Sesekali di hujung minggu ada baiknya kita mencuba resipi yang enak dan istimewa buat seluruh keluarga. Nasi beriani antara sajian istimewa yang boleh kita sajikan buat anak-anak dan suami.
Tapi bosan juga jika asyik dengan beriani ayam, daging atau kambing. Apa kata kali ini pikat selera anak dengan nasi beriani udang yang sedap lagi terangkat. Perkongsian blog chekiahcollection.blogspot.my ini buat kita rasa lebih berselera. Jom cuba.
Dah 2 3 hari fikiran asyik dok teringat ingat nak try test masak nasi briyani udang sebab selalu asyik masak nasi briyani ayam jadi kali ni tukar pulak nak tengok jadi camna. Nasi briyani udang ni tak lah sepemes nasi briyani ayam tapi hasilnya tak mengecewakan…sedap…!!!
Kredit: chekiahcollection.blogspot.my
NASI BERIANI UDANG
Bahan-bahannya:-
500gm udang besar -bersihkan
1 kg beras bathmati -basuh dan toskan
1/2 cawan lobak merah -potong dadu
2 biji buah tomato -potong dadu
1/2 cawan tomato soup
5 cawan air
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar rempah beriani -bancuh dengan sedikit air
1 kiub pati ayam
Garam
Bahan Tumis:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 helai simpulan daun pandan
Ads
Bahan Lain:
1/2 cawan gajus yang dipanggang terlebih dahulu
Sedikit hirisan daun ketumbar
1/2 cawan kismis bawang goreng
Cara Memasaknya:-
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan paste rempah briyani dan masak dengan api perlahan sehingga terbit minyak
3. Masukkan beras dan goreng rata.
4. Masukkan udang, buah tomato, lobak merah, pati ayam dan garam (sesuaikan rasa). Kacau rata.
5. Masukkan air dan susu cair. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi dah kering, taburkan gajus, hirisan daun ketumbar dan kismis
7. Kacau rata (gembur) nasi sehingga semua bahan taburan tadi bersatu dengan nasi
8. Tabur bawang goreng semasa menghidang dan boleh lah di makan bersama salad, dalca atau acar timun.
Ads
Serbuk rempah briyani jenama Baba’s..apa2 jenama pun ok jer!
Setelah semua bahan-bahan dicampurkan, tanaklah nasi macam biasa
Mengimbau kenangan antara kek yang mak-mak kita akan buat bila tibanya Syawal mulia, dan sangat-sangat kita nantikan bila mak memasaknya lain tak bukan adalah kek oren. Keenakan rasanya sudah dapat dihidu ketika sedang dibakar lagi. Memang semerbak dan buat kita yang ketika itu masih kecil tidak sabar untuk menjamah kek tersebut. Sekali makan memang nak makan lagi, langsung tak muak.
Jadi untuk mengembalikan nostalgia dulu-dulu, apa kata raya tahun ini kita sediakan pula kek oren ini untuk dinikmati oleh anak-anak dan suami tercinta. Resipinya seperti yang dikongsikan oleh Nieza Nor Hamira.
Ini perkongsiannya.
Asal raya je buat kek oren. Asal kek oren je, raya. Hehehe Ini kek orang dulu-dulu. Senang sangat, rasa pun sedap, tak muak. Cuba lah, bau semerbak tak menahan.
RESEPI KEK OREN SEMPOI SEDAP RAYA
1 biji oren sunkist yang dijadikan 1 cawan jus (+ air untuk genapkan secawan)
3 sudu teh sunquick
1 1/2 cawan gula
4 biji telur
1 cawan minyak
Sedikit garam
Bahan Kering :
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
Cara :
1.Ambil buah oren, belah ambil jusnya di dalam cawan sukatan di atas.
2.Potong kecil-kecil (hampas) buah oren tadi dan masukkan dalam blender / fruit processor
3.Dengan sempoi, masukkan kesemua bahan basah yang di atas dan blend / putarkan fruit processor sehingga sebati.
4.Dalam bekas berasingan, sediakan tepung dan baking powder. Tuang adunan basah ke dalam adunan kering dan kacau sebati guna whisk tangan.
5.Griskan loyang dengan minyak. Tuang adunan ke dalam loyang.
6.Panaskan oven pada suhu 160C dan bakar 40 minit atau sehingga adunan tak lagi bergoyang
Bau oren yang harum memikat menggamit nostalgia malam raya bersama keluarga di suatu masa.Selamat berhari raya dengan kenangan lama semua!
Lama tidak mendengar khabar selebriti yang satu ini. Usai mendirikan rumah tangga, Farah Diana Anuar dilihat lebih fokus kepada rumah tangga yang baru dibinanya. Namun, selepas 15 tahun tidak melihat kelibatnya di dalam arena seni, ibu kepada dua cahaya mata ini dilihat mula kembali aktif.
“Apabila berumah tangga misi dah lari dan pastinya saya lebih mengutamakan keluarga. Apatah lagi waktu itu, saya melalui proses bersalin dan menyusukan anak sepenuhnya selama dua tahun. Kemudian lahir pula anak kedua, jadi proses itu memakan masa yang panjang dan tiada masa untuk melakukan hal lain.
“Anak saya yang sulung, Elsa Johan berumur 7 tahun dan yang kedua, Mya Johan 4 tahun. Lepas berhenti susukan anak sulung, mengandung pula yang kedua. Apabila orang tanya ke mana saya menghilang, itulah yang berlaku sebenarnya.
“Sekarang anak makin membesar dan saya cuba juga anak ketiga tapi belum ada rezeki. Jadi masa terluang ini saya fokus pada kerja dan ingat mungkin nak kembali menyanyi. Selain itu, saya juga menjadi hos bagi program Assalamualaikum untuk TV Al-Hijrah selain beberapa program lain bersama dengan stesen ini.
“Selain itu, saya juga buat dengan RTM, jadi apabila keluar tentang Pencarian Hos Mingguan Wanita, jadi saya pun cabar diri untuk mencuba sesuatu yang baru. Lagipun dah lama tak masuk Astro dan terus cuba memandangkan suami dan adik saya pun bagi sokongan,” ujar Farah yang ditemui dalam majlis Sambutan Hari Raya bersama Top sekali gus meraikan 5 keluarga pemenang Kempen Gaya Raya Bersama Top dan Jovian Mandagie anjuran Majalah Nona baru-baru ini.
Lama meninggalkan industri seni, Farah tidak menafikan sedikit ‘canggung’ namun teruja kerana dapat bertemu dengan rakan-rakan lama di Astro.
“Ada yang dulu krew biasa waktu saya masuk AF tapi dah berpangkat sekarang. Memang saya jadi teruja dan bila cakap nak buat ‘comeback’ ada yang terkejut dan turut memberi sokongan. Ramai lagi kawan-kawan saya dalam industri nyanyian dan saya cuba-cuba menyanyi semula.
“Dulu saya tinggal di Pulau Pinang sampai sekarang, tapi mungkin akan berpindah ke Kuala Lumpur nanti. Buat masa sekarang anak dijaga oleh suami dan ibu mentua selain pembantu yang tenggokkan, jadi lega lah sikit. Mujurlah suami memahami bila saya terpaksa berulang-alik walaupun terpaksa ‘stuggle’.
“Awal-awal tinggalkan anak dulu waktu pencarian hos membuatkan anak-anak cari. Sebulan kena siapkan tugasan sehinggakan tidak dapat pulang ke rumah seminggu lebih. Mereka syik tanya bila nak balik.
“Itulah pengorbanan kita, kerinduan yang ditanggung. Memang asyik teringat anak, dah makan belum, sihat atau tidak. Itulah masalah utama, namun alhamdulillah saya dapat mengatasinya,” ujar Farah sambil mengakui seronok dapat belajar dan kutip ilmu baru dari orang muda terutama dalam sosial media dan sebagainya.
Mengambil keputusan berhijab 9 tahun yang lalu, akui Farah semuanya adalah ‘kerja’ Dia Yang Di Atas.
“Bila cakap pasal hidayah semuanya terletak pada Dia yang menentukannya. Pengalaman sendiri yang melalui banyak membuka mata saya. Waktu itu saya join penggambaran Rasa Halal Orient di Kemboja.
“Waktu itu berjumpa dengan orang susah, yang belajar agama tapi Ya Allah hebatnya mereka. Semangat dan iman yang kuat untuk belajar. Kalau kita meletakkan diri pada situasi tersebut, dengan tiada makanan, duit dan elektrik yang tidak mencukupi dan sebagainya membuka mata saya.
“Lepas pulang ke tanah air, saya cakap pada ayah yang kebetulan jaga saya ketika itu, rasanya sampai masa dah memandangkan orang lain ‘struggle’ nak belajar agama. Kita ni yang aman damai kadang kadang lupa. Tetapi saya belum pakai tudung kerana abah waktu itu was-was dengan keputusan saya.
“Kebetulan komitmen saya masih bergelar duta untuk beberapa produk. Mujur klien memahami dan bagi respond positif. Tak lama lepas tu saya jumpa satu ayat dalam surah An-Nur dan itulah yang membawa saya pada tahun 2010 untuk bertudung,” jelas Farah bercerita pengalaman apabila mengambil keputusan berhijab.
Ditanya hubungan bersama mentua memandangkan dia tinggal lama bersama selepas berkahwin, akui Farah semuanya bergantung pada pembawaan diri.
Min respect dengan Farah Anuar, lama duduk bersama mak mertua! Bukan takat mak mertua tolong backup, malah sempat lagi ye korek rahsia suami demi kebahagiaan bersama pasangan tersayang! Semoga berbahagia sentiasa. amin..#keluargamag#chitchat
“10 tahun tinggal bersama alhamdulillah tiada sebarang masalah. Ibu mentua jenis yang ‘back up’ menantu dan bukannya anak sendiri. Kira ektra point untuk kita kerana walaupun kenal dengan suami 5-10 tahun sebelum kahwin, tetapi apabila duduk serumah dan sebilik jangan kata kita kenal dia 100%, belum tentu lagi. Dengan adanya ibu mentua, bolehlah korek rahsia untuk memenangi hati suami.
“Dengan mentua pula, kami selalu bantu antara satu sama lain selain memberi dan menerima. Walaupun ada turn memasak, tetapi selalunya ibu mentua masak kerana air tangan dia terbaik. Tetapi kalau saya memasak, ibu pun datang bantu. Bila dia buat kerja, saya pula bantu dia. Masing-masing main peranan. Tak boleh dua-dua ego dan keras kepala. Takkan ada ‘chemistry’ kat situ.
“Alhamdulillah kerana mentua cikgu sekolah (pencen). Minda dia jenis yang terbuka dan rezeki saya dapat ibu mentua yang baik dan memahami. Di dalam rumah itu ada adik-beradik lain dan memang suasana riuh. Bapa mentua dah lama meninggal dunia dan kerana itu kami ambil keputusan untuk tinggal bersama dan menjaganya,” ujar Farah lagi.
Sebenarnya macam-macam cara kita boleh lakukan untuk nampak cantik dengan menggunakan bahan semulajadi terutamanya bahan-bahan yang sedia ada di dapur. Bukan sahaja murah kosnya malah diakui berkesan dan telah pun diamalkan oleh ramai antara kita.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh seorang wanita dan juga seorang ibu yang membahasakan dirinya sebagai Ema Tunz di laman sosial. Kalau sekali pandang, memang nampak awet muda. Dan nak tahu apa rahsianya, jom semak perkongsiannya ini.
Bila baring, sebelum tido malam, tepek je hirisan timun kat muka dan biar sampai pagi. Kategori bantuan kecemasan jugak cara ni, rawatan segera untuk kulit kita. Bila bangun pagi, kompom rasa sejuk dan segar. Letak kat mata pun dah ok terutama yg ada masalah sembab, lingkaran gelap bak panda.
KHASIAT TIMUN UNTUK KULIT
1️Timun (Cucumis sativus) mengandungi pelbagai penurun lipid yang menghasilkan kesan penyejukan semulajadi.
2️ Timun melembapkan kulit sebab mengandungi 95% air.
3️ Vitamin E dalam timun mampu menyihatkan kulit, meningkatkan pengeluaran kolagen dan anti-penuaan. Fuhh menarik kan?
4️ Antioksidan dalam timun menghilangkan kerengsaan. Jadi, timun adalah pilihan terbaik untuk rawat hyperpigmentation dan kulit lesu.
Dahh la senang jumpa kat pasar. Harga terlajak murah dan mampu milik. Rugi laa kalau tak manfaatkan khasiat timun ni.
Selain ini, Ema Tunz juga ada berkongsi petua lain yang diamalkannya. Dan dikatakan boleh buat kulit muka terasa anjal dan tegang.
RESEPI KULIT ANJAL
bahan-bahan: tepung beras + madu + putih telur
Cara penyediaan : Gaul semua bahan dan akan membentuk gel porcelin. Bila tepek kat muka, masker akan bersilau dan kulit pun jadi tegang setegangnya.
Banyak lagi cara nak kreatif guna tepung beras. Nah ada lagi extra 3 RESEPI ye, waktu cuti ni boleh amalkan.
RESEPI JERAWAT KURANG
( tepung beras + lidah buaya + madu )
Jika amalkan selalu, masalah jerawat dapat dikurangkan. Campurkan 3 bahan tersebut. Biarkan 20 minit, pastu bilas hingga bersih. Masker ini dapat mengurangkan jerawat & memudarkan parut.
KULIT GLOWING BERSERI
( tepung beras + yoghurt )
Oles rata ke muka atau badan. Masker ini membantu hilangkan bintik hitam, bekas luka, dan kulit kusam. Kedua bahan ini juga dapat meremajakan kulit dari dalam, sehingga membuatnya bercahaya secara semulajadi.
SCRUB TUBUH
( tepung beras + madu + gula + minyak kelapa )
Gaul rata & jadikan scrub. Scrub ini akan mengbuang sel-sel kulit mati. Oleh itu, sel kulit baru akan aktif membuatkan kulit uols lebih lembut.
sumber : Ema Tunz
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Yunos Laith sekali lagi mencuri perhatian apabila penyanyi, komposer dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim berkongsi momen istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka...