Sihat, antara nikmat yang tiada ternilai harganya. Satu anugerah yang membolehkan kita menjalani kehidupan ini bagi melakukan kerja dan aktiviti harian dengan lancar dan sempurna.
Namun hidup ini juga satu ujian, tidak selalunya indah. Hari ini sihat, mana tahu esok lusa diuji pula dengan kesakitan. Semua boleh berlaku dengan sekelip mata.
Apatah lagi bila diuji dengan penyakit kanser. Seakan satu bom jangka dapat dirasakan terjadi dalam hidup.
Ini memandangkan stigma bagi sesetengah pihak yang beranggapan jika disahkan menghidap penyakit tersebut, itu bermakna maut menanti. Sekali gus apabila disahkan mempinyau penyakit kanser dalam tubuh badan, ia menjadi detik hitam dalam hidup mereka.
Sudah pasti berita yang diterima itu membuatkan penghidap kanser tertekan, namun kisah perjuangan Nur Izzatie Mohd Rizan, 33, melawan penyakit kanser Limfoma ini boleh disifatkan menakjubkan untuk dijadikan inspirasi buat semua.
Ketepikan Kerjaya Untuk Bangkit Melawan Kanser
Memetik kisahnya sebagaimana dikongsikan di mStar, wanita yang mesra disapa Zety ini mengetahui mengenai penyakitnya selepas pulang bertugas membuat liputan Pilihanraya Umum ke-14 di Pengerang, Johor.
“Kesibukan kerja menyebabkan saya ingatkan benjolan di sebelah kanan leher saya ni beguk.
“Saya pula jenis lasak dan sememangnya dari kecil susah nak dapat penyakit, jadi saya tak layan sakit badan dan rasa lesu macam nak demam tu. Tapi keadaan makin teruk pula selepas tu dan benjolan itu tak surut, sebaliknya makin besar.
“Saya ambil keputusan ke klinik berjumpa doktor. Doktor bagi antibiotik dan ubat sapu untuk jangkitan kuman tapi tidak nampak kesanya. Saya pun ambil keputusan ke hospital swasta di Seremban,” ujar Zety yang sudah berkecimpung dalam dunia kewartawanan selama 13 tahun turut mengakui dirinya kurang pendedahan mengenai penyakit kanser sebelum ini.
Balik Kampung Berubat
Setelah mendapat keputusan buat kali kedua menerusi prosedur imbasan CT yang mengesahkan dia menghidap kanser limfoma pada tahun 2018, ahli keluarga Zety membawanya pulang ke kampungnya di Jelebu, Negeri Sembilan.
“Kesedaran tentang kanser memang kurang dan ia beri kesan pada diri hinggakan kurang tidur sebab stres. Asyik fikir apa nak buat dengan hidup.
“Lebih-lebih lagi apabila ramai yang menasihatkan supaya tidak teruskan rawatan kemoterapi,” katanya sambil menambah kansernya dalam kategori tidak agresif.
Berkongsi pengalamannya, Zety berkata kesakitan yang dialami begitu perit dan sukar digambarkan sekitar pukul 5 pagi di mana dia akan alami batuk berterusan dan wajahnya akan membengkak.
Lebih menyeksakan apabila mengalami sakit pada tubuhnya hinggakan berat badannya turun mendadak dan menyebabkan Zety sukar untuk duduk.
Keadaan Semakin Parah
Disebabkan keadaan semakin parah, pada tahun 2019 paru-paru wanita ini dipenuhi air membuatkan dirinya semakin lemah untuk bergerak.
“Masa tu saya dah tak larat. Nak tidur pun secara menelungkup di sofa, sebab dengan cara itu saja saya boleh bernafas.
“Disebabkan keadaan saya semakin lemah, emak bawa saya ke hospital dan rawatan yang dibuat menyebabkan air dikeluarkan dari paru-paru, semuanya lebih kurang 10 botol,” katanya.
Bercerita lanjut, wartawan penyiaran stesen televisyen terkemuka di negara ini mengakui mencuba rawatan alternatif hingga berdepan masalah untuk mendapat rawatan susulan di hospital.
“Saya ingat lepas makan ubat alternatif, kesannya lebih baik sebaliknya keadaan semakin parah,” luah wanita yang mendakwa ditinggalkan suami yang dikahwininya selama empat tahun ketika berdepan dugaan akibat penyakit itu.
“Diberi 2 Pilihan, Koma Atau Paru-paru Ditebuk…”
Walaupun banyak hospital telah menolak untuk merawatnya, namun Zety bersyukur ada sebuah hospital di Seremban bersedia membantunya.
“Saya diberi pilihan untuk koma atau paru-paru ditebuk tetapi saya tolak kedua-duanya dan saya memilih untuk ditebuk,” ujarnya yang bersyukur kerana mempunyai ibu yang bersusah payah membantunya.
