya dengan rasa susu, tentunya menjadi kegemarna ramai.
Bahan-bahan:
– half tin susu cair
– half tin susu pekat
– 200ml whipping cream (optional nak letak pun boleh tak letak pun boleh)
– 1.5 litre air
– 2 tbsp tepung jagung
– 1/2 cawan gula (rasa dulu baru bubuh gula banyak mana hangpa nak ok)
– vanilla flavor atau essence ikut suka
Cara buat:
*kacau semua dalam periuk tanpa api, pas dah sebati baru letak atas dapur
* masak dan kacau sampai mendidih
* sudah didih tutup api
Resepi chocolat
– 250gm milk chocolate beryls (kalu hangpa kaya boh la cadbury)
– 250gm dark chocolate beryls
Cara buat:
* cairkan guna kaedah double boil
* pastikan api tak kuat dan jangan bagi air tu terperecik dekat adunan chocolate ok
* Dah siap sempurna cokelat dicairkan letak tepi
* Masuk dalam piping bag ikat
* cara nak boh boleh rujuk gambaq kat bawah
Adunan ais krim bagi suam, hangpa jangan duk tuang hangat-hangat tu satgi tangan hangpa panas nak pegang susah, paham
Step masuk chocolate tu tgk kat bawah na
Chocolate tu pun bagi suam sikit
Boboh coklat agak-agak, jangan tebal jangan nipis
Kalu tebal satgi hangpa makan cokelat bukan ais krim
Kalu nipis serupa hangpa makan ais kerim coki coki tu bukan la ala-ala magnum
Kalu nak nampak serlah hangpa carila plastik besaq sikit…
Sumber : Siti Masitah Awang KechikFull & Srezuan Nazlan Ismail
ARTIKEL MENARIK: Kuih Jala Guna Susu Coklat, Tengok Pun Anak-anak Dah Tahu Sedap. Rugi Tak Cuba Buat!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!
Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/ atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club