Piala Dunia 2022 Pertama Kali Ayat al Quran Berkumandang Di Acara Pembukaan, Tarik Perhatian Dunia!

Share

Sungguh istimewa, buat pertama kali dalam sejarah ketika Upacara Pembukaan PIALA DUNIA 2022 alunan merdu ayat suci al Quran di perdengarkan. Ini sekali gus menjadikan penonton di stadium Al Bayt, Qatar  terpegun dan begitu juga dengan penonton seluruh dunia yang menyaksikan detik bersejarah itu di media sosial mahupun di kaca TV.

Bacaan merdu ayat al Quran itu telah disampaikan oleh Ghanim Al-Muftah, pemuda yang berusia 20 tahun diangkat sebagai duta Piala Dunia 2022 itu tampil dengan melantunkan potongan ayat suci al-Quran melalui Surah Al-Hujurat, ayat 13.

Difahamkan juga Ghanim Al-Muftah dilahirkan dengan penyakit yang dikenali sebagai Caudal Regression Syndrome (CDS) yang mana lahir tanpa bahagian bawah badan pada 5 Mei 2022 ini sebagaimana memetik berita di Kosmo.

Biarpun dilanda dengan pelbagai ujian dan cabaran dek kerana kekurangan pada diri, Ghanim kekal positif dalam mengharungi liku-liku hidupnya sehingga menjadikan beliau sebagai entiti mithali dan idola kepada orang ramai yang seumur dengannya.

Sejurus penampilannya, dia telah menjadi topik hangat di media sosial, rata-rata orang ramai menzahirkan rasa kagum dan terinspirasi dengan kegigihan dan keazaman Ghanim yang tidak pernah menyerah berjuang untuk hidupnya biarpun tidak mempunyai badan ‘normal’ seperti orang lain.

“Ghanim al-Muftah sangat penuh dengan inspirasi, walaupun mempunyai kekurangan pada fizikalnya, dia adalah seorang perenang yang prolifik, juga mengambil bahagian dalam penyelaman skuba, mendaki dan bermain skate, anak muda yang berwibawa,” ciap @ShahZaib di Twitter.

“Pembukaan yang penuh bermakna, hanya dengan bacaan sepotong ayat suci al-Quran sudah mampu menyentuh hati orang rami ditambah lagi dengan pencapaiannya yang melebihi keupayaan orang biasa. Allahuakhbar,” ciap @MunasarAbdiAmudle.

Segmen ‘The Calling’

Selain itu juga pelakon veteran Amerika Syarikat, Morgan Freeman juga turut tampil ke atas pentas dan berbual dengan Ghanim sambil membawa mesej keamanan disamping menekankan isu kemanusiaan dan tolak ansur dalam kalangan manusia.

6 dakwah yang  dilakukan Qatar untuk Piala Dunia 2022 yang kita patut hargai:
1. Sabda Nabi ﷺ di setiap sudut mempromosikan keindahan Islam.
2. Di bilik hotel, terdapat barcode yang memperkenalkan ajaran Islam, hadis, dan definisi mudah akidah kita.
3. Mereka menukar muazin masjid dan membawa yang bersuara merdu. Mikrofon diletakkan di stadium untuk Azan.
4. Qatar Guest Centre menyediakan pasukan seramai 2,000 orang untuk menyeru kepada Islam, di mana ia akan memperuntukkan 10 kereta bergerak dan 10 khemah khusus.
5. Pameran Islam oleh Kementerian Wakaf dalam pelbagai bahasa untuk pengunjung.
6. Ketersediaan kawasan solat dan tempat berwuduk di stadium buat pertama kali dalam sejarah Piala Dunia dan banyak lagi.

 

IKLAN