Pernah dengar kan tentang kamera yang disembunyikan oleh pihak tidak bertanggungjawab sama ada dalam bilik hotel mahupun tandas awam.

Jadi, kalau anda yang nak pergi bercuti tu, apa kata baca terlebih dahulu tips penting yang dikongsikan ini. Supaya anda tidak menjadi mangsa  oleh ‘mata-mata’ yang ada di dalam bilik hotel.

“Sentuh Cermin Dengan Jari, Kalau Tak Ada Jarak… ” Wanita Kongsi 5 Tip Cari Kamera Tersembunyi Dalam Hotel!

Justeru,  perkara pertama yang perlu dilakukan adalah memeriksa hotel atau tempat penginapan selepas anda check-in.

Terdapat lLma tips yang boleh membantu anda Untuk mencari sekiranya terdapat kamera tersembunyi di dalam bilik seperti yang dikongsikan oleh Arin di akaun Twitter miliknya.

 

1. GUNA MATA KASAR

Kena alert dan perhati barang barang yang ada dalam bilik tu. Sebagai contoh, penggera asap, celah susunan buku ataupun majalah, bawah meja makan, rak TV, dekat aircond, gambar kat dinding, mentol lampu, penapis air, hanger baju & seumpama dengannya lah.

IKLAN

Perhati benda yang berwayar ataupun berlampu. Kalau nampak adapter ataupun suis yang macam seram, cabut je wayar ataupun off je suis tu terus. Yang selalu ada kes camera tersembunyi ni dekat hanger, jam, pengecas USB, flash disk & mentol lampu. Seram!

2. BUNYI MAIN PERANAN

Kalau lepas  check in, dengar elok elok takut ada bunyi something! Sebab sesetengah camera dia kadang ada bunyi macam ‘buzz’, tapi slow je & dia boleh record benda yang gerak kat sekeliling.

“Sentuh Cermin Dengan Jari, Kalau Tak Ada Jarak… ” Wanita Kongsi 5 Tip Cari Kamera Tersembunyi Dalam Hotel!

IKLAN

3. GUNA CAMERA PHONE

Ni ramai tak tahu ni: – off semua lampu dan biar bilik tu gelap – bukak camera phone dan halakan dekat tempat yang anda rasa seram tu sambil tengok dekat screen phone – kalau nampak macam lampu berkelip kat phone tu, maybe tu sinaran infra merah camera.

Mostly camera memang ada sinaran infra merah untuk record dan tengok dalam gelap. Sinaran infra merah tu memang takleh tengok dengan mata kasar, boleh tengok guna camera phone je!

4. GUNA LAMPU SULUH

IKLAN

Sama jugak macam yang tadi, off semua lampu dan biar bilik jadi gelap!  on je lampu suluh dekat phone lalu suluhkan dekat tempat yang nak cari.

Kalau nampak macam pantulan cahaya, mungkin ada camera sebab selalunya lens camera kan kaca.

5. SENTUH CERMIN DENGAN JARI

Sentuh cermin dengan jari anda,  perhatikan jarak jari dengan cermin. Kalau ada jarak antara jari dan pantulan kat cermin tu, bermakna selamat.

Kalau tak ada jarak macam kat gambar tu, itu bermakna ada sesuatu di belakang cermin.

“Sentuh Cermin Dengan Jari, Kalau Tak Ada Jarak… ” Wanita Kongsi 5 Tip Cari Kamera Tersembunyi Dalam Hotel!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI