Pikat Selera Anak Dengan Potato Fritters, Cucur Kentang Sagat Yang Nampak Biasa Tapi Serius Sedap. Wanita Ini Kongsikan Resipinya.

Share

Sekali pandang nampak macam cucur udang kan. Tapi kalau dah cuba buat sendiri rasanya memang ada umphh.

Kentang yang disagat halus memang tinggalkan rasa yang lain daripada yang lain. Rasanya yang lemak buat kita sedap nak mengunyah.

Paling penting cara nak buatnya sangatlah mudah. Kalau hujung minggu boleh cuba buat resipi ni untuk anak-anak. Mesti anak-anak suka.

Resipi ini dikongsikan saudari Noraida Durani di facebooknya dan rata-rata ramai yang dah cuba mengatakan rasanya cukup umphh dan tip top.

Kalau digoreng garing dan nipis mesti lagi meletup rasanya. Hebat!

Jom cuba!

POTATO FRITTERS
3 biji kentang (sagat halus)
4 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Perasa -jika suka

1.Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan juga perasa. Gaul sebati.

2. Panaskan minyak masak, sudukan adunan dan goreng hingga kuning. Pastikan agak leper dan balik-balikkan. Biarkan hingga masak.

3.Tadaa….dah siap.

Sedap dimakan bersama sos

Kredit: Noraida Durani

IKLAN