Menyambut hari kelahiran anak yang sudah kembali ke rahmatullah seakan menjadi satu trend buat mak ayah yang menyambutnya di tanah perkuburan. Hal ini sudah semestinya mendapat perhatian dari para ulamak.
Adakah hal ini tidak menyentuh mana-mana sensitiviti dan dibolehkan? Berikut merupakan penjelasan dari Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai masalah yang semakin menular ini.
Telah sampai kepada kami satu soalan berkenaan ibu bapa yang telah membawa kek ke kubur anaknya yang sudah meninggal dunia, di samping menyanyikan lagu “Happy birthday.”
Persoalan seperti ini sentiasa berlegar dalam khalayak masyarakat sama ada dibolehkan atau tidak dan adakah termasuk dalam perbuatan yang bercanggah dengan akidah, atau ia tidak dibolehkan dalam Islam.
Untuk menjawab masalah ini dengan lebih terperinci, kami noktahkan kepada beberapa noktah. Kematian merupakan hal yang pasti berlaku kepada setiap manusia yang bernyawa.
Maksudnya: “Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.”-(Surah Ali ‘Imran: 185)
Dan kita sudah tentu akan kembali kepadanya kerana kita adalah milik-Nya.
Maksudnya: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”- (Surah al-Baqarah: 156)
Apabila seseorang itu meninggal dunia, maka kewajipan kepada yang hidup adalah untuk memandikan, mengkafankan, mensolatkan dan mengebumikannya di tanah perkuburan, bahkan ia menjadi fardhu kifayah kepada mereka yang masih hidup untuk melakukannya. Manakala bagi mereka yang sudah pergi meninggalkan kita, ketika itu mereka berada dalam hukum alam barzakhiyyah yang berbeza dengan alam dunia ini.
Justeru, cara untuk kita berinteraksi dengan alam barzakh atau mereka yang ada dalam alam kubur, telah diajar oleh Rasulullah SAW. Di antara adabnya ialah, mengucapkan salam kepada mereka; penghuni kubur dengan lafaz:
Maksudnya: “Salam sejahtera ke atas kamu wahai penghuni kampung (kubur), daripada kalangan orang-orang Mukmin dan Muslim. Sesungguhnya kami dengan izin Allah akan mengikuti kamu. Kami memohon kepada Allah kesejahteraan bagi kami dan juga kamu.”
Maksudnya: “Salam sejahtera ke atas kamu, wahai penghuni kubur. Semoga Allah mengampuni kami dan juga kamu. Kamu telah mendahului kami dan kami akan menyusul.”
-Mendoakan si mati seperti mana nas doa dan salam di atas. -Sebahagian ulama mengharuskan untuk bersedekah dengan bacaan ayat al-Quran seperti yang disebutkan dalam sebahagian riwayat.
Ads
Justeru, menziarahi kubur tujuannya adalah tidak lain tidak bukan adalah untuk mengingatkan kita kepada kematian dan hari akhirat dan bukannya berkenaan kehidupan mahupun kelahiran.
Berdasarkan nas di atas, kubur merupakan tempat yang luar biasa. Oleh itu, Islam menggalakkan umat islam untuk menziarahi kubur dengan tujuan untuk mengingati mati.
Kesimpulannya, kami katakan bahawa perbuatan tersebut adalah lebih baik jika ditukar dengan menjamu makan kepada anak-anak yatim dan juga memberi makan kepada fakir miskin kerana manfaatnya jauh lebih besar buat dirinya, di samping memohon keampunan buatnya.
Maka, tindakan sedemikian hendaklah dihentikan dan digantikan dengan doa dan begitu juga digantikan dengan sedekah kepada si mati. Inilah yang dianjurkan dalam Islam.
Litar pintas dipercayai punca kebakaran Wisma Jakel, di Seksyen 7, hari ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kebakaran bagaimanapun tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa.
“Polis menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan kira-kira 7 pagi dan anggota polis bertugas menjalankan kawalan lalu lintas dan keselamatan di lokasi kejadian.
“Punca kebakaran dipercayai akibat litar pintas di premis berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, tinjauan di lokasi mendapati usaha memadamkan kebakaran masih giat dilakukan sejak jam 7 pagi.
Bangunan berkenaan masih diliputi asap tebal dan anggota bomba dilihat masih berusaha memadam api.
Dalam pada itu, kerugian akibat kebakaran Wisma Jakel, di Seksyen 7 di sini, dianggarkan hampir RM100 juta.
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, jumlah berkenaan hanya membabitkan nilai bangunan dan jumlah sebenar kerugian belum dapat dianggarkan.
Beliau berkata, cawangan berkenaan membawa keuntungan kepada syarikat sekitar RM300 juta setahun.
Katanya, kebakaran itu dipercayai berlaku antara 7 hingga 7.15 pagi selepas dimaklumkan oleh adiknya yang juga pengurus Jakel cawangan terbabit.
“Bangunan ini nilainya sekitar RM100 juta membabitkan 19 rumah kedai dan lima rumah kedai lima tingkat.
“Api dipercayai bermula daripada bahagian pakaian lelaki di tingkat satu, namun punca sebenar masih belum diketahui.
“Ini kerugian besar kepada syarikat bagaimanapun kami reda dengan ketentuan Allah ini dan saya yakin ada hikmah serta yakin Allah akan ganti dengan lebih baik.
“Sebagai orang Islam kita kena percaya,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.
Ditanya sama ada syarikat akan mencari lokasi sementara untuk jualan sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri, Mohamed Faroz berkata, pihaknya akan mencari lokasi berkenaan secepat mungkin.
Katanya, lokasi akan dipilih sekitar Shah Alam berikutan cawangan berkenaan menjadi tumpuan orang ramai antara tiga hingga empat bulan sebelum Aidilfitri.
“Buat masa ini, pelanggan serta peminat Jakel boleh mengunjungi cawangan kami di Jakel Mall Kuala Lumpur; Bangi serta di Bandar Tun Hussien Onn, Cheras,” katanya.
sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Masih ingatkan kita dengan kes kemalangan maut yang melibatkan pelajar sekolah yang pernah mencuri tumpuan iaitu kejadian di mana seorang pelajar perempuan menemui ajal akibat terkena bilah pisau traktor mesin rumput yang melayang di SMK Tuanku Abd Rahman, Gemas pada Februari 2018.
Begitu juga dengan insiden malang yang menimpa Allahyarham Cikgu Rosli Abdul Aziz, 54 dari SK Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan pada 14 Julai 2020.
Beliau dipercayai tergelincir jatuh pada ketinggian tiga meter ketika sedang melakukan pemeriksaan kerja-kerja penyelenggaraan di sekolah sebagai persediaan pembukaan semula sekolah selepas ditutup 4 bulan ekoran penularan COVID-19.
Insiden kemalangan yang menyebabkan kecederaan atau kematian kepada pelajar mahupun guru-guru ini amat kita kesali. Bahkan kita sebagai ibu bapa, turut terkesan merasakan kebimbagan terhadap keselamatan anak-anak ketika berada di sekolah.
Sejujurnya ianya tidak wajar berlaku serta mampu dielakkan jika faktor keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) dititik beratkan oleh pihak pentadbir sekolah khususnya dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amnya.
Pun begitu malang tidak berbau, sekali lagi kita dikejutkan dengan berita insiden seorang murid perempuan Tahun 2 sebuah sekolah di Selama yang memberi kesan patah jari tangan selepas terkena kipas yang terjatuh dari siling bilik darjah.
Ini sebagai mana memetik berita di Sinar Harian, dan difahamkan kejadian itu berlaku sekitar jam 10 pagi turut mengakibatkan tiga murid perempuan yang lain kesemuanya berusia 8 tahun cedera ringan.
Beri Kesan Trauma Kepada Pelajar
Bapa kepada pelajar berkenaan yang mahu dikenali sebagai Mohd, 32, berkata, selain patah jari, anaknya juga mengalami beberapa kecederaan lain di bahagian dada akibat terkena kipas terbabit.
“Secara kebetulan, meja anak saya betul-betul di bawah kipas itu, jadi kecederaan dialaminya agak serius berbanding yang lain.
“Apabila dibawa mendapatkan rawatan ke hospital, doktor maklumkan tulang jari kiri tangan anak saya telah patah dan terpaksa disimen,” jelasnya.
Kakitangan awam itu berkata, anaknya telah diberikan cuti sakit selama 14 hari dan kini masih trauma dengan kejadian yang berlaku.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Ibu Luah Kecewa
Dia dan isteri agak terkilan, apabila pihak sekolah tidak menyegerakan rawatan anaknya dan mangsa lain, sebaliknya menunggu ibu bapa hadir membawa sendiri anak ke hospital.
“Kes sebegini sepatutnya boleh dikira kecemasan tetapi pihak pengurusan sekolah memberi alasan mengikut peraturan ditetapkan Jabatan Pendidikan.
“Saya terima kemalangan ini berlaku kerana ia bukanlah disengajakan, cuma terkilan dengan tindakan pihak sekolah yang melambatkan proses rawatan ke atas anak saya dan mangsa lain,” jelasnya.
Peralatan Dan Kemudahan Sekolah Uzur
Mohd yang melihat sendiri keadaan bilik darjah itu mendapati, kipas terbabit telah pun uzur, berkarat dan sepatutnya tidak selamat untuk digunakan.
Katanya, penggunaan peralatan dan kemudahan yang uzur seumpama itu tidak sepatutnya berlaku kerana melibatkan isu keselamatan murid dan guru.
“Sekiranya perkara ini tidak mendapat perhatian sewajarnya, tidak mustahil kejadian sama boleh berlaku lagi,” katanya.
Satu laporan polis telah dibuat Mohd berhubung kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama pada petang Selasa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Mohd Sabri Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pun begitu, sering terjadi kita tanpa sedar menjatuhkan hukum wajib pada perkara yang masih belum ditetapkan ke atas mereka.
Ini sebagaimana apa yang dikongsikan oleh penceramah bebas Ustaz Firdaus Wong ini. Semoga ia sedikit sebanyak memberi manfaat untuk kita semua.
Ini perkongsiannya.
Jangan diwajibkan benda yang belum wajib kepada kanak-kanak. Ada tahap dan caranya mendidik mereka. Adakalanya kita tersilap mewajibkan amalan dalam islam yang belum lagi wajib bagi kanak-kanak dan mewajibkan perkara yang sunat sehingga kanak-kanak mereka penat serta merasakan Islam menyusahkan.
Islam tidak menyusahkan tetapi cara kita yang tidak selari dengan ajaran Islam yang menampakkan Islam itu susah di mata mereka.
Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam menyebut kanak-kanak diajak solat pada usia 7 tahun dan 10 tahun diwajibkan mereka solat dan andai tidak solat maka boleh kita sebagai IbuBapa menghukum mereka secara ringan tanpa mencedera atau menyakitkan tetapi sebagai peringatan. Selama 3 tahun kita perlu mengajak dan mendidik mereka secara konsisten.
Selama tiga tahun itulah solat belum wajib untuk mereka. Andai mereka solat satu waktu atau dua waktu, berikan pujian kepada mereka. Jangan pula waktu itu kita memaksa mereka buat solat sunat tetapi berikan pilihan buat mereka. Dahulukan mendidik mereka mengenal Allah, sayangnya Allah kepada mereka dan bagaimana mereka perku menyayangi Allah dan RasulNya.
Andai mereka lapar dan mengantuk, berikan mereka makan dan tidur sebelum beribadah pada usia itu. Jangan dipaksa solat dalam mereka masih lapar dan mengantuk. Ajak dengan kasih sayang dan lemah lembut bukan ugutan dan kekerasan kerana cara kita yang kasar itu akan membentuk imej Islam yang kasar pada mereka. Mereka belum lagi kenal Islam pada Quran & Sunnah tetapi bagi mereka, IbuBapa mereka adalah Islam dan apa yang ditunjuk dan diungkapkan oleh IbuBapa itulah ajaran Islam bagi mereka.
Anak ialah amanah dan juga tanggungjawab yang akan dipertanggungjawabkan. Carilah ilmu bagaimana Allah mengajar kita mendidik anak-anak dalam kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya serta kisah Luqman Al-Hakim dalam surah Luqman. Hadirlah kelas tarbiyatul aulad, bagaimana Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam mendidik kanak-kanak dan melayan kanak-kanak.
Jom jadi IbuBapa yang berilmu sesuai dengan ajaran Islam menurut Al-Quran & Sunnah. Melahirkan anak adalah mudah tetapi mendidik anak sesuai dengan ajaran Islam itu cabaran yang perlu diharungi sebagai IbuBapa.
sumber : Firdaus Wong Wai Hung
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Digilis lori simen ketika berhenti di lampu isyarat, warden penjara maut. Seorang warden penjara maut dalam tragedi menyayat hati apabila motosikal ditunggangnya digilis sebuah lori simen ketika berhenti di lampu isyarat di Lebuh SPA berhampiran persimpangan pusat pelupusan sampah Sungai Udang petang semalam.