Seronok apabila dapat meluangkan masa melakukan aktiviti bersama anak-anak. Walaupun aktiviti biasa-biasa sahaja, namun yang penting dapat mengeratkan hubungan dengan anak-anak, mencurahkan kasih sayang dan perhatian sewajarnya. Lebih-lebih lagi ketika mereka masih kecil.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh Dr Syahr Musafir yang menggunakan kaedah menanam untuk meluangkan masa dengan anak-anak sekali gus mencipta memori indah bersama untuk kenangan apabila anak-anak dewasa kelak.
Saya tahu je ramai orang baca postings saya tetapi tak Like, tak komen. Betul tak?
Kepada yang suka perkongsian saya, saya ucapkan terima kasih dan saya hargai kesudian berkawan dengan saya di alam maya ni.
Kepada yang tak suka jika ada, saya nak pesan janganlah tak suka sampai membenci saya tak buat salah apa pun kat awak 🙂
Ni saya tulis begini sebab saya tahu ada orang follow saya untuk tenangkan jiwa tengok saya share pasal kehidupan biasa-biasa saya sekeluarga ni.
Nak semai petang ini, semuanya bahan dapur saya kumpul dalam besen ni.Rajin Angah tolong susunkan. Ini semua saya semai petang tadi. Saya rasa ‘satu pasar’ ada ditanam di rumah saya ni. Pokok yang sudah ada ditanam pun saya masih tanam yang baru juga. Entah apa yang tak ada, saya pun tak pasti 😅😅😅
Memang biasa-biasa saja, petang ini saya libatkan anak-anak semai benih tumbuhan. Sayur kangkung yang dibeli dari pasar pun saya simpan akarnya untuk semai ke tanah siap ajak anak-anak buat sekali. Saya biar je anak-anak kotorkan tangan, basah kena siram air, bla bla bla. Ada masa sengaja saya kotorkan atau basahkan anak-anak, orang putih kata nak create memories 💕💕💕
Ads
Saya nak ambil cocopeat, sejenis bahan sabut kelapa yang digunakan untuk jadi tanah semaian biji benih. Anak-anak nak bantu, saya alu-alukan saja. Terutamanya Aboy HE (4 tahun 7 bulan) dan Adik AL (2 tahun 8 bulan) paling excited nak tolong.Ada pembantu-pembantu. Aboy dan Adik tolong kacaukan tanah, manakala Angah IY (7 tahun 9 bulan, Darjah 2) tengah susun biji benih untuk ditanam. Along ST (10 tahun, Darjah 4) sedang bersama Mama ketika ini beri susu kepada bayi-bayi arnab.
Saya pun selamba saja berkebun pakai kain pelikat pun ambil gambar letak di Facebook. Tak malu betul 😅😅😅
Siap semai semua biji benih, ini saya ambil gambar yang avocado Sabah saja. Teruja kerana perlu kesabaran tinggi, sebab 4 hingga 5 tahun nanti baru ada hasil buahnya jika biji benih ini berjaya menjadi pokok dan hidup dengan baik. Mohon doakan, boleh?Daripada arnab dewasa, saya belajar cara nak jaga bayi arnab yang baru lahir. Saya ajak Along dan Angah belajar sekali. Hasilnya sekarang Along dan Angah lebih pandai uruskan bayi arnab berbanding saya, sampai besar dah anak-anak arnab nak sama besar dengan ibunya dah dijaga Along dan Angah. Aboy dan Adik paling teruja bab nak beri makan kepada arnab-arnab dewasa. Alhamdulillah.Dapat 5 ekor bayi arnab yang baru. Along dan Angahlah jaga setiap hari. Mendidik Along dan Angah tentang disiplin (beri makan ikut masa), tanggungjawab, kasih sayang terhadap makhluk dan juga keseronokan. Pengalaman dan didikan sebegini tak boleh dibeli dengan wang ringgit.
Bukan apa, di Facebook saya ni saya memang share pasal benda-benda santai sosial sebegini. Maaflah kalau bab kerjaya saya hampir tak share langsung atau mungkin share 1 kali je dalam 200 postings kot.
Dulu saya aktif juga menulis teori keibubapaan dan kekeluargaaan tetapi saya rasa menulis santai seperti sekarang masih tetap bertema keibubapaan dan kekeluargaan, maksud tersirat tetap dapat beri manfaat….
Berkorban apa saja, demi orang tersayang. Tatkala orang lain berlumba-lumba mengejar impian dan ingin mencapai cita-cita, pemuda ini mengambil pendekatan berbeza. Dia sanggup melupakan hasrat bergelar doktor demi kasih kepada bapanya yang menghidap angin ahmar sejak lima tahun lalu.
Itu pengorbanan Faiq Syukri Saparudin, 28, yang nekad tidak berkhidmat dalam bidang perubatan walaupun memiliki Ijazah Perubatan dari Royal College of Surgeons, di Dublin, Ireland selepas berhempas pulas enam tahun melengkapkan pengajian.
Menceritakan kisah hidupnya yang kini memilih kerjaya perunding kewangan berkata, dia menjaga bapanya Saparudin Arifin, 61, selepas tidak sanggup melihat kesusahan ditanggung ibu, Suraya Adam, 53, dan adik beradik ketika dia menyambung pengajian.
“Sebaik tamat pengajian pada November 2017, saya menerima tawaran berkhidmat di Hospital Batu Pahat Ogos tahun lalu, namun meminta penangguhan enam bulan kerana mahu menjaga ayah sebelum ditawarkan semula berkhidmat di hospital sama Februari ini.
“Saya akhirnya membuat keputusan tidak berkhidmat sebagai doktor dan ini lah masa saya membalas jasa mereka,” katanya.
Menurutnya, walaupun keputusan itu dipandang sinis oleh orang sekeliling, dia bersyukur kerana keluarga menerima dan sentiasa memberi sokongan.
Beliau yang menetap di Johor Bahru berkata, dia terkesan apabila ibu yang tidak bekerja perlu mencari wang bagi menampung rawatan bapa.
“Ibu buat pelbagai kerja seperti menjadi ejen produk kesihatan demi menampung perbelanjaan,” kata anak kedua daripada enam beradik itu.
Beliau berkata, bapanya yang juga bekas pensyarah di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pencen lebih awal kerana kesihatan tidak mengizinkan.
Katanya, kerjaya sebagai perunding kewangan kini membolehkan dia membahagikan masa bekerja sambil menjaga bapanya, selain menanggung persekolahan adiknya.
“Tiada istilah kesal dalam hidup saya kerana keluarga tiada galang gantinya. Pekerjaan boleh dicari asalkan kita rajin berusaha.
“Pada masa akan datang mungkin saya membuka klinik sendiri walaupun tidak dapat menjadi doktor, tapi berharap dapat terus menyumbang kepada masyarakat,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap ibu bapa ingin memberi yang terbaik kepada anak-anak. Begitu juga dengan anak istimewa seperti autisme.
Ikuti panduan daripada Amirah Mohd Occupational Therapist, Excel Qhalif yang menjelaskan mengenai persoalan ini.
“Teacher, autisme ni boleh sembuh ker”. Saya yakin kebanyakan ibu bapa yang bertanyakan soalan ini sudah pun melakukan bacaan di internet atau buku, menonton video-video berkaitan di youtube, atau mungkin sudah pun bertanyakan soalan yang sama pada mana-mana professional yang lain sama ada doktor pediatrik, psikologis, atau terapis lain.
Walaupun begitu, saya faham mengapa ibu bapa masih mengajukan soalan berkenaan, dan tidak ada salahnya bagi ibu bapa untuk sentiasa mengkaji dan mendapatkan pandangan lain (second opinion) daripada para professional, malah saya memuji ibu bapa yang selalu berusaha untuk memahami autism dengan lebih mendalam.
Walau bagaimanapun, bagi saya ini adalah soalan killer. Kerana soalan ini diajukan dengan seribu satu pengharapan untuk mendapatkan jawapan yang lebih positif. Dan setiap kali ditanya, saya akan sentiasa memberikan jawapan klise;
“Symptom Autisme takkan sembuh, Puan/Tuan. Tapi kita boleh optimum kan kemahiran mereka melalui kaedah intervensi yang ada sekarang seperti terapi carakerja (occupational therapy), terapi pertuturan (speech therapy), ABA (applied behavior analysis) dan lain-lain”
Saya pasti info yang sama juga diberikan oleh professional yang lain, kerana secara faktanya, belum ada lagi ubat yang dapat dihasilkan untuk menyembuhkan autism. Secara diagnosis juga autism juga tidak dikategorikan sebagai penyakit, tetapi adalah kecelaruan (disorder) yang berlaku di dalam otak. Punca mengapa terjadinya kecelaruan tersebut masih belum dapat dikenal pasti, maka kerana itu dari segi bioperubatan kaedah rawatannya masih belum ditemui, tetapi saya yakin kajian akan terus berjalan.
Namun, ibu bapa juga mungkin pernah bertemu atau mendengar satu dua kes kanak-kanak yang semasa di awal usianya di diagnos dengan autism, tetapi segala simptom sedikit demi sedikit hilang selepas menjalani intervensi/intervensi, apabila umurnya meningkat, dan dapat membesar seperti kanak-kanak tipikal.
Kerana autism juga dilihat sebagai satu spektrum yang misteri, maka perkara ini ini bukanlah sesuatu yang mustahil atau pelik. Banyak juga kajian yang dijalankan untuk membincangkan situasi ini, salah satunya oleh doktor perkembangan kanak-kanak dari Hospital Kanak-Kanak Montefiore, Dr Lisa Shulman, menyatakan 569 orang kanak-kanak di Bronx, New York yang di diagnos dengan ASD dalam tahun 2003 sehingga 2013, 38 orang daripadanya disifatkan telah tiada simptom autism selepas menjalani penilaian semula empat tahun kemudiannya. Walau bagaimanpun, kebanyakan mereka masih lagi menunjukkan beberapa gejala lain seperti masalah pembelajaran, masalah emosi, masalah tingkah laku dan lain-lain.
Bolehkah Anak Autisme Sembuh? Ibu Ayah Perlu Tahu Info IniWalau bagaimanapun, ini bukanlah bermaksud autism itu sembuh. Boleh jadi antaranya situasi yang berlaku adalah kesilapan semasa diagnosis kerana dilakukan pada usia yang sangat muda sekitar 1 hingga 3 tahun. Biasa juga berlaku pada kanak-kanak tipikal mengalami proses perkembangan lewat sama ada dari segi perkembangan pertuturan dan komunikasi, perkembangan kognitif, isu sensori dan lain-lain.
Hal ini berkemungkinan terjadi kerana kurangnya ransangan luar, kurang pergaulan bersama rakan sebaya, pendedahan yang kerap kepada gajet, dan lain-lain faktor. Namun saya tidak menyatakan diagnosis pada awal usia itu tidak perlu, malah ibu bapa sangat digalakkan untuk berjumpa pakar sekiranya anda mengesan ‘red flags’ dalam perkembangan anak di awal usianya.
Kerana ibu bapa yang lebih berjaga-jaga di perkembangan anak pada awal usia, akan memberi ruang yang lebih lama untuk anak menerima rawatan sebelum umurnya meningkat memasuki alam persekolahan. Dan kanak-kanak yang menerima rawatan di peringakt usia yang lebih muda juga kebiasaannya menunjukkan progres yang lebih bagus.
PANDUAN MENGIKUT UMUR
Saya kongsikan satu contoh yang baik dalam perancangan ibu bapa kanak-kanak autism yang pernah saya temui. Umur kanak-kanak tersebut ketika ini adalah 3 tahun 3 bulan.
Usia 2 tahun 4 bulan : Mula bertemu doktor pakar kanak-kanak kerana sudah mengesan ‘red flags’ seperti lambat bercakap dan kurang ‘eyes contact’. Di diagnos dengan Autism dan mula menjalani intervensi terapi carakerja
(Occupational Therapy)
Usia 2 tahun 9 bulan : Mula menjalani intervensi terapi bahasa dan pertuturan (Speech and Language therapy). Masih meneruskan intervensi OT.
Usia 3 tahun 3 bulan : Mula menjalani kelas Early Intervention Programme (EIP)
Usia 5 dan 6 tahun : Merancang untuk mendaftar kelas tadika biasa (bergantung pada progres perkembangan semasa).
Usia 7 tahun : Merancang untuk mendaftar sekolah tahun satu (bergantung pada progress perkembangan semasa, sama ada kelas PPKI atau kelas aliran perdana).
Melalui contoh kes kanak-kanak di atas, kerana sudah didiagnos di awal umur, ibu bapanya tidak berlengah untuk menyegerakan intervensi OT. Sebagai terapis yang menjalankan rawatan ke atasnya, saya melihat perkembangan yang sangat positif pada kanak-kanak tersebut sepanjang proses intervensi. Walau bagaimanapun, sudah semestinya kita tidak boleh menyama ratakan setiap perkembangan kanak-kanak. Tetapi di sini faktor menerima rawatan/intervensi di awal usia sangat membantunya untuk mendapatkan progres dan prognosis yang lebih baik.
Kesimpulan yang saya ingin kongsikan dengan ibu bapa di luar sana, sama ada autism boleh sembuh atau tidak, janganlah kita hanya tertumpu pada persoalan tersebut sahaja. Biarlah ia menjadi isu kepada para pengkaji yang saya yakin tidak akan berhenti menjalankan kajian. Saya faham seandainya terdapat ibu bapa yang melalui fasa penafian (denial), tetapi berada dalam fasa tersebut terlalu lama dengan tidak berusaha untuk berjumpa dengan pakar tidak akan membantu anak anda untuk mendapatkan progres yang baik.
Buat para ibu bapa, sekiranya anda sudah mula mengesan ‘red flags’ dalam diri anak, ataupun bagi yang anaknya sudah pun didiagnos Austime, yang paling utama untuk disegerakan adalah mendapatkan rawatan dan cuba memahami sedalamnya bagaimana anda dapat membantu anak anda untuk mempersiapkan diri mereka untuk menempuhi cabaran dunia luar. Saya yakin usaha dan pengorbanan ibu bapa beserta doa dan tawakal yang tidak putus, pasti akan berbaloi dengan ganjarannya satu hari nanti, In Shaa Allah
Satu masalah bagi ibu yang bekerjaya, untuk memilih orang yang betul-betul diyakini untuk menjaga anak kita sepanjang ketiadaan kita. Situasi sebegini turut dirasai oleh pelakon, Mira Filzah yang mengakui susah untuk mempercayai orang luar dalam memberi amanah menjaga putera tunggalnya di rumah.
Tambah Mira, pemergian pembantunya ke kampung untuk beberapa bulan memberi kesan kepada aktres tersebut dalam menguruskan anak.
Perkara itu dikongsikan sendiri olehnya di Instagram Story miliknya yang menyatakan bahawa dirinya kurang aktif di media sosial sejak kebelakangan ini oleh kerana ketiadaan pembantu dalam menguruskan hal rumah.
Malah, Mira atau nama sebenar Nur Amirah Filzah Badioezaman sempat memuji kaum ibu di luar sana yang menjaga anaknya sepenuh masa tanpa pembantu kerana dia menyedari bahawa tidak mudah menguruskan anak serta rumah sendirian.
“Kurang update sejak kebelakangan ini sebab pembantu balik rumahnya selama 2 bulan lebih. Saya tak tahu bagaimana ibu-ibu di luar sana buat tapi hebatnya kaum ibu yang menjaga anak sendiri tanpa pembantu.” tulisnya.
Oleh kerana sukar untuk mempercayai orang luar, Mira membuat keputusan untuk menguruskan sendiri anaknya, Wan Khair Amir. Mira meluahkan rasa puas hati dengan pembantu lamanya, namun dia percaya segala yang berlaku mempunyai hikmah disebaliknya.
“Bukan tak nak panggil babysitter datang hari-hari tapi susah nak bina kepercayaan dengan orang. Dengan pembantu lama kita dah bina kepercayaan selama lima bulan, dia bagus sangat tapi tuhan maha mengetahui.” tambahnya.
Susulan itu, Mira mengharapakan dapat bertemu dengan pembantu yang bertanggungjawab, menyanyangi anaknya dan yang paling penting jujur dan ikhlas dalam menjalankan amanah yang diberi.
Isteri kepada Wan Emir itu juga menyatakan untuk membawa Amir dalam jadual kerjanya pada Januari depan oleh kerana berat hati untuk meninggalkan puteranya itu setelah dia mula menjaga Amir 24 jam.
Sumber: Instagram @mfmirafilzah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bella Astillah mendedahkan pernah mendapatkan bantuan pakar psikiatri ketika melalui fasa sukar lapan tahun lalu serta berharap masyarakat menghentikan stigma terhadap isu kesihatan mental.