Kecacingan adalah salah satu masalah kesihatan yang sering dihadapi anak-anak. Jika dibiarkan terlalu lama, adanya cacing dalam tubuh boleh mengganggu pertumbuhan dan perkembangan anak. Alasannya, cacing yang ada di dalam tubuh akan menyerap zat makanan anak yang ada dalam sel-sel darah dan usus.
Biasanya anak yang mengalami masalah cacing ini dikatakan terdedah kepada tabiat harian yang kurang bersih atau sistem sanitasi yang kurang efektif. Contohnya tidak mencuci tangan dengan bersih sebelum makan, tidak memakai selipar, atau bermain pasir tanpa pantauan. Makanan atau minum air yang dicemari dengan telur-telur cacing gelang juga boleh menyebabkan jangkitan.
Selain mendapatkan nasihat doktor untuk mengawal kecacingan ini, boleh juga mencuba petua yang diamalkan oleh nenek moyang kita dulu.
Sebagaimana perkongsian ini.
PETUA HILANGKAN CACING PADA KANAK-KANAK
Nak share sikit tips turun temurun macamana nak hilangkan cacing pada kanak-kanak. Boleh la cuba untuk anak- anak. Mana lah tahu dengan izin Allah SWT menjadi. Mudah je caranya, hanya perlu sediakan bahan berikut
1. Asam keping
2. Garam
3. Air
Ads
Cara penyediaan:
Masukkan asam keping dan garam ke dalam periuk. Kemudian masukkan air dan rebus sehingga garam larut.
Ads
Kemudian angkat dan campurkan dengan air biasa dan mandikan anak kita 2 kali sehari setiap pagi dan petang.
Amalkan selama dua atau tiga hari. Akan ada perubahan pada anak. Selalunya kalau anak kena cacing selera makannya kurang. InshaAllah selepas amalkannya anak akan lalu makan tanpa dipaksa.
Selamat mencuba.
Bukan mudah untuk mendidik anak-anak. Pelbagai kerenah dan cabaran bakal ditempuh. Salah satu persoalan yang ditanyq oleh Ibu Rose adalah mengenai anak yang suka melawan cakap. Ikuti penjelasannya.
JIKA ANAK YANG BERSEKOLAH RENDAH SUKA MELAWAN
Soalan:
Ibu, bagaimana untuk anak yang sudah besar (sekolah rendah) bagaimana menanganinya jika kita sedar yang kita dah tersilap didik. Anak suka melawan etc
————————————————
Jawapan Ibu :
1- Anak yang suka melawan ni satu kerana personalitinya. Namun jika dari kecil anak dididik dengan memberi penerangan apa pun personalitinya tidak menjadi masalah.
2- Pendapatnya tidak diberi perhatian. Maka dia akan melawan kerana mahukan pendapatnya didengar.
3- Ada kemarahan yang tersimpan yang tidak dikendalikan dengan baik. Kemarahan disebabkan bila dapat adik, dia asyik kena marah atau buat itu dan ini. Kena mengalah dan sebagainya.
Maka bagaimana kita hendak membetulkan keadaan.
1- PERLAHAN-LAHAN rapatkan kembali diri dengan anak puan. Dia masih kecil, maka dia masih mahu dijaga, dibelai dan dimanjakan. Maka puan boleh melakukan perkara begini berpada-pada dahulu dan test and measure tengok tindakbalasnya.
2-Banyakkan memberi contoh bagaimana untuk bercakap baik dengan ibu bapa. Disini yang ibu bapa selalu masuk perangkap – kenapa ibu kata macam tu, sebab ramai ibu bapa bila hendak memberi nasihat kepada anak, MEMBANDINGKAN dengan orang lain. Ini yang menyebabkan anak-anak jadi menyampah untuk mendengar nasihat ibu bapa. Oleh itu jangan membanding atau memerli atau ‘insinuate’.
3-Berakhlak mulialah dengan anak-anak bila bercakap. Bercakap dengan suara yang baik dan ambil masa menerangkan.
4- Bila dia melawan, cuba tanya dengan baik dan dalam nada ingin tahu apa yang dia mahu sebenarnya…
5- Anda juga jangan melawan cakap ibu bapa atau bercerita buruk mengenai seseorang. Sebab anak akan mengikut.
Usahalah, anak tidak dilahirkan untuk menjadi degil dan melawan cakap ibu bapa. Cara dia dibesarkan itu mencorakkan sikapnya yang sedemikian. Maka ambil masa untuk membetulkan.
Semoga dipermudahkan.
Ibu Rose – Unleash Your Child’s Greatness.
Jom kita sama-sama berdoa semoga anak-anak sayang semua menjadi anak-anak penyejuk mata?
Cer say Amiinn!.
Salam kasih,
Ibu Rose
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Diuji dengan masalah rumah tangga, penyanyi, Usop mendedahkan yang dia dan isteri pernah terkena sihir pemisah sehingga memberi kesan terhadap hubungannya bersama isteri, Nur Fatihah Md Hashim.
Tambah Usop lagi, tidak hanya dirinya dan isteri bahkan perniagaan restoran yang dijalankannya juga turut sama terjejas.