Ditanya mengenai tugasnya sebagai wartawan, graduan Ijazah Komunikasi Korporat Universiti Infrastruktur (IUKL) yang belum dikurniakan cahaya mata itu akui apabila terpaksa melepaskan kerjayanya bagi memberi tumpuan kepada kesihatan dirinya.
“Bila dah kena macam ni, banyak urusan dunia harus dilepaskan kerana fokus utama adalah rawatan untuk segera sembuh,” katanya.
Energy Positif Bantu Segera Pulih
Bagaimanapun, Zety tidak terpaksa menerima hakikat apabila terkena jangkitan virus sehingga lapisan pertama paru-paru sebelah kanannya bernanah dan terpaksa melakukan pembedahan untuk membuang lapisan tersebut.
Setelah segala ujian yang ditempuhi wanita ini, dia akhirnya pulih daripada penyakit kanser pada Jun 2020 dan sejak itu hanya perlu melakukan pemeriksaan secara berkala dan dapat kembali bertugas seperti biasa.
“Saya rasa salah satu sebab saya segera pulih kerana saya memaafkan “Saya rasa salah satu sebab saya segera pulih kerana saya memaafkan orang. Bila kita maafkan orang ni, energy positif membantu saya cepat pulih.
“Jangan anggap penyakit yang Allah beri ini satu musibah, sebaliknya ia anugerah daripadaNya. Sebenarnya melalui dugaan ini jugalah kita boleh kenal orang di sekeliling kita. Siapa yang ada dan bantu kita ketika sakit sebab saya sendiri banyak hilang kawan masa sakit,” ujarnya.
Nasihatnya buat sesiapa yang didiagnosis menghidap kanser supaya tidak membuang masa mendengar cakap-cakap orang terutama yang gemar mencadangkan pelbagai rawatan alternatif, sebaliknya terus dapatkan dan jalani prosedur rawatan di hospital adalah tindakan terbaik.
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Daun herba atau sayur hijau sering digunakan namun jangka hayatnya tidak tahan lama. Jika beli dalam kuantiti yang banyak ia cepat rosak. Tetapi waktu masak, biasanya daun seperti ketumbar, daun kunyit dan limau purut bukanlah diguna banyak pun.
Hanya sedikit sahaja, jadi sayang lebihan itu kalau dibiarkan lama dalam peti mudah busuk dan tidak bertahan lama. Tapi ada cara jika ibu-ibu mahu sayuran ini tahan lebih lama.
Jom ikut petua yang dikongsikan oleh Nik Hazifah jika mahu kekalkan kesegaran dedaun. Tak perlu lagi nak ke kedai beli yang baru jika mahu menggunakannya.
“Aiskrim” ketumbar, daun kunyit dan daun limau purut. Guna plastik aiskrim, masukkan daun-daun tu, masukkan air paip dan ikat. Masukkan dalam freezer. Jimat space dalam freezer.
Ni adalah cara untuk kekalkan kesegaran daun-daun ni.. Kadang beli nak pakai sikit, yang lain kering layu dalam peti sejuk. Nak defrost pun kejap je..keluarkan dari plastik tu, Lalukan bawah air paip, setel.
Tumbuhan herba pudina mungkin tidak ramai mengetahui begitu banyak manfaatnya. Selain boleh dijadikan ramuan tambahan ketika menyediakan laksa, daun pudina juga boleh dijadikan minuman menyegarkan.
Malah jika dikunyah mentah daun pudina tersebut dikatakan petua terbaik untuk menghilangkan bau mulut. Kesan kesegarannya jauh lebih baik daripada menguyah gula-gula getah.
Untuk itu, elok kiranya kita menanam pudina ini di laman rumah. Selain boleh digunakan untuk pelbagai tujuan, pokok pudina ini juga dapat menyerikan laman kediaman.
Dimana hendak dapatkan benihnya? Mungkin ada yang tertanya-tanya. Paling mudah sekiranya ada membeli pudina di market untuk dijadikan ramuan masakan, asingkan sebatang dua untuk ditanam.
Nak tahu cara menanamnya? Ikuti langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Rashidah Arshad ini.
Cara Menanam Pudina
2. Potong pucuk pudina dari pokok yg sedia ada atau p la beli kt market nu.. ambik bahagian pucuk dlm 3-4″
3. Cucuk ke tanah
4. Penuhkan seperti di dalam gambar.
5. Letak tempat redup. sy letak bwh pokok2 lain. Biarkan sampai stabil. Bila da cantik kejadiannya, potong pucuk n ulang je proses ke pasu lain.. kalau dibiarkan nnt jd lupus kering tak cantik.. kena trim bila da byk.. wat la ulam ka.. teh ka.. nasi ka.. laksa ka hihihi..
Inilah hasilnya… buh la baja 2 minggu skali.. siram ayaq beras..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.