Kebiasaanya bila kita ada menanam pokok di laman rumah, semestinya kita mahukan pokok tersebut hidup subur.
Oleh itu, nak tak nak mesti kita akan beli baja untuk membantu pokok tersebut hidup sihat.
Pun begitu, tahukah anda dalam sedar atau tidak setiap hari kita sebenarnya boleh hasilkan baja dengan menggunakan bahan sisa daripada dapur.
Menariknya juga tanpat menggunakan kos, tanaman akan hidup subur dan terjaga rapi. Ini sebagaimana yang sering dilakukan oleh Puan Bebiyana Tambi Khan yang sememannya suka bercucuk tanam.
Ini perkongsiannya.
Hari ni Kak BB kongsi salah satu baja tambahan yang Kak BB guna, ianya sangat berkhasiat, murah dan senang dapat namun sering terlepas pandang.
Setiap kali Kak BB bersihkan ikan, Kak BB tak buang air cucian itu. Ada banyak khasiat dalam air tu.
Ads
Bukan untuk kita lah, untuk tanaman kita di belakang dan tepi rumah. Ini antara baja “natural” yang terbaik untuk pokok pokok bendi, lemon dan tanaman lain. Nampak kan, pokok pokok Kak BB sihat?
Caranya :
• Untuk air cucian ikan, siram je kat pokok pokok tanaman. Pokok pokok cepat subur bila guna baja ni.
• Sisa insang dan perut ikan kita buat baja. Kak BB dah banyak kali buat. Senang dan menghasilkan baja yang berkhasiat untuk tanaman.
Ads
Mana nak dapat sisa ikan ni? Pergi je kat pasar ikan, minta je dengan penjual ikan kat situ. Mereka bagi free, bawa tong je.
Tuangkan sisa ini kedalam tong atau baldi, tambah air lebih sikit menutupi sisa itu. Tutup tong/baldi, elok guna bekas yang ada penutup. Tak nak lalat masuk, bertelor dan berulat nanti. Letak jauh sikit kat belakang rumah.
Biarkan selama 2 minggu. Dalam masa 3 hari akan keluar bau yang “harum” dari bekas itu, jangan usik. Bau akan kurang selepas beberapa hari lagi.
Selepas 2 minggu, boleh buka tong itu, sisa insang dan perut ikan hancur dah. Baja kita dah jadi, boleh guna dah.
Caranya : untuk 1 sukatan baja tambah 3 sukatan air. Gaul hingga baja tu larut. Siram kat pokok pokok buah. Sangat baik untuk pokok limau, serai, halia dan cili yang kita tanam.
Memiliki rumah dengan adanya sebidang tanah biarpun kecil tentunya perlu diberi perhatian. Apatah lagi jika dibiarkan akan menyebabkan ruang tanah yang ada akan ditumbuhi rumput dan sekali gus menjejaskan suasana kediaman untuk nampak selesa dan kemas.
Biasanya bila sebut pasal menghapuskan rumput, tentunya penggunaan racun kimia paling popular. Namun, sebagai ibu bapa terfikir juga kita akan bahayanya racun ini jika sering kali digunakan untuk mematikan rumput di kawasan laman sendiri.
Bimbang juga, jika selepas meracun anak-anak bermain di kawasan tersebut tanpa kita sedari. Akhirnya membahayakan kesihatan dan keselamatan. Begitu juga jika ada memelihara kucing yang dibiarkan bebas, jika kucing tersebut termakan rumput yang diracun tentu membawa padah.
Jadi apa cara kita untuk mematikan rumput yang tumbuh itu dengan teknik yang lebih selamat?
Ini merupakan perkongsian berguna oleh seorang pengguna Facebook, Lucius Maximus untuk hapuskan rumput liar yang tumbuh dengan hanya menggunakan dua bahan asas yang ada di rumah. Jom cuba buat.
Bahan-Bahan:
Cuka Masakan
Sabun Cecair Pencuci Pinggan
Alat Penyembur (Spray)
Cara Membuat:
1. Tuangkan cuka masakan ke dalam alat penyembur.
2. Setelah itu, titiskan 3 atau 4 sudu besar sabun cecair pencuci pinggan ke dalam alat penyembur tersebut.
3. Kemudian, semburkan ia pada kawasan rumput liar tersebut secara menyeluruh.
Tip Tambahan:
-Cuka masakan mengandungi asid asetik yang boleh membuatkan rumput liar mudah mati.
-Sabun pencuci pinggan pula bertindak sebagai ejen pelekit yang memastikan cuka yang disembur, melekat pada rumput liar tersebut.
-Sembur hanya sekali, selepas seminggu hasilnya rumput akan bertukar warna coklat, akarnya menjadi kering dan mudah dicabut.
Selamat mencuba.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini ramai ibu bapa dan keluarga mula perasan anak mereka atau orang sekeliling jatuh sakit dengan simptom influenza. Menurut Pakar Perunding Pediatrik & Pediatrik Endokrinologi dan Ketua Bahagian Kepakaran (Pediatrik) KPJ Healthcare Berhad, Prof Madya Dr Rashdan Zaki Mohamed dari KPJ Damansara Specialist Hospital 2, influenza sebenarnya berlaku sepanjang tahun.
Namun ada dua tempoh yang selalu menunjukkan peningkatan iaitu sekitar Mei hingga Julai dan November hingga Januari. Cuaca tak menentu, musim perayaan dan sesi cuti persekolahan (di mana ramai yang cuti melancong atau berkumpul beramai-ramai) juga boleh mempengaruhi penyebaran virus. Kalau di luar negara, musim sejuk biasanya jadi punca utama peningkatan kes.
Ramai yang tertukar antara influenza, selesema biasa dan COVID-19 kerana simptomnya hampir sama. Tetapi bagi influenza, terdapat beberapa tanda yang lebih ketara. Demamnya biasanya tinggi melebihi 38.5 darjah dan berulang walaupun sudah diberi paracetamol. Kesan ubat pun selalunya bertahan sekitar empat hingga enam jam sahaja.
Demam pula boleh berlarutan tiga hingga lima hari dan pesakit kerap mengadu sakit kepala, sakit tekak dan sakit badan. Bagi pesakit yang pernah dijangkiti COVID-19 dan juga influenza, ramai yang mengatakan simptom influenza jauh lebih serius daripada COVID-19!
Untuk pastikan ia benar-benar influenza, cara paling tepat adalah dengan ujian calitan di klinik atau hospital. Cuma kadang kala keputusan pada hari pertama boleh jadi negatif dan hanya muncul positif selepas beberapa hari jangkitan bermula.
Influenza bukan penyakit ringan terutamanya untuk kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas, ibu hamil dan mereka yang mempunyai penyakit kronik. Komplikasi boleh jadi serius, antaranya radang otak yang lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak, radang paru-paru, radang otot dan dalam kes tertentu boleh membawa maut.
Menurut WHO, dianggarkan dari 290,000 hingga 650,000 kematian setiap tahun di seluruh dunia berpunca daripada jangkitan dan komplikasi influenza. Inilah sebabnya pengambilan vaksin tidak wajar dipandang remeh.
“Vaksin influenza berfungsi dengan dua cara. Pertama ia membantu mengurangkan risiko seseorang dijangkiti virus. Kedua ia menguatkan sistem imun supaya jika individu itu terkena jangkitan pun gejalanya lebih ringan dan kurang berisiko menjadi komplikasi serius. Oleh kerana virus influenza sentiasa berubah dan bermutasi, pengambilan vaksin setiap tahun sangat penting untuk memastikan perlindungan yang kita dapat seiring dengan strain terkini.”
Terdapat salah tanggapan bahawa vaksin boleh menyebabkan seseorang dijangkiti virus influenza. Hakikatnya dalam vaksin influenza tidak ada kuman hidup, jadi ia tidak boleh menyebabkan jangkitan.
Ada juga yang berfikir jika mereka tak pernah kena influenza, maka tak perlu ambil vaksin. Sebenarnya sesiapa pun boleh dijangkiti bila-bila masa walaupun tiada sejarah sebelum ini. Lebih bahaya jika individu itu tidak menunjukkan gejala kuat tetapi menyebarkan virus kepada orang lain terutama golongan berisiko.
Bagi yang merancang melancong ke negara sejuk atau menunaikan umrah dan haji, sangat digalakkan untuk mengambil vaksin sekurang-kurangnya dua minggu sebelum berangkat. Ini kerana tubuh mengambil masa untuk membentuk imuniti.
Bagi kanak-kanak di bawah 9 tahun, kali pertama vaksin perlu diberikan dua dos dengan jarak sebulan. Sekiranya ibu ayah merancang untuk mendapatkan suntikan untuk anak mereka, pastikan umur melebihi enam bulan.
Menurut Prof Dr Rashdan lagi, vaksin influenza di Malaysia adalah sama dengan vaksin yang digunakan di luar negara. WHO menjalankan kajian dua kali setahun untuk melihat strain virus yang sedang menular di seluruh dunia.
Disebabkan virus sentiasa berubah, komposisi vaksin juga perlu sentiasa dikemas kini agar ia berkesan terhadap strain terkini.
Walaupun sangat bermanfaat, kesedaran mengenai vaksin influenza masih rendah terutamanya dalam kalangan orang dewasa. Sedangkan harganya mampu milik bergantung pada klinik atau hospital, biasanya kurang daripada RM100 bagi satu suntikan.
Kesan sampingan pun biasanya ringan seperti lenguh atau sedikit demam sahaja. Seperti yang ditekankan Prof Dr Rashdan, vaksin ini adalah langkah perlindungan yang berbaloi untuk semua bagi menjaga kesihatan dan kesejahteraan seluruh keluarga.
**Artikel ini adalah inisiatif kempen kesedaran yang dibawakan oleh Sanofi Malaysia atas tujuan pendidikan tentang influenza dan pentingnya pencegahan influenza
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap pasangan yang berkahwin sudah tentunya ingin memiliki kediaman impian. Maklumlah, tak akan asyik menyewa atau duduk satu rumah dengan mertua. Segan juga jika sudah beranak pinak.
Sebenarnya pelbagai cara untuk membeli rumah. Sama ada membeli rumah baru, beli rumah second hand atau rumah lelong. Apa yang pasti, kena cakna dengan perutukkan kewangan keluarga. Sudah tentu setiap pembelian jenis rumah ada pro dan kontra.
Sebagaimana perunding kewangan ini, saudara Mohd Shukur yang berkongsi di facebooknya mengenai hal rumah lelong. Bagi mereka yang bercadang membeli rumah jenis ini boleh ketahui input ini.
Jom ikuti perkongsian beliau.
RUMAH LELONG
Topik hangat di newsfeed saya sejak semalam ialah isu rumah lelong tu. 2 nasihat saya :
Beli rumah ikut kemampuan
1) Jika nak beli rumah, jangan beli yang mahal sangat. Jika sesak bukan boleh jual satu bilik tu pun.
Bukanlah best sangat pun rumah besar ni, lagi besar rumah, lagi banyak duit habis di pusat membeli belah.
Kalau beli barang-barang tu pakai kad kredit lagi bahaya. Ingatkan bayar hutang rumah jer, rupa-rupanya hutang kad kredit semakin bertambah.
Tu yang sangkut hutang rumah dan risiko kena lelong. Yang bernafsu renovate rumah habiskan duit simpanan lagilah berisiko besar.
Lepas tu banyak habiskan masa melepak sebab bila rumah dah besar, TV pun kena besar… sudahnya asyik tengok Netflix.
Dah tersangkut citer bersiri Korea tu sambil makan pun tengok TV. Lama-lama jadi gemuk.
Bila dah gemuk malu nak jumpa orang. Nak tunggu kurus dulu. Tu yang ramai tak keluar buat sales lagi ( jika dalam bidang sales ) untuk bulan Februari ni, malu jumpa orang.
Rumah lelong pun boleh
2) Saya beli rumah lelong guna Ejen Pelelong. Mereka lebih cekap dan berilmu. Ada yang caj fee murah jer siap share ilmu dengan saya lagi.
So tak payah pening2 dengan hal-hal teknikal rumah lelong tu. Selain sediakan deposit 10%, caj fee, legal fee , bayaran lawyer dan pelbagai lagi, kita MESTI dapatkan financing approved dan dibayar ke Bank Pelelong tu dalam tempoh 90 hari.
Kalau loan tak approved atau lewat melebihi 90 hari duit 10% tu akan hangus. Rumah tu pun dilelong semula.
Ada kawan saya loan dia setel sehari sebelum closing. Sujud syukur dia laki bini. Player / Investor rumah lelong ni sebenarnya ada banyak cash. Mereka malas nak pening-pening.
Jika loan leceh, 90% baki tu mereka bayar cash. Selepas tu mereka buat re-mortgage dengan bank.
So dapat balik duit 90% tu dan mereka masuk bidding lagi. Dorang ni kalau tengok sape beli kereta mewah loan 9 tahun, dorang senyum jer. “Baik aku beli rumah lelong..”, katanya
Nota Kaki : Rumah lelong yang double transfer tak akan sempat loan approved dalam 90 hari, malah lebih 6 bulan.
Anda juga kena bayar 2X Legal Fee. So check dulu status sebelum bidding, kecualilah anda ada banyak cash money. OK Jom siap-siap gi Masjid. Masjid kat tempat saya ni kalau 12.30pm dah ramai orang.
Suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari telah meninggal dunia pada Khamis di Hospital Ampang,...