“Saya dapat melihat sendiri perubahan pada isteri. Jika kami bersama, asyik ‘panas’ dan dia selalu nak marah. Bergaduh biasa berlaku dalam rumah tangga tapi dalam kes kami ia berpanjangan.
“Saya dapatkan nasihat ustaz dan dikatakan kami terkena sihir pemisah. Ada orang terdekat yang kurang senang melihat kejayaan dan kebahagiaan kami berdua,” kongsinya lagi.
Disebalik dugaan yang dilalui, Usop dan isteri sama-sama kuat mempertahankan hubungan mereka dan sentiasa mencari jalan terbaik bagi menyelesaikan setiap masalah malah kini mendedahkan yang isterinya sedang hamil anak kedua mereka.
“Allah dah janji sentiasa ada rezeki untuk umatnya.
“Syukur isteri kini sedang hamil,” katanya berkongsi.
Berkongsi kisah kehamilan itu, kata Usop, dia seronok melayan karenah isterinya yang mengidam untuk makan aiskrim goreng di waktu pagi.
“Sepanjang awal kehamilan ini ada juga yang alami alahan teruk.
“Saya terpaksa bangun pagi buatkan ais krim goreng kerana dia mengidam,” ceritanya lagi.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Perkahwinan dikatakan sempurna jika ada anak-anak yang menjadi penyeri rumahtangga yang dibina.
Namun kadang kala, jantina anak pula menjadi perhatian apabila semuanya sama jantina. Nampak ia remeh tetapi apabila asyik di tanya soalan yang sama hati mana yang tidak terkilan dan sedih.
Menurut pendakwah bebas. Ustazah Asma’ Harun, dirinya turut ditanya soalan demikian untuk meminta nasihatnya.
Menerusi perkongsian di facebokknya, dia. berkongsi nasihat mengenai hal itu.
Sering saya ditanya, “ustazah ada tak amalan, doa atau tips untuk dapat anak perempuan?, anak saya 4 orang semua lelaki, teringin sangat nak anak perempuan, saya stress dengan provokasi & pertanyaan orang “.
Ustazah, “salah ke jika semua anak saya perempuan, 6 orang, saya letih dan stress dengan ayat suruh beranak lagi, mana tahu dapat lelaki, supaya ada wakil jadi imam atau yang angkat jenazah kita esok..macam² ustazah orang cakap.”
Kepada yang suka tanya atau bagi cadangan tentang jantina anak orang, paling manis cukuplah mendoakan dalam waktu yang sama memberikan kata² yang positif.
Saya sendiri, bila tengok seseorang yang memiliki ramai anak tapi 1 jantina, di antara yang selalu saya katakan..
“SubhanAllah, semua anak lelaki ya, tak apa.. Nanti dapat semua anak perempuan ekspres, menantu esok² , untung juga semua anak lelaki, cukup untuk angkat jenazah kita 4 penjuru.. SubhanAllah..”
“Alhamdulillah, semua anak perempuan comel², ramailah pembantu kat rumah ya, insyaAllah anak² ni esok melahirkan ramai pejuang agama Allah, darah daging puan juga..”
Dan lain² cara membahagiakan mereka.
Tuan Puan,
Ada yang dah nikah lama belum ada anak. Ada yang sampai tua tak ada anak. Ada yang nak sangat nikah belum bertemu jodohnya, apatah lagi ada anak. Ada yang ada anak semuanya sakit kronik. Ada yang ada satu sahaja anak dan anak itu meninggal dunia. Ada yang meninggal kerana melahirkan anak.
Dan pelbagai lagi kisah dengan “anak”.
Pertama, jika kita ditanya tentang anak semua sama jantina, jawablah ia adalah kurnian Allah swt, baca dan fahamilah firman Allah dibawah :
“Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki”,
“Atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa”.
Allahu Akbar, Allah maha mengetahui atas setiap pemberian dan ketetapanNya. Hikmah di sebalik ketetapan itu akan dirasai oleh orang mu’min, sungguh segala ketetapan Allah itu adalah yang terbaik dan sempurna.
Kepada yang teringin nak anak, samada dah nikah atau belum, atau dah sampai tua tetap tidak ada anak. Percayalah, semua yang kita inginkan namun tidak dapat di dunia ini, lalu kita sabar, redha dan bersangka baik, yakinlah akan diberikan di Syurga kelak .
BAGI SOALAN ADA TAK TIPS ATAU DOA.
Selalu saya jawab, maaf tak ada tips, mungkin saintis ada jawaban, wallahua’lam. Tapi tentang doa, silakan doa dengan ayat sendiri, ayat umum atau khusus. Allah Maha Mengetahui keinginan yang terkandung di dalam hati.
Soal boleh ke tidak minta doa jantina anak, iya boleh, silakan.. Sebagai hamba kita berhak meminta dengan cara kita, sebagai Tuhan, Allah berhak menunaikan permintaan kita dengan CaraNya.
Cuma yang jauh lebih utama daripada isu jantina anak, banyakkanlah berdoa agar dapat anak yang soleh, Surah As-saffat 100 :
رَبِّ هَبۡ لِىۡ مِنَ الصّٰلِحِيۡنَ
“Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku zuriat yang termasuk orang yang shalih.”
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